Khamis, 7 November 2013

Masalah Haid Berpanjangan (Menorrhagia)

gif
Bismillah,
Lazimnya keluar darah  ketika  haid yang  normal adalah  sekitar 7 hari namun tetapi berwaspadalah  jika berlaku pendarahan  yang melebihi tempoh  7-15 hari atau sering juga dikatakan sebagai haid berpanjangan. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi jika pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, wajah pucat dan lesu, lebih memburukkan lagi keadaan apabila rutin hidup baik di rumah mahu pun di pejabat juga terjejas apabila terpaksa kerap ke bilik air untuk menukar tuala wanita yang basah dengan darah haid.

Remaja yang menghadapi masalah ini pula akan menjejas pembelajaran di sekolah disebabkan kehilangan darah yang banyak dan berpanjangan, menjadi pucat dan letih sehingga mengganggu focus pembelajaran.Terdapat beberapa kaji selidik yang membuktikan, jika seseorang wanita kehilangan darah lebih dari 80cc setiap bulan akan mengalami masalah anemia(kurang darah).

Dari sudut agama pula, masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan turut membimbangkan, khususnya bagi wanita Islam apabila keraguan timbul untuk melakukan solat dengan sempurna. Walaupun telah dibolehkan bersolat selepas tempoh 15 hari , namun keraguan boleh menjadikan seseorang itu was-was beribadah disebabkan perasaan tidak pasti akan status sebenar darah tersebut.Jika ini berlaku,maka langkah yang terbaik sekali adalah dengan melakukan pemeriksaan untuk mengdiagnosis masalah sebenar  di hospital berhampiran,dikhuatiri ianya adalah apa yang disebut sebagai MENORRHAGIA.

Adapun dalam keadaan normal jumlah darah yang turun semasa haid kebiasaannya adalah 30 cc dalam seminggu. Definisi yang hampir tepat bagi menorrhagia ialah perdarahan yang terlalu banyak  melebihi 80cc dalam seminggu.Ini juga bermaksud jika seseorang wanita itu mengalami pendarahan darah haid yang melebihi 80cc pada setiap kitaran haid boleh diklasifikasi sebagai mengalami simptom menorrhagia. Rawatan untuk masalah menorrhagia bervariasi dan bukan hanya tertumpu kepada satu rawatan sahaja,ianya bergantung kepada punca, umur dan kehendak pesakit.Justeru itu,berbincang dengan doktor ginekologi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dan terbaik amat disarankan.
Menorrhagia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca.Walaupun kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu.Namun terdapat beberapa kaitan simptom yang telah dikenal pasti seperti:
  • Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
  • Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari selaput rahim atau serviks)
  • Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
  • Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
  • Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
  • IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
  • Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
  • Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
  • Sindrom Polycystik ovari (PCOS)
Antara Pilihan Rawatan

Secara protokol,doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk melihat sistem reproduktif wanita yang mengalami masalah berkenaan. Tujuannya adalah untuk meneliti rahim bagi masalah seperti fibroid dan kemungkinan wujudnya cyst dalam ovari.
Bagi wanita yang melebihi usia 40 tahun disyorkan histeroskopi dan D&C (Dilation & Curretage) untuk mencari punca dalam rongga rahim. D&C digunakan bagi mendapatkan sampel dinding rahim bagi tujuan histologi.Apa yang penting, adalah untuk melihat jika wujudnya masalah seperti barah atau kanser rahim. Kaedah paling konservatif pula adalah dengan menggunakan ubatan hormon dan transamine pada setiap bulan.

Antara pilihan pembedahan yang kurang radikal adalah seperti endometrial ablation iaitu dengan memusnahkan lapisan endometrium menggunakan pembedahan krio, laser atau gelombang mikro, serta resection (kaedah yang mana lapisan endometrium dikikis atau dipotong).

Kemuncak rawatan adalah histerektomi (pembuangan rahim). Ini semua adalah beberapa pilihan yang ada dan semua rawatan dijalankan selepas pemeriksaan manakala setiap rawatan adalah bersifat individu.

Antara diet  yang di syorkan
  • Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi untuk mengekalkan tahap hemoglobin yang baik
  • Mengurangkan pengambilan teh, kopi, alkohol, susu, dan produk susu ( hormon)
  • Memakan banyak sayur-sayuran /ulam
  • Kalsium/magnesium untuk menghentikan/mengurangkan kekejangan otot rahim
  • Melakukan senaman ringan  30 minit setiap hari tetapi elakkan sehingga keletihan.
  • Sapukan minyak jarak pada perut untuk mengendurkan otot.
Akhir sekali,nasihat saya kepada wanita supaya lebih perihatin tentang masalah menorrhagia ini dan jangan sekali-kali mengambil mudah atau sambil lewa,pastikan jika terdapat simtom seperti anemia, susah bernafas, tercungap dan letih serta tidak bermaya terutama ketika berjalan, pucat dan selalu merasa pening.Jangan dibiarkan tanpa menjejakkan kaki untuk melawat klinik atau hospital yang berdekatan.

Semoga Bermanfaat 

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI


Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila whatsapp Dr Herba

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑