Jumaat, 25 Disember 2015

Pil-pil Kesuburan menyebabkan Kanser ovari ?

Bismillah,

Salah satu daripada sebab peningkatan statistik kanser ovari diseluruh dunia adalah berpunca dari penggunaan meluas pil-pil kesuburan yang merangsang ovari untuk mematangkan folikel.

Semakin lama pil-pil hormon ini digunakan semakin meningkatnya risiko kanser ovari. Satu kajian mendapati bahawa menggunakan pil kesuburan boleh meningkatkan risiko kanser ovari sebanyak tiga kali ganda namun di kalangan wanita yang tidak pernah mengandung risiko jauh lebih tinggi sehingga 27 kali ganda.

Kajian-kajian lain juga telah menunjukkan bahawa wanita yang subur dan wanita yang lewat melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi kanser ovari.

Apa yang boleh diterjemahkan dari keputusan semua kajian-kajian yang pernah dilakukan ini?

Secara jujur ianya membawa maksud pengunaan pil-pil kesuburan boleh membawa musibah risiko kanser ovari bagi pengguna buat pertama kali dan meningkatkan risiko lebih tinggi bagi pengguna yang berulang.Wallahu'alam

Sumber:
Epidemiologic and Genetic Factors Associated with Ovarian Cancer http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2891150/

Ovarian tumors in a cohort of infertile women. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8065405

Human menopausal gonadotropin and the risk of epithelial ovarian cancer. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8557128

Selasa, 15 Disember 2015

FEBREZE Mengandungi 89 bahan Kimia Yang Tidak Ada Di Label

Bismillah,

Febreze antara produk yang agak popular dan berada dikebanyakkan rumah didalam negara Malaysia.Namun selepas membaca kajian ini ,mungkin ramai pembeli produk ini akan berfikir 2 kali sebelum melakukan pembelian di masa akan datang.


Environmental work group ( EWG) adalah sebuah pertubuhan NGO yang berpusat di Amerika Syarikat dan bertindak bagi melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.

Dalam salah satu projek mereka,EWG telah menguji lebih 20 pembersih dan penyegar udara sintetik yang digunakan di sekolah-sekolah di California.

Keputusan yang didapati agak membimbangkan disebabkan mereka berjaya mengesan beratus-ratus bahan kimia bertoksik yang boleh mencemar udara namun tidak disenaraikan oleh pengilang produk.

Antara produk penyegar udara yang di uji termasuk FEBREZE yang di kilangkan oleh Procter & Gamble ( P&G).

Produk ini telah digunakan oleh ramai suri rumah di Malaysia tanpa mengetahui kandungan toksik yang berada didalam formula pembersih FEBREZE

P&G seperti biasa hanya melabelkan 3 bahan sahaja dibotol produk namun ujian yang dilakukan oleh EWG mendapati FEBREZE mengandungi 89 bahan kimia yang tersembunyi didalam formula produk keluaran mereka.

Beberapa bahan juga didapati bertoksik dan karsinogen yang boleh mengundang kanser ke dalam rumah kita.

Antara 89 bahan kimia yang tidak disenaraikan termasuk yang hebat-hebat belaka seperti :

BHT
ACETALDEHYDE
1,3-DICHLORO-2-PROPANOL
METHYL PYRROLIDONE
BUTYLPHENYL METHYLPROPIONAL
ETHYL ACETATE
BENZALDEHYDE
DIETHYLENE GLYCOL MONOETHYL ETHER
ETHYLHEXANOL
HEXYL CINNAMAL


Sumber

http://www.ewg.org/…/greener-s…/school-cleaner-test-results

Selasa, 8 Disember 2015

Pil perancang keluarga meningkatkan 200% strok dan serangan jantung


Bismillah,

Penggunaan pil perancang keluarga adalah antara salah satu kaedah yang paling biasa diamalkan di negara Malaysia.


Pelbagai jenis  ada dijual di farmasi ,pil seperti Mercilon, Marvelon, Postinor, Yasmin, Nordette, Noriday dan lain-lain. 

Terdapat juga Pil Perancang Keluarga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagi golongan ini hanya pil perancang kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill atau Progestin Only Pill) iaitu Pil Perancang yang mengandungi  sejenis hormon Progestogen sahaja.


Setelah sekian lama selesa dengan amalan yang dilakukan selama bertahun-tahun.Pernah kah kita bertanyakan tentang bahan dan keselamatan pil-pil ini...rasanya ramai yang masih tidak tahu ye..

Adakah kaedah perancang keluarga yang diamalkan di Negara ini selamat? 


Jawapannya bukan sahaja mengejutkan malahan menakutkan ye…sila baca dan lakukan lah timbangan yang adil untuk diri sendiri dan keluarga.


Satu meta analisis yang dilakukan oleh  Department of Internal Medicine, Université de Sherbrooke, Endocrine Division, Sherbrooke, Quebec, Canada dalam mengkaji semula semua kajian-kajian yang telah diterbitkan bermula 1980-2002  terhadap risiko yang dikaitkan dengan penggunaan pil perancang  semasa. 


Mereka mendapati risiko untuk serangan jantung  dan strok telah meningkat dua kali ganda berbanding  mereka yang bukan pengguna. 


Sumber:



http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15814774

Sabtu, 5 Disember 2015

Kajian Mendapati Jintan Manis Menghilangkan Senggugut

Bismillah,

Bagi ramai pembaca wanita  yang masih bergelut dengan masalah senggugut yang teruk,mungkin kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu meredakan kesakitan setiap bulan.Mengamalkan diet yang seimbang serta makanan tambahan yang berkaitan boleh membantu mengembalikan semula keseimbangan hormon dan menghilangkan terus masalah senggugut ini.
 
Kajian ini pernah saya upload digroup FB klinik pronatural dan terdapat beberapa  testimoni dari beberapa ahli yang telah mencuba dan berjaya mengatasi "period pain" tanpa pengunaan pain killer.Pain killer tidak digalakkan  atas sebab kesan sampingan yang membimbangkan.
 
Berikut adalah kajian tentang keberkesanan jintan manis untuk membantu meredakan senggugut.

Jintan Manis mengalahkan Pain killer Mefenamic asid untuk Senguggut

Kajian di Kerman, Republik Islam Iran untuk membandingkan keberkesanan jintan manis atau asid mefenamic (sintetik) bagi melegakan kesakitan senguggut.
 
Dua kumpulan kanak-kanak perempuan sekolah menengah (min usia 13 tahun) yang mengalami senguggut dipilih secara rambang untuk menerima  ekstrak jintan manis (n = 55) atau asid mefenamic (n = 55) selama 2 bulan.
 
Dalam kumpulan jintan manis, 80% daripada kanak-kanak perempuan dan dalam kumpulan asid mefenamic, 73% daripada kanak-kanak perempuan menunjukkan kelegaan kesakitan atau pengurangan kesakitan.
 
Manakala 80% dalam kumpulan jintan manis dan hanya 62% dalam kumpulan asid mefenamic tidak lagi diperlukan untuk bercuti  dari sekolah.

Cara menyediakan jintan manis :-

1 sudu teh jintan manis dicampur dalam secawan air panas,tutupkan dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum ditapis dan diminum airnya sahaja. Lakukan 2 -3 kali sehari seminggu sebelum period.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17037712

Semoga Bermanfaat

Rabu, 25 November 2015

Kajian - keputihan dikesan dalam 31.5% keguguran trimester pertama

Bismillah,

Bagi yang suka mengambil sambil lewa tentang masalah penjagaan dari jangkitan keputihan,berikut adalah salah satu dari banyak kajian yang terdapat tentang keguguran trimester pertama yang berpunca dari jangkitan faraj(keputihan).Untuk rekod,ramai wanita berjaya hamil setelah memulakan langkah awal merawat keputihan dan mengimbang semula pH faraj.

Beberapa bukti menunjukkan bahawa jangkitan faraj memainkan peranan utama dalam patogenesis kehilangan awal kehamilan, namun tetapi implikasi dan kelaziman microrganisma dalam etiologi pengguguran spontan semasa trimester pertama kehamilan masih perlu disiasat lanjut.

Dalam kajian ini, penyelidik menganalisis tisu berkaitan dengan persenyawaan dari keguguran semasa trimester pertama (51 keguguran spontan dan 56 sukarela ) di kalangan wanita yang menghadiri “Gynecological Sciences Perinatology and Puericulture Department of "Policlinico Umberto I"

Spesimen telah disiasat dengan kaedah kultur kehadiran yis, gram positif, gram bakteria negatif dan mycoplasma . Dengan prosedur diagnostik molekul, turutan DNA Chlamydia trachomatis, herpes simplex virus, adenovirus, hpv dan polyomaviruses BK dan JC telah cuba dikesan.

Sampel tisu yang diambil dari keguguran spontan adalah didapati positif sekurang-kurangnya satu microrganisma 31.5%. Analisis data menunjukkan berlakunya kedua-dua jangkitan monomicrobial dan polymicrobial.

Department of Public Health Sciences, La Sapienza University, Rome, Italy.Infectious agents in tissues from spontaneous abortions in the first trimester of pregnancy.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14596343


FEMININE WASH PILIHAN KAMI


Selasa, 24 November 2015

Daun Betik Merawat Demam Denggi

Bismillah,

Benar kah daun betik boleh meningkatkan kiraan platelet ?

Jawapanya adalah POSITIF menurut kajian yang dilakukan oleh Bioassay Unit, Herbal Medicine Research Center, Institute for Medical Research, Malaysia.

Daun betik baru-baru ini diperkenalkan dalam arena rawatan denggi disebabkan kandungan protin kompleks yang tinggi dan keupayaan untuk membantu sumsum tulang meningkatkan penghasilan platelet. 

Menurut kajian keatas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah, jus daun betik yang diberikan selama 3 hari berturut-turut kepada pesakit telah terbukti bermanfaat dalam merawat demam denggi dan meningkatkan bilangan platelet. 

Cara terbaik adalah mengisar 3 helai daun betik bersama 1 cawan air tapis,setelah lumat kemudian ditapis pula untuk mendapatkan jus.Ambil 2 sudu makan setiap enam jam sekali/hari.

Selain itu antioksida yang terdapat di dalam buah-buahan juga membantu untuk meneutralkan radikal bebas dan dengan itu membantu mengatasi penurunan dalam bilangan platelet. 

Buah-buahan seperti strawberi, blueberries,anggur dan sebagainya, didapati kaya dengan anti-oksidan dan mengamalkan dalam kuantiti yang secukupnya juga membantu meningkatkan jumlah platelet.

Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever.

 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23662145

Rabu, 22 Julai 2015

Salah Faham Tentang Asid Folik Dan Kesuburan Wanita



Apabila Dr pakar anda mengesyorkan pengambilan 400mcg asid folik untuk diambil setiap hari,ianya sebenar bertujuan hanya untuk mengelakkan kecacatan tiub saraf tunjang di peringkat awal dan sistem saraf.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan kegagalan otak bayi untuk berkembang secara normal.

Namun kajian pernah membuktikan folik asid hanya berkesan diantara 50-70 peratus bagi kes-kes yang agak biasa seperti spina bifida.

Bagi sesetengah wanita yang keliru menganggap asid folik yang disyorkan oleh klinik pakar boleh membantu kesuburan untuk merancang hamil(TTC)adalah merupakan satu kefahaman yang keliru.

Mengapa saya kata begitu?

Pertama sekali TTC memerlukan semua organ reproduktif wanita berfungsi dengan baik dari keseimbangan,pembinaan laluan dan hormon sehingga mencapai ovulasi dan seterusnya kehamilan.

Asid folik hanya membantu mengurangkan kadar kecacatan (neural tubes) dan tidak membantu fungsi lain yang diperlukan untuk TTC seperti keseimbangan, laluan,hormon dan ovulasi. 

Pengambilan berlebihan asid folik berasaskan kimia ini juga pernah dikaitkan dengan beberapa kajian sebagai amat membimbangkan,namun jika boleh wanita mengamalkan makanan dalam diet yang berasaskan folat,ini sangat-sangat digalakkan.

Makanan berasaskan folat contohnya seperti sayur bayam yang kaya dengan vitamin dan mineral,bukan sahaja membantu mencukupkan folat malahan wanita akan mendapat tambahan nutrisi lain seperti Vit A,Vit C,Vit E dan Vit K, B1,B2,B3,B6,manganese,magnesium,zat besi, kalsium,potassium,serat, phosphorous,zink,protin,cholin,selenium,phosphorus dan panthotenic asid.



Masalah Keputihan Warna Coklat


Dalam kehidupan seharian seorang wanita,adakalanya berlaku pendarahan dari faraj secara tiba-tiba dan merupakan sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.Apa yang merisaukan mereka adalah keganjilan pendarahan tersebut tidak mengikut aturan biasa sewaktu haid  atau nifas.

 Perkara sebegini selalunya menjadi tanda tanya buat diri mereka.Bukan sahaja gadis remaja malahan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga tidak terkecuali dari pendarahan yang tidak mengikut kadar waktu yang tetap serta dianggap ganjil.Pendarahan sememangnya membimbangkan setiap wanita tidak kira usia,status atau bangsa.

Pendarahan dikatakan  ganjil dan paling kerap dialami  oleh wanita lazimnya berwarna coklat terang atau gelap.Bagi membantu wanita memahami keadaan ini ,berikut adalah beberapa punca yang boleh menjadi penyebab keluarnya keputihan berwarna coklat.

Antara punca-punca keputihan warna coklat .


Turun naik hormon
Hormon adalah antara salah satu punca keluarnya keputihan warna coklat apabila seseorang wanita berhenti dari pengambilan pil pencegahan kehamilan.Lazimnya,ini disebabkan oleh perubahan hormon didalam tubuh. Walau bagaimanapun, jika keputihan warna coklat ini berlaku dengan kerap dan ketika itu masih lagi mengamalkan pengambilan pil tersebut, ia boleh menandakan terdapat masalah lain yang mungkin serius.

Kelewatan haid
Selalunya, kelewatan haid juga boleh menyebabkan keluarnya keputihan warna coklat selepas kitaran haid tersebut.Ini adalah disebabkan oleh saki baki lapisan tisu endometrium yang tertinggal dan proses pembersihan darah lama serta tisu daripada rahim. Dalam kebanyakan keadaan, ianya tidak perlu dibimbangkan kecuali jika ianya tidak berhenti dan aliran keluar berambah banyak,maka langkah paling bijak adalah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Pendarahan Implantasi 
Jika keputihan warna coklat di kesan 3 hingga 4 minggu selepas kitaran haid terakhir , terutamanya jika  baru-baru ini telah terlibat dalam hubungan kelamin tanpa perlindungan atau berhenti mengambil pil pencegahan kehamilan, ianya boleh menandakan pendarahan implantasi atau tanda awal kehamilan.

Jangkitan kulat yang berulang 
Bagi mereka yang menganggap jangkitan kulat adalah jangkitan biasa dan tidak memudaratkan,ubahlah persepsi tersebut disebabkan antara keputihan warna coklat juga berpunca dari jangkitan kulat yang berulang-ulang apabila tiada keseimbangan bakteria di dalam tubuh.Lazimnya keputihan warna coklat ini disertai dengan rasa sakit, rasa terbakar,sakit ari-ari dan bau yang tidak menyenangkan.Jangkitan ini boleh dirawat dengan anti fungal atau rawatan alternatif herba yang berkesan dan seimbang.

Penyakit Radang Pelvik (PID) 
Keputihan warna coklat disertai bau yang busuk,sakit abdomen dan sakit ketika hubungan kelamin adalah antara gejala penyakit radang pelvik atau PID yang melibatkan rahim, ovari atau tiub fallopio. Ramai wanita muda mengalami PID disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea, ketuat faraj, chlamydia dan sebagainya.

Vaginosis bakteria 
Jangkitan vaginosis bakteria boleh dirawat dengan bantuan antibiotik atau rawatan alternatif herba.Pesakit biasanya bertindak balas dalam masa hanya beberapa hari rawatan. Jangkitan ini bukan berpunca dari hubungan kelamin tetapi disebabkan oleh sistem imun yang lemah.Pengunaan produk penjagaan dan pH faraj yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca ketidakseimbangan bakteria.

Kanser serviks 
Pendarahan selepas haid yang berlangsung selama lebih tiga kitaran, boleh menjadi sesuatu yang lebih serius daripada keputihan warna coklat yang biasa.Jika mengalami pendarahan atau keputihan warna coklat selepas hubungan kelamin,adalah lebih baik jika dilakukan pemeriksaan di klinik/hospital.

Kerosakan pada bahagian dalaman organ reproduktif
Dalam kes yang serius, keputihan berwarna coklat juga boleh menjadi tanda kepada beberapa jenis kerosakan di bahagian dalaman organ-organ reproduktif.Tentu sekali memerlukan pemeriksaan terperinci. Kemungkinan boleh disebabkan oleh polip, hakisan atau kecederaan pada mulut atau permukaan rahim.Ini boleh menjadi satu keadaan perubatan yang serius yang memerlukan perhatian segera.

Stres yang melampau
Akhir sekali,keluar keputihan warna coklat boleh berpunca dari stres yang melampau menyebabkan gangguan dalam kitaran haid serta gangguan kesuburan.Akibatnya,akan kelihatan kitaran haid yang tidak teratur disertai dengan senggugut yang teruk.Rawatan yang paling efektif adalah dengan membawa perubahan diet dan cara hidup yang lebih “relax” jauh dari tekanan.

Mencari jalan penyelesaian kepada masalah keputihan ?

Cuba link ini  http://perintisherba.blogspot.com/

FEMININE WASH PILIHAN KAMI




Rabu, 24 Jun 2015

Sakit Kepala Yang Teruk Berjaya Diatasi Dengan 5HTP - Kajian Di Portugal

Bismillah,

Berita baik bagi mereka yang selalu mengalami sakit kepala yang teruk aka migrain.Satu kajian yang dilakukan di portugal mendapati 5 HTP berjaya mengatasi masalah yang melibatkan ramai pesakit di seluruh dunia.

Berikut adalah ringkasan kajian yang telah dilakukan yang jelas membawa sinar kepada ramai pesakit migrain yang tegar.
 
Satu percubaan rawak “double-blind” dilaporkan, di mana 78 pesakit kronik sakit kepala telah dirawat dengan L-5-hydroxytryptophan (5-HTP) (n = 43) atau placebo (n = 35) selama 8 minggu , selepas tempoh 2 minggu dan dengan tempoh susulan tambahan 2 minggu. 

Berbanding dengan kumpulan yang dirawat dengan plasebo, tiada perubahan ketara secara statistik dalam jumlah hari dengan sakit kepala atau sakit kepala intensiti dalam kumpulan yang dirawat dengan 5-HTP dalam dos 300 mg setiap hari.

Walaubagaimanapun, terdapat penurunan ketara dalam penggunaan ubat tahan sakit. Setelah 2 minggu menjalani rawatan, terdapat penurunan ketara dalam bilangan hari dengan sakit kepala.
Pendapat subjektif dalam tempoh yang terakhir ini juga memihak kepada 5-HTP

Rujukan:
Department of Pharmacology, Biomedical Institute for the Research of Light and Image, Faculty of Medicine, University of Coimbra, Coimbra, Portugal.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10849040

Ahad, 21 Jun 2015

Minyak Habatussauda Meningkatkan Kualiti Sperma Bagi Lelaki

Bismillah,


Walaupun terdapat ramai lelaki yang mengalami masalah kesuburan yang jelas telah mula merundum di seluruh dunia.

Mungkin ramai juga yang tidak menyedari termasuk umat islam sendiri,bahawa terdapat strategi semula jadi yang telah terbukti untuk membantu mereka meningkatkan bilangan sperma, pergerakan dan morfologinya.

Makanan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu HABATUSSAUDA…..

Buktinya,dalam satu percubaan yang dikawal plasebo “clinical double-blind”, para penyelidik dari Iran Shahid Beheshti University Sains Perubatan telah berjaya membuktikan bahawa minyak dari ubat tradisional timur tengah dengan ketara berjaya meningkatkan kualiti sperma, jumlah dan motiliti.

Para penyelidik telah menguji sejumlah 34 lelaki yang dianggap tidak subur - kerana mereka hanya mempunyai jumlah sperma kurang daripada 20 juta setiap mililiter, atau mempunyai kurang daripada 30% morfologi atau kurang dari 25% -50% motiliti sperma. Keadaan ini juga dikenali sebagai oligoasthenoteratospermia.

Motiliti sperma dalah berkaitan dengan bagaimana pergerakan sperma ke ovum atau telur yang akan disenyawakan. Motiliti rendah bermakna sperma tidak dapat bergerak cukup pantas untuk terus hidup dalam perjalanan untuk menyuburkan telur dan selalunya hanya mempunyai keupayaan untuk menembusi lapisan luar sekitar telur.

Morfologi sperma pula adalah berkaitan dengan bentuk sperma iaitu sperma normal yang akan dinaikkan di kepala dengan ekor tunggal yang sihat. Mempunyai kepala atau ekor berbentuk luar biasa atau ekor berganda didapati sama dengan morfologi rendah.
Mempunyai bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter dipanggil oligozoospermia sementara di atas paras ini dianggap normal.

Para penyelidik telah menguji pH sperma kerana pH boleh menentukan tahap motiliti sperma dan memberi sperma peluang yang lebih baik untuk menembusi telur.
Para penyelidik telah memberikan pada setiap seorang daripada 34 lelaki tidak subur dengan 2.5 mililiter minyak habatussauda dan plasebo pula diberikan cecair parafin setiap hari.

Selepas dua bulan, penyelidik sekali lagi menguji motiliti, morfologi dan bilangan sperma bagi setiap lelaki. Mereka mendapati bahawa kumpulan yang diberikan minyak habatussauda mempunyai bilangan yang lebih tinggi sperma, motiliti sperma lebih baik dan morfologi sperma serta tahap pH bertambah baik berbanding dengan kumpulan plasebo .

Para penyelidik menyimpulkan:
Bahawa pengambilan harian 5 mililiter minyak habatussauda selama dua bulan meningkatkan kualiti sperma yang tidak normal pada lelaki yang kurang subur tanpa kesan sampingan yang buruk.

Semoga Bermanfaat

Rujukan:
Kolahdooz M, Nasri S, Modarres SZ, Kianbakht S, Huseini HF. Effects of Nigella sativa L. seed oil on abnormal semen quality in infertile men: A randomized, double-blind, placebo-controlled clinical trial. Phytomedicine. 2014 Mar 25. pii: S0944-7113(14)00108-1. doi: 10.1016/j.phymed.2014.02.006.

Ahad, 14 Jun 2015

Gabungan kunyit dan lada hitam mengekang sel kanser dari tumbuh semula

Bismillah,

Estrak curcumin dari kunyit dan piperine dari lada hitam bukan sahaja boleh menyedapkan masakan dirumah namun fakta kajian yang ramai tidak mengetahui adalah gabungan ini juga merupakan satu rawatan yang berkesan untuk mematikan sel kanser dan mengekang dari pertumbuhan semula.

Kajian yang dilakukan di Division of Hematology/Oncology, Department of Internal Medicine and Comprehensive Cancer Center, University of Michigan membuktikan kunyit dan lada hitam sebagai rawatan secara natural yang lebih selamat dan tidak bertoksik jika dibandingkan dengan rawatan sediada.

Semoga Bermanfaat

Rujukan:
 
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19898931

Rabu, 10 Jun 2015

Kanser serviks (HPV) pun tunduk kalah kepada herba natural ?

Bismillah,


Walaupun kepercayaan masyarakat ramai bahawa jangkitan HPV adalah sesuatu yang boleh membawa maut dan hanya vaksinasi sahaja boleh melindung dari dijangkiti kanser serviks NAMUN ramai juga yang tidak menyedari akan wujudnya kajian terhadap herba yang dipelopori oleh kunyit dan beberapa herba lain berhasil mengawal hpv daripada membawa bencana kanser serviks.

Satu kajian yang disiarkan dalam Asia Pasifik Journal of cancer prevention bertajuk, "Clearance of Cervical Human Papillomavirus Infection by Topical Application of Curcumin and Curcumin Containing Polyherbal Cream: A Phase II Randomized Controlled Study.

Kajian ini mengesahkan bahawa jangkitan HPV dihadkan dan akan hilang dengan sendiri dalam 73.3% daripada kumpulan kawalan yang tidak dirawat dalam tempoh 37 hari.

Para penyelidik juga menilai keberkesanan dua jenis formula herba dalam menghapuskan jangkitan HPV dari pangkal rahim wanita yang telah disahkan dijangkiti HPV melalui smear dan ujian Pap HPV DNA (PCR), dimana keadaan belum berkembang kepada gred tinggi neoplasias serviks (iaitu serviks pra-kanser).

Pengunaan krim faraj polyherbal mengandungi ekstrak curcumin, reetha, Amla dan aloe vera, yang dikenali dengan nama Basant dan kapsul vagina curcumin sebagai herba kedua.Sementara dua kumpulan plasebo menerima samada krim plasebo faraj atau plasebo kapsul faraj.

Semua 287 peserta telah diarahkan untuk menggunakan salah satu aplikasi harian formulasi yang diberikan selama 30 hari berturut-turut kecuali semasa haid.

Tujuh hari selepas pengambilan terakhir mereka telah dipanggil semula untuk ujian ulangan HPV, sitologi dan kolposkopi.

Keputusan dilaporkan seperti berikut:

Kadar pelenyapan HPV dengan Basant (87.7%) adalah jauh lebih tinggi daripada plasebo (73.3%). Curcumin juga didapati lebih (81.3%) berbanding plasebo.MasyaaAllah

Rujukan:
http://www.apocpcontrol.org/page/apjcp_issues_view.php…

Isnin, 8 Jun 2015

Tips guna halia untuk turun darah haid



Bismillah,

Tempohari saya ada memberi tip untuk induce period guna vitamin C dan ramai juga berjaya.kali ini saya beri satu lagi kaedah yang menggunakan bahan dari dapur dirumah kita.

Wanita tidak perlukan pil hormon untuk induce period hanya untuk melegakan sementara namun tetapi membawa kesan kemudaratan seumur hidup ye...fikirkan lah..

Percaya tak??halia boleh digunakan sebagai herba untuk “turunkan darah haid”

Caranya letakan1 sudu makan serbuk halia organik kedalam sebiji cawan dan tuangkan air panas mendidih.Minum bila campuran air itu mula suam atau 10 minit kemudian.Minum sehingga 4 cawan setiap hari dan tidak melebihi 5 hari.


Semoga Bermanfaat

Ahad, 7 Jun 2015

Kayu manis boleh menjadi rawatan yang berkesan untuk PCOS


Bismillah,



Penyelidikan menunjukkan bahawa menambah kayu manis untuk diet boleh meningkatkan kitaran haid pada wanita dengan Sindrom Ovari Polycystic (PCOS).



Penyelidikan yang dibentangkan oleh Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Kesuburan / Persatuan Amerika bagi mesyuarat Perubatan Reproduktif mengambarkan data menambah kayu manis untuk diet boleh meningkatkan kitaran haid pada wanita dengan Sindrom Ovari Polycystic (PCOS).



Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa penggunaan kayu manis boleh mengurangkan rintangan insulin di kalangan wanita dengan PCOS. Dalam kajian ini, penyelidik dari Universiti Columbia mendaftar 45 wanita dengan PCOS untuk percubaan penyelidikan.



Wanita-wanita yang melengkapkan percubaan 6 bulan dan yang menerima kayu manis mempunyai kitaran haid lebih kerap daripada wanita yang telah diberikan plasebo.



Kumpulan kayu manis mempunyai 3.82 kitaran haid semasa pengunaan 6 bulan, manakala wanita dalam kumpulan kawalan hanya mempunyai 2.2 kitaran. Dua daripada wanita dalam kumpulan rawatan yang dilaporkan hamil spontan semasa kajian dilakukan.



"Walaupun kecil, kajian agak elegan ini menunjukkan bahawa kayu manis mungkin satu rawatan yang berkesan dan murah untuk pesakit PCOS," kata Steven T. Nakajima, MD, Presiden Persatuan bagi Endokrinologi Reproduktif dan Ketidaksuburan.



Semoga bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑