Isnin, 19 November 2018

Amalan memakan atau meminum jus carrot mengurangkan risiko pelbagai kanser dalam perut?

Bismillah,

Lima kajian antarabangsa  yang mengkaji lebih daripada 200,000 peserta di negara Jepun, Sweden, Belanda dan Lithuania telah membuktikan bahawa carrot berkesan membantu mencegah kanser perut.

Hasil dari kajian yang digabungkan ini, penyelidik mendapati bahawa peningkatan amalan makan carrot membantu mengurangkan risiko kanser perut sebanyak 26 peratus. Penyelidikan ini diterbitkan pada Disember 2015 dalam Journal of Gastric Cancer.

Malah amalan memakan carrot juga didapati berkesan untuk mengurangkan risiko kanser gastric cardia dengan peratusan yang lebih tinggi.Penyelidikan yang digabungan ini mendapati risiko kanser gastric cardia berjaya dikurangkan sebanyak 38 peratus daripada amalan memakan carrot.Kanser gastric cardia ini menyerang bahagian paling atas perut atau dikenali sebagai cardia.

Berapa carrot yang perlu diamalkan ?

Kajian terbesar dinegara belanda yang melibatkan sejumlah 120,852 peserta pada tahun 2011, menggunakan 25 gram sehari carrot sementara kajian kedua terbesar diJepun yang melibatkan sejumlah 60,000 peserta yang mengamalkan tiga atau lebih carrot seminggu.

Kajian dari Lithuania pula yang merangkumi 1,137 orang yang mengamalkan antara 1 hingga  6 carrot seminggu.Penyelidik mendapati peserta berjaya membantu mengurangkan risiko kanser gastric cardia sejumlah 47 peratus.

Carrot juga mengurangkan risiko kanser prostat

Dalam penyelidikan yang diterbitkan di dalam Journal of Nutrition Eropah, para penyelidik menjalankan kajian meta-analisis berkaitan dengan penggunaan carrot dan kanser prostat.

Meta anilisis yang dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa amalan memakan carrot berkesan mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 18 peratus.

Penyelidik mendapati bahawa amalan memakan setiap 10 gram sehari carrot membantu mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 5 peratus.

Semoga Bermanfaat

Sumber rujukan:

Fallahzadeh H, Jalali A, Momayyezi M, Bazm S. Effect of Carrot Intake in the Prevention of Gastric Cancer: A Meta-Analysis. J Gastric Cancer. 2015 Dec;15(4):256-61. doi: 10.5230/jgc.2015.15.4.256.

Ekström AM, Serafini M, Nyrén O, Hansson LE, Ye W, Wolk A. Dietary antioxidant intake and the risk of cardia cancer and noncardia cancer of the intestinal and diffuse types: a population-based case-control study in Sweden. Int J Cancer. 2000;87:133–140.

Kobayashi M, Tsubono Y, Sasazuki S, Sasaki S, Tsugane S. JPHC Study Group. Vegetables, fruit and risk of gastric cancer in Japan: a 10-year follow-up of the JPHC Study Cohort I. Int J Cancer. 2002;102:39–44.
Huang XE, Hirose K, Wakai K, Matsuo K, Ito H, Xiang J, et al.

Comparison of lifestyle risk factors by family history for gastric, breast, lung and colorectal cancer. Asian Pac J Cancer Prev. 2004;5:419–427.
Steevens J, Schouten LJ, Goldbohm RA, van den Brandt PA. Vegetables and fruits consumption and risk of esophageal and gastric cancer subtypes in the Netherlands Cohort Study. Int J Cancer. 2011;129:2681–2693.

Xu X, Cheng Y, Li S, Zhu Y, Xu X, Zheng X, Mao Q, Xie L. Dietary carrot consumption and prostate cancer. Eur J Nutr. 2014 Dec;53(8):1615-23. doi: 10.1007/s00394-014-0667-2

Christensen LP. Bioactive Polyacetylenes of Carrots in Cancer Prevention. Bioactive Dietary Factors and Plant Extracts in Dermatology. Humana, 2012.

Pollo LA, Bosi CF, Leite AS, Rigotto C, Kratz J, Simões CM, Fonseca DE, Coimbra D, Caramori G, Nepel A, Campos FR, Barison A, Biavatti MW. Polyacetylenes from the leaves of Vernonia scorpioides (Asteraceae) and their antiproliferative and antiherpetic activities. Phytochemistry. 2013 Nov;95:375-83. doi: 10.1016/j.phytochem.2013.07.011.

Tan KW, Killeen DP, Li Y, Paxton JW, Birch NP, Scheepens A. Dietary polyacetylenes of the falcarinol type are inhibitors of breast cancer resistance protein (BCRP/ABCG2). Eur J Pharmacol. 2014 Jan 15;723:346-52. doi: 10.1016/j.ejphar.2013.11.005.

Ahad, 14 Oktober 2018

Penggunaan Disinfectant Cleaner Di Rumah Meningkatkan Risiko Bayi Menjadi Obes ?

Bismilah,

Kajian terbaru yang diterbitkan oleh Journal of Canada Medical Association mendapati bayi yang tinggal bersama keluarga yang mengamalkan pengunaan pembersih kuman (disinfectant cleaner) untuk membersih lantai rumah atau tandas menunjukkan bakteria dalam usus yang lebih tinggi.

Kumpulan 15 penyelidik telah mengumpul data daripada 757 pasangan ibu dan bayi yang berdaftar dengan Canadian Healthy Infant Longitudinal Development, atau CHILD.Penyelidik juga melaporkan apabila kanak-kanak ini berusia 3 tahun, BMI mereka lazimnya lebih tinggi daripada kanak-kanak lain.

Sementara bayi yang tinggal bersama keluarga yang mengamalkan produk "mesra alam" kurang berkemungkinan menjadi gemok atau obes.

Disinfectant seperti glutaraldehyde, sodium hypochlorite dan quaternary ammonium compounds atau quats telah dikaitkan dengan kemudaratan besar pada pernafasan dan penyakit seperti radang paru-paru yang kronik.Quat juga dikaitkan dengan gangguan pada kesuburan dan kecacatan kelahiran dalam kajian pada haiwan.

Sumber:

Postnatal exposure to household disinfectants, infant gut microbiota and subsequent risk of overweight in children

http://www.cmaj.ca/content/190/37/E1097

Khamis, 6 September 2018

Estrak herba misai kucing boleh merawat penyakit rheumatoid athritis?

Bismillah,

Tanaman herba misai kucing (Orthosiphon stamineus) telah berkurun lama digunakan secara tradisional untuk merawat gout, arthritis, dan keadaan kesihatan lain yang berkaitan dengan keradangan.

Namun beigtu pengunaan herba misai kucing ini hanya berkitar dari pengalaman perubatan tradisional dan belum pernah dibuktikan dalam kajian sains.

Untuk membuktikan samada herba misai kucing ini benar-benar efektif seperti yang digembar-gemburkan sejak lama,maka sekumpulan penyelidik tempatan telah mengambil inisiatif menjalankan kaji selidik keatas potensi herba misai kucing dalam merawat rheumatoid arthritis.Kajian ini akhirnya telah berjaya diterbitkan dalam jurnal antarabangsa BMC Complementary and Alternative Medicine.

Gabungan penyelidik dari EMAN Research and Testing Laboratory, School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia dan Faculty of pharmacy, University Technology Mara (UiTM),Malaysia telah menjalankan penyelidikan menggunakan ekstrak 50 peratus etanol dari herba misai kucing sebagai rawatan untuk rheumatoid athritis.

Mereka juga telah menjalankan penilaian keatas aktiviti anti-arthritik pada ekstrak tersebut menggunakan ujian denaturasi haba in vitro dan model tikus athritis.

Keputusan menunjukkan bahawa rawatan dengan ekstrak etanol misai kucing telah menyebabkan perencatan edema pada kaki model tikus dan meredakan keradangan kronik dengan cara pengantungan pada dos.

Hasil dari imbasan sinar X yang dilakukan pada sendi synovial kaki belakang model tikus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ciri kekuatan dan pemulihan pada tulang tibia-talus daripada luka degenerasi dan osteoporotik.Rawatan ini juga menunjukkan perlindungan yang signifikan terhadap tulang rawan dan tisu lembut.

Penyelidik juga mendapati bahawa ekstrak etanol herba misai kucing mempunyai kesan anti-athritis dan aktiviti antioksidan yang kuat, serta kandungan fenolik dan jumlah kandungan flavonoid yang tinggi.

Kesimpulannya, penyelidik berpuashati dan melaporkan penemuan dari kajian ini serta mencadangkan bahawa ekstrak etanol herba misai kucing didapati bermanfaat untuk mencegah dan merawat rheumatoid athritis serta gangguan keradangan kronik yang berkaitan.

Sumber:

Cat’s whiskers (Orthosiphon stamineus) tea modulates arthritis pathogenesis via the angiogenesis and inflammatory cascade

https://bmccomplementalternmed.biomedcentral.com/…/s12906-0…

Khamis, 9 Ogos 2018

Pil Kurus Dari Dapur Rumah Kita?

Bismillah,
Bukan menjadi suatu rahsia lagi bahawa apa yang kita makan seharian memainkan peranan penting dalam penurunan berat badan.Namun tetapi disebabkan populariti yang mendadak ,penjualan pil-pil kurus komersial dan malah ramai yang terliur dengan hasil testimoni pelanggan.

Mereka semua sebenarnya lupa bahawa pil kurus yang berstatus “telah di uji” dan berkesan berada hanya tidak jauh dari batang tubuh mereka yang memerlukan.
Realitinya…pil kurus yang original sebenarnya banyak terdapat didapur rumah kita.Sekurang-kurangnya sains pernah membuktikan ia berkesan berbanding pil-pil kurus yang dikomersialkan dengan ribuan testimoni dan sudah tentu sekali mahal harganya.

Dapur rumah kita lah yang sebenarnya menyimpan khazanah herba dan rempah ratus aka pil kurus,dimana melalui kajian “evidence based” membuktikan berkesan malah diperakui pula oleh ramai pakar perubatan alternatif dan tradisonal diserata dunia.

Terdapat sejumlah besar herba dan rempah ratus yang telah menjalani kajian dan didapati berkesan melawan nafsu makan,meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan.

Bagi mereka yang yakin dan percaya dengan kajian sains,berikut adalah 6 ramuan luarbiasa yang boleh membantu menurunkan berat badan.

1. Halba(Trigonella foenum-graecum)
Beberapa kajian mendapati bahawa halba boleh membantu mengawal selera makan dan mengurangkan pengambilan makanan untuk menyokong penurunan berat badan.
Dalam satu kajian halba pada manusia menunjukkan bahawa menambah 8 gram halba setiap hari meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan berbanding dengan kumpulan kawalan (1).

Satu lagi kajian kecil mendapati bahawa mengambil ekstrak halba menurunkan pengambilan lemak harian sebanyak 17%, berbanding dengan plasebo. Ini menyebabkan jumlah kalori lebih rendah yang digunakan sepanjang hari (2).
Untuk ahli PCOS saya rekemen halba untuk membantu turunkan berat badan dan bantu stabilkan hormon

2. Halia (Zingiber officinale)
Satu kajian review keatas 14 kajian terhadap manusia menunjukkan bahawa menambah halia dalam diet dengan ketara menurunkan berat badan dan lemak perut (3).
Sementara kajian review lain pula meneliti 27 kajian terhadap manusia, haiwan dan tiub ujian juga mebuat kesimpulan bahawa halia boleh membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak pada masa yang sama mengurangkan penyerapan lemak dan selera makan (4).

3. Kunyit (Turmeric)
Satu kajian dijalankan keatas 44 orang peserta yang berlebihan berat menunjukkan bahawa mengambil curcumin dua kali sehari selama satu bulan berkesan dalam menurunkan lemak dalam perut dan meningkatkan penurunan berat badan sehingga 5% (5).
Begitu juga, kajian haiwan mendapati bahawa tikus yang diberikan curcumin selama 12 minggu berjaya mengurangkan berat badan dan lemak badan dengan menyekat sintesis lemak (6).

4. Lada Hitam Lada (Piper nigrum)
Kajian mendapati bahawa suplemen dengan piperine membantu mengurangkan berat badan pada tikus yang berdiet dengan lemak yang tinggi(7).
Kajian tiub ujian juga menunjukkan bahawa piperine berkesan menghalang pembentukan sel lemak (8).

5. Kulit kayu manis (Cinnamon)
Kulit kayu manis kaya dengan antioksida dan bermanfaat kepada kesihatan. Beberapa kajian juga mendapati bahawa kayu manis boleh menurunkan berat badan.
Ia amat berkesan dalam menstabilkan gula dalam darah, yang boleh membantu mengurangkan nafsu makan dan tahan lapar (9).
Kajian lain pula menunjukkan bahawa sebatian khusus yang terdapat dalam kayu manis boleh meniru kesan insulin, membantu mengangkut gula dalam aliran darah ke sel untuk digunakan sebagai bahan bakar (10,11).
Kayu manis juga boleh mengurangkan tahap enzim pencernaan tertentu untuk melambatkan pecahan karbohidrat (12).

6. Buah Pelaga (Cardamon)
Satu kajian haiwan mendapati bahawa serbuk buah pelaga membantu mengurangkan lemak dalam perut pada tikus yang diberikan diet tinggi lemak, tinggi karbohidrat (13).
Begitu juga, kajian lain menunjukkan bahawa buah pelaga berkesan dalam mengurangkan kedua-dua lemak dalam perut dan jumlah lemak badan pada tikus yang diberikan diet tinggi lemak (14).
Semoga Bermanfaat

Sumber:
1) Effect of fenugreek fiber on satiety, blood glucose and insulin response and energy intake in obese subjects.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19353539

2) A fenugreek seed extract selectively reduces spontaneous fat consumption in healthy volunteers.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19809809

3) The effects of ginger intake on weight loss and metabolic profiles among overweight and obese subjects: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/29393665

4) A systematic review of the anti-obesity and weight lowering effect of ginger (Zingiber officinale Roscoe) and its mechanisms of action.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/29193411

5) Potential role of bioavailable curcumin in weight loss and omental adipose tissue decrease: preliminary data of a randomized, controlled trial in overweight people with metabolic syndrome. Preliminary study.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26592847

6) Curcumin inhibits adipogenesis in 3T3-L1 adipocytes and angiogenesis and obesity in C57/BL mice.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19297423

7) Effect of piperine in the regulation of obesity-induced dyslipidemia in high-fat diet rats
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3113382/

8) Piperine, a component of black pepper, inhibits adipogenesis by antagonizing PPARγ activity in 3T3-L1 cells.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22463744

9) The potential of cinnamon to reduce blood glucose levels in patients with type 2 diabetes and insulin resistance.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19930003

10) A hydroxychalcone derived from cinnamon functions as a mimetic for insulin in 3T3-L1 adipocytes.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11506060

11) Regulation of PTP-1 and insulin receptor kinase by fractions from cinnamon: implications for cinnamon regulation of insulin signalling.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9762007

12) Inhibitory activity of cinnamon bark species and their combination effect with acarbose against intestinal α-glucosidase and pancreatic α-amylase
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21538147

13) Cardamom powder supplementation prevents obesity, improves glucose intolerance, inflammation and oxidative stress in liver of high carbohydrate high fat diet induced obese rats
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5557534/

14) Green and Black Cardamom in a Diet-Induced Rat Model of Metabolic Syndrome
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4586555/

Selasa, 10 Julai 2018

Ashwagandha membantu menyerap stress,meningkatkan nafsu seks dan kualiti hidup untuk wanita?

Bismillah,

Bukan menjadi suatu rahsia lagi bahawa kehidupan moden masakini boleh membawa kepada masalah stres pada kehidupan manusia tidak kira jantina,tua ataupun muda.

Namun fokus kami kali ini hanya tertumpu kepada masalah stres dan kaitanya dengan kekurangan nafsu (low libido)yang semakin menjadi seakan epidemik dikalangan wanita yang sudah berkahwin.

Ramai wanita yang menjadi suri rumah dan lebih lagi dikalangan mereka yang bekerja mengakui bahawa pengaruh yang besar sebenarnya bermula dari amalan gaya hidup cara moden yang memicu kepada masalah stres.

Persekitaran kehidupan yang terlalu mendesak,masalah ekonomi rumahtangga ditambah dengan persekitaran ditempat kerja sering menjadi topik utama.Tanpa disedari perkara ini telah menjadi pemangkin kepada stress.Kaitanya pula kajian mendapati stres juga adalah antara punca utama kurangan nafsu (low libido) dan menjadikan kehidupan seks mereka sangat hambar.

Berita baiknya,kalau di negara China,Korea,Jepun dan Amerika terkenal dengan ginseng maka di India pula sejenis herba yang dinamakan ashwagandha juga layak diberikan gelaran sebagai "Ginseng India" .Antaranya disebabkan oleh keupayaannya herba ini untuk meningkatkan stamina dan dengan efektif menyerap tekanan(stress) persis seperti ginseng.

Namun begitu manfaat herba ashwangandha ini tidak hanya berhenti di sini,malah terdapat ribuan lagi penyelidikan yang pernah diterbitkan dalam jurnal sains berjaya merekodkan pelbagai penyelidikan tentang manfaat ashwagandha pada kesihatan manusia.

Group HCN (Hamil cara Natural)sejak beberapa tahun lalu juga tidak ketinggalan dalam mengambil peluang untuk membantu syorkan herba ini sebagai salah satu dari komponen dalam regimen natural khas untuk para suami.

Berkat amalkan herba ini ramai lelaki berjaya mengawal stress,tingkatkan nafsu seks dan kualiti sperma.Sehingga isteri yang tidak pernah hamil selama bertahun-tahun berjaya mengecapi hamil buat pertama kali dalam hidup mereka.,

Khas untuk wanita pula ….Berita baiknya,kini terdapat bukti baru bahawa mengamalkan ashwagandha ini bukan hanya bermanfaat untuk kaum lelaki tetapi berkesan untuk wanita juga.Penyelidikan mendapati selain dari membantu mengawal tekanan stress,ia juga berkesan untuk meningkatkan stamina dan meningkatkan nafsu bagi para isteri.

Kami percaya bahawa peratusan yang agak tinggi bagi wanita yang hidup dizaman moden ini akan mengalami masalah stress sehingga menjadi antara punca utama kurang bernafsu apabila diminta melayani ajakan suami untuk bersama.

Realitinya,fenomena ini dipercayai berlaku,lebih-lebih lagi pada pasangan yang menetap di bandar,bekerja dan terpaksa menyara kehidupan keluarga secara bersama.Perkara ini boleh menganggu hubungan antara pasangan suami isteri.

Bagi wanita yang ingin meningkatkan kualiti hidup berkelamin dan amalkan herba ashwagandha ini berikut adalah cara pengambilan yang efektif:

1 biji kapsul(125mg) 2 kali sehari semasa perut kosong. Amalkan selama 3 minggu dan cuti 1 minggu kemudian ulang semula.

Semoga Bermanfaat,

Sumber:
Efficacy and Safety of Ashwagandha (Withania somnifera) Root Extract in Improving Sexual Function in Women: A Pilot Study.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26504795

A prospective, randomized double-blind, placebo-controlled study of safety and efficacy of a high-concentration full-spectrum extract of ashwagandha root in reducing stress and anxiety in adults.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23439798

Rabu, 30 Mei 2018

Pedih Ulu Hati Semasa Berpuasa?

Bismillah,

Masalah pedih ulu hati semasa berpuasa paling ramai yang bertanyakan dikalangan ahli group kami,jika hendak dijawab satu persatu rasa tidak larat dalam bulan puasa ini,maka sebaik-baiknya dijawab disini supaya bermanfaat untuk semua pembaca.

Ringkasnya,perut kita secara semulajdinya mempunyai asid. Keadaan berasid di dalam perut kita ini bertujuan untuk mencernakan makanan, dan juga untuk mengawal bakteria.

Sementara itu secara umumnya pula aktiviti berpuasa mengurangkan kuantiti asid di dalam perut.

Walaupun begitu , pedih ulu hati masih tetap boleh dirangsang apabila seseorang tiba-tiba berkhayal atau teringat tentang makanan, mahupun terbau aroma makanan, yang selanjutnya akan beri isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid di dalam perut.

Keadaan boleh menjadi lebih buruk lagi apabila seseorang yang berpuasa mengambil makanan yang pedas dan berminyak semasa sahur.

Jika dihari biasa pun akan rasa tidak selesa apabila diserang masalah pedih ulu hati.Inikan pula ketika berpuasa.Pasti rasa tidak selesa itu berlipat kali ganda.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelak atau mengawal pedih ulu hati semasa berpuasa

1) Makan dengan bersederhana. Makan sedikit-sedikit, tetapi kerap di waktu malam.

2) Elakkan makanan berminyak dan pedas, ketika berbuka dan terutama sahur.

3) Kurangkan pengambilan kafein.

4) Amalkan makan protin berkualiti tinggi, untuk menguatkan otot perut dan otot esofagus.

5) Amalkan daun pudina dan halia, untuk melegakan ketidakselesaan sistem pencernaan.

Sementara itu bagi mereka yang sedang mengalami masalah pedih ulu hati ini boleh cuba merawat dengan soda bicarbonate.Kaedah ini didapati berkesan untuk meneutralkan asid dalam perut dari kajian yang dilakukan di negara Turkey.

Hanya perlu larutkan 1 sudu teh soda bicarbonate kedalam segelas air sejuk/suam dan diminum secara perlahan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Sumber:
Heartburn and GERD: Overview
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0072438/

Pubmed Health :Sodium Bicarbonate
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMHT0001656/

Rabu, 28 Februari 2018

Panduan Berdasarkan Kajian "Evidence Based" Bagi Mengatasi Kencing Manis Dan PCOS

Bismillah,

Ramai pakar diseluruh dunia berpendapat bahawa rintangan insulin boleh menyebabkan reaksi buruk yang melibatkan sistem imun dan menjurus kepada penyakit kencing manis.

Ramai juga sudah mengetahui bahawa kencing manis adalah suatu keadaan di mana sel-sel tubuh menjadi kebal kepada insulin samada jumlah insulin yang tidak mencukupi atau sebaliknya berlebihan.

Walaupun kencing manis boleh dicegah melalui senaman dan diet yang betul, kajian menunjukkan kaitan bahawa PCOS pula adalah antara faktor risiko yang tinggi dan untuk menyebabkan penyakit kencing manis.

Malah,kajian mendapati bahawa wanita yang mengalami PCOS dalam usia muda juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis dan masalah jantung yang boleh membawa maut di kemudian hari nanti.

Ramai pakar berpendapat bahawa antara punca kedua-dua kencing manis dan PCOS agak sama dari sudut sensitiviti insulin,maka cara untuk mengatasinya juga boleh dilakukan dengan amalan mengembalikan semula keberkesanan hormon insulin didalam tubuh bagi kedua-dua pesakit kencing manis dan PCOS.

Untuk info,sensitiviti insulin merujuk kepada bagaimana responsif sel-sel terhadap hormon insulin. Meningkatkan sensitiviti boleh membantu mengurangkan rintangan insulin dan risiko pelbagai penyakit, termasuk kencing manis dan PCOS.

Insulin adalah hormon penting yang mengawal paras gula dalam darah.Ia dibuat dalam pankreas dan membantu menggerakkan gula dari darah ke dalam sel-sel untuk tujuan penyimpanan. Apabila sel-sel insulin tahan, mereka tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan, meninggalkan gula dalam darah yang tinggi.

Dan apabila pankreas pula mengesan gula dalam darah yang tinggi, secara alami akan memproses lebih banyak insulin untuk mengatasi rintangan dan mengurangkan gula dalam darah.

Dari masa ke masa, ini boleh mengurangkan fungsi pankreas untuk menghasilkan insulin, yang biasa dilihat dalam pesakit kencing manis sementara gula dalam darah yang tinggi berpanjangan boleh merosakkan saraf dan organ-organ lain.

Mereka yang paling berisiko rintangan insulin termasuk mereka yang mengalami pra kencing manis atau mempunyai sejarah keluarga ,berat badan berlebihan atau obes juga pesakit PCOS.

Berikut adalah panduan berdasarkan “evidence based” yang baik untuk diamalkan dan yang perlu dielakkan bagi mengatasi penyakit kencing manis dan PCOS.

TIDUR YANG MENCUKUPI

Kajian mendapati kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko jangkitan, penyakit jantung dan kencing manis (1).

Beberapa kajian juga mengaitkan tidur yang tidak mencukupi mengurangkan sensitiviti insulin (2).

SENAMAN MENINGKATKAN SENSIVITI INSULIN

Senaman membantu mengerakan gula ke dalam otot untuk simpanan dan menggalakkan peningkatan sensitiviti insulin selama 2-48 jam, bergantung kepada teknik atau jenis senaman .

Satu kajian lain mendapati bahawa mengayuh mesen basikal selama 60 minit pada kadar yang sederhana membantu meningkatkan sensitiviti insulin selama 48 jam di kalangan peserta sukarelawan yang sihat( 3).

Begitu juga kajian mendapati gabungan aerobik dan senaman ringan juga membantu meningkatkan sensitiviti insulin dengan berkesan (4).

MENGURANGKAN STRES

Stres memberi kesan kepada keupayaan tubuh untuk mengawal gula dalam darah.

Secara fitrah stress menggalakkan tubuh untuk pergi ke mod "melawan" dimana tubuh akan merangsang pengeluaran hormon stres seperti kortisol dan glucagon.

Hormon-hormon ini memecahkan glikogen, sejenis bentuk gula yang disimpan menjadi glukosa dan memasuki aliran darah digunakan sebagai sumber tenaga .

Malangnya, stress yang berterusan akan membuatkan tahap hormon stress yang tinggi dan akan menghalang pecahan nutrien untuk simpanan menjadikan gula meningkat dalam aliran darah (5)

TURUNKAN BERAT BADAN

Berat badan yang berlebihan, terutama di bahagian perut mengurangkan sensitiviti insulin dan meningkatkan risiko kencing manis.

Satu kajian di Johns Hopkins University mendapati bahawa mereka yang mempunyai prediabetes dan mengurangkan 5-7% daripada jumlah berat badan selama 6 bulan berjaya mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% untuk tiga tahun akan datang (6).

AMALKAN MAKAN LEBIH SERAT YANG LARUT

Untuk info,terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan tidak larut.
Serat tidak larut boleh dijumpai dalam bahan kasar seperti biji-bijian,kekacang, buah –buahan dan sayuran khususnya di bahagian batang, kulit dan biji. Serat jenis ini tidak larut dalam air dan bermanfaat untuk mencegah sembelit serta masalah lain seperti buasir.

Sementara serat larut adalah serat lembut dan lengket dan menyerap air. Kemudian membentuk zat seperti gel dalam sistem pencernaan.

Kajian mendapati serat larut bermanfaat untuk membantu masalah kesihatan seperti menurunkan kolesterol dan mengurangkan selera makan (7).

Dalam kajian lain pula,serat larut juga didapati membantu meningkatkan sensitiviti insulin.Serat larut berfungsi untuk melambatkan pergerakan nutriisi melalui usus dan memberikan lebih masa untuk penyerapan.Proses ini membantu memberikan masa untuk insulin bertindak secara normal(8).

Bukti lain adalah kajian terhadap 264 wanita mendapati bahawa mereka yang amalkan makan lebih banyak serat larut mempunyai tahap rintangan insulin yang jauh lebih rendah (9).

AMALKAN MEMAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN YANG BERWARNA WARNI

Bukan sahaja buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat, malah ia juga memberikan kesan atau efek yang terbaik untuk kesihatan.

Khususnya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni didapati kaya dengan sebatian tumbuhan yang mempunyai sifat antioksida (10).

Banyak kajian telah mendapati bahawa makan makanan yang kaya dengan sebatian tumbuhan dikaitkan dengan kepekaan insulin yang lebih tinggi (11)

Cara terbaik untuk menyertakan buah-buahan dalam diet adalah dengan berpegang kepada sais hidangan biasa dan menghadkan pengambilan kepada dua potong buah dibahagi kepada 2-5 kali sehari.

MENAMBAH HERBA DAN REMPAH RATUS DALAM MASAKAN

Herba dan rempah ratus telah digunakan untuk perubatannya sejak sekian lama sebelum diperkenalkan dalam masakan.Sehingga kini banyak kajian yang telah dilakukan oleh para saintis dan mereka telah merekodkan banyak manfaat herba dan rempah ratus kepada kesihatan manusia.

Herba dan rempah seperti halba , kunyit, halia dan bawang putih telah menunjukkan kesan yang baik dalam meningkatkan sensitiviti insulin.

HALBA - kaya dengan serat larut yang membantu fungsi insulin lebih berkesan. Secara keseluruhan, halba boleh membantu meningkatkan kawalan gula dalam darah dan sensitiviti insulin (12).

KUNYIT - mengandungi bahan aktif yang dipanggil curcumin sebagai antioksida yang kuat dan ciri-ciri anti-radang. Kunyit didapati boleh meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengurangkan asid lemak bebas dan gula dalam darah (13).

HALIA – antara herba yang popular dan dikaitkan dengan peningkatan sensitiviti insulin. Satu kajian telah mendapati bahawa gingerol bahan aktif dalam halia meningkatkan penyerapan gula (14).

BAWANG PUTIH – satu kajian pada haiwan mendapati bawang putih meningkatkan rembesan insulin dan mempunyai sifat antioksida secara tidak langsung meningkatkan sensitiviti insulin (15).

KULIT KAYU MANIS – serbuk kulit kayu manis terkenal dengan keupayaan untuk mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin (16)

Satu kajian meta-analisis telah mendapati amalan pengambilan 1-6 gram serbuk kulit kayu manis setiap hari mengurangkan kedua-dua tahap gula dalam darah untuk jangka pendek dan juga jangka panjang (17)

TEH HIJAU - merupakan minuman yang paling sesuai untuk pesakit kencing manis dan PCOS dimana beberapa kajian mendapati bahawa meminum teh hijau boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan gula dalam darah (18).

Satu lagi kajian meta analisis daripada kumpulan 17 kajian terpilih yang melibatkan kesan pengambilan teh hijau pada gula dalam darah dan sensitiviti insulin mendapati bahawa minum teh hijau bermanfaat untuk mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin (19).

AMALKAN MINUM CUKA EPAL

Cuka adalah antara cecair yang serba boleh dan terdapat banyak kegunaanya dirumah seperti pembersihan atau menggunakannya sebagai ramuan dalam makanan namun ramai yang tidak menyedari cuka jauh lebih bermanfaat dari apa yang kita sangkan selama ini.

Kajian mendapati cuka boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan keberkesanan insulin (20).

Fungsi cuka yang melambatkan pelepasan makanan kedalam usus memberi tubuh kesempatan yang lebih banyak untuk menyerap gula ke dalam aliran darah (21).

KURANGKAN KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah rangsangan utama yang menyebabkan tahap dalam darah dan insulin meningkat.Apabila tubuh menghadamkan karbohidrat menjadi gula dan melepaskannya ke dalam darah, pankreas mengeluarkan insulin untuk mengangkut gula dari darah ke dalam sel-sel.

Mengurangkan pengambilan karbohidrat dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin. Ini kerana diet yang tinggi karbohidrat cenderung untuk membawa kepada lonjakan gula dalam darah, yang memberikan tekanan kepada pankreas untuk mengeluarkan gula dari darah (22).

Membahagikan pengambilan karbohidrat sama rata sepanjang hari adalah antara cara lain untuk meningkatkan sensitiviti insulin.Apabila memakan hanya sebahagian yang lebih kecil karbohidrat secara teratur sepanjang hari membuat kerja insulin lebih mudah. Ini juga disokong dengan bukti penyelidikan bahawa makan sedikit tetapi kerap bermanfaat untuk sensitiviti insulin (23).

Memilih jenis karbohidrat untuk dimakan juga membantu dimana apabila sesorang mengamalkan karbohidrat yang rendah index glisemik(GI) adalah yang terbaik.Ini disebabkan jenis karbohidrat ini memperlahankan pelepasan gula ke dalam darah dan memberi insulin lebih banyak masa untuk bekerja dengan cekap (24).

Contoh karbohidrat yang rendah GI termasuk keledek, beras perang, quinoa dan beberapa jenis makanan dari oat.

JAUHKAN DARI MENGAMBIL LEMAK TRANS

Jika terdapat bahan yang perlu dikeluarkan dari diet maka lemak trans antara yang paling teratas dalam senarai bahan yang TIDAK BERMANFAAT untuk kesihatan.

Tidak seperti lemak lain, lemak trans tidak memberikan manfaat kesihatan dan hanya meningkatkan risiko pelbagai penyakit (25).

Contoh makanan yang yang biasanya mengandungi lemak trans termasuk donat dan makanan segera goreng. Majoriti lemak trans biasanya ditemui dalam banyak makanan yang diproses.

Malah pada tahun 2015 Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA)megistiharkan lemak trans tidak selamat untuk dimakan. Mereka telah memberikan pengeluar makanan di Amerika selama tiga tahun untuk secara beransur-ansur dalam menghapuskan lemak trans dari produk makanan mereka atau memohon kelulusan khas (26).

KURANGKAN PENGAMBILAN GULA PROSES

Terdapat perbezaan yang besar antara gula proses dan gula semula jadi dimana gula semulajadi yang banyak ditemui dalam sumber seperti tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran memberikan banyak nutrisi lain.

Sebaliknya, gula yang terdapat dalam makanan yang diproses mengandungi kedua-dua jenis utama gula yang ditambah semasa proses pengeluaran.Lazimnya gula tambahan ini adalah samada fruktosa atau gula putih yang juga dikenali sebagai sukrosa.

Banyak kajian mendapati bahawa pengambilan tinggi fruktosa boleh meningkatkan rintangan insulin di kalangan pesakit diabetes (27).

Kesan fruktosa pada rintangan insulin juga kelihatan memberi kesan kepada orang yang tidak mempunyai penyakit kencing manis, seperti yang dilaporkan dalam meta analisis kumpulan 29 kajian yang disertai oleh 1,005 peserta normal dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa amalan pengambilan fruktosa berlebihan selama 60 hari meningkatkan rintangan insulin (28).

Antara makanan yang tinggi fruktosa termasuk minuman ringan,kek dsbnya.Minuman ringan yang banyak dikilangkan dan dijual Malaysia didapati cenderung untuk mengandungi fruktosa atau gula

SUPLEMEN YANG MEMBANTU RINTANGAN INSULIN

Terdapat banyak makanan tambahan yang berbeza boleh meningkatkan sensitiviti insulin, tetapi kromium, berberine, magnesium dan resveratrol disokong oleh bukti yang paling konsisten.

Chromium: Sejenis mineral yang terlibat dalam metabolisma karbohidrat dan lemak. Kajian telah mendapati bahawa mengambil suplemen kromium picolinate dalam dos 200-1,000 mcg setiap hari boleh meningkatkan keupayaan reseptor insulin untuk mengurangkan gula dalam darah (29).

Magnesium: mineral yang bekerja dengan reseptor insulin untuk menyimpan gula dalam darah. Kajian telah mendapati bahawa magnesium yang rendah didalam darah dikaitkan dengan rintangan insulin. Mengambil magnesium boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin (30).

Berberine: satu molekul tumbuhan diekstrak daripada pelbagai herba termasuk Berberis telah didapati berkesan untuk meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan gula dalam darah (31).

Resveratrol: polifenol yang terdapat dalam kulit anggur merah ini dalam kajian telah didapati berkesan untuk meningkatkan sensitiviti insulin, terutamanya bagi mereka yang ada penyakit kencing manis (32).

Sama seperti semua makanan tambahan, bahan aktif dari suplemen juga berisiko boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan sintetik.Dari itu bagi mereka yang ingin mencuba,sila pastikan jangan dicampur dengan ubatan yang diprekripsikan dari klinik

Sebagai penutup,Insulin adalah hormon penting yang mempunyai banyak peranan dalam tubuh manusia.Apabila sensitiviti insulin menjadi terlalu rendah maka ini meletakkan tekanan keatas pankreas bagi meningkatkan pengeluaran insulin untuk membersihkan gula dari dalam darah.

Sensitiviti insulin yang rendah juga boleh menyebabkan tahap gula dalam darahmenjadi terlampau tinggi dan boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan penyakit jantung.

Alhamdulillah ,masih terdapat banyak kaedah yang mudah dan selamat boleh dilakukan untuk meningkatkan sensitiviti insulin secara semulajadi seandainya seorang individu itu berkeyakinan dan rajin berusaha.

Wallahu’alam

Sumber rujukan:

1)Sleep and immune function
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3256323/

2) Effect of sleep deprivation on insulin sensitivity and cortisol concentration in healthy subjects.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10898125

3) Improved insulin sensitivity after a single bout of exercise is curvilinearly related to exercise energy expenditure.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17635103

4) The effects of aerobic, resistance, and combination training on insulin sensitivity and secretion in overweight adults from STRRIDE AT/RT: a randomized trial.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25882384

5) The Metabolic Responses to Stress and Physical Activity
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK209038/

6) Early Response to Preventive Strategies in the Diabetes Prevention Program
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3832727/

7) Effects of Dietary Fiber and Its Components on Metabolic Health
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3257631/

8) The impact of soluble dietary fibre on gastric emptying, postprandial blood glucose and insulin in patients with type 2 diabetes
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24901089

9) Dietary fibre consumption and insulin resistance - the role of body fat and physical activity.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23218116

10) Plant polyphenols as dietary antioxidants in human health and disease
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2835915/

11) Mechanisms for food polyphenols to ameliorate insulin resistance and endothelial dysfunction: therapeutic implications for diabetes and its cardiovascular complications
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4073986/

12) Effect of Trigonella foenum-graecum (fenugreek) seeds on glycaemic control and insulin resistance in type 2 diabetes mellitus: a double blind placebo controlled study.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11868855

13) Curcumin improves insulin resistance in skeletal muscle of rats
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20227862

14) Gingerols of Zingiber officinale enhance glucose uptake by increasing cell surface GLUT4 in cultured L6 myotubes
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22828920

15) Garlic improves insulin sensitivity and associated metabolic syndromes in fructose fed rats
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21794123

16) The glycaemic outcomes of Cinnamon, a review of the experimental evidence and clinical trials
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4609100/

17) Cinnamon in glycaemic control: Systematic review and meta analysis.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22579946

18) Effects of Green Tea Extract on Insulin Resistance and Glucagon-Like Peptide 1 in Patients with Type 2 Diabetes and Lipid Abnormalities: A Randomized, Double-Blinded, and Placebo-Controlled Trial
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3948786/

19) Effect of green tea on glucose control and insulin sensitivity: a meta-analysis of 17 randomized controlled trials.

20) Vinegar as a functional ingredient to improve postprandial glycemic control-human intervention findings and molecular mechanisms
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27213723

21) Delayed gastric emptying rate may explain improved glycaemia in healthy subjects to a starchy meal with added vinegar
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9630389

22) Beta Cell Dysfunction and Insulin Resistance
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3608918/

23) Regular meal frequency creates more appropriate insulin sensitivity and lipid profiles compared with irregular meal frequency in healthy lean women
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15220950

24) Metabolic effects of low glycaemic index diets
https://nutritionj.biomedcentral.com/…/10.1186/1475-2891-8-5

25) Intake of saturated and trans unsaturated fatty acids and risk of all cause mortality, cardiovascular disease, and type 2 diabetes: systematic review and meta-analysis of observational studies
http://www.bmj.com/content/351/bmj.h3978

26) FDA Cuts Trans Fat in Processed Foods
https://www.fda.gov/ForConsum…/ConsumerUpdates/ucm372915.htm

27) Fructose, insulin resistance, and metabolic dyslipidemia
https://nutritionandmetabolism.biomedcentral.com/…/1743-707…

28) Effect of fructose consumption on insulin sensitivity in nondiabetic subjects: a systematic review and meta-analysis of diet-intervention trials
http://ajcn.nutrition.org/content/104/6/1562.abstract

29) Elevated intakes of supplemental chromium improve glucose and insulin variables in individuals with type 2 diabetes.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9356027

30) Oral magnesium supplementation improves insulin sensitivity in non-diabetic subjects with insulin resistance. A double-blind placebo-controlled randomized trial.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15223977

31) Efficacy of Berberine in Patients with Type 2 Diabetes
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2410097/

32) Effect of resveratrol on glucose control and insulin sensitivity: a meta-analysis of 11 randomized controlled trials
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24695890

Sabtu, 20 Januari 2018

POSITIF! Duphaston(dydrogesterone) boleh menjadi punca penyakit jantung pada bayi yang baru lahir?


Bismillah,

Duphaston keluaran gergasi farmaseutikal Pfizer adalah jenama yang popular dikalangan klinik dan hospital di Malaysia.Lazimnya pakar akan memberikan dos duphaston ini dalam pelbagai situasi seperti dalam kes-kes ancaman keguguran(threatened abortion) atau bagi sesetengah wanita hamil pula diberikan bagi tujuan “menguatkan rahim”.

Satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Mainz,Germany telah melaporkan bahawa data terkumpul antara tahun 1977 hingga 2005 telah menemukan 28 kes hubungan yang berpotensi antara penggunaan dydrogesterone oleh ibu semasa mengandung dan congenital heart disease(CHD).

Congenital heart disease (CHD) adalah kecacatan jantung, aorta, atau saluran darah besar lain yang merupakan bentuk kecacatan kelahiran terbanyak dan yang paling kerap berlaku pada bayi baru lahir.

Di Malaysia,satu kajian pernah diterbitkan pada 2009 dijalankan oleh pakar dari department O & G,hospital Seberang Prai di Pulau pinang .Kajian tersebut yang bertajuk “Dydrogesterone in threatened miscarriage: a Malaysian experience”.

Pakar telah melaporkan duphaston apabila diberikan antara 16-20 minggu berkesan membantu kurangkan kadar ancaman keguguran (threatened abortion) dikalangan 191 wanita hamil.

Begitu juga terdapat beberapa kajian-kajian lain oleh penyokong-penyokong duphaston yang mengiyakan pil magik ini sebagai berkesan dalam pengurusan ancaman keguguran (threatened abortion)bagi wanita hamil lebih-lebih lagi jika diberikan dalam dos tertentu dan diambil secara berterusan sehingga minggu ke 20 kehamilan.

Kajian-kajian sebegini sudah tentu mengembirakan gergasi pharma seperti Pfizer yang tentu sekali juga mengalu-alukan pendapatan lumayan berbilion dolar ditahun-tahun kewangan akan datang.

Maklum sahaja Pfizer juga perlu membayar berbilion dolar hasil dari banyak kes-kes ubatan keluaran mereka yang disaman dan perlu diselesaikan diluar mahkamah Amerika Syarikat.

Namun tetapi selicik-licik Pfizer tersentak jua akhirnya apabila satu kajian yang lebih besar dan menyeluruh telah dijalankan oleh pakar-pakar dari gabungan 4 klinik/hospital dan diterbitkan dalam jurnal pada tahun 2015.Kajian ini bertajuk :

Kesan pengambilan dydrogesterone pada perkembangan jantung janin semasa diawal kehamilan.

Pakar-pakar yang terlibat adalah dari:

1)Jabatan Pediatrik Kardiologi, Hospital Universiti Ghent, De Pintelaan 185, 9000, Ghent, Belgium.

2)Department Pediatrik Kardiologi, Al Rantisi Hospital Pediatrik Abd Al Aziz Pakar, Gaza, Palestin.

3)Department Kesihatan Awam, Universiti Al Quds, Gaza, Palestin.

4)Imperial Penjagaan Kesihatan Imperial Trust, London, England.

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada dydrogesterone yang diberi untuk ibu di awal kehamilan ada kaitan dengan penyakit jantung kongenital pada bayi.

Dengan itu,penyelidik telah menjalankan satu kajian kes kawalan retrospektif kecacatan kelahiran dan faktor-faktor risiko yang berkaitan.

Data diperolehi dan dibandingkan antara 202 kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital dan kumpulan kawalan yang terdiri daripada 200 kanak-kanak. Semua kanak-kanak ini telah dilahirkan dalam tempoh tahun 2010-2013.

Pendedahan kepada Dydrogesterone ditakrifkan sebagai setiap penggunaan yang dilaporkan semasa trimester pertama kehamilan. Kriteria yang dikecualikan termasuk kelahiran mati, kanak-kanak dengan kelainan kromosom dan bayi ibu-ibu yang mempunyai penyakit kronik, contohnya, kencing manis.

Pengunaan Binary logistic regression analyses telah digunakan untuk menganalisis data dan mengenal pasti hubungan antara pendedahan kepada ubatan dan penyakit jantung kongenital.

Keputusan mendapati,Ibu kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital menerima dydrogesterone semasa trimester pertama kehamilan berbanding ibu kepada kanak-kanak dalam kumpulan kawalan.

Akhirnya,penyelidik sepakat melaporkan bahawa mereka telah mengenal pasti kaitan yang POSITIF antara penggunaan dydrogesterone semasa awal kehamilan dan penyakit jantung kongenital.

Semoga Bermanfaat

Sumber:

The Impact of Oral Intake of Dydrogesterone on Fetal Heart Development During Early Pregnancy.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25972284

Dydrogesterone use during pregnancy: overview of birth defects reported since 1977.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19193503

Dydrogesterone in threatened miscarriage: a Malaysian experience.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20005647

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑