Ahad, 15 Jun 2014

8 Sebab Mengapa ramai wanita masih dibelenggu masalah Keputihan

Bismillah,

Telah berpuluh-puluh artikel saya tulis tentang masalah persepsi,kini sekali lagi saya terpanggil untuk melakukanya dengan kaedah kefahaman yang lebih mudah untuk dicerna bagi sesetengah wanita,Semoga kaedah ini akan menampakkan hasil yang lebih baik setelah berusaha selama bertahun-tahun dalam memperjuangkan masalah persepsi keputihan dan kaitannya dengan kanser serviks,InsyaaAllah.

NO.1
Masih Kabur tentang ilmu penjagaan bahagian intim yang betul terutama sekali pH faraj WAJIB dikawal sekitar 3.8-4.2 (Pengunaan Feminine wash MESTI ada pH ini)

NO.2

Suka mengamalkan pengunaan bahan-bahan berasaskan kimia seperti sabun,shampu,gel mandian,pad yang berwangian dalam kehidupan seharian padahal ianya telah terbukti hanya menganggu flora bakteria dan meningkatkan pH faraj.

NO.3

Beranggapan keputihan itu perkara biasa sedangkan ianya ternyata luarbiasa dan lambat laun boleh mengakibatkan kemandulan, kanser serviks,kelahiran pra matang,mengandung luar rahim dan banyak lagi.

NO.4

Percayakan produk-produk dipasaran seperti suplemen,jamu,feminine wash,yogurt,daun sireh,manjakani termasuk pad herba boleh merawat keputihan yang sebenarnya TIDAK BENAR SAMASEKALI ,(tiada bukti dari mana-mana kajian sains) walaupun suplemen mungkin baik untuk pelindungan namun ianya tidak bermanfaat sama sekali jika seseorang telah dijangkiti mikroorganisma keputihan disebabkan simptom jangkitan bakteria/virus /kulat/parasit perlukan terapi rawatan yang lebih menyeluruh dan seimbang atau menanggung risiko jangkitan akan berulang-ulang yang boleh mengakibatkan kemandulan.

NO.5
Suka memasukkan bendasing atau bahan dari produk untuk mengetatkan kedalam faraj yang jelas merubah pH faraj dan boleh mengakibatkan ketidakseimbangan bakteria.Ramai yang menggunakan manjakani namun realitinya kajian menunjukkan manjakani elok untuk rawatan mengecutkan buasir.

NO.6
Taksub kepada produk dipasaran yang mengandungi wangian dan antiseptik dengan harapan bau boleh dihilangkan dengan wangian.Sedangkan kajian sains mendapati bauan yang terhasil dari tubuh badan dan juga faraj adalah disebabkan oleh bakteria,tidak mungkin dapat ditutupi hanya dengan wangian atau antiseptik malahan hanya akan menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dan lambat laun akan bertukar kepada jangkitan.

NO.7
Wanita selalu beranggapan penjagaan pH muka dan tubuh badan lain lebih penting dari penjagaan pH faraj ,sedangkan membiarkan faraj terdedah kepada penjagaan yang salah akan hanya membuatkan wanita menyesal seumur hidup disebabkan kanser serviks belum ada penawarnya…..

NO.8
Ramai wanita yang masih mengamalkan diet yang berkalori tinggi termasuk makanan dan minuman yang manis.Adapun ramai juga yang masih kabur tentang fungsi makanan atau minuman yang mengandungi bakteria baik,selain membantu pencernaann ianya juga berfungsi sebagai benteng penghadang daripada serang bakteria jahat dan pembiakan kulat yang tidak terkawal.

Semoga Bermanfaat 



FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 


Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/



Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba




Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Jumaat, 6 Jun 2014

Mengenali Masalah Senggugut

gifBismillah,
Apabila ditanyakan tentang pengalaman wanita yang pernah mengalami masalah haid,senggugut merupakan yang paling digeruni dan mereka sering mengkategorikanya sebagai pengalaman yang amat menyiksakan.Apa tidaknya senggugut bukan sahaja menyakitkan dan menganggu perjalanan kehidupan harian namun ianya juga menjadi sebab utama mereka tidak dapat hadir ke sekolah,kuliah ataupun kerja.Jom kita kenali lebih dekat lagi tentang masalah senggugut ini dan proses semulajadi yang berkaitan dengan nya.

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis sewaktu datang haid.Pelvis pula adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), saluran falopio dan pundi kencing. Senggugut kerap berlaku kepada golongan wanita semasa usia remaja dan awal dua puluhan. Ia juga boleh berlaku pada mereka yang baru sahaja mengalami haid pertama.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).Secara fisiologi, semasa proses berlakunya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai dari mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.

Senggugut Primer

Senggugut primer ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun.Lazimnya akan hilang 1-2 tahun kemudian setelah imbangan hormon menjadi normal. Senggugut jenis ini berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Senggugut ini memang biasa dan dianggarkan 23 hingga 25 peratus melanda gadis remaja .Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga masih tetap boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Kesakitan senggugut ini berlaku hanya untuk satu atau dua hari saja sewaktu pendarahan haid dan kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol.Secara fisiologi,kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran hormon prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat lantas menimbulkan kesakitan

Disebabkan kesakitan kuat yang dialami, sesetengah wanita memikirkan bahawa dirinya telah diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil.Namun apabila telah memahami dan mengetahui puncanya, rawatan yang dilakukan dengan minda yang positif dapat memberikan kesan yang lebih baik.

Tanda-tanda Seggugut primer


Sakit di bahagian bawah perut - Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.

Sakit yang paling ketara pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini akan berkurangan apabila umur mula meningkat dan sebahagianya selepas bersalin.

Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada senggugut. Kadang-kadang ada wanita yang dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.

Senggugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Senggugut Sekunder


Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Antara Sebab-sebab:

  • Penyakit endometriosis -Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang masih haid.
  • Cyst Ovari dan tumor
  • Fibroid (kebengkakan pada rahim) - Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  • Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD) - Senggugut boleh menjadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda-tanda senggugut sekunder

Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid dan bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa.

Berikut adalah tanda-tanda yang berkemungkinan besar seseorang wanita itu mengalami Senggugut Sekunder.
  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelehan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  • Loya dan muntah, cirit-birit.
Jenis-Jenis Rawatan
Secara protokol,rawatan diklinik merangkumi kumpulan ubatan NSAID, ubat tahan sakit seperti paracetamol,ubat mengurangkan radang seperti mefanemic acid atau pil perancang. Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini mencapai 80 peratus. Kejayaan ini berjaya diperolehi apabila ubat-ubatan ini menghalang pengeluaran prostagladin daripada dinding rahim.

Namun untuk senggugut yang seketika,ianya juga boleh diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

Pengunaan mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation") juga didapati boleh membantu bagi yang tidak ingin menggunakan ubat.Mesin ini menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang memintas tanda kesakitan dari saraf sebelum sampai ke otak dan ini dapat meredakan kesakitan.

Bagi senggugut sekunder pula,rawatan akan bergantung pada jenis senggugut sekunder yang dialami.Untuk itu,perlu melakukan pemeriksaan diklinik atau hospital berdekatan.

Realitinya,senggugut juga boleh mengakibatkan komplikasi dari aspek fisikal dan mental.Dari aspek fisikal antaranya infertility(ketidaksuburan)yang menjurus kepada susah hamil dan dari aspek mentalnya pula ianya boleh membawa kepada tekanan emosi,stres dan juga gangguan tidur umpamanya.

Semoga bermanfaat


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.


FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:

Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/

Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑