Sabtu, 20 Januari 2018

POSITIF! Duphaston(dydrogesterone) boleh menjadi punca penyakit jantung pada bayi yang baru lahir?


Bismillah,

Duphaston keluaran gergasi farmaseutikal Pfizer adalah jenama yang popular dikalangan klinik dan hospital di Malaysia.Lazimnya pakar akan memberikan dos duphaston ini dalam pelbagai situasi seperti dalam kes-kes ancaman keguguran(threatened abortion) atau bagi sesetengah wanita hamil pula diberikan bagi tujuan “menguatkan rahim”.

Satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Mainz,Germany telah melaporkan bahawa data terkumpul antara tahun 1977 hingga 2005 telah menemukan 28 kes hubungan yang berpotensi antara penggunaan dydrogesterone oleh ibu semasa mengandung dan congenital heart disease(CHD).

Congenital heart disease (CHD) adalah kecacatan jantung, aorta, atau saluran darah besar lain yang merupakan bentuk kecacatan kelahiran terbanyak dan yang paling kerap berlaku pada bayi baru lahir.

Di Malaysia,satu kajian pernah diterbitkan pada 2009 dijalankan oleh pakar dari department O & G,hospital Seberang Prai di Pulau pinang .Kajian tersebut yang bertajuk “Dydrogesterone in threatened miscarriage: a Malaysian experience”.

Pakar telah melaporkan duphaston apabila diberikan antara 16-20 minggu berkesan membantu kurangkan kadar ancaman keguguran (threatened abortion) dikalangan 191 wanita hamil.

Begitu juga terdapat beberapa kajian-kajian lain oleh penyokong-penyokong duphaston yang mengiyakan pil magik ini sebagai berkesan dalam pengurusan ancaman keguguran (threatened abortion)bagi wanita hamil lebih-lebih lagi jika diberikan dalam dos tertentu dan diambil secara berterusan sehingga minggu ke 20 kehamilan.

Kajian-kajian sebegini sudah tentu mengembirakan gergasi pharma seperti Pfizer yang tentu sekali juga mengalu-alukan pendapatan lumayan berbilion dolar ditahun-tahun kewangan akan datang.

Maklum sahaja Pfizer juga perlu membayar berbilion dolar hasil dari banyak kes-kes ubatan keluaran mereka yang disaman dan perlu diselesaikan diluar mahkamah Amerika Syarikat.

Namun tetapi selicik-licik Pfizer tersentak jua akhirnya apabila satu kajian yang lebih besar dan menyeluruh telah dijalankan oleh pakar-pakar dari gabungan 4 klinik/hospital dan diterbitkan dalam jurnal pada tahun 2015.Kajian ini bertajuk :

Kesan pengambilan dydrogesterone pada perkembangan jantung janin semasa diawal kehamilan.

Pakar-pakar yang terlibat adalah dari:

1)Jabatan Pediatrik Kardiologi, Hospital Universiti Ghent, De Pintelaan 185, 9000, Ghent, Belgium.

2)Department Pediatrik Kardiologi, Al Rantisi Hospital Pediatrik Abd Al Aziz Pakar, Gaza, Palestin.

3)Department Kesihatan Awam, Universiti Al Quds, Gaza, Palestin.

4)Imperial Penjagaan Kesihatan Imperial Trust, London, England.

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada dydrogesterone yang diberi untuk ibu di awal kehamilan ada kaitan dengan penyakit jantung kongenital pada bayi.

Dengan itu,penyelidik telah menjalankan satu kajian kes kawalan retrospektif kecacatan kelahiran dan faktor-faktor risiko yang berkaitan.

Data diperolehi dan dibandingkan antara 202 kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital dan kumpulan kawalan yang terdiri daripada 200 kanak-kanak. Semua kanak-kanak ini telah dilahirkan dalam tempoh tahun 2010-2013.

Pendedahan kepada Dydrogesterone ditakrifkan sebagai setiap penggunaan yang dilaporkan semasa trimester pertama kehamilan. Kriteria yang dikecualikan termasuk kelahiran mati, kanak-kanak dengan kelainan kromosom dan bayi ibu-ibu yang mempunyai penyakit kronik, contohnya, kencing manis.

Pengunaan Binary logistic regression analyses telah digunakan untuk menganalisis data dan mengenal pasti hubungan antara pendedahan kepada ubatan dan penyakit jantung kongenital.

Keputusan mendapati,Ibu kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital menerima dydrogesterone semasa trimester pertama kehamilan berbanding ibu kepada kanak-kanak dalam kumpulan kawalan.

Akhirnya,penyelidik sepakat melaporkan bahawa mereka telah mengenal pasti kaitan yang POSITIF antara penggunaan dydrogesterone semasa awal kehamilan dan penyakit jantung kongenital.

Semoga Bermanfaat

Sumber:

The Impact of Oral Intake of Dydrogesterone on Fetal Heart Development During Early Pregnancy.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25972284

Dydrogesterone use during pregnancy: overview of birth defects reported since 1977.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19193503

Dydrogesterone in threatened miscarriage: a Malaysian experience.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20005647

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑