Sabtu, 11 Mei 2013

Bengkak Alat Kelamin Wanita (Bartholin Cyst)

gif
Bismillah,

Dalam banyak email yang saya terima sejak membuka ‘talian hayat’ diblog ini,hampir 15% soalan adalah mengenai bengkak alat kelamin atau masalah bartholin cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.Bagi memudahkan pengunjung setia blog ini,berikut adalah pencerahan dengan bahasa yang mudah difahami tentang masalah yang kian melanda ramai wanita moden kini.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seseorang wanita terangsang nafsunya.

Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholin cyst sebenarnya tidak mendatangkan masalah ketika hubungan seks penetratif dan jika saisnya masih kecil cukup sekedar mendapatkan ‘warm shower’ selama 20 minit 3 kali sehari mungkin membantu mengurangkan kebengkakan.

Kebimbangan sesetengah wanita antara kaitan bartholin cyst dengan kanser sama sekali tidak berasas disebabkan peratusannya menyebabkan kanser sangat rendah. Walaubagaimanapun pesakit boleh memilih samada untuk menjalani pembedahan pada masa yang terdekat walaupun ia sebenarnya masih kecil dan belum mendatangkan masalah atau boleh sahaja menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan.

Namun jika ia telah membentuk abses Bartholin iaitu bengkak nanah (abcess) yang juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mula merasa sakit serta demam maka jalan keluar yang terbaik adalah mendapatkan rawatan segera.

Secara protokol rawatan terbaik adalah incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu terdapat juga beberapa kaedah pembedahan sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh dilakukan secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana ia juga membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑