Rabu, 28 Mei 2014

Kanser Servik - Perjalanan Menuju Sakratul Maut

gif
Bismillah,
Sekali lagi untuk tahun 2014,saya terpanggil untuk berkongsi maklumat penting dan terkini tentang kanser pangkal Rahim(kanser serviks) bagi memastikan kesinambungan artikel yang saya tuliskan sejak tahun 2011 dan saya tidak akan jemu memberi peringatan demi peringatan tentang bahayanya serta kesan penderitaan emosi yang bakal ditinggalkan terhadap keluarga yang disayangi.

Statistik terkini di Malaysia, dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.Lebih kurang 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik sementara 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan juga adalah disebabkan oleh kanser servik.

Jom kita mula ‘refresh’ balik apa yang telah kita ketahui tentang kanser servik!

Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.Disini lah mulanya penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.Di peringkat awal ianya berlaku di sekitar servik sahaja dan apabila diperingkat lewat ianya akan merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain seperti paru-paru melalui sistem aliran darah.

gif

Apakah penyebab sebenar kanser servik?

Para saintis masih mencuba untuk memahami mekanisma bagaimana beberapa faktor berperanan menyebabkan kanser servik dan sehingga artikel ini ditulis,punca sebenar masih belum diketahui.Namun tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah tergolong pada wanita yang berisiko tinggi: 

  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5 kali
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang penjagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Sila rujuk terus kepada pakar sekiranya mengalami salah satu daripada gejala berikut: 
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Kehadiran darah beku
  • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Apa kah kanser serviks boleh dikesan?
Secara amnya,serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur antara 40 - 60 tahun.Namun tetapi ianya boleh dikesan awal seandainya wanita melakukan ujian rutin.Ini disebabkan dalam banyak kes,ianya mengambil masa yang lama untuk terjadi iaitu diantara 10 - 15 tahun.Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia'),Sel-sel luarbiasa ini hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear.
Sekiranya keputusan ujian pap smear positif, pakar akan meneruskan dengan kaedah colposcopy dan sekiranya keputusan menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan : 
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Keputusan rawatan akan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.Tindakan susulan dan rekomendasi rawatan akan disyorkan oleh pakar kepada pesakit dan biasanya hanya ada 3 jenis iaitu : 
  1. Pembedahan
  2. Radioterapi
  3. Kemoterapi
Dan akhir sekali, jika semuanya tidak berhasil atau segala usaha menemui jalan buntu,maka penghidap kanser serviks dan keluarga perlu menerima hakikat bahawa secanggih-canggih teknologi perubatan moden,masih gagal mencari penawar bagi kanser servik.Maka langkah terbaik adalah bersiap-sedia untuk menghadapi kematian,itupun jika Allah swt mengizinkan dan  telah menetapkan ajal sebegitu.Wallahu’alam
 

Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Rabu, 14 Mei 2014

Tips Menurunkan Berat Badan Secara Natural & Selamat

gif
Bismillah,

Atas permintaan ramai dan melalui soalan yang diemailkan kepada saya tentang cara menurunkan berat badan dan untuk menjimatkan masa dan memudahkan saya daripada menjawab satu persatu tentang topik ini,elok lah saya menjawab secara ‘blanket” atas semua soalan di topik yang sama dalam artikel ini.

Menurunkan berat badan secara natural dan selamat.

Ramai mengetahui punca utama masalah kegemukan adalah disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.Dalam banyak kes,amalan pemakanan yang tidak seimbang berakhir denagn tubuh yang tidak sihat disebabkan bekalan zat dan nutrien berguna yang diperlukan tubuh tidak dibekalkan dengan kadar yang mencukupi.

Umum juga tahu bahawa cara paling berkesan untuk mengelak dari kegemukan dan penyakit bersamanya adalah dari diet yang tidak seimbang.Bagi mereka yang inginkan menurun berat badan perlu menerima hakikat tiada jalan pintas untuk mencapai tujuan selain daripada diet yang seimbang berserta melakukan senaman dengan cara yang konsisten .

Berikut adalah beberapa tips menurunkan berat badan secara natural dan selamat yang selalu saya syorkan :

Pertama sekali perlu di ingat bahawa menurunkan berat badan tidak hanya cukup sekedar bermodalkan niat. Perlu ada tekad dan semangat yang kuat ya..

1) Mulakan dengan target yang masuk akal

Tetapkan target di awal program. Tidak usah terburu-buru. Jika berjaya turun berat badan sebanyak 0.5 kg satu minggu adalah sangat ideal. Jika terlalu drastik,dibimbangi akan memudaratkan kesihatan. Untuk motivasi tambahan, keluarkan dari almari dan digantung pakaian lama (ketika slim)yang tidak boleh diguna lagi atas sebab kegemukan. Secara saikologi menjadi penguat semangat dan membantu mencapai target yang di inginkan.

2) Tidak perlu terlau ekstrim

Tubuh yang sihat memerlukan 1,200-1,500 kalori setiap hari supaya tubuh tetap kekal sehat. Mengurangkan kalori sehingga 600 - 800 kalori setiap hari hanya akan memperlambat proses metabolisma tubuh. Jika metabolisma berfungsi lambat, kesempatan untuk lemak ditimbunkan di dalam tubuh semakin besar. Akhirnya bukan menjadi bertambah kurus, malahan mengundang penyakit yang lain pula

3) Percepatkan waktu sarapan pagi

Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi.Kajian yang dibuat di Amerika, 4.000 orang Amerika dewasa yang bejaya menurunkan berat badannya sebanyak 15 kg dalam setahun adalah mereka yang bersarapan pagi.Malahan mempercepatkan sarapan pada awal pagi,umpamanya pukul 7 amat digalakkan supaya proses pembakaran tenaga dimulakan lebih awal.

4) Pilihan makanan untuk sarapan pagi

Mulakan hari dengan sarapan 300-400 kalori, tetapi bukan dengan makanan yang berlemak tinggi. Pilihlah sekeping roti gandum bakar,1 butir telur, ditambah 1 mangkuk salad atau, 100 gram nasi dengan 1 potong ikan ditambah 1 mangkuk sayur seperti yang dicadangkan oleh ramai pakar nutrisi.

5) Kunyah makanan sebanyak 36 kali

Amalkan mengunyah makanan sebanyak 36 kali,jika kurang dari 36 kali, cubalah cukupkan. Semakin lama mengunyah, makanan akan lebih mudah dicerna, dan akan lebih mudah merasa kenyang.

6) Perbanyak minum air putih

Menurut pakar meminum air putih 1.5 liter atau 8 – 10 gelas sehari hari boleh membantu menurunkan berat badan sebanyak 2.5 kg.

7) Lakukan gerakan atau bersenam

Bersenam selama 60-90 minit, 3-4 kali seminggu wajib dilakukan. Berlari lari anak atau ber jalan kaki berselang-seli setiap 3 minit amat efektif untuk membakar lemak. Jika tidak berkesempatan, berjalan kaki sahaja keliling rumah atau ruangan pejabat selama 5 minit setiap satu jam akan membantu membakar sekurang-kurangnya 200-300 kalori.

8) Lebihkan makanan berserat

Serat juga mempunyai peranan yang besar dalam menyerap lemak. Semakin banyak serat yang masuk kedalam tubuh semakin cepat membesar disebabkan serat bersifat menyerap air. Orang dewasa perlu sekurang-kurangnya 21 gram serat setiap hari.

9) Memakan buah-buahan sahaja tidak mencukupi

Memakan buah-buahan atau sayuran sahaja tidak mencukupi dan ianya hanya akan mebuatkan mudah lapar.Cuba tambahkan 15%-20% protin di setiap menu makanan untuk meningkatkan metabolisma disebabkan sistem pencernaan memerlukan tenaga untuk melakukan proses metabolism.

Semoga bermanfaat,Insyaa Allah


Isnin, 12 Mei 2014

Vaginosis Bakteria Punca Kehamilan Ektopik

gif
Bismillah,

Vaginosis bakteria (BV) adalah keadaan dimana polimikrob yang disebabkan oleh pertumbuhan atau peningkatan bilangan mikroorganisma komensal anaerobik melebihi bilangan laktobasilus di dalam vagina iaitu mikroorganisma seperti Gardnerella vaginalis, Mobilincus, Mycoplasma hominis, Ureaplasma urealyticum dan Prevotella .Dalam bahasa mudahnya,keadaan ini disebabkan oleh ketidak seimbangan bakteria didalam tubuh.


Simtom Vaginosis Bakteria


Wanita yang mengalami vaginosis bakteria akan menunjukkan simtom seperti discaj homogenus yang nipis berwarna putih kelabu yang didapati pada dinding vagina .Selain itu ciri-ciri seperti bau hanyir hasil daripada tindak balas metabolik bakteria anaerobik adalah didapati lebih ketara selepas pesakit mengalami haid dan selepas melakukan hubungan seks disebabkan pH alkali darah dan semen.


Kadang-kala ianya tidak berbau dan menyerupai lendiran seperti nanah mungkin juga cair seperti susu. Wanita dengan BV juga mungkin terasa pedih semasa membuang air kecil atau gatal-gatal di sekeliling luar faraj, ataupun kedua-duanya sekali. Namun terdapat juga kes-kes yang dilaporkan tidak menunjukan tanda-tanda atau gejala sama sekali.


Antara lain,terdapat beberapa bukti kajian tentang vaginosis bakteria yang mungkin juga boleh menjadi petanda bahawa seseorang wanita itu dijangkiti jangkitan kelamin (STD) seperti virus herpes simplex (HSV), chlamydia dan Gonorrhea


Kajian Vaginosis bakteria


Dalam kajian vaginosis bakteria oleh Aliya Islam et al. (2009), mereka menerangkan secara terperinci tentang kajian mereka menilai kekerapan jangkitan bakteria di kalangan wanita “preterm labour” (PTL) yang mana ia menunjukkan kaitan yang rapat dengan jangkitan bakteria. Akibat jangkitan bakteria pada wanita-wanita ini, ia telah menimbulkan komplikasi ke atas kelahiran bayi seperti penurunan berat badan pada bayi(kurang 5.5 lbs) malahan terdapat juga kes-kes bayi yang mati didalam rahim.


Kajian seumpama,mendapati jangkitan vaginosis bakteria berupaya menjangkiti uterus (rahim) dan tiub fallopio melalui jangkitan radang pelvik (PID). PID boleh menyebabkan ketidaksuburan atau kerosakan pada tiub fallopio dan meningkatkan risiko kehamilan ektopik serta kemandulan. Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa, di mana telur yang disenyawakan tumbuh di luar rahim dan menyebabkan tiub tersebut  pecah.


Vaginosis bakteria turut dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan kuman selepas prosedur pembedahan seperti histerektomi atau pengguguran dan ramai pakar menasihatkan wanita yang dijangkiti supaya merawat telebih dahulu sebelum melakukan prosedur pembedahan.


Punca Vaginosis Bakteria


Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang punca sebenar vaginosis bakteria ini disebabkan ianya masih belum difahami sepenuhnya dan tidak banyak yang diketahui tentang bagaimana seseorang wanita diserang vaginosis bakteria.Setiap wanita boleh dijangkiti tidak kira status bujang ataupun sudah berumahtangga.

Walaupun telah berulang-ulang kali saya menasihati para wanita,namun saya suka mengingatkan sekali lagi supaya wanita lebih peka tentang penjagaan bahagian intim dan ini termasuk pengunaan produk-produk yang tidak bermanfaat dalam memastikan bahaya vaginosis ini tidak membawa musibah yang tidak di inginkan.


Pastikan pengunaan pembersih peribadi khas pH3.8-4.2 yang paling sesuai untuk bahagian initim,amalkan diet berasaskan bakteria baik dan kurangkan pergantungan kepada gula yang diproses.Buang jauh-jauh persepsi keputihan itu biasa sebelum ianya menjadi benar-benar luarbiasa.Bak kata pepatah melayu “sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna”.


Semoga Bermanfaat


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑