Sabtu, 14 Januari 2012

Mengenali Warna Keputihan Wanita

gif
Bismillah,

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Berikut adalah antara warna-warni lelehan yang perlu diberi perhatian:

1. Jernih


Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila pH tidak seimbang.

3. Putih Pekat


Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat


Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda


Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan

  1. Elakkan dari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi  mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang ada pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner)jenis "unscented" dan yang dapat mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan. 
  7.  Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
  8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen.
Semoga Bermanfaat



Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba

13 ulasan:

Pro Natural berkata...

PENGUMUMAN
Assalamualaykum,
Minta maaf pada soalan2 yg belum terjawab lagi disebabkan masa tidak mengizinkan saya terpaksa menjawab banyak soalan2 melalui email sahaja dan membiarkan blog ini untuk artikel2 yg bermanfaat.Kepada ramai pengunjung blog ini yg inginkan jawapan yg lebih cepat sila emailkan kepada saya di email drsalwa@doktorherba.com

InsyaAllah saya akan menjawab dgn kadar yg lebih segera dgn syarat dapat mengenalkan diri,status dan usia bagi memudahkan saya memberi nasihat dan pandangan.

Terima kasih

adzeLa berkata...

aslmkm, doc sy nk tnye...
sy dh hampir 2minggu mengalami keputihan berwarna coklat....
tolong sy doc....
terima kasih.....

Unknown berkata...

saya mengalami keputihan warna kecoklatan..tidak banyak,tidak sakit n tidak gatal...say sangkakan saya period...doc dah bagi ubat lancar darah...tp x de jugak darah yg kluar hanya coklat.period saya biasanya pada 31 or 29 end of month..tlg doc bg panduan apakah yg terjadi sebenarnya...saya nk solat pun ragu2

Tanpa Nama berkata...

hai,d0c saya juga m'glami k'putihan.. Putih pekat,tp x la b'bau sangat.. Adakah saya x kn leh hamil d sbBkn k'putihan.

Tanpa Nama berkata...

hai doc, saya sudah menjalani pembedahan kenser cervix stage 2 pada bulan 3, lepas pembedahan itu saya mengalami hanya 2-3 hari kitaran haid setiap bulan, tapi sejak bulan ini saya mengalami keputihan berwarna coklat, adakan ia sangat memudaratkan dan apa yang perlu saya lakukan. perlukan saya menjalani pemeriksaan

Tanpa Nama berkata...

hye dic..saya nak tanya.. saya mengalami keputihan, tapi saya tak pasti sama ade ianye terok atau tidang, kadang2 tu lendir yang keluar bewarna putih susu,dan ade masenye berwarna kuning,, tapi ia tidak berbau dan vigina saya tak gatal,, boleh selesaikan masalah saya tak,,ape yang perlu saya lakukan,,

Tanpa Nama berkata...

salam Dr..
saya juga mengalami keputihan yg berwarna putih kdg2 berwarna kuning seperti keju..adakalanya ia cair dan kdg2 ia pekat..kdg2 berbau spt yis roti dan kdg2 tidak berbau..saya hanya merasa gatal ditepi bibir faraj sahaja..ia mbuatkan saya rimas dan tpaksa memakai pantyliner..dan saya juga selalu membersihkan menggunakan cotton buds direndam air garam dan keputihan itu akan hilang seketika..adakah ini menyebabkan saya tidak bole hamil??
terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

As salam doc..sy telah mengalami keguguran paksa pd 16.9.12 dan tidak melakukan dNc ..darah sy telah keluar selama sebulan dan selepas itu kering..5 hari kemudian drh keluar selama 8 hari iaitu pada awl bln 10...pada bulan nov syg period syg dtg pada 13hb..dan pada bulan dec. Period sy lambat kerana dtg pd 29hb..darah yg keluar juga warna spt merah kecoklatan dan period selama 5 hari..sy juga telah mengalami keputihan spt yis dan kdg2 berair dan gatal dibibir faraj mungkin akibat jangkitan..adakah sy mengalami masalah dalaman kerana sy risau darah haid sy tidak bewarna merah pekat spt haid yg sy alami bulan nov..sy juga mengalami kelewatan period dan ini menyebabkan sy sgt risau..

Tanpa Nama berkata...

askum doc sy nk mtk tlg sgt2 dgn doc tentang masalah sy yg dh lma sy alami dan dh puas sy ubati tapi tetap jga sama..sy mengalami masalah keputihan yg berwarna kuning dan berbau yg tidak menyenangkan tetapi apabila period hampir sampai keputihan akan bertukar warna coklat dan berbau jga,sebenarnye apakah masalah sy yg sebenarnye..bila pakai ubat masuk dlm faraj dia akan baik tetapi bla bersama dia akn berbau blik..tlg la doc terangkan masalah sy ni doc?..

Tanpa Nama berkata...

as salam doc...sy ada masalah keputihan hingga mnyebabkan kegatalan...adakah ianya serius doc??adakah sy perlu mnjalani rawatan??

eyda berkata...

Assalam doktor..sy skrg mngalami keputihan yg amat pekat dan putih sperti keju,ttetapi tdak berbau.Namun terasa ade sdikit gtal..apekah puncanya??risau sgt tkt2 kna penyakit

Tanpa Nama berkata...

Hi.baru I gugur I dah cuci lepas itu haid normal tapi skg keluar warna coklat tapi vigina sy gatal malam tak blh tidur jln pun susah sikit knp doc.I jumpa farmasi staff dia bagi cream saou sama juga.

Pro Natural berkata...

Hi,
Normally dari simptom ianya adalah jangkitan kuman dan perlu dirawat.Saya suka syorkan 2 kaedah rawatan samada adik keklinik untuk pemeriksaan dan secara protokol Dr akan prekripsikan antibiotik atau alternatifnya rawat sendiri dirumah dengan terapi keputihan Feminine V therapy.Maklumat tentang terapi ini boleh didapati dari laman web http://www.doktorherba.com

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑