Khamis, 25 September 2014

Berita Gembira Buat Wanita Yang Susah Hamil

Bismillah,

STRES boleh menjadi punca seseorang wanita “tidak subur” dan ini telah dapat dibuktikan dalam beberapa siri penyelidikan yang di ketuai oleh Profesor Sarah Berga, dari Emory University, di Atlanta, Georgia.

Enam belas(16 ) orang wanita dalam lingkungan usia duapuluhan dan tigapuluhan dengan berat badan yang normal tetapi tidak haid selama enam(6) bulan telah menyertai penyelidikan yang dijalankan bagi mengenalpasti punca ketidaksuburan dikalangan wanita moden.

Penemuan mereka membuka satu lembaran baru dalam sejarah penyelidikan kesuburan wanita dimana mereka telah mendapat “satu kejutan” apabila dalam penelitian awal telah mendapati kesemua peserta mempunyai paras hormon kortisol yang tinggi didalam tubuh.Secara ringkas,hormon kortisol adalah hormon yang diyakini penyebab utama  berlakunya stres.

Wanita moden yang berkerja dalam suasana yang sibuk merupakan mereka yang paling tinggi menanggung risiko stres , dan lazimnya kebanyakan dari mereka menafikan tentang keujudan stres dalam diri mereka.Ramai didapati lebih gemar merahsiakan keadaan sebenar diri mereka sehingga sanggup menanggung derita dalam diam.

Seterusnya para penyelidik telah memilih lapan(8) wanita dari kumpulan ini untuk menjalani terapi kelakuan kognitif iaitu sejenis terapi dengan pendekatan psikoterapeutik yang berupaya membantu ramai pesakit fobia,murung atau kebimbangan sementara selebihnya pula tidak diberikan apa-apa rawatan.

Dua puluh minggu kemudian para penyelidik mendapati 80 peratus wanita yang menjalani terapi telah mula berovulasi malahan dua bulan kemudian dua daripada mereka telah berjaya hamil dibandingkan dengan hanya 25 peratus sahaja wanita yang tidak diberikan apa-apa rawatan.

Pengajaran yang dapat diperolehi dari kajian dan penyelidikan walaupun singkat namun sangat besar ertinya bagi kebanyakkan wanita dalam kategori ini. Pada mereka yang mengharapkan keajaiban setelah cubaan demi percubaan bermula dari sesingkat 3 bulan selepas bernikah hingga berbelas-belas tahun dalam penantian.Yang pasti masih ada lagi sisa harapan untuk wanita yang susah hamil selagi ingin berusaha bersungguh-sungguh.

Secara peribadi saya mendoakan semoga Allah swt memberikan kekuatan yang luarbiasa kepada pasangan-pasangan Islam yang telah lama menunggu saat dan ketika tangisan yang mengembirakan dari kurniaanNya, si comel yang bernama bayi.

Apa yang yang pasti adalah faktor cara hidup sebenarnya telah mempengaruhi kitaran haid dan secara tidak langsung kesuburan wanita.Maka apa yang terbaik dilakukan sebagai umat Islam adalah berdoa yang juga dituruti dengan usaha melenyapkan terus igauan stres ini jauh dari kehidupan di alam yang fana ini.

Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑