Rabu, 17 Disember 2014

Mycoplasma - Bakteria Punca Kemandulan Dan Bayi Pra Matang

bayi-kurang-matang
Bismillah,

Mungkin beberapa nama bakteria yang bakal saya tulis ini agak asing bagi sesetengah wanita.Namun percaya lah nama-nama ini telah lama berada bersama tubuh wanita sejak dizaman bayi lagi.Kita dituntut untuk hidup di muka bumi ini dengan keserdahanaan dan keseimbangan,apabila kita mula cuai dan lupa tentang 2 perkara ini,maka kita akan mudah terdedah dengan masalah jangkitan bakteria yang boleh menjadikan seseorang itu tidak subur,kemandulan dan penyakit lain yang kronik.

Antara mikro organisma yang terlibat dalam ketidak suburan dan kemandulan wanita terdapat beberapa spesies bakteria seperti berikut:-

  • Chlamydia trachomatis (CT)
  • Ureaplasma urealyticum / Ureaplasma parvum (UU)
  • Mycoplasma hominis (MH)
  • Neisseria gonorrhoeae.
Hari ini saya akan fokuskan artikel ini kepada bakteria mycoplasma hominis (MH) dan keterlibatanya secara langsung dalam masalah kesuburan dan kemandulan wanita yang kadangkala tidak diketahui akan puncanya.Mungkin selepas ini banyak soalan yang selama ini menjadi tanda tanya akan terjawab.

Mycoplasma hominis adalah spesies bakteria dalam genus Mycoplasma. Bersama-sama dengan ureaplasmas, mycoplasmas adalah organisma yang paling kecil pernah dikenali.. Mereka sering hadir dalam faraj wanita, tetapi kadangkala bukan berasal dari flora faraj biasa. Beberapa bukti menunjukkan bahawa M. hominis boleh dikaitkan dengan penyakit keradangan pelvis.Tidak seperti bakteria konvensional, MH tidak mempunyai dinding sel . Oleh itu, mereka tidak terdedah kepada penisilin dan antibiotik lain yang bertindak ke atas struktur ini.


Mereka, bagaimanapun, mudah terdedah kepada pelbagai antibiotik spektrum luas, namun kebanyakan antibiotic hanya menghalang penggandaan mereka dan tidak membunuh . Spesies ini diketahui kerap menjajah saluran kemaluan lelaki dan wanita yang aktif secara seksual.Terdapat bukti kaitan bakteria ini dengan sakit demam pasca keguguran dan selepas bersalin.


Mycoplasma Hominis telah dikaitkan dengan pelbagai keadaan patologi. Yang paling kerap adalah jangkitan kelamin pada wanita tetapi tidak pada lelaki. M. hominis adalah salah satu organisma yang berkembang semasa vaginosis bakteria, yang berkaitan dengan Gardnerella vaginalis dan anaerob, tetapi sumbangannya kepada proses patologi masih tidak diketahui.


Walaubagaimanapun, terdapat bukti imbasan mikroskop elektron yang M. hominis mendorong bengkak patologis dalam tiub fallopio yang menyumbang kepada patogenesis salpingitis punca kehamilan luar rahim dan bukti penyebab kemandulan.
M. hominis bertanggungjawab untuk jangkitan yang berkaitan dengan kehamilan dan terdapat bukti kukuh penglibatanya selepas bersalin atau selepas demam keguguran  secara amnya untuk endometritis.


Mycoplasma ini juga telah ditemui dalam spesimen darah, dan cecair serebrospina bagi bayi yang baru lahir  yang disebabkan oleh jangkitan ketika lahir.
Dalam beberapa kes, jangkitan yang teruk dengan tanda-tanda klinikal dan biologi meningitis telah melihat keberadaan mycoplasma ini,terutamanya di kalangan bayi pra-matang yang dilahirkan oleh ibu yang berisiko tinggi.


Bakteria yang dahulunya banyak membantu kehidupan manusia diatas muka bumi .Kini telah mula menjajah dimana-mana sahaja kekosongan tempat didalam tubuh wanita selagi tiada keseimbangan bakteria didalam tubuh.


Bagi wanita yang merancang kesuburan.kehamilan dan juga yang sedang hamil dirayu supaya memikirkan dengan sewarasnya risiko yang tidak berbaloi jika masih mengamalkan kehidupan seharian tanpa keseimbangan bakteria didalam tubuh.Pesanan saya,amalkan diet yang sihat,imun yang kuat,pH yang sesuai untuk faraj 3.8-4.2 dan jauhkan dari produk-produk yang tidak membawa manfaat.


Semoga Bermanfaat








Ahad, 7 Disember 2014

Dilema Penyakit PCOS Dikalangan Remaja

penyakitpcos
Bismillah,
Topik ini agak ‘hot’ sekarang ,saya katakan begitu disebabkan ramai diantara pasangan yang sudah berumahtangga dan berhasrat untuk membina keluarga idaman mereka terbantut disebabkan suatu halangan .Maka bermula lah satu episod sedih dan mengecewakan,berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya .Cahayamata yang di idamkan dan bakal menjadi penyeri rumahtangga,tali penyimpul ikatan kasih sayang  pasangan baru ini hanya bergantung pada qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah swt.

Ujian Allah swt mengatasi segala impian mereka dimana ramai di antara pasangan ini,terkedu apabila dikejutkan oleh satu berita yang agak mengecewakan. Lawatan dan pemeriksaan di klinik sakit puan telah membongkar gejala yang selama ini telah“disembunyikan”.Selesai pemeriksaan,doktor memberitahu mereka tentang halangan dan kesukaran yang bakal dialami berpunca dari masalah penyakit  yang baru pertama kali di dengar iaitu PCOS.

Apabila kita putarkan jam kebelakang dan menerima hakikat sebenarnya, ramai daripada mereka ini telah mengalami masalah pcos sejak dari muda remaja lagi.Samada disedari atau tidak,isyarat awal pcos telah dihantar melalui beberapa gejala seperti haid tidak teratur,tumbuh bulu rambut berlebihan dan beberapa lagi gejala awalan sejak ianya bermula.Mungkin di usia muda remaja amat jarang sekali didedahkan dengan informasi tentang PCOS. 

Tentu sekali bukan dari rumah tidak juga di sekolah malahan amat jarang sekali di dengari di instituisi pengajian tinggi.Mungkin penyakit kronik seperti kanser,jantung atau yang kerap didengar seperti asthma,jangkitan virus dan sebagainya,namun masalah penyakit wanita seperti endometriosis,pcos,kanser ovari seakan- akan hanya menjadi bahan bacaan sampingan.

Impaknya setelah meningkat dewasa samada sudah berkahwin atau belum,ianya  bakal menjadikan sesetengah daripada mereka sebagai  peminat setia pakar kesuburan,hospital dan ubatan sintetik.Pcos  pada zaman ini sudah menjadi semacam epidemik….

Apa yang menyedihkan,ramai diantara remaja masih keliru dan tidak memahami “bahasa tubuh” mereka sendiri apabila membiarkan isyarat yang diterima berlarutan tanpa meminta nasihat atau rawatan dari pakar diklinik/hospital.

Sebagai “crash course” untuk remaja ,saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya para remaja mendapat kefahaman asas tentang penyakit PCOS setelah membaca artikel ini.

Mengenali Penyakit PCOS

Ovari Sindrom Polycystic (PCOS) adalah penyakit endokrin pembiakan yang paling biasa di kalangan wanita dalam usia reproduktif. Walaupun pcos tidak menerima publisiti yang meluas, ia memberi kesan kepada ramai remaja wanita . Malahan  1 dalam 10 wanita dipercayai mengalami masalah ini.

Walaupun gejala berbeza antara satu sama yang lain,namun gejala yang paling biasa dialami adalah haid yang tidak teratur, jerawat, tumbuh bulu yang berlebihan di muka,kaki dan berat badan yang berlebihan. 

Kefahaman tentang penyakit ini boleh membantu para remaja wanita mengenali dan memahami trend semasa dalam rawatan perubatan juga peranan penting diet yang seimbang  serta perkara- perkara lain yang  boleh berkaitan.

Apakah sebenarnya PCOS?

PCOS berpunca dari ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan haid tidak teratur, tumbuh bulu rambut yang tidak di ingini dan jerawat. Nama "Poli", yang bermaksud "banyak", dan "Cystic", yang bermaksud "cyst", merujuk kepada fakta bahawa mereka yang mempunyai PCOS mempunyai ovari yang mengandungi banyak cyst kecil. Cyst kecil ini juga dipanggil folikel tumbuh dalam ovari ,namun ianya bukan sejenis barah dan tidak perlu dibuang melalui pembedahan.

Apakah tanda-tanda seseorang yang mengalami PCOS?

Wanita yang mengalami PCOS lazimnya mempunyai satu atau lebih tanda-tanda.Sebahagian daripada tanda-tanda yang paling biasa termasuk:
  • Haid tidak teratur - haid yang datang beberapa bulan sekali, tidak datang haid sama sekali, atau haid yang terlalu kerap
  • Hirsutisme – tumbuh bulu yang lebat pada muka atau bahagian badan lain
  • Jerawat
  • Penambahan atau penurunan berat badan dan dalam beberapa kes kegemukan (obesiti)
  • Nigricans acanthosis keadaan seperti tampalan kulit gelap di bahagian belakang leher dan kawasan-kawasan lain.
  • Ketidaksuburan disebabkan haid yang tidak teratur atau kekurangan ovulasi(waktu subur)

Lain-lain yang tanda / gejala termasuk:

  • Penipisan rambut (pada bahagian atas kepala)
  • Kolesterol tinggi dan / atau HDL rendah "kolesterol baik"
  • Tekanan darah tinggi
  • Pra-diabetes atau dalam beberapa kes, diabetes

Apa yang menyebabkan PCOS?

PCOS adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang seterusnya memberi kesan kepada ovari. Ramai remaja dengan PCOS juga mempunyai tahap insulin yang lebih tinggi daripada tahap insulin normal.PCOS biasanya berlaku apabila hormon luteinizing (LH) meningkat atau tahap insulin terlalu tinggi,menyebabkan pengeluaran testosteron(hormon lelaki) tambahan oleh ovari.

Bagaimana untuk mengetahui jika mengalami PCOS?

Jika remaja mengesan  2 atau lebih daripada gejala-gejala di atas, berkemungkinan besar terdapat risiko PCOS.

Remaja boleh berjumpa doktor di klinik/hospital untuk melakukan penilaian awal sebelum dirujuk kepada pakar sakit puan untuk melakukan pemeriksaan dan ujian lanjutan.

Kesan penyakit PCOS Kepada Masadepan Para Remaja

Ramai remaja yang bermasalah pcos kurang memahami tentang kesan yang bakal ditanggung  apabila meningkat dewasa dan berumahtangga kelak.Perkataan dilema yang saya gunakan ketika menulis tentang remaja dalam topik keputihan wanita,kini dilema saya guna sekali lagi bagi menceritakan betapa “blackout” informasi tentang pcos dikalangan remaja  bakal membawa impak yang besar di kemudian hari.

Cerita diawal artikel ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang mengalami pcos samada disedari atau tidak.Namun adalah lebih baik jika setiap sesuatu penyakit di cegah atau dirawat dari awal lagi.Mungkin ianya dapat membantu untuk menghadapi, mengawal emosi dan kesukaran dimasa hadapan.Bak kata pepatah melayu “Sediakan payung terlebih dahulu sebelum turunya hujan” .

Kesimpulan

Apa yang saya tuliskan dalam artikel ini hanya lah perkara asas yang perlu diketahui oleh remaja,mencukupi sebagai isyarat untuk  melakukan sesuatu tindakan sebelum ianya menjadi bertambah serius.Terdapat banyak lagi faktor-faktor sampingan,kajian dan kaedah rawatan alternatif  serta cara mengawal diet untuk pesakit pcos yang akan saya tuliskan dalam artikel lain pula.Pcos tidak berhenti di sini sahaja disebabkan ianya akan terus berada di dalam sebahagian diri wanita sehingga suatu masa yang tidak diketahui.

Ujian Allah swt datang dalam berbagai bentuk dan rupa,maka tidak perlu lah kita menyalahkan sesiapa.Perkara yang utama sekarang adalah memahami perkara asas tentang pcos dan gejala-gejala yang datang bersamanya, supaya mudah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun dalam usia yang muda remaja.

Rabu, 3 Disember 2014

Trichomoniasis - Cecair Kehijauan,Berbuih Dan Beng...

Trichomoniasis - Cecair Kehijauan,Berbuih Dan Beng...: Trichomoniasis  adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh parasit Trichomonas Vaginalis dan merupakan jangkitan kelamin yang paling ...

Isnin, 1 Disember 2014

Gonorrhea Penyebab Kemandulan - Kini Rintang Antibiotik

nisseria-gonorrhea
Bismillah,
Enam puluh tahun lalu,para doktor mempunyai senjata yang berkesan dan kuat terhadap jangkitan kelamin gonorrhea ,ini  termasuk antibiotik seperti penisilin, ampicillin, tetracycline dan doxycycline.Tetapi kini,satu demi satu senjata kuat ini mula didapati tidak sekuat mana malahan telah mula hilang keberkesanan.

Sekarang ini hanya tinggal dua jenis ubat seperti cefixime yang boleh diambil secara oral, dan ceftriaxone dengan cara disuntik masih bertahan walaupun sedang menghitung hari.Jika trend ini berterusan,gonorrhea bakal menjadi mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang menghidapnya dan bakal menjadi ahli baru seumur hidup kelab kanser,herpes,hiv,hpv dan banyak lagi.

N.Gonorrhea semakin bertambah kuat rintangan kepada antibiotik

Dunia perubatan moden tidak mempunyai apa-apa rawatan sandaran untuk gonorrhea. Seandainya sisa beberapa jenis antibiotik ini gagal maka jangkitan gonorrhoea boleh diklasifikasikan semula,sama seperti penyakit-penyakit lain yang tidak upaya dirawat.

Neisseria gonorrhea kini menjadi semakin kuat rintangan untuk kelas keseluruhan antibiotik. Jangkitan ini boleh menyebabkan gatal-gatal, rasa terbakar, cecair berbau, atau sakit ketika membuang air kecil, tetapi sering tidak mempunyai gejala. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit radang pelvik,salah satu punca kemandulan pada lelaki dan wanita.


Kesan dari rintangan kepada antibiotik ini bakal dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan kes-kes tambahan penyakit radang pelvik (punca utama kemandulan), dan jangkitan HIV ,disebabkan HIV lebih mudah disebar kepada seseorang yang dijangkiti gonorrhea.


N.Gonorrhea punca radang pelvik

Berita buruknya bagi wanita,gonorrhea adalah penyebab utama radang pelvik (pelvic inflammatory disease ).PID boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian, rahim (uterus) dan tisu-tisu di sekelilingnya. Kerosakan ini boleh membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvik, kemandulan dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang juga berpotensi mengakibatkan maut.


N.Gonorrhea dan kesan kepada kelahiran bayi


Ophthalmia gonococcal adalah suatu keadaan dimana mata bayi  tercemar apabila melalui saluran lahir dari seorang ibu yang dijangkiti  N.gonorrhea atau Chlamydia trachomatis .
Untuk mengelakkan  ophthalmia gonococcal pada bayi yang bakal dilahirkan, semua wanita hamil yang berisiko untuk gonorhea perlu diuji semasa lawatan pranatal yang pertama dan, jika perlu dirawat untuk gonorrhea.Wanita yang berisiko untuk jangkitan semasa mengandung pula perlu menjalani ujian berulang kali semasa trimester ketiga.


Saranan sebagai kaedah pencegahan

Nisseria gonorhea adalah jangkitan kelamin yang boleh tersebar melalui  aktiviti seksual,tentunya pencegahan yang terbaik adalah untuk tidak melakukan hubungan kelamin namun itu agak mustahil bagi pasangan suami isteri.

Mungkin beberapa saranan pencegahan ini boleh membantu:
  • Mengelakkan aktiviti seksual(bagi pasangan yang belum berkahwin,lebih-lebih lagi remaja)
  • Setia dan hanya melakukan hubungan kelamin bersama pasangan suami/isteri sahaja.
  • Menggunakan kondom(jika perlu) bagi suami semasa melakukan hubungan kelamin
  • Memastikan pH faraj kekal pada paras berasid 3.8-4.2 dengan pengambilan makanan,buah-buahan berasaskan bakteria baik,sayuran hijau dan pengunaan produk pH yang tepat.Keseimbangan bakteria membantu mengurangkan risiko jangkitan kelamin disamping membantu menguatkan sistem imun didalam tubuh.
Saintis masih gagal mencari penganti antibiotik

Nisseria Gonorrhea bakal kehilangan pergantungan pada antibiotik dan yang lain juga pasti akan menyusul.Sehingga artikel ini di tulis,masih belum ada saintis yang berjaya mencari penganti antibiotik,walaupun mereka bertungkus lumus berusaha siang dan malam dan diperuntukkan dengan bajet jutaan dollar.Tiada apa yang dapat membantu kita selain dari mengamalkan seks yang halal dan selamat sebagai benteng mencegah dari jangkittan kelamin.

Sebagai umat Islam,Allah swt telah berfirman di dalam al quran dalam memberi amaran dan peringatan kepada kita tentang keburukkan berzina,seks luar tabi'e dan memberi petunjuk kepada hubungan kelamin yang sesuai dengan hukum syarak,Kebenaran ini telah terserlah sejak ribuan tahun dahulu.Maka umat Islam tiada sebab dan alasan untuk tidak mengikuti ajaran yang wajib yang diwahyukan melalui Rasulullah saw.Peringatan ikhlas kepada mereka yang telah tersasar dalam aktiviti seksual supaya cepat pulang kepangkal jalan sebelum dijangkiti penyakit-penyakit kelamin yang semakin payah untuk di ubati..

Semoga Bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑