Rabu, 8 Oktober 2014

5 Tanda Amaran Penyakit Diabetes Jenis Kedua ( II )

Bismillah,
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah dengan mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis ditemui pada tahun 1897, apabila dua orang saintis, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada se ekor anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai diabetes jenis pertama dan kedua namun artikel ini hanya akan memfokuskan kepada diabetes jenis kedua.
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
5 Tanda Amaran Diabetes Jenis Kedua (II) : 
  1. Sering merasa haus- Rasa haus yang meningkat boleh di iringi simtom lain seperti kerap kencing,rasa lapar yang luarbiasa, mulut kering , dan turun atau naik berat badan.
  2. Sakit kepala,merasa sering keletihan dan penglihatan menjadi kabur. 
  3. Jangkitan biasa dan kudis yang mengambil masa lama untuk sembuh. Kemungkinan lain termasuk jangkitan yis yang kerap atau jangkitan saluran kencing serta kegatalan kulit.
  4. Masalah seksual - Masalah ini boleh berlaku bagi penghidap diabetes jenis kedua,ini disebabkan ia boleh merosakkan saluran darah dan saraf organ seks, deria rasa yang berkurangan juga boleh berlaku serta kesukaran mencapai orgasm. Kekeringan faraj bagi wanita dan mati pucuk bagi lelaki adalah antara komplikasi lain.Statistik mengunjurkan antara 35% dan 70% daripada lelaki dengan diabetes jenis kedua akan akhirnya mengalami mati pucuk. Statistik bagi wanita pula menunjukkan lebih kurang satu pertiga daripada wanita dengan diabetes jenis kedua akan mengalami salah satu fungsi kesukaran seks.
  5. Wanita yang menghidap diabetes gestasi waktu kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis kedua di kemudian hari.Begitu juga risiko wanita yang melahirkan bayi yang lebih besar daripada biasa.Ketahanan insulin dikaitkan dengan sindrom ovari polisistik(PCOS) juga meletakkan wanita dalam keadaan berisiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis kedua.
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit ini namun tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit diabetes jenis kedua seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes masih boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat ia dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga diet dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping diet yang sihat serta bersenam.

Semoga Bermanfaat

Sabtu, 4 Oktober 2014

10 Punca Wanita Haid 2 kali Sebulan

Bismillah,
Wanita yang mengalami haid lebih daripada sekali pada setiap 24 hari boleh dianggap sebagai kitaran haid yang abnormal. Apa yang  dibimbangi kekerapan pendarahan haid boleh menyebabkan  seseorang wanita mengalami anemia atau mungkin juga ianya disebabkan oleh jangkitan atau masalah perubatan lain yang memerlukan rawatan.



Berikut adalah 10 antara punca mengapa wanita mengalami haid 2 kali sebulan:
  1. Penurunan berat badan yang drastik – ianya boleh menjadikan gangguan hormon dan hormon yang berfungsi menunjukkan tempoh haid bermula telah menunjukkan lebih awal.
  2. Senaman yang berlebih-lebihan - Ini juga boleh mengganggu hormon.
  3. Tekanan - Peperiksaan, masalah keluarga, masalah kewangan, bercerai , malahan keluar Negara untuk bercuti sekalipun boleh menyebabkan perubahan sementara dalam kitaran haid.
  4. Penyakit  dan / atau ubat - Beberapa jenis ubatan boleh menjejaskan kitaran haid. Minta nasihat doktor untuk menghentikan sementara atau meminda pengambilan ubat jika ianya difikirkan menganggu kitaran haid.
  5. Masalah-masalah uterus seperti polip, sista, fibroid atau ketumbuhan (samada benign atau cancerous).
  6. Jangkitan Kelamin- Boleh menyebabkan pendarahan diantara dua haid dan sesetengah wanita tersilap menyangkakan ianya  darah haid.
  7. Masalah tiroid - Penyakit tiroid boleh menyebabkan penebalan lapisan Rahim dan ini boleh mengakibatkan lebih banyak pendarahan dari biasa.
  8. Reaksi kepada kontraseptif - Kadang-kadang pil, suntikan depo provera atau IUD boleh mengakibatkan perubahan dalam kitaran haid.Pil dan IUD juga boleh menyebabkan pendarahan di antara 2 kitaran haid atau dikenali sebagai "breakthrough bleeding" dan wanita mungkin tersilap menyangkakan ianya pendarahan haid.
  9. Kadang-kadang perubahan atau menghentikan kaedah kontrasepsi anda boleh menyebabkan penurunan hormon secara mengejut dan ini boleh mengakibatkan perubahan kepada kitaran haid.
  10. Permulaan putus haid – Bagi wanita berumur 45 keatas ianya membawa tanda wanita tersebut bakal melalui menopos.Ianya juga  tanda “kilang telur”akan mula ditutup.

Rawatan


Ada ketika rawatan tidak diperlu, misalnya, jika gangguan kitaran haid yang berpunca dari stres, penurunan berat badan atau penyakit yang bersifat sementara dan boleh sembuh dengan sendirinya dalam tempoh tertentu.

Bagaimanapun , untuk mengelakkan dari kemungkinan lain yang tidak dijangkakan, doktor boleh melakukan peperiksaan pelvis. Doktor juga mungkin mengambil sampel lapisan uterus serta melakukan imbasan ultrabunyi untuk melihat sama ada terdapat mana-mana halangan di uterus, seperti fibroid.

Jika terdapat halangan yang ditemui, wanita tersebut boleh dirujuk untuk pembedahan supaya ianya dibuang. Namun Jika terdapat sel barah , wanita tersebut akan dirujuk kepada pakar onkologi yang akan merangka rawatan dan penjagaan bersama .

Jika terdapat jangkitan kelamin pula, ianya boleh dirawat dengan antibiotik dan bagi kedua-dua pasangan( penggunaan kondom mencegah jangkitan lebih lanjut).

Jika masalah itu disebabkan oleh alat pencegahan hamil atau ubat, ini selalunya boleh diubah bagi menghentikan masalah.

Rawatan hormon juga boleh diberi dalam keadaan masalah penyakit tiroid atau seseorang wanita yang telah mula putus haid.

Semoga Bermanfaat


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba



Rabu, 1 Oktober 2014

Silap Teknik Mencuci Dubur Derita Kegatalan Kemaluan

Bismillah,

Hari ini cara saya menulis agak berlainan dan santai sedikit ,apatah lagi setelah berhasil menyiapkan beberapa kerja – kerja yang agak rumit namun tetapi teramatlah penting untuk saya dan keluarga.

Harapan saya,semoga pembaca artikel-artikel di blog ini,mendapat kemanfaatan ilmu yang Allah swt kurniakan kepada kita dan apabila dikongsikan pula mendapat pahala taqwa, ibadah,zikir dan jihad sebagaimana nasihat imam al ghazali dalam salah satu daripada kitab-kitab terulungnya.Berkata imam al ghazali”menuntut ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ulang ilmu adalah zikir dan mencari ilmu adalah jihad”.InsyaaAllah

Panjang muqadimmah saya kali ini,jom kita berbalik pada tajuk artikel.Kali ini saya hanya ingin menyampaikan satu kisah benar tentang kesilapan teknik penjagaan dan kebersihan kemaluan wanita yang boleh membawa padah dan penderitaan yang tidak tertanggung iaitu menderita kegatalan kemaluan,lebih-lebih lagi di waktu malam.

Ini adalah kisah benar yang dialami oleh seorang wanita yang berada dalam zaman moden ini.Kisah ini berlaku pada seorang wanita berusia dalam lingkungan empat puluhan dan bekerja sebagai seorang pendidik.Beliau telah datang berjumpa saya untuk mendapatkan nasihat secara peribadi.Aduannya adalah tentang kegatalan kemaluan yang telah dideritai sejak berahun-tahun lamanya dan telah puas berusaha mendapatkan rawatan dari klinik,hospital serta ubat-ubat tradisional.Agak unik dan hairan juga saya akan cerita guru yang satu ini.Apa kah sebenarnya berlaku keatas wanita tersebut sehinggakan telah “lali” dari semua jenis ubatan,moden atau tradisional.Tanpa berfikir panjang saya mengesyorkan padanya antara feminine wash anti gatal yang terkenal paling kuat dalam menghentikan kegatalan bagi membantu atasi masalah beliau.

Ringkasnya,satu minggu berlalu dan guru tersebut datang berjumpa saya sekali lagi.Saya bertanyakan perihal masalah kegatalan yang dideritai dan menurut beliau walaupun feminine wash yang saya syorkan itu mujarab sebagai anti gatal namun kegatalan tetap akan berulang semula selepas beberapa jam.

Terkedu saya dengan jawapan yang diberi namun simpati saya terhadapnya telah memberikan saya satu kekuatan baru untuk melakukan penyiasatan terperinci sehingga ke akar umbi tentang masalah kegatalan ini.Seperti biasa melalui bahan-bahan pembacaan, ilmu penjagaan wanita,internet dan rakan-rakan seperjuangan ,saya masih tidak mendapat sebarang maklumat yang tepat tentang masalah ini KECUALI tinggal satu sahaja lagi perkara yang saya amat ragui namun tetapi agak berat juga untuk saya tanyakan pada wanita ini berdasarkan latarbelakangnya sebagai seorang pendidik.Saya berfikir agak mustahil wanita ini tidak mengetahui cara yang betul di usia selewat ini.

Suatu hari dengan kuasa Allah swt dan dengan izinNya,saya nekad menelepon wanita tersebut kerana ingin menanyakan satu sahaja soalan yang telah menghantui saya sejak beberapa hari ini dan saya memintanya berterus terang dan tidak perlu merasa malu.Nak tahu soalan apa yang saya tanya?

BAGAIMANA CARA AWAK MENCUCI DUBUR SELEPAS MEMBUANG AIR BESAR?

Rasanya,tidak perlulah dijawap soalan ini namun kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dari sekecil-kecil kesilapan hinggalah yang besar.Sejak daripada hari itu,wanita tersebut tidak mengalami masalah kegatalan faraj lagi setelah mula menyedari walaupun kesilapan yang kecil dilakukan namun tetapi besar impaknya dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah,penjelasan dan iktibar dari kisah ini adalah supaya saya membetulkan kelemahan diri dan tidak membuat persepsi sendiri tentang sesuatu aspek kehidupan manusia.Dan untuk wanita lain khasnya,kisah ini mengajar supaya jangan mengambil mudah penjagaan dan kebersihan serta harus melakukanya dengan betul supaya tidak menanggung derita yang sia-sia.

Sekali lagi saya ingin memperingatkan wanita(mungkin ramai yang lupa),cara yang betul membersihkan dubur atau kemaluan adalah dari depan ke belakang bagi mengelakkan bakteria atau cacing kerawit (boleh rujuk artikel terdahulu)daripada berpindah masuk kelubang faraj atau saluran kencing dan boleh mengakibatkan jangkitan yang disertai kegatalan yang teramat sangat di kemaluan.Jangan lupa dan jangan tersilap teknik lagi ye……..

Semoga Bermanfaat


FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 


Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila whatsapp Dr Herba






Isnin, 29 September 2014

Jangkitan Yis Dari Keputihan Wanita Boleh Membawa Maut

Bismillah,

Sehingga artikel ini ditulis,saya rasa ramai wanita yang masih tidak berapa kisah dan beranggapan bahawa jangkitan yis sebagai perkara biasa dalam hidup mereka.Jangkitan yis atau ramai juga yang menyebutnya sebagai jangkitan kulat dan para ilmuan sains pula menamakannya sebagai candidiasis,pada suatu ketika dahulu dianggap biasa bukan sahaja dari kalangan pesakit wanita namun ramai juga para doktor di klinik atau hospital yang beranggapan yang sama.

Namun kini semua persepsi ini telah berubah,perkara yang selalu dianggap biasa kini telah benar-benar bertukar menjadi luarbiasa sepertimana yang saya suka tuliskan didalam banyak artikel terdahulu. Sudah acap kali saya menyebut tentang jangkitan kulat ini dalam artikel- artikel yang lalu,kali ini saya hanya akan fokuskan kepada pemahaman lebih mendalam tentang candidiasis untuk wanita dan penemuan terkini tentang bahaya kulat ini.

Secara ringkas,candida albicans ini ialah sejenis yis yang biasanya berada di usus , faraj dan kulit. Bagi individu yang sihat, kehadiran candida albicans dianggap sebahagian biasa flora di saluran usus.Dan selagi sistem imun tubuh kita sihat serta berfungsi dengan sempurna,pertumbuhan candida albicans akan dapat dikawal.

Lazimnya kehadiran bakteria baik seperti bifidobacteria bifidum dan Lactobacillus acidophilus di saluran usus memberikan mekanisma kawalan semula jadi dalam menghalang candida albicans dari pembiakan yang menjadi tidak terkawal.

Malangnya , persekitaran bakteria "mesra" ini selalunya dikompromi dengan pelanggaran “pantang” dari aspek penjagaan ditambah pula gangguan hormon ketika hamil,maka berlakulah ketidakseimbangan. Apabila ini berlaku,secara senyap sel-sel yis berpeluang untuk membiak dengan lebih pantas langsung mengambil peluang untuk menjangkiti organ-organ tubuh lain serta tisu.Katakunci disini adalah keseimbangan dan perkara ini telah saya sebut berulang-ulang kali.

Kajian yang banyak dilakukan mendapati,kelewatan merawat dan mengembalikan keseimbangan flora bakteria didalam tubuh, bakal memberi ruang kepada kulat membiak dan berupaya merosakan lapisan mukosa antara aliran darah dan saluran pencernaan.Kerosakan ini boleh memudahkan laluan toksin-toksin yang berbahaya ke dalam aliran darah. Sebaik sahaja masuk di dalam aliran darah, toksin-toksin ini bebas menjelajah keseluruh bahagian tubuh dan menghasilkan sejumlah gejala-gejala buruk dan seterusnya melemahkan sistem imun tubuh.

Menurut Dr. Kontoyiannis seorang profesor dari University of Texas,yang amalan klinikal dan penyelidikannya tertumpu pada diagnosis dan rawatan jangkitan kulat.Candida albicans terbukti menjadi penyebab utama kematian keatas individu yang didapati lemah sistem imun tubuh,lebih-lebih lagi bagi mereka yang menderita penyakit yang menjadikan sistem imun tubuh lemah seperti aids,hiv,kanser.diabetes dan sebagainya.Kulat candida kini menjadi ancaman yang serius kepada manusia,ibarat kata peribahasa melayu”kecil api menjadi kawan,besar ia menjadi lawan”.

Apabila saya ditanya ! Adakah jangkitan kulat boleh membunuh?


Jawapan ikhlas dari saya ialah BERKEMUNGKINAN BOLEH! YE... ,jangkitan kulat benar-benar berpotensi untuk membunuh.seandainya dibiarkan tanpa rawatan dan ia mula memasuki kedalam aliran darah.

Walaupun dahulu ianya disangkakan tidak merbahaya namun perkembangan setakat 2014, semakin bertambah ramai saintis yang semuanya bersetuju bahawa jangkitan kulat candida tidak dapat dielakan 100% buat ketika ini.Namun jika dibiarkan tanpa rawatan akan hanya membawa padah maut yang menanti.

Tindakan pantas apabila mula mengesan simtom keujudan kulat candida(boleh rujuk pada artikel lama) dan hanya dengan mengdiagnosis awal serta merawat untuk mengembalikan kesimbangan bakteria di dalam tubuh dapat membantu mengelakkan pembiakan tidak terkawal kulat candida.

Semoga Bermanfaat



FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba

Khamis, 25 September 2014

Berita Gembira Buat Wanita Yang Susah Hamil

Bismillah,

STRES boleh menjadi punca seseorang wanita “tidak subur” dan ini telah dapat dibuktikan dalam beberapa siri penyelidikan yang di ketuai oleh Profesor Sarah Berga, dari Emory University, di Atlanta, Georgia.

Enam belas(16 ) orang wanita dalam lingkungan usia duapuluhan dan tigapuluhan dengan berat badan yang normal tetapi tidak haid selama enam(6) bulan telah menyertai penyelidikan yang dijalankan bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan dikalangan wanita moden.

Penemuan mereka membuka satu lembaran baru dalam sejarah penyelidikan kesuburan wanita dimana mereka telah mendapat “satu kejutan” apabila dalam penelitian awal telah mendapati kesemua peserta mempunyai paras hormon kortisol yang tinggi didalam tubuh.Secara ringkas,hormon kortisol adalah hormon yang diyakini penyebab utama  berlakunya stres.

Wanita moden yang berkerja dalam suasana yang sibuk merupakan mereka yang paling tinggi menanggung risiko stres , dan lazimnya kebanyakan dari mereka menafikan tentang keujudan stres dalam diri mereka.Ramai didapati lebih gemar merahsiakan keadaan sebenar diri mereka sehingga sanggup menanggung derita dalam diam.

Seterusnya para penyelidik telah memilih lapan(8) wanita dari kumpulan ini untuk menjalani terapi kelakuan kognitif iaitu sejenis terapi dengan pendekatan psikoterapeutik yang berupaya membantu ramai pesakit fobia,murung atau kebimbangan sementara selebihnya pula tidak diberikan apa-apa rawatan.

Dua puluh minggu kemudian para penyelidik mendapati 80 peratus wanita yang menjalani terapi telah mula berovulasi malahan dua bulan kemudian dua daripada mereka telah berjaya hamil dibandingkan dengan hanya 25 peratus sahaja wanita yang tidak diberikan apa-apa rawatan.

Pengajaran yang dapat diperolehi dari kajian dan penyelidikan walaupun singkat namun sangat besar ertinya bagi kebanyakkan wanita dalam kategori ini. Pada mereka yang mengharapkan keajaiban setelah cubaan demi percubaan bermula dari sesingkat 3 bulan selepas bernikah hingga berbelas-belas tahun dalam penantian.Yang pasti masih ada lagi sisa harapan untuk wanita yang susah hamil selagi ingin berusaha bersungguh-sungguh.

Secara peribadi saya mendoakan semoga Allah swt memberikan kekuatan yang luarbiasa kepada pasangan-pasangan Islam yang telah lama menunggu saat dan ketika tangisan yang mengembirakan dari kurniaanNya, si comel yang bernama bayi.

Apa yang yang pasti adalah faktor cara hidup sebenarnya telah mempengaruhi kitaran haid dan secara tidak langsung kesuburan wanita.Maka apa yang terbaik dilakukan sebagai umat Islam adalah berdoa yang juga dituruti dengan usaha melenyapkan terus igauan stres ini jauh dari kehidupan di alam yang fana ini.

Semoga Bermanfaat

Bagi mereka yang berminat untuk merancang hamil cara natural dan selamat boleh join group kelolaan kami di FB  Hamil Cara Natural

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑