Rabu, 17 Disember 2014

Mycoplasma - Bakteria Punca Kemandulan Dan Bayi Pra Matang

bayi-kurang-matang
Bismillah,

Mungkin beberapa nama bakteria yang bakal saya tulis ini agak asing bagi sesetengah wanita.Namun percaya lah nama-nama ini telah lama berada bersama tubuh wanita sejak dizaman bayi lagi.Kita dituntut untuk hidup di muka bumi ini dengan keserdahanaan dan keseimbangan,apabila kita mula cuai dan lupa tentang 2 perkara ini,maka kita akan mudah terdedah dengan masalah jangkitan bakteria yang boleh menjadikan seseorang itu tidak subur,kemandulan dan penyakit lain yang kronik.

Antara mikro organisma yang terlibat dalam ketidak suburan dan kemandulan wanita terdapat beberapa spesies bakteria seperti berikut:-

  • Chlamydia trachomatis (CT)
  • Ureaplasma urealyticum / Ureaplasma parvum (UU)
  • Mycoplasma hominis (MH)
  • Neisseria gonorrhoeae.
Hari ini saya akan fokuskan artikel ini kepada bakteria mycoplasma hominis (MH) dan keterlibatanya secara langsung dalam masalah kesuburan dan kemandulan wanita yang kadangkala tidak diketahui akan puncanya.Mungkin selepas ini banyak soalan yang selama ini menjadi tanda tanya akan terjawab.

Mycoplasma hominis adalah spesies bakteria dalam genus Mycoplasma. Bersama-sama dengan ureaplasmas, mycoplasmas adalah organisma yang paling kecil pernah dikenali.. Mereka sering hadir dalam faraj wanita, tetapi kadangkala bukan berasal dari flora faraj biasa. Beberapa bukti menunjukkan bahawa M. hominis boleh dikaitkan dengan penyakit keradangan pelvis.Tidak seperti bakteria konvensional, MH tidak mempunyai dinding sel . Oleh itu, mereka tidak terdedah kepada penisilin dan antibiotik lain yang bertindak ke atas struktur ini.


Mereka, bagaimanapun, mudah terdedah kepada pelbagai antibiotik spektrum luas, namun kebanyakan antibiotic hanya menghalang penggandaan mereka dan tidak membunuh . Spesies ini diketahui kerap menjajah saluran kemaluan lelaki dan wanita yang aktif secara seksual.Terdapat bukti kaitan bakteria ini dengan sakit demam pasca keguguran dan selepas bersalin.


Mycoplasma Hominis telah dikaitkan dengan pelbagai keadaan patologi. Yang paling kerap adalah jangkitan kelamin pada wanita tetapi tidak pada lelaki. M. hominis adalah salah satu organisma yang berkembang semasa vaginosis bakteria, yang berkaitan dengan Gardnerella vaginalis dan anaerob, tetapi sumbangannya kepada proses patologi masih tidak diketahui.


Walaubagaimanapun, terdapat bukti imbasan mikroskop elektron yang M. hominis mendorong bengkak patologis dalam tiub fallopio yang menyumbang kepada patogenesis salpingitis punca kehamilan luar rahim dan bukti penyebab kemandulan.
M. hominis bertanggungjawab untuk jangkitan yang berkaitan dengan kehamilan dan terdapat bukti kukuh penglibatanya selepas bersalin atau selepas demam keguguran  secara amnya untuk endometritis.


Mycoplasma ini juga telah ditemui dalam spesimen darah, dan cecair serebrospina bagi bayi yang baru lahir  yang disebabkan oleh jangkitan ketika lahir.
Dalam beberapa kes, jangkitan yang teruk dengan tanda-tanda klinikal dan biologi meningitis telah melihat keberadaan mycoplasma ini,terutamanya di kalangan bayi pra-matang yang dilahirkan oleh ibu yang berisiko tinggi.


Bakteria yang dahulunya banyak membantu kehidupan manusia diatas muka bumi .Kini telah mula menjajah dimana-mana sahaja kekosongan tempat didalam tubuh wanita selagi tiada keseimbangan bakteria didalam tubuh.


Bagi wanita yang merancang kesuburan.kehamilan dan juga yang sedang hamil dirayu supaya memikirkan dengan sewarasnya risiko yang tidak berbaloi jika masih mengamalkan kehidupan seharian tanpa keseimbangan bakteria didalam tubuh.Pesanan saya,amalkan diet yang sihat,imun yang kuat,pH yang sesuai untuk faraj 3.8-4.2 dan jauhkan dari produk-produk yang tidak membawa manfaat.


Semoga Bermanfaat








Ahad, 7 Disember 2014

Dilema Penyakit PCOS Dikalangan Remaja

penyakitpcos
Bismillah,
Topik ini agak ‘hot’ sekarang ,saya katakan begitu disebabkan ramai diantara pasangan yang sudah berumahtangga dan berhasrat untuk membina keluarga idaman mereka terbantut disebabkan suatu halangan .Maka bermula lah satu episod sedih dan mengecewakan,berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya .Cahayamata yang di idamkan dan bakal menjadi penyeri rumahtangga,tali penyimpul ikatan kasih sayang  pasangan baru ini hanya bergantung pada qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah swt.

Ujian Allah swt mengatasi segala impian mereka dimana ramai di antara pasangan ini,terkedu apabila dikejutkan oleh satu berita yang agak mengecewakan. Lawatan dan pemeriksaan di klinik sakit puan telah membongkar gejala yang selama ini telah“disembunyikan”.Selesai pemeriksaan,doktor memberitahu mereka tentang halangan dan kesukaran yang bakal dialami berpunca dari masalah penyakit  yang baru pertama kali di dengar iaitu PCOS.

Apabila kita putarkan jam kebelakang dan menerima hakikat sebenarnya, ramai daripada mereka ini telah mengalami masalah pcos sejak dari muda remaja lagi.Samada disedari atau tidak,isyarat awal pcos telah dihantar melalui beberapa gejala seperti haid tidak teratur,tumbuh bulu rambut berlebihan dan beberapa lagi gejala awalan sejak ianya bermula.Mungkin di usia muda remaja amat jarang sekali didedahkan dengan informasi tentang PCOS. 

Tentu sekali bukan dari rumah tidak juga di sekolah malahan amat jarang sekali di dengari di instituisi pengajian tinggi.Mungkin penyakit kronik seperti kanser,jantung atau yang kerap didengar seperti asthma,jangkitan virus dan sebagainya,namun masalah penyakit wanita seperti endometriosis,pcos,kanser ovari seakan- akan hanya menjadi bahan bacaan sampingan.

Impaknya setelah meningkat dewasa samada sudah berkahwin atau belum,ianya  bakal menjadikan sesetengah daripada mereka sebagai  peminat setia pakar kesuburan,hospital dan ubatan sintetik.Pcos  pada zaman ini sudah menjadi semacam epidemik….

Apa yang menyedihkan,ramai diantara remaja masih keliru dan tidak memahami “bahasa tubuh” mereka sendiri apabila membiarkan isyarat yang diterima berlarutan tanpa meminta nasihat atau rawatan dari pakar diklinik/hospital.

Sebagai “crash course” untuk remaja ,saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya para remaja mendapat kefahaman asas tentang penyakit PCOS setelah membaca artikel ini.

Mengenali Penyakit PCOS

Ovari Sindrom Polycystic (PCOS) adalah penyakit endokrin pembiakan yang paling biasa di kalangan wanita dalam usia reproduktif. Walaupun pcos tidak menerima publisiti yang meluas, ia memberi kesan kepada ramai remaja wanita . Malahan  1 dalam 10 wanita dipercayai mengalami masalah ini.

Walaupun gejala berbeza antara satu sama yang lain,namun gejala yang paling biasa dialami adalah haid yang tidak teratur, jerawat, tumbuh bulu yang berlebihan di muka,kaki dan berat badan yang berlebihan. 

Kefahaman tentang penyakit ini boleh membantu para remaja wanita mengenali dan memahami trend semasa dalam rawatan perubatan juga peranan penting diet yang seimbang  serta perkara- perkara lain yang  boleh berkaitan.

Apakah sebenarnya PCOS?

PCOS berpunca dari ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan haid tidak teratur, tumbuh bulu rambut yang tidak di ingini dan jerawat. Nama "Poli", yang bermaksud "banyak", dan "Cystic", yang bermaksud "cyst", merujuk kepada fakta bahawa mereka yang mempunyai PCOS mempunyai ovari yang mengandungi banyak cyst kecil. Cyst kecil ini juga dipanggil folikel tumbuh dalam ovari ,namun ianya bukan sejenis barah dan tidak perlu dibuang melalui pembedahan.

Apakah tanda-tanda seseorang yang mengalami PCOS?

Wanita yang mengalami PCOS lazimnya mempunyai satu atau lebih tanda-tanda.Sebahagian daripada tanda-tanda yang paling biasa termasuk:
  • Haid tidak teratur - haid yang datang beberapa bulan sekali, tidak datang haid sama sekali, atau haid yang terlalu kerap
  • Hirsutisme – tumbuh bulu yang lebat pada muka atau bahagian badan lain
  • Jerawat
  • Penambahan atau penurunan berat badan dan dalam beberapa kes kegemukan (obesiti)
  • Nigricans acanthosis keadaan seperti tampalan kulit gelap di bahagian belakang leher dan kawasan-kawasan lain.
  • Ketidaksuburan disebabkan haid yang tidak teratur atau kekurangan ovulasi(waktu subur)

Lain-lain yang tanda / gejala termasuk:

  • Penipisan rambut (pada bahagian atas kepala)
  • Kolesterol tinggi dan / atau HDL rendah "kolesterol baik"
  • Tekanan darah tinggi
  • Pra-diabetes atau dalam beberapa kes, diabetes

Apa yang menyebabkan PCOS?

PCOS adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang seterusnya memberi kesan kepada ovari. Ramai remaja dengan PCOS juga mempunyai tahap insulin yang lebih tinggi daripada tahap insulin normal.PCOS biasanya berlaku apabila hormon luteinizing (LH) meningkat atau tahap insulin terlalu tinggi,menyebabkan pengeluaran testosteron(hormon lelaki) tambahan oleh ovari.

Bagaimana untuk mengetahui jika mengalami PCOS?

Jika remaja mengesan  2 atau lebih daripada gejala-gejala di atas, berkemungkinan besar terdapat risiko PCOS.

Remaja boleh berjumpa doktor di klinik/hospital untuk melakukan penilaian awal sebelum dirujuk kepada pakar sakit puan untuk melakukan pemeriksaan dan ujian lanjutan.

Kesan penyakit PCOS Kepada Masadepan Para Remaja

Ramai remaja yang bermasalah pcos kurang memahami tentang kesan yang bakal ditanggung  apabila meningkat dewasa dan berumahtangga kelak.Perkataan dilema yang saya gunakan ketika menulis tentang remaja dalam topik keputihan wanita,kini dilema saya guna sekali lagi bagi menceritakan betapa “blackout” informasi tentang pcos dikalangan remaja  bakal membawa impak yang besar di kemudian hari.

Cerita diawal artikel ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang mengalami pcos samada disedari atau tidak.Namun adalah lebih baik jika setiap sesuatu penyakit di cegah atau dirawat dari awal lagi.Mungkin ianya dapat membantu untuk menghadapi, mengawal emosi dan kesukaran dimasa hadapan.Bak kata pepatah melayu “Sediakan payung terlebih dahulu sebelum turunya hujan” .

Kesimpulan

Apa yang saya tuliskan dalam artikel ini hanya lah perkara asas yang perlu diketahui oleh remaja,mencukupi sebagai isyarat untuk  melakukan sesuatu tindakan sebelum ianya menjadi bertambah serius.Terdapat banyak lagi faktor-faktor sampingan,kajian dan kaedah rawatan alternatif  serta cara mengawal diet untuk pesakit pcos yang akan saya tuliskan dalam artikel lain pula.Pcos tidak berhenti di sini sahaja disebabkan ianya akan terus berada di dalam sebahagian diri wanita sehingga suatu masa yang tidak diketahui.

Ujian Allah swt datang dalam berbagai bentuk dan rupa,maka tidak perlu lah kita menyalahkan sesiapa.Perkara yang utama sekarang adalah memahami perkara asas tentang pcos dan gejala-gejala yang datang bersamanya, supaya mudah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun dalam usia yang muda remaja.

Rabu, 3 Disember 2014

Trichomoniasis - Cecair Kehijauan,Berbuih Dan Beng...

Trichomoniasis - Cecair Kehijauan,Berbuih Dan Beng...: Trichomoniasis  adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh parasit Trichomonas Vaginalis dan merupakan jangkitan kelamin yang paling ...

Isnin, 1 Disember 2014

Gonorrhea Penyebab Kemandulan - Kini Rintang Antibiotik

nisseria-gonorrhea
Bismillah,
Enam puluh tahun lalu,para doktor mempunyai senjata yang berkesan dan kuat terhadap jangkitan kelamin gonorrhea ,ini  termasuk antibiotik seperti penisilin, ampicillin, tetracycline dan doxycycline.Tetapi kini,satu demi satu senjata kuat ini mula didapati tidak sekuat mana malahan telah mula hilang keberkesanan.

Sekarang ini hanya tinggal dua jenis ubat seperti cefixime yang boleh diambil secara oral, dan ceftriaxone dengan cara disuntik masih bertahan walaupun sedang menghitung hari.Jika trend ini berterusan,gonorrhea bakal menjadi mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang menghidapnya dan bakal menjadi ahli baru seumur hidup kelab kanser,herpes,hiv,hpv dan banyak lagi.

N.Gonorrhea semakin bertambah kuat rintangan kepada antibiotik

Dunia perubatan moden tidak mempunyai apa-apa rawatan sandaran untuk gonorrhea. Seandainya sisa beberapa jenis antibiotik ini gagal maka jangkitan gonorrhoea boleh diklasifikasikan semula,sama seperti penyakit-penyakit lain yang tidak upaya dirawat.

Neisseria gonorrhea kini menjadi semakin kuat rintangan untuk kelas keseluruhan antibiotik. Jangkitan ini boleh menyebabkan gatal-gatal, rasa terbakar, cecair berbau, atau sakit ketika membuang air kecil, tetapi sering tidak mempunyai gejala. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit radang pelvik,salah satu punca kemandulan pada lelaki dan wanita.


Kesan dari rintangan kepada antibiotik ini bakal dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan kes-kes tambahan penyakit radang pelvik (punca utama kemandulan), dan jangkitan HIV ,disebabkan HIV lebih mudah disebar kepada seseorang yang dijangkiti gonorrhea.


N.Gonorrhea punca radang pelvik

Berita buruknya bagi wanita,gonorrhea adalah penyebab utama radang pelvik (pelvic inflammatory disease ).PID boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian, rahim (uterus) dan tisu-tisu di sekelilingnya. Kerosakan ini boleh membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvik, kemandulan dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang juga berpotensi mengakibatkan maut.


N.Gonorrhea dan kesan kepada kelahiran bayi


Ophthalmia gonococcal adalah suatu keadaan dimana mata bayi  tercemar apabila melalui saluran lahir dari seorang ibu yang dijangkiti  N.gonorrhea atau Chlamydia trachomatis .
Untuk mengelakkan  ophthalmia gonococcal pada bayi yang bakal dilahirkan, semua wanita hamil yang berisiko untuk gonorhea perlu diuji semasa lawatan pranatal yang pertama dan, jika perlu dirawat untuk gonorrhea.Wanita yang berisiko untuk jangkitan semasa mengandung pula perlu menjalani ujian berulang kali semasa trimester ketiga.


Saranan sebagai kaedah pencegahan

Nisseria gonorhea adalah jangkitan kelamin yang boleh tersebar melalui  aktiviti seksual,tentunya pencegahan yang terbaik adalah untuk tidak melakukan hubungan kelamin namun itu agak mustahil bagi pasangan suami isteri.

Mungkin beberapa saranan pencegahan ini boleh membantu:
  • Mengelakkan aktiviti seksual(bagi pasangan yang belum berkahwin,lebih-lebih lagi remaja)
  • Setia dan hanya melakukan hubungan kelamin bersama pasangan suami/isteri sahaja.
  • Menggunakan kondom(jika perlu) bagi suami semasa melakukan hubungan kelamin
  • Memastikan pH faraj kekal pada paras berasid 3.8-4.2 dengan pengambilan makanan,buah-buahan berasaskan bakteria baik,sayuran hijau dan pengunaan produk pH yang tepat.Keseimbangan bakteria membantu mengurangkan risiko jangkitan kelamin disamping membantu menguatkan sistem imun didalam tubuh.
Saintis masih gagal mencari penganti antibiotik

Nisseria Gonorrhea bakal kehilangan pergantungan pada antibiotik dan yang lain juga pasti akan menyusul.Sehingga artikel ini di tulis,masih belum ada saintis yang berjaya mencari penganti antibiotik,walaupun mereka bertungkus lumus berusaha siang dan malam dan diperuntukkan dengan bajet jutaan dollar.Tiada apa yang dapat membantu kita selain dari mengamalkan seks yang halal dan selamat sebagai benteng mencegah dari jangkittan kelamin.

Sebagai umat Islam,Allah swt telah berfirman di dalam al quran dalam memberi amaran dan peringatan kepada kita tentang keburukkan berzina,seks luar tabi'e dan memberi petunjuk kepada hubungan kelamin yang sesuai dengan hukum syarak,Kebenaran ini telah terserlah sejak ribuan tahun dahulu.Maka umat Islam tiada sebab dan alasan untuk tidak mengikuti ajaran yang wajib yang diwahyukan melalui Rasulullah saw.Peringatan ikhlas kepada mereka yang telah tersasar dalam aktiviti seksual supaya cepat pulang kepangkal jalan sebelum dijangkiti penyakit-penyakit kelamin yang semakin payah untuk di ubati..

Semoga Bermanfaat

Selasa, 25 November 2014

Radang Pelvik – Punca Kemandulan Dan Terkini Kanser Serviks

kanser-serviks
Bismillah,
Saya pernah menulis satu artikel beberapa tahun dahulu tentang penyakit radang pelvik boleh menyebabkan kemandulan wanita.Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa punca dan gejala serta cara pencegahan yang agak ringkas.Namun kali ini saya percaya ramai wanita yang telah mula menyedari betapa tinggi nilainya kesihatan dalam kehidupan di dunia ini jika tiada masalah kesuburan,kemandulan dan yang lebih digeruni adalah jangkitan virus hpv yang membawa kepada kanser serviks.

Saya merasakan tidak berlaku adil kepada wanita jika tidak menjelaskan sefaham mungkin perkara yang sebesar radang pelvik ini.Artikel yang saya tulis dahulu mugkin terlalu ringkas dan sambil lewa yang mana  entah difahami atau tidak poin dan mesej penting di dalam tulisan tersebut.Maafkan saya atas kegagalan dan kelemahan untuk mempermudahkan kefahaman pembaca.

Kali ini saya telah bertekad untuk menggali sehingga kepada “roots of the problem” dan menjangkakan ramai wanita yang pasti sudah bersedia menerima hakikat sebenar tentang masalah radang pelvik ini,dari mana asal permulaannya dan kemana sebenarnya wanita hendak dibawanya.

Kronologi penyakit radang pelvik

Dalam salah satu artikel yang juga pernah saya tulis pada tahun 2012 bertajuk dilema keputihan dikalangan remaja.Mesej penting yang ingin saya sampaikan dalam artikel tersebut adalah tentang kefahaman yang betul,penjagaan dan rawatan keputihan seawal usia remaja lagi.Beberapa poin penting seperti jangkitan vaginosis bakteria dan kulat candidiasis juga di sentuh sebagai punca dari ketidakseimbangan bakteria di dalam tubuh. Nasihat tentang penjagaan yang betul dan juga pengunaan pembersih peribadi yang mempunyai pH3.8-4.2, juga telah saya cadangkan di dalam artikel tersebut.Apabila dari usia remaja lagi jika telah ada persepsi yang salah,maka setelah meningkat dewasa dan berkahwin juga akan membawa budaya yang sama.

Setelah meningkat dewasa dan bekerjaya,masih  juga tetap membawa persepsi dan budaya yang salah tadi tentang keseimbangan bakteria.Dan apabila ini, ditambah pula dengan kemampuan kewangan setelah bekerja serta godaan banyak produk-produk yang menganggu keseimbangan bakteria pula mudah didapati dan banyak dijual dipasaran menjadikan keseimbangan semakin bertambah dari hari kehari.Malahan terdapat ramai juga remaja yang hobinya bertukar-tukar pasangan seksual tanpa menghiraukan tegahan agama serta komplikasi buruk yang bakal dialami di kemudian hari.Saya hampir pasti mereka tidak mengetahui apa sebenarnya bakal dihadapi jika masih terus berdegil.

Dari pengalaman selama bertahun-tahun menjawab masalah wanita melalui email,saya dapati ramai daripada golongan ini hanya akan mencari rawatan keputihan beberapa minggu sebelum melangsungkan perkahwinan.Mungkin mereka takut merasa malu jika ditegur oleh suami apabila bersama nanti di malam pertama.Jika itu sahaja niat dan tujuan dan bukan benar-benar ingin memberi penekanan 100% kepada nilai keseimbangan bakteria,di takuti rawatan sementara tadi hanya akan menjadi sia-sia belaka.

Mengharapkan ketidakseimbangan bakteria yang sudah bertahun-tahun lamanya dan ingin pulih dalam jangkamasa beberapa hari atau minggu adalah sesuatu keajaiban.Setelah berkahwin dan ada pendedahan seksual,masalah kecil sewaktu remaja dahulu boleh menjadi mimpi ngeri dan lebih malang lagi meninggalkan kecacatan organ reproduktif yang akan kekal seumur hidup.

Seandainya, mereka menyedari betapa ketidakseimbang bakteria boleh sampai membawa kepada ketidaksuburan,hamil diluar rahim,kecacatan pada bayi,kelahiran bayi pra matang dan yang paling ditakuti jangkitan virus hpv yang boleh membawa kepada barah serviks.Rasanya mahu sahaja semua produk kosmetik yang mahal diatas almari solek ditukar kepada produk,ubat atau makanan yang boleh membantu keseimbangan bakteria.

Terdapat ramai juga wanita pernah mengadu kepada saya,dengan nada kesedihan, menceritakan saat kegembiraan sementara yang pernah dikecapi sebelum akhirnya menerima hakikat bahawa dia sebenarnya hanya hamil di-luar rahim berpunca dari salpingitis atau  radang tiub fallopio.

Pembedahan terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa dan  doktor telah membuang salah satu dari talian hayat kesuburannya(tiub fallopio).Wanita yang dulunya seorang wanita yang lengkap,sehat dan subur kini kekurangan satu tiub dan menghadapi risiko ketidaksuburan atau susah hamil dimasa hadapan.Jika masih belum mahu berubah maka terpaksalah hadapi risiko kehilangan satu lagi talian hayat yang bakal mengesahkan kemandulan kekal.

Dunia gelap seketika baginya namun kekesalannya tidak tertanggung,hanya mampu menyebut perkataan kalau lah tahu lebih awal…..kalaulah saya menjaga keseimbangan bakteria…kalau lah saya tidak guna produk….kalau saya dengar nasihat doktor.Jutaan kalau sekalipun tidak akan dapat merubah apa yang telah berlaku.

Bermula hanya dari keputihan yang selalu dikatakan biasa dan tidak perlu dirawat dari usia remaja dan kesan jangka panjang ketidakseimbangan bakteria dari penjagaan tidak sempurna.Kini telah menjadi pemangkin kepada pelbagai jenis penyakit kelamin dan vaginosis bakteria (BV) menyeberangi serviks mengakibatkan keradangan pada saluran bahagian atas organ reproduktif wanita, termasuk struktur tiub,uterus, ovari, dan fallopio yang dikenali sebagai radang pelvik atau PID.

Hubungan antara radang pelvis dan kemandulan

Radang pelvik boleh menyebabkan kemandulan disebabkan oleh proses parut yang berlaku semasa penyembuhan penyakit jangkitan kelamin.Apabila parut yang besar,akhirnya menutup satu atau kedua-dua tiub fallopio, agak mustahil untuk sperma mencapai telur, ataupun  jika sperma boleh mendapatkan telur yang disenyawakan  berkemungkinan tipis untuk sampai ke rahim pula.Kecenderungan parut untuk menjadi lebih besar adalah dikalangan wanita yang lebih tua, perokok dan wanita menggunakan IUCD.

Apakah tanda-tanda radang pelvik?

  • Sakit di bahagian abdomen dan pelvik bahagian bawah
  • Haid yang tidak teratur
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Sakit belakang bahagian bawah
  • Keputihan berlebihan dengan bau yang busuk
  • Demam, keletihan, cirit-birit, muntah-muntah, dan tanda-tanda umum yang lain .
Benar kah ada kaitan radang pelvik dan kanser serviks?

Satu kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari jabatan O&G di Gyula Kenezy,Hospital Debrecen,Hungary,bertujuan untuk menentukan hubungan antara PID dan HPV dan menilai peranan faktor risiko PID untuk kanser serviks.

Dua kumpulan pesakit telah dikaji dimana kumpulan pertama 2,215 peserta wanita dengan PID; dan kumpulan kedua 4,217 peserta wanita yang mengambil bahagian dalam program saringan kanser pangkal rahim.

Keputusan mendapati,terdapat kelaziman HPV adalah 33.74% pada pesakit dengan PID dan 26.40%  dalam kumpulan wanita tanpa PID. Ini membuktikan bahawa pesakit yang mengidap PID mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser serviks
.
Kalau dulu kita hanya mengetahui radang pelvik boleh menyebabkan kemandulan,namun kini kita dikejutkan pula oleh berita tentang kajian baru yang mendapati radang pelvik juga berpotensi untuk membawa kepada kanser serviks yang sangat ditakuti oleh semua wanita di seluruh dunia.

Fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan risiko yang bakal ditanggung oleh wanita jika masih juga tidak mahu menyedari hakikat sebenar tentang kesan jangka panjang ketidak seimbangan bakteria ini.Dari asal yang bermula dengan keputihan biasa sehinggakan berkembang menjadi radang pelvik penyebab kemandulan dan akhir sekali barah serviks yang mampu meragut kebahgiaan dan kemanisan hidup di dunia,sementara maut boleh di hitung dengan jari.Mahukah kita menjadi wanita yang tersangat malang,hilang kesuburan jadi kemandulan dan akhirnya maut disebabkan kanser serviks?

Nasihat saya sekali lagi,mungkin sedikit pelaburan masa dan ilmu penjagaan tubuh wanita dapat dijadikan sebagai penyelamat.Selalu ingat pada Allah swt dan selalu juga ingat pada amanah menjaga tubuh badan dan kebersihan yang diamanahkan kepada kita sebagai hambaNya.InsyaaAllah

Semoga Bermanfaat

Khamis, 20 November 2014

Kejayaan 3 Herba Merawat Kesuburan Wanita

moringa-oleifera
Bismillah,
Membaca tajuk berita di akhbar dan majalah Infertilti wanita  tentang peningkatan peratusan tinggi masalah kesuburan dikalangan wanita.Terharu mendengarkan ribuan keluhan dan luahan hati  mereka di media sosial,forum-forum dan group tentang kegagalan demi kegagalan untuk hamil, walaupun telah mencuba berbagai kaedah rawatan kesuburan moden dalam jangkamasa yang agak lama.

Dengan penuh rasa simpati terhadap nasib dan penderitaan emosi yang terpaksa ditanggung.Harapan saya semoga apa yang saya tuliskan didalam artikel ini menjadi penawar untuk mereka membina satu semangat baru terutama sekali bagi yang telah atau hampir putus harapan.Saya yakin sebagai umat islam kita tidak akan merasa putus harapan dari rahmat Allah swt.

Sejujurnya ramai yang telah mencuba mengatasi masalah kesuburan dengan rawatan moden seperti terapi hormon,IVF,ART dan sebagainya walaupun setelah mengetahui akan kesan sampingan darinya.Mungkin kaedah ini sahaja yang boleh mereka lakukan  ketika itu atau mungkin mereka tidak menyedari akan kaedah rawatan herba alami yang juga telah terbukti berkesan.Disaat tiada pilihan lain mungkin tiada siapa yang boleh dipersalahkan.
Mungkin juga ramai yang tahu tentang kebaikan herba alami namun kekurangan informasi dan tidak kepastian untuk memilih  yang mana benar-benar bermanfaat untuk kesuburan .Terdapat juga ramai yang sangsi tentang keberkesanan serta kesan sampingan herba alami.

Sebagaimana kita pernah dimomokan dengan kegelapan malam sewaktu kecil dahulu begitu juga lah soal pengunaan herba alami,namun akhirnya dengan bantuan teknologi moden dan kajian-kajian lengkap dari instituisi tersohor bertaraf dunia telah menjadikan pengunaan herba kini jauh lebih efektif dan selamat serta telah berjaya “menutup mulut” kebanyakkan mereka yang dahulunya meremehkan keupayaan herba alami.

Ubat yang dihasilkan dari  herba alami boleh dikategorikan sebagai perubatan alternatif ,berasal dari tumbuh-tumbuhan dan ekstrak tumbuhan. Ubat-ubatan ini telah digunakan sejak berabad-abad lama dan merupakan pelopor kepada perubatan moden. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira 25 peratus daripada semua ubat-ubatan preskripsi perubatan moden juga berasal daripada pokok-pokok, pokok renek atau herba.
Kini dianggarkan terdapat lebih daripada 150 jenis herba yang boleh digunakan dalam rawatan kesuburan wanita. Sebahagian daripadanya mengandungi sebatian organik yang kelihatan sama seperti hormon semula jadi yang terdapat dalam badan kita.

Satu kajian dilakukan  Universiti Surrey, United Kingdom mendapati bahawa gabungan ubat-ubat herba dan makanan tambahan meningkatkan peluang setiap pasangan untuk hamil.

Data menunjukkan bahawa pasangan yang telah diberikan vitamin, mineral dan ubat-ubat herba mempunyai kadar kejayaan setinggi 80 peratus berbanding dengan 20 peratus di kalangan mereka yang tidak menerima suplemen.

Bukti penggunaan ubat-ubat herba untuk merawat masalah  kesuburan telah dijejaki bermula dari 200 AD .Walaupun populariti berterusan mereka di china dan timur jauh.
Sehingga tahun ini,ubat kesuburan berasaskan herba semakin menjadi alternatif lebih popular di negara eropah dan amerika setelah kajian-kajian membuktikan herba-herba alami ini lebih berkesan dari pengunaan ubat-ubatan sintetik keluaran gergasi farmaseutikal mereka.

Lebih khusus lagi, ubat herba kesuburan boleh menangani ketidakseimbangan hormon, haid tidak teratur, mati pucuk,masalah kualiti,kuantiti sperma dan banyak lagi.

Ubat-ubat herba boleh diambil dalam beberapa bentuk yang berbeza, termasuk kapsul, tablet, teh dan campuran serbuk. Kebanyakan jenama herba yang baik datang dengan dos yang disarankan yang lazimnya pengambilan  tiga kali sehari selama beberapa bulan untuk mengekalkan tahap kepekatan  dalam aliran darah.

Ianya mungkin sukar pada permulaanya untuk menyerapkan regimen pengambilan herba ke dalam rutin harian, namun tetapi apabila telah terbiasa, ianya  tidak lah serumit pengambilan pil perancang.

Berikut adalah pilihan 3 herba kesuburan yang telah terbukti keberkesanannya merawat masalah ketidaksuburan wanita.

Angelica Sinensis(Dong Quai)
Herba yang diyakini  dapat membantu mengawal kitaran haid , berasal dari negara cina dan dianggap herba paling bernilai untuk wanita.Antara lain, ianya membekalkan nutrien yang penting seperti zat besi, vitamin B12 dan vitamin E.

Dong Quai juga terkenal kerana keupayaannya untuk mengimbangi tahap estrogen dan boleh digunakan untuk membantu meningkatkan peluang implantasi untuk wanita yang mempunyai gangguan auto-imun. Disebabkan dong quai adalah herba yang mencairkan darah maka tidak digalakkan pengambilanya ketika haid.

Lepidium Lepidium(Maca)
Berasal dari peru,.ianya  tumbuh di beberapa tanah ladang yang paling keras di dunia, di mana tanah yang kaya dengan mineral gunung berapi, mengalami suhu beku, angin kencang dan cahaya matahari yang terik.

Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang dikenali dalam dunia yang berupaya membesar dan berkembang maju di mana-mana ketinggian dan dalam cuaca yang buruk. Selama lebih daripada dua milenium, orang asli peru telah menggunakan akar maca sebagai makanan dan ubat-ubatan untuk menggalakkan kesuburan, ketahanan, tenaga, kecergasan, dan kehebatan seksual.

Maca mengandungi 31 mineral yang berbeza dan 60 phyto nutrien yang juga berbeza.Maca merupakan makanan berkhasiat untuk sistem endokrin, membantu kedua-dua pituitari, adrenal, dan kelenjar tiroid (semua yang terlibat dalam keseimbangan hormon.) Maca juga mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi hormon utama dalam kedua-dua wanita dan lelaki .

Telah dikaji secara saintifik untuk penggunaan kesuburan sejak tahun 1961 dan telah terbukti mengandungi sebatian glukosinolat yang secara langsung boleh meningkatkan kesuburan untuk kedua-dua lelaki dan wanita.

Bukti keberkesanan maca telah sampai ke seluruh dunia,dimana ramai antara pasangan yang dahulunya bermasalah telah berjaya mengatasinya dengan mengubah cara hidup dan diet pemakanan serta bantuan pengambilan suplemen maca.

Moringa oleifera

Adalah nama saintifik pokok moringa, yang merupakan herba yang terkenal dengan kepelbagaian manfaat kesihatannya. Biasanya, daun moringa dikeringkan dijadikan serbuk dan dimakan dalam bentuk kapsul. Moringa mungkin paling dikenali untuk profil pemakanan, yang membantu untuk memerangi malnutrisi dan menggalakkan pertumbuhan tulang.

Penyelidikan ke atas haiwan menunjukkan moringa berpotensi memainkan peranan dalam pencegahan penyakit. Ia telah digunakan dalam perubatan tradisional di seluruh dunia untuk beberapa generasi, dan tidak ada kesan sampingan yang pernah di catatkan.

Moringa Oleifera mengandungi lebih daripada 92 nutrien dan 46 jenis antioksidan. Moringa dikatakan boleh menyembuhkan kira-kira tiga ratus penyakit dan mempunyai hampir semua nutrien yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut penilaian tentang moringa yang disiarkan dalam “National Journal of Maxillofacial Surgery"tahun 2011, 

Contoh nilai gandaan daun moringa berbanding  yang lain
(perbandingan data pemakanan untuk setiap gram)
  • 2 kali ganda - Protin daripada Yogurt
  • 3 kali ganda - Kalium daripada Pisang
  • 4 kali ganda - Kalsium Susu
  • 4 kali ganda - Vitamin A daripada lobak
  • 7 kali ganda - Vitamin C daripada Oren
Ia juga mempunyai lebih banyak zat besi daripada bayam; satu sudu besar daun moringa memenuhi 23 peratus daripada keperluan zat besi setiap hari seorang kanak-kanak kecil.
Ia juga merupakan sumber mineral lain yang penting, vitamin B, vitamin D dan vitamin K
Daun moringa dimakan dalam bentuk kapsul sebagai multivitamin untuk menambah diet yang sihat. Kerana ia juga merupakan sumber protin dan lemak penting, moringa dipercayai menjadi makanan tambahan membantu untuk mereka yang kekurangan nutrisi.

Fakta mengenai Moringa- (Petikan Dari Buku "Miracle Tree" oleh Pengarang Monica G.Marcu, Pharm.D., Ph.D.)
  • 92 Nutrien
  • 46 Antioksidan
  • 36 antiperadangan
  • 18 Asid Amino, 9 Essential Amino Asid
  • Menyuburkan Sistem Imun
  • Menggalakkan Peredaran Sihat
  • Menyokong Tahap glukosa Normal
  • Anti-Penuaan
  • Menyediakan Sokongan Anti-Radang
  • Menggalakkan Pencernaan yang sihat
  • Menggalakkan ketinggian mental
  • Meningkatkan Tenaga Tanpa Kafein
  • Menggalakkan Metabolisma Seimbang
  • Menggalakkan Kulit Lembut
  • Mengubati Jerawat
  • Menstabilkan Tahap Hormon
Moringa yang mengandungi semua zat yang diperlukan bagi keseimbangan nutrisi adalah herba yang terbaik untuk wanita mengamalkanya sebagai ubat kesuburan berasaskan herba alami.Selain membantu seimbangkan hormon ianya juga didapati kaya dengan semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh sehinggakan wanita tidak memerlukan supplemen tambahan.

Apabila semua sistem reproduktif berfungsi dengan lancar,maka dengan sendirinya wanita dapat menikmati hubungan kelamin,kitaran haid ,ovulasi yang sempurna dan kesuburan secara total.Setelah semua ini dicapai hanya takdir sahaja lah yang dapat memisahkan dari kehamilan dan kerinduan menimang cahaya mata yang di idamkan selama ini.

Berita baiknya,moringa oleifera mudah didapati di Malaysia dan boleh ditanam oleh sesiapa sahaja dibelakang rumah.Pemerhatian saya dibanyak kawasan taman perumahan,moringa di tanam di tepi jalan besar.Dan kebanyakan manusia tidak mengetahui betapa rahsia kesihatan dan kesuburan berada dihujung hidung mereka sebab pokok dan daun yang saya maksudkan ini adalah pokok kelur atau popular dalam masyarakat india sebagai POKOK KACANG KELO.

Serbuk daun moringa yang ditanam secara organik juga boleh didapati dari beberapa pengedar di Malaysia dalam bentuk kapsul dan serbuk.

Semoga bermanfaat

Isnin, 17 November 2014

Alif Baa Taa Kesuburan Wanita

women-infertility
Bismillah,
Kebanyakkan artikel yang ditulis oleh orang putih menggunakan perkataan ABC sebagai membahasakan sesuatu yang asas(basic).Kali ini saya cuba menggunakan ALIF BAA TAA untuk membahasakan sesuatu yang asas dan perlu difahami oleh wanita Islam yang sedang atau bakal mengalami masalah susah hamil.

Disipilin menuntut ilmu mengajar saya mengenali perkara asas terlebih dahulu tentang sesuatu penyakit sebelum membuat diagnosis dan tindakan yang betul.Ini hanya lah perkara-perkara asas dan kemungkinan banyak lagi faktor sampingan lain yang boleh menyebabkan ketidaksuburan wanita.

Saya bersimpati kepada semua wanita yang tidak putus-putus di serang oleh masalah demi masalah kesihatan dari pelbagai sudut alam.Sudah lah hidup di zaman yang serba laju,serba stres dan kini terpaksa bergelut dengan fenomena penyakit-penyakit yang juga serba kompleks.Apapun hidup perlu diteruskan selagi hayat di kandung badan,selagi itu amanah kesihatan perlu dilaksanakan.Mengenali beberapa perkara asas tentang kesuburan mungkin dapat membantu kita dari mengalami stress tidak tahu apa sebenarnya berlaku pada diri sendiri.

Perkara asas yang perlu diketahui oleh seorang wanita tentang ketidaksuburan terdapat 6 perkara.Memahami ke enam perkara ini boleh membantu mengenali tentang penyakit yang sedang dialami atau dihadapi.

6 perkara tersebut adalah seperti berikut:
  1. Kegagalan untuk ovulasi
  2. Masalah struktur sistem reproduktif
  3. Jangkitan
  4. Kegagalan telur untuk matang dengan sempurna
  5. Kegagalan implantasi
  6. Gangguan autoimun
Kegagalan untuk ovulasi

Antara punca kegagalan paling  umum masalah ketidaksuburan adalah gagal berovulasi, menurut statistik, ini berlaku pada 40% wanita.
Gagal berovulasi boleh berpunca dari:
  • Prmary ovary insuffiency(POI) – adalah suatu keadaan di mana ovari wanita berhenti menghasilkan hormon dan telur pada usia muda. Wanita dengan POI tidak ovulasi dengan kerap atau kadang-kadang tidak sama sekali dan mungkin mempunyai tahap hormon yang tidak normal kerana masalah dengan ovari mereka.
  •  Ovari Sindrom Polycystic -PCOS adalah salah satu punca paling biasa iaitu suatu keadaan di mana ovari wanita, dan dalam beberapa kes kelenjar adrenal, menghasilkan lebih banyak hormon androgen daripada biasa. Hormon ini mengganggu perkembangan folikel ovari dan pelepasan telur semasa ovulasi. kantung berisi cecair, atau sista, boleh terhasil di dalam ovari.
  • Faktor Penuaan –  rizab telur dalam ovari akan berkurangan disebabkan oleh faktor penuaan. Keadaan ini boleh menyebabkan hormon menjejaskan ovulasi.
Gangguan endokrin- Kecacatan mempengaruhi hormon-hormon yang dihasilkan oleh badan. Tahap hormon yang tidak normal boleh mengganggu ovulasi.

Beberapa gangguan endokrin diketahui mempengaruhi ovulasi adalah  :
  • Hypothalamic  amenorea- di mana struktur di dalam otak yang dikenali sebagai hipotalamus menghasilkan hormon yang tidak normal
  • Hyperprolactinemia- di mana tahap prolaktin hormon terlalu tinggi
  • Penyakit tiroid - yang menjejaskan tahap hormon yang dirembis keluar oleh kelenjar tiroid
  • Penyakit adrenal- menjejaskan tahap hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal yang terletak di atas setiap buah pinggang
  • Merokok atau penggunaan tembakau juga boleh memberi kesan kepada ovulasi.
Masalah Struktur Sistem reproduktif

Masalah struktur biasanya melibatkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam tiub fallopio atau rahim.

Jika tiub fallopio tersumbat, telur tidak dapat bergerak dari ovari ke rahim dan sperma tidak dapat mencapai telur untuk persenyawaan. Tersumbat tiub fallopio boleh dikaitkan dengan:
  • Endometriosis
  • Fibroid rahim
Jangkitan
  • Jangkitan keputihan juga boleh menyebabkan ketidaksuburan. Chlamydia adalah salah satu jangkitan kelamin yang paling biasa memberi kesan kepada kesuburan wanita.
  • Jangkitan kronik dalam serviks boleh mengurangkan jumlah atau kualiti mukus serviks, kekurangkan dan kualiti mukus serviks juga boleh menyukarkan wanita untuk hamil
  • Penyakit radang pelvik, jangkitan struktur pembiakan wanita yang sering disebabkan oleh bakteria yang terhasil daripada  jangkitan kelamin (STD) , seperti gonorrhea atau chlamydia
  • Ligation Tubal-prosedur pembedahan yang menutup tiub fallopio wanita secara kekal.
  • Sesetengah wanita dilahirkan dari azali dengan sekatan dalam tiub fallopio mereka.
Masalah struktur dengan rahim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan termasuk:
  • Fibroid - iaitu ketumbuhan yang muncul di dalam dan di sekitar dinding rahim. Kebanyakan wanita dengan fibroid tidak mempunyai masalah dengan kesuburan dan boleh hamil. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita dengan fibroid tidak mungkin boleh hamil secara semula jadi dan berkemungkinan mempunyai risiko keguguran atau kelahiran pra-matang .
  • Polip, iaitu ketumbuhan bukan barah pada permukaan bahagian dalam rahim. Polip boleh mengganggu fungsi rahim dan menyebabkan sukar bagi seorang wanita untuk kekalkan kandungan selepas persenyawaan. Pembedahan polip boleh meningkatkan peluang untuk seorang wanita untuk hamil.
  • Parut dalam rahim dari kecederaan atau pembedahan sebelumnya. Parut boleh meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan.
  • Rahim berbentuk luar biasa boleh menjejaskan keupayaan wanita untuk kekalkan kandungan selepas persenyawaan.
Kegagalan telur untuk matang dengan sempurna
Bagi sesetengah wanita, telur tidak matang dengan sempurna boleh  menyebabkan kegagalan untuk persenyawaan.

Ini boleh disebabkan oleh :
  • Masalah hormon-di antara PCOS dengan hipotalamus atau kelenjar pituitari. Hipotalamus menghantar isyarat dari otak ke kelenjar pituitari, yang kemudian menghasilkan hormon-hormon yang diperlukan bagi memulakan proses kematangan telur. Sebarang kemungkinan masalah semasa proses ini boleh menghalang telur daripada matang dengan sempurna.
  • Kekurangan protein kinases cyclin- Kajian terkini mendapati protin ini mungkin terlibat secara langsung dalam proses kematangan telur.
  • Kecederaan pada ovari – parut pada ovari daripada pelbagai pembedahan atau sista ovari yang berulang-ulang boleh menganggu kematangan telur.
Kegagalan implantasi

Kegagalan implantasi adalah antara penyebab ketidaksuburan di kalangan pasangan yang merancang untuk hamil dengan assisted reproductive techniques (ART)
.
Sebab-sebab kegagalan implantasi termasuk :
  • Kecacatan genetik
  • Endometrium nipis
  • Kecacatan embrio- masalah dengan kecacatan lelaki , perempuan atau sperma
  • Endometriosis
Gangguan autoimun

Gangguan autoimun boleh menyebabkan sistem imun badan menyerang tisu normal yang tidak dilakukan pada kebiasaannya. Gangguan autoimun, seperti lupus atau artritis reumatoid, boleh menyebabkan sistem imun wanita  menolak telur dan menghalangnya daripada ditanam atau memotong bekalan darah ke janin.Gangguan autoimun juga boleh menyerang sperma atau organ-organ reproduktif lain.

Rumusannya,secara jujur sehingga saat ini kajian dan penyelidikan masih berlangsung tanpa mendapat jawapan pasti kepada deretan persoalan-persoalan yang  masih belum terjawab.Walaubagaimanpun itu bukan penghalang untuk kita berusaha dan berdoa kepada Allah swt supaya dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan akihirat.

Semoga Bermanfaat

Jumaat, 14 November 2014

Keputihan Sebagai Tanda Penyakit

Keputihan Sebagai Tanda Penyakit: Apabila keluar cecair atau lendir boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan wanita. Dalam keadaan sedemikian, la...

Selasa, 11 November 2014

Hormon Tidak Seimbang 2 - Penyakit,Punca Dan Xenoestrogen

xenoestrogen
Bismillah,

Akhir-akhir ini saya juga menerima banyak soalan-soalan yang hampir sama tentang masalah haid,endometriosis,ketidaksuburan, dan saya dapati kebanyakkan mereka yang bertanya,mungkin tidak  menyedari terdapat ciri-ciri yang sinonim dan boleh dikaitkan secara langsung kepada dominasi hormon estrogen atau sebutan melayu yang lebih mudah untuk di sebut iaitu estrogen berlebihan.

Secara jujur,kita tidak boleh menyalahkan estrogen seratus peratus atas segala punca kepada berbagai penyakit.Realitinya tanpa hormon estrogen manusia mungkin sudah lama pupus dari muka bumi ini.Perumpamaan yang paling mudah untuk kita faham adalah estrogen ini umpama nafas bagi wanita tanpa nafas tidak mungkin wanita boleh hidup.

Sebenarnya,estrogen mempunyai banyak sifat-sifat yang bermanfaat dan bertanggung jawab keatas banyak faedah kepada wanita, dari kulit yang licin sehingga kitaran haid Masalah timbul apabila nisbah dua hormon yang dominan untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang.Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga yang baru sahaja tahu mengenai punca ketidakseimbangan ini.Apapun saya akan beri penerangan lebih jelas lagi tentang puncanya di akhir artikel ini.

Namun apa yang merisaukan saya adalah sikap sesetengah wanita, kerana selalu alpa tentang faktor keseimbangan dalam setiap perkara yang dilakukan.Begitu juga hormon estrogen yang sepatutnya menjadi teman baik yang begitu akrab dan banyak menghulurkan bantuan,kini bertukar watak,menjadi ganas dan tidak berperikemanusiaan apabila hormon estrogen kini boleh dianggap sebagai ibu kepada segala penyakit yang dialami oleh wanita masakini.

Berikut adalah senarai panjang jenis-jenis penyakit yang boleh dikaitkan dengan estrogen berlebihan. Jangan terkejut kalau dapati diri anda berada dalam salah satu tanda tersebut ye….

  • Proses penuaan lebih cepat
  • Alahan, termasuk asma, gatal-gatal, ruam, lelah dan sinus
  • Gangguan autoimun seperti lupus dan erythematosis tiroiditis, dan mungkin penyakit Sjoegren ini
  • Kanser payudara
  • Payu dara kendur
  • Displasia serviks
  • Tangan dan kaki sejuk sebagai gejala disfungsi tiroid
  • Kelebihan tembaga
  • Nafsu seks menurun
  • Kemurungan
  • Mata yang kering
  • Permulaan awal haid
  • Endometrium (rahim) kanser
  • Penambahan lemak, terutama di sekitar perut, pinggang dan paha
  • Kelelahan
  • Payudara fibrocystic
  • Pemikiran Berserabut
  • Penyakit pundi hempedu
  • Keguguran rambut
  • Sakit Kepala
  • Hipoglisemia
  • Peningkatan pembekuan darah (meningkatkan risiko strok)
  • Ketidaksuburan
  • Haid yang tidak teratur
  • Sifat cepat marah
  • Susah tidur (Insomnia)
  • Kekurangan magnesium
  • Kehilangan ingatan
  • Perubahan hati
  • Osteoporosis
  • Ovari polikistik
  • Premenopaus kehilangan tulang
  • Sindrom pra haid
  • Proses metabolisma terganggu
  • Disfungsi tiroid meniru hipotiroidisme
  • Kanser rahim
  • Fibroid
  • Gemuk air, kembung
  • Kekurangan zink
Antara penyakit atau masalah yang paling banyak dilaporkan dan dianggap berkait rapat dengan atau dipengaruhi oleh estrogen yang berlebihan dan kekurangan progesteron wanita adalah:
  • Penambahan berat badan
  • Kerintangan insulin
  • Penyakit payudara fibrocystic
  • Sindrom pra haid
  • Migrain
  • Gangguan haid-tidak teratur dan pendarahan banyak
  • Endometriosis, gangguan tisu rahim, yang membantu dengan menggunakan penghalang estrogen
  • Fibroid, tanda kapasiti proliferatif lebih dari rahim, yang mungkin tidak seimbang dengan progesteron yang mencukupi
  • Cyst ovari
  • Kanser payudara
Antara punca-punca  hormon estrogen berlebihan yang perlu di ketahui dan di kawal:-

  • Seseorang wanita yang kebiasaan hidup secara pasif dan tidak banyak bergerak
  • Gemar kepada makanan yang tidak sihat,dengan sendirinya juga membuat hormon tidak seimbang. Pengumpulan lemak dalam tubuh juga menyebabkan hormon tidak seimbang, sehingga sukar untuk menyingkirkan lebihan lemak yang ada. 
  • Gemar diet makanan yang rendah serat sedangkan diet yang rendah dengan serat menyebabkan kadar estrogen lebih tinggi, sementara diet yang tinggi dalam serat pula menyebabkan kadar estrogen menurun dalam aliran darah. Kajian telah membuktikan bahawa wanita berdiet tinggi serat mempunyai tahap estrogen yang jauh lebih rendah.
  • Melakukan kerja yang berlebihan dan kurang mendapat rehat secukupnya boleh menyebabkan kimia didalam tubuh terganggu.
  • Pengurusan stress yang kurang efektif
  • Pengambilan pil perancang tanpa pengawasan  antara paling mudah mengalami risiko ketidakseimbangan hormon. Ini disebabkan oleh tubuh dipaksa mengikut kitaran hormon yang telah ditentukan  dan bukannya membiarkan tubuh mengaturnya secara alami.
  • Begitu juga dengan kehamilan, beberapa ketidakseimbangan hormon boleh berlaku, termasuk hipertiroidisme dan diabetes gestasional.
  • Usia lanjut juga menjadi faktor mengapa hormon menjadi tidak seimbang, baik pada wanita ataupun lelaki.
  • Gejala dan faktor yang boleh dikaitkan dengan menopaus akibat dari  "persaraan" fungsi ovarium.
  • Terlalu membebankan fungsi hati dengan toksin dalaman dan banyak menyerap toksin dari alam sekitar.
Kita sebenarnya hidup dalam negara dimana ekonomi  bergantung kepada sektor industri Sektor inilah dikenalpasti sebagai pemicu xenoestrogen kepada alam sekitar dan menjadikanya sebagai lautan estrogen “jahat” buatan manusia.

Xenoestrogen adalah molekul yang strukturnya hampir serupa dengan estrogen alami yang dirembis oleh tubuh manusia.Xenoestrogen ini mendatangkan keburukkan kepada tubuh apabila ianya menggangu penghasilan,perjalanan dan cara kegunaan estrogen alami di dalam tubuh.

Sejauh mana xenoestrogen telah menyusup masuk dalam hidup kita.Jangan terkejut ye…lautan estrogen!

Xenoestrogen kini boleh dijumpai dalam banyak produk keluaran industri seperti klorin, baja, racun rumpai, racun perosak, racun serangga, produk tenusu, daging, farmaseutikal, kosmetik dan produk peribadi (sumber utama untuk wanita, terutamanya dalam produk kecantikan untuk kulit seperti losyen, syampu, sabun), mainan kanak-kanak, botol bayi , kimia industri dan banyak lagi.

Xenoestrogen juga boleh  larut ke dalam makanan dalam tin dan makanan dibungkus dengan plastik dan ianya juga berada di dalam air, tanah dan udara.Masalah timbul apabila xenoestrogen tidak mudah dipecahkan dan boleh terkumpul dan tersimpan di dalam sel-sel lemak tubuh, termasuk lemak payudara.

Pengambilan harian walaupun sedikit  xenoestrogen akan dikumpul dan mengikat kepada reseptor estrogen menyebabkan ketidakseimbangan sistem endokrin dengan kesan-kesan kesihatan yang teramat buruk.

Kita sedang berada ditengah lautan estrogen “jahat “ dan apa yang mampu kita lakukan adalah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan risiko dari makanan atau produk yang mengandungi xenoestrogen ini.Agak payah tetapi demi kesihatan yang lebih baik saya rasa kita mampu lakukanya.

Saya akan sambung lagi dengan makanan dan cara alami untuk mengelak dari di dominasi hormon estrogen pula selepas ini.InsyaaAllah

Semoga bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Ahad, 9 November 2014

Rahsia Mengesan Jangkitan Keputihan

Rahsia Mengesan Jangkitan Keputihan: Setiap wanita pasti akan mengalami jangkitan mikroorganisma sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Jangkitan yang lazimnya disebabkan ol...

Sabtu, 8 November 2014

Hormon Tidak Seimbang-Punca Dan Bahaya Di Dominasi Estrogen

hormon-tidak-seimbang
Bismillah,
Saya yakin ramai wanita masakini walaupun dari golongan terpelajar jauh sekali mak ayah kita di zaman dahulu(bukan semua ye..), memahami sepenuhnya dalam erti kata sebenar fungsi hormon wanita dan segala kebaikan yang di bawa bersama serta bahaya keburukkan apabila ianya diambil secara berlebihan samada disengajakan atau tidak.Topik hari ini tersangat penting untuk wanita dan sayahanya akan fokus kepada masalah punca berlaku hormon tidak seimbang untuk kali ini.

Apa yang selalu kita dengar adalah perkataan hormon tidak seimbang.Semua pakar yang saya lawati berkata begitu,apa masalah saya sebenarnya?dan apa maksud mereka berkata demikian?

Sejak beberapa tahun kebelakang ini,seluruh dunia telah merekodkan  peningkatan drastik bagi penyakit berkaitan wanita yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Hari ini, kita melihat seorang anak perempuan yang masih berhingus lagi mencapai puberti di usia seawal 10 tahun.Endometriosis,pcos,sindrom pra haid,fibroid,cyst ovari dan berbagai lagi jenis kanser  menjadikan wanita sebagai sasaran.Apa sebenarnya sedang berlaku pada wanita kini?

Lama juga saya berfikir tentang pengunaan ayat atau anologi yang sesuai dan mudah untuk pembaca memahami duduk perkara yang sebenarnya.Pada saya jika seseorang wanita yang sayangkan diri dan kesihatannya wajib mengetahui dan bukan sahaja sekedar mengetahui tetapi juga tahu bagaimana untuk mengelakannya.

Menjalani hidup sebagai seorang wanita di abad ke 21 ini tidak semudah seperti dizaman dahulu.Bayangkan sejak mula didiagnos endometriosis, PMS dan  fibrosystik payu dara dari usia muda, kemudian menular kepada fibroid , histerektomi, hormon gantian (HRT) dan akhirnya kanser payudara sebelum sampai waktu putus haid.

Mengapa wanita mengalami serangan yang bertali arus,dimana datang punca serangan tersebut? Satu-satu jawapan yang paling logikal dan  kita selalu kurang peduli adalah hormon tidak seimbang atau lebih tepat lagi masalah dominasi estrogen iaitu keadaan seseorang wanita dengan hormon estrogen berlebihan(estrogen dominance).

Estrogen adalah hormon utama untuk wanita dan ianya berperanan sebagai hormon seks wanita. Estrogen mengawal pertumbuhan serta mengekalkan ciri-ciri kelamin pada wanita, seperti payudara, pinggul serta mengawal kitaran haid. (cuba baca artikel saya terdahulu tentang bab ini).

Namun sama seperti ketidakseimbangan bakteria apabila ianya berlebihan bukan sahaja wanita hilang kemanfaatanya namun boleh bertukar pula menjadi kemudaratan.Punca penyakit seperti fibroid,cyst dan sebagainya dikenalpasti adalah dari dominasi estrogen
 .
Apa itu dominasi estrogen dan bagaimana ianya boleh berlaku?

Sepertimana yang kita semua tahu,paras estrogen tinggi akan membawa kepada risiko kanser payudara dan kesan kesihatan yang lebih kronik. Dominasi estrogen berlaku melalui peningkatan paras estrogen, juga disebabkan oleh tahap hormon lain yang samada tinggi atau rendah, faktor-faktor alam sekitar dan tahap kesihatan.

Keluhan yang selalu kita dengar dari seseorang wanita yang didominasi hormon estrogen.Boleh lah check sendiri ye..
  • Payu dara saya membengkak dan semakin membesar
  • Saya tidak dapat menyarung cincin yang selalu saya pakai.
  • Saya mudah hilang kesabaran sejak akhir ini
  • Orang kata saya suka mengarah
  • Saya selalu merasa kejang sama sewaktu saya lebih muda
  • Dah lama saya tidak haid
  • Saya selalu tidak dapat kitaran haid yang biasa
  • Haid saya tidak teratur
  • Saya takut melihat darah yang berketul-ketul ketika haid
  • Saya mengalami sindrom pra haid
  • Sakit payudara apabila dipeluk suami
  • Saya ada fibroid
  • Saya ada endometriosis
  • Saya tidak muat kasut yang biasa saya guna
  • Saya ada ketulan di payudara
  • Saya sering keletihan
Saya akan sambung kemudian pula dengan kaedah atau cara konvensional,alami dan makanan yang baik ataupun perlu dihindari bagi mengekalkan keseimbangan hormon estrogen,InsyaaAllah

Semoga bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑