Isnin, 7 Oktober 2013

Fakta Sains Dan Cara Memilih Feminine Wash

gif
Bismillah,

Wanita Islam perlu menyedari bahawa seiring dengan hukum alam ciptaan Allah swt, kita yang prihatin dan berilmu perlu menerima hakikat bahawa bakteria, kulat,parasit dan kuman adalah sebahagian daripada ciptaan-Nya. Ia berada di mana-mana, termasuk pada bahagian intim yang tidak terlihat oleh pandangan mata kasar.

Setiap wanita Islam diberi amanah dan wajar menyayangi dan menjaga kebersihan tubuh mereka sendiri.Untuk melakukanya pula ,langkah awalan adalah dengan memahami dan peka kepada keperluan tubuh badan.

Fakta sains mendapati bahawa terdapat nilai pH yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh manusia.Kulit dibahagian kepala,muka,kaki dan tangan mempunyai nilai pH yang berbeza antara satu sama lain.Maka kita akan mendapati produk yang berlainan bagi setiap bahagian tubuh.Wanita moden amat peka tentang hal ini dan kita akan mendapati mereka menggunakan pembersih yang berlainan pH bagi setiap bahagian tubuh,muka,kaki dan tangan serta kulit kepala.

Namun apa yang menyedihkan ialah masih terdapat sesetengah wanita yang terlupa tentang satu lagi pembersih yang juga berlainan pH dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.Sesetengah mereka  hanya menggunakan sabun,gel mandian atau mencuci dengan air bersih malahan ada yang tidak mencuci langsung kawasan intim.

Kita tidak akan membeli kasut yang bersais 4 jika kaki bersais 7 bukan? Tentu sekali tidak sebab kita menyedari perbuatan itu hanya akan menyakiti diri sendiri dan juga ianya adalah suatu pembaziran.Begitu juga apabila kita bercadang untuk membeli pembersih peribadi,kita harus memilih hanya yang memiliki pH yang betul.(dalam kontek ini ialah pH 3.8 – 4.2)

Mengenali nilai pH untuk kawasan intim adalah cara yang terbaik untuk melindunginya,jika kita mengabaikan nilai pH yang digunakan bagi membersih kawasan ini hanya akan mengundang masalah iritasi,kegatalan dan jangkitan.

Hakikat yang perlu disedari bahawa kawasan intim yang dicipta oleh Allah swt tersembunyi dan memerlukan  penjagaan yang lebih rapi.Ini disebabkan kawasan intim yang tersembunyi amat sensitif dan mudah terdedah kepada kelembapan dan geselan yang hanya akan meningkatkan kadar iritasi secara tidak langsung pH dibahagian tersebut.
Sabun,gel,shampu dan wangian bersifat alkali hanya akan menyebabkan kemusnahan kepada lapisan kulit dikawasan intim yang secara alami bersifat asidik.Selain itu ianya akan menganggu flora bakteria didalam faraj dan hanya sesuai untuk digunakan dikawasan tubuh yang lain.Kita tidak seharusnya memandang remeh tentang pemilihan pembersih peribadi dan jangan sekali-kali melupakan fakta pH yang sesuai bagi tujuan ini.Wang ringgit bukan menjadi ukuran namun amanah bagi kita menjaga kebersihan dan keseimbangan tubuh badan perlu diutamakan supaya tidak mendatangkan kemudaratan.

Fakta sains mendapati hanya asid laktik yang dikeluarkan oleh bakteria baik didalam faraj menjadi benteng darpada serangan virus.Pengeluaran asid laktik berupaya mengawal naik turun persekitaran faraj bagi mengekalkan pH 3.8-4.2,maka adalah tidak benar sama sekali dakwaan sesetengah pengeluar produk yang tidak mengandungi laktik asid hanya herba,wangian,shampu,sabun,gel dll   dapat mengekalkan pH faraj malahan disebaliknya terdapat bukti saintifik ia hanya akan menjurus kepada ketidakseimbangan dan jangkitan merbahaya seperti barah serviks,aids,herpes dan jangkitan kelamin seperti trikomonas,chlamydia dan gonorrhoea.

Tidak hanya berhenti disitu malahan terdapat banyak sekali dakwaan-dakwaan lain yang sama sekali tidak berasas yang hanya menguntungkan pihak pengeluar produk dan ini amat merugikan wanita selain ianya merbahaya jika tidak dikekalkan pH faraj.Perbuatan menyumbat dengan jari, alatan,ubatan atau jamu tanpa asid laktik hanya akan menganggu pH faraj.Alasan ubat antifungal boleh digunakan secara memasukan kedalam faraj,fakta sebenar ialah antifungal yang dibekalkan klinik mengandungi asid laktik dan selamat diguna.

Saya katakan bahaya disebabkan terdapat beberapa kajian yang dilakukan dinegara barat telah mengesahkan bahawa pH faraj yang meningkat atas sebab pengunaan produk dengan pH yang tidak sesuai hanya akan memudaratkan wanita dan komplikasi yang bakal dihadapi adalah berlakunya ketidakseimbangan bakteria yang akan membuka pintu kepada jangkitan virus bahaya seperti HIV,HPV dan jangkitan kelamin.

Nasihat kepada semua wanita Islam yang dikasihi,setelah memahami fakta-fakta yang saya jelaskan dalam artikel ini,maka mulakanlah perubahan dari hanya fokus kepada penjagaan muka,tangan dan kaki, harus pula diberi tumpuan khas kepada bahagian intim yang amat penting ini dikekalkan persekitaran yang sesuai dan seimbang.Usah lah percaya pada iklan komersial dan mitos-mitos yang jelas tiada sandaran fakta demi amanah,keharmonian rumahtangga dan kesihatan yang baik.Pastikan pembersih peribadi yang dibeli mengandungi asid laktik dan pH 3.8-4.2,InsyaaAllah.

Semoga Bermanfaat


FEMININE WASH PILIHAN KAMI



Khamis, 3 Oktober 2013

Endometriosis Punca Sukar Hamil?


gif
Bismillah,

Telah banyak saya tulis dalam artikel-artikel yang lalu tentang masalah kesihatan dan penyakit-penyakit pada wanita moden masakini seperti bacterial vaginosis,candida albican, virus, kanser serviks,payudara,UTI,bartholin cyst,abcess dan sebagainya.Kini tiba pula giliran kita menjelajah satu lagi topik yang agak asing bagi sesetengah wanita iaitu masalah penyakit "endometriosis".

Peringatan bagi wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya keguguran yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan dengan penyakit "endometriosis".

Endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Sehingga kini saintis masih belum berhasil mengenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Antaranya dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid.

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya didapati mandul.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan semakin hari bertambah ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-ulang.

Majoriti kes-kes endometriosis gagal dikesan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor atas sebab kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Berikut adalah antara beberapa tanda dan gejala (Jika ada)
  •     Nyeri luar biasa ketika haid dan semakin lama nyeri akan menjadi semakin kuat
  •     Rasa nyeri pada daerah pinggul dan sekitar tulang ekor
  •     Nyeri dibahagian atas perut
  •     Nyeri ketika berhubungan intim atau setelahnya.
  •     Nyeri ketika pergerakan usus atau membuang air ketika haid
  •     Perdarahan abnormal diantara kitaran haid
  •     Sukar hamil.
  •     Rasa mudah letih dan lelah
  •     Mual, muntah, susah buang air besar, cirit ketika haid
Kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dikesan berada di kawasan tubuh yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, saluran fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ianya juga dikesan berada di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi perkara ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Seandainya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ianya akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan saluran fallopian akan berjauhan dari ovari dan ketika berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh saluran fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada saluran fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran mudah berlaku.

Antara Wanita Yang Berisiko

Endometriosis kerap berlaku pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak. Endometriosis juga memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.

Kaedah Pengesanan dan Rawatan

Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal dan jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, beliau mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dikesan, doktor akan menentukan sejauh mana endometriosis sudah dan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku.

Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya.Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Risiko penyakit ini berulang semula adalah amat tinggi.

Rawatan ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan menghalang endometriosis dari merebak. Rawatan hormon-hormon Progesterone seperti Primulut, Norculut pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ianya jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

Semoga Bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑