Rabu, 5 April 2017

Jangkitan H. pylori (gastrik ulser) boleh dirawat dengan amalan dari dua makanan sunnah

Bismillah,

Mungkin sudah tidak menjadi suatu rahsia lagi bagi umat Islam,bahawa bahan-bahan natural seperti madu dan habatussauda antara yang pernah disebut dalam hadis sabda rasulullah s.a.w sejak lebih 1400 tahun lalu.

Namun begitu,ramai yang masih kurang pasti akan manfaat sebenar bahan-bahan ini dan hanya setelah penyelidik melakukan kajian demi kajian demi kajian baru dapat mengesahkan penemuan dan kegunaan yang lebih tepat kepada penyakit moden.

Baru-baru ini penyelidik dari Negara Iran telah melakukan penyelidikan menggunakan dua bahan yang sangat popular ini kepada umat Islam iaitu madu dan biji habatussauda dalam melawan bakteria H pylori antara punca penyakit gastric ulcer.

Banyak kajian telah mendapati bahawa gastric ulcer ini berpunca dari jangkitan bakteria H pylori dan amalan pengambilan ubat-ubat NSAID juga disebut sebagai antara punca penipisan membrane yang menyaluti dinding perut.

Amalan satu sudu teh(6g) biji habatussauda diblender halus campur 2 sudu teh(12g)madu digaulkan rata dan diambil 3 kali sehari selepas makan.

Menakjubkan!..hanya setelah diamalkan selama 2 minggu 57.1% dari peserta yang positif H.pylori dalam kajian ini telah berjaya pulih dari jangkitan apabila ujian semula dilakukan di minggu ke empat.  

Sumber:

Combination of Nigella sativa and Honey in Eradication of Gastric Helicobacter pylori Infection

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28191328

Sabtu, 1 April 2017

Benar kah sayur kobis tidak elok diambil semasa mengalami keputihan yis?

Bismillah,

Saya yakin ramai wanita yang pernah mengalami jangkitan keputihan seperti kulat candida yang selalu mereka sebut sebagai jangkitan yis ini pernah mendapat nasihat dari rakan-rakan FB atau group yang mereka sertai

Nasihat seperti “JANGAN MAKAN KOBIS”agak telah lama diamalkan oleh sesetengah wanita yang mempercayai nasihat rakan-rakan mereka tanpa usul periksa.

Malahan nasihat songsang ini juga telah diviralkan dalam internet sejak bertahun-tahun lamanya.Rasanya telah tiba masa untuk mengetahui kedudukan sayur kobis yang sebenar.

Apa benar kah sayur kobis memudarat jika diambil semasa mengalami jangkitan yis?

Penyelidik dari sebuah universiti di itali telah menjalankan kajian keatas jus sayur kobis ( Brassica oleracea var. botrytis) dan aktivitinya terhadap sejenis kulat candida albicans serta kulat pathogen lain.

Jus sayur kobis ini telah didapati berkesan dalam menghalang pertumbuhan blastoconidia dan mengurangkan kemunculan C. albicans malahan ianya juga dapat menghalang pertumbuhan beberapa kulat patogenik lain.

Satu lagi kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari fakulti farmasi universitas padjadjaran di bandung ,Indonesia juga mendapati sayur kobis (Brassica oleracea var. capitata alba ) bermanfaat dimakan semasa mengalami jangkitan kulat disebabkan terdapat aktiviti anti keputihan dalam sayur kobis tersebut.

Alhamdulillah,sudah jelaskan sekarang?

Maka lain kali,berikan lah nasihat yang benar supaya ianya menjadi ilmu yang bermanfaat dan mudah-mudahan bertukar menjadi saham akihirat…Wallahu’alam

Rujukan:

Antifungal activity of Brassica oleracea var. botrytis fresh aqueous juice.
Istituto di Scienze Tossicologiche Igienistiche e Ambientali, Università di Urbino, Urbino, Italy
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12837360

Pemfaatan kubis (Brassica oleracea var. capitata alba)sebagai kandidat anti keputihan
http://pustaka.unpad.ac.id/…/pustaka_unpad_pemanfaatan_kubi…

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑