Rabu, 1 Januari 2014

Barah Ketika Hamil

gif
Bismillah,
Satu masa dahulu kes seorang wanita yang didiagnos barah ketika hamil amat jarang berlaku,ianya hanya kes terpencil sahaja dan disebabkan itu maka kurang pendedahan dan pengalaman membuatkan ramai para doktor pakar mendapati sukar untuk mengendalikan kes yang sedemikian.


Sehingga akhir abad ini apabila semakin bertambah ramai pesakit barah wanita yang telah mula menerima hakikat dan memberi kerjasama yang baik telah membuka era baru dalam pengumpulan data-data dan telah berjaya membantu pakar dalam kaji selidik yang mereka jalankan.

Dari pendedahan dan ujian yang telah dilakukan ,maka terhimpun lah sekian banyak informasi yang secara tidak langsung membantu cara pengendalian serta rawatan yang sesuai bagi kes-kes sedemikian.Menerima hakikat terpaksa hidup bersama sel barah semasa kehamilan adalah suatu pengalaman yang duka buat pesakit namun ianya menjadi pengalaman yang amat berharga untuk generasi akan datang.

Perkara utama yang perlu difahami bahawa seseorang wanita yang hamil dalamasa yang sama menghidap penyakit barah masih boleh melahirkan seorang bayi yang sihat disebabkan sel barah didapati amat jarang merebak sehingga boleh memudaratkan janin.Walaupun terdapat beberapa kes ,dimana sel kanser merebak sehingga ke placenta(uri) namun dalam kebanyakkan kes ianya berhenti setakat disitu sahaja.

Mengikut statistik, peringkat umur pesakit barah yang hamil pada masa yang sama adalah dalam lingkungan umur 32 hingga 38 tahun. Secara amnya,terdapat 6 jenis barah yang lazimnya dihidapi oleh pesakit yang hamil.Ini termasuklah:

1. Payu dara.


2. Pangkal rahim.


3. Limfoma.


4. Tiriod.


5. Leukimia.


6. Malignant melanoma.

Menduduki di tempat teratas sekali adalah barah payu dara dimana nisbahnya adalah 1 dalam 3000 kehamilan.Dari itu kepada wanita apabila telah disahkan hamil dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan payu dara sama ada diklinik atau boleh juga dilakukan sendiri di rumah.Pastikan jika terdapat sesuatu yang abnormal, sebaik-baiknya jalani lah ujian diklinik,jangan tunggu sehingga selepas bersalin.

Untuk tulisan kali ini,biarlah saya memfokuskan kepada jenis barah yang lebih sinonim kepada wanita dan berada ditempat kedua iaitu barah pangkal rahim ketika hamil.

Fakta menunjukkan wanita yang menghidap barah pangkal rahim ketika hamil amat jarang berlaku,rata-rata hanya satu dalam 1000 kehamilan.

Berfikir lah secara positif,seseorang wanita itu harus memahami apabila didiagnos barah setelah kehamilan,ianya bukan disebabkan oleh kandungan atau kehamilan.Ianya berlaku secara kebetulan dan telah dibuktikan secara ilmiah barah dan kehamilan adalah merupakan 2 keadaan yang berbeza.Jangan pula sampai ada yang cuba menyalahkan diri sendiri.

Perlukah saya mengugurkan kandungan ?

Oh! Tentu sekali tidak,selain haram disisi agama (jika tidak memudaratkan)malahan ramai pakar O&G juga berpendapat pesakit yang menghidap barah pangkal rahim tidak perlu mengugurkan kandungan disebabkan kajian yang pernah dilakukan mendapati mengugurkan kandungan tidak bermanfaat untuk menghalang sel barah daripada terus merebak.

Jika pesakit yang telah disahkan menghidap barah pangkal rahim ketika hampir sembilan bulan kehamilan,rawatan biasanya ditangguhkan sehingga pesakit selamat bersalin.Bagi sesetengah kes,induksi akan diberi untuk mempercepatkan proses kelahiran. Apa pun diagnosis perlu dilakukan untuk mengetahui tahap barah dan rawatan pula akan diberi berdasarkan usia kandungan.

Wanita hamil yang menghidap barah perlu menerima rawatan paling optimum. Dalam masa yang sama,perlu memastikan rawatan yang diberi adalah berisiko yang terendah untuk kandungan.

1. Kimoterapi
Rawatan ini perlu diberi hanya selepas minggu ke-12. Namun, kesan daripada rawatan ini akan menyebabkan ibu kerap loya dan muntah. Disebabkan itu, ibu mungkin mengalami anemia atau kurang mineral hingga menjurus kepada risiko bayi dilahirkan kecil ataupun dilahirkan awal.

2. Radioterapi
Walau pun terdapat kajian yang menunjukkan rawatan ini selamat dalam dos yang sangat rendah, majoriti pakar tidak menggalakkan pesakit diberi rawatan menngunakan radioterapi ketika hamil.

3. Pembedahan
Bagi penghidap barah payu dara, pembedahan biasanya dilakukan dan ia selamat dan tidak menjejaskan kandungan.

Prognosis(peluang untuk sembuh)bagi wanita yang hamil agak seimbang dengan wanita biasa yang ditahap yang sama namun tetapi kemungkinan kelewatan didiagnos dan mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan barah merebak dan tidak terkawal.Tambahan dengan jumlah hormon yang dihasilkan ketika hamil berpotensi menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Apapun selepas disahkan bebas daripada barah pangkal rahim, pesakit boleh mengandung semula selepas tempoh dua tahun. Namun, kebiasaannya tahap kesuburan bekas pesakit barah amat rendah dan ini agak menyukarkan kehamilan.

Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 


Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑