Selasa, 16 Mei 2017

Terapi dengan biji bijan membantu induksi haid bagi wanita oligomenorrhea (haid tidak teratur)

Bismillah,

Sesamum indicum popular sebagai minyak bijan (sesame oil) memang antara minyak yang amat penting bagi banyak Negara didunia.Pengeluaran minyak bijan kini mencecah kira-kira 3.3 metrik tan setiap tahun.

Biji bijan kaya dengan asid lemak tidak tepu dan antioksida dari lignans seperti sesamin, sesamolin dan sesaminol yang juga diklasifikasikan sebagai phytoestrogen.

Walaupun biji bijan atau minyak bijan terkenal dan banyak digunakan dalam rawatan serta masakan tradisional namun fokus hari ini adalah samada biji bijan ini boleh membantu wanita yang mengalami oligomenorrhea.

Satu kajian yang ditemui buat julung kali dilakukan di Negara Iran dan telah diterbitkan dalam shiraz e-medical journal pada jun 2014 pasti membawa sinar baru bagi wanita yang mengalami masalah kelewatan haid atau bagi sesetengah diantara mereka yang merekodkan haid hanya beberapa kali sahaja dalam setahun.

Haid yang normal lazimnya berlaku sekitar 21-35 hari namun bukan semua wanita yang berjaya mengekalkan haid pada paras normal atas pelbagai sebab atau faktor penyakit seperti pcos dsbnya.

Dalam perubatan konvensional, oligomenorrhea ditakrifkan sebagai haid yang lewat melebihi 36 hari sehingga beberapa bulan atau ada juga yang mencecah tahun.Begitu juga wanita yang hanya berjaya haid antara 5-7 kitaran setahun termasuk dalam kategori ini.

Kajian perintis ini telah dijalankan di kalangan 21peserta yang oligomenorrhea berusia antara 20 hingga 40 tahun.Sepuluh diantara mereka adalah pesakit pcos dan ketiadaan haid memang telah difahami sebagai antara gejala pcos.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bijan mempunyai kelebihan yang amat berharga dalam membantu induksi haid tanpa bantuan pil-pil hormon.

Menakjubkan!!!…peratusan pesakit yang berjaya direkodkan adalah 85% dan merupakan satu tindak balas yang baik terhadap rawatan.Sementara itu kadar yang tinggi iaitu 80% dari para peserta kajian yang berjaya mengekalkan rentak dalam kitaran haid akan datang(next cycle) walaupun tanpa rawatan agak menghairankan juga…..

Apapun yang paling penting..tidak terdapat kesan sampingan yang buruk dilaporkan sepanjang kajian namun sebaliknya dua daripada peserta melaporkan kesan sampingan yang baik dimana senguggut teruk yang mereka alami sebelum ini telah telah hilang lenyap tanpa kesan.

Cara yang dilakukan dalam kajian adalah seperti berikut:

60g serbuk biji bijan dicampur dalam 400ml air minuman dan direbus untuk 4 minit.Kemudian tapis dan campurkan 1 sudu madu kacau dan minum semasa suam.
Lakukan hanya sekali sehari sebelum sarapan selama 7 hari.

Wallahu'alam

Sumber rujukan:
Clinical efficacy of Sesamum indicum L. in oligomenorrhea management.
https://www.cabdirect.org/cabdirect/abstract/20143349317

Rabu, 5 April 2017

Jangkitan H. pylori (gastrik ulser) boleh dirawat dengan amalan dari dua makanan sunnah

Bismillah,

Mungkin sudah tidak menjadi suatu rahsia lagi bagi umat Islam,bahawa bahan-bahan natural seperti madu dan habatussauda antara yang pernah disebut dalam hadis sabda rasulullah s.a.w sejak lebih 1400 tahun lalu.

Namun begitu,ramai yang masih kurang pasti akan manfaat sebenar bahan-bahan ini dan hanya setelah penyelidik melakukan kajian demi kajian demi kajian baru dapat mengesahkan penemuan dan kegunaan yang lebih tepat kepada penyakit moden.

Baru-baru ini penyelidik dari Negara Iran telah melakukan penyelidikan menggunakan dua bahan yang sangat popular ini kepada umat Islam iaitu madu dan biji habatussauda dalam melawan bakteria H pylori antara punca penyakit gastric ulcer.

Banyak kajian telah mendapati bahawa gastric ulcer ini berpunca dari jangkitan bakteria H pylori dan amalan pengambilan ubat-ubat NSAID juga disebut sebagai antara punca penipisan membrane yang menyaluti dinding perut.

Amalan satu sudu teh(6g) biji habatussauda diblender halus campur 2 sudu teh(12g)madu digaulkan rata dan diambil 3 kali sehari selepas makan.

Menakjubkan!..hanya setelah diamalkan selama 2 minggu 57.1% dari peserta yang positif H.pylori dalam kajian ini telah berjaya pulih dari jangkitan apabila ujian semula dilakukan di minggu ke empat.  

Sumber:

Combination of Nigella sativa and Honey in Eradication of Gastric Helicobacter pylori Infection

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28191328

Sabtu, 1 April 2017

Benar kah sayur kobis tidak elok diambil semasa mengalami keputihan yis?

Bismillah,

Saya yakin ramai wanita yang pernah mengalami jangkitan keputihan seperti kulat candida yang selalu mereka sebut sebagai jangkitan yis ini pernah mendapat nasihat dari rakan-rakan FB atau group yang mereka sertai

Nasihat seperti “JANGAN MAKAN KOBIS”agak telah lama diamalkan oleh sesetengah wanita yang mempercayai nasihat rakan-rakan mereka tanpa usul periksa.

Malahan nasihat songsang ini juga telah diviralkan dalam internet sejak bertahun-tahun lamanya.Rasanya telah tiba masa untuk mengetahui kedudukan sayur kobis yang sebenar.

Apa benar kah sayur kobis memudarat jika diambil semasa mengalami jangkitan yis?

Penyelidik dari sebuah universiti di itali telah menjalankan kajian keatas jus sayur kobis ( Brassica oleracea var. botrytis) dan aktivitinya terhadap sejenis kulat candida albicans serta kulat pathogen lain.

Jus sayur kobis ini telah didapati berkesan dalam menghalang pertumbuhan blastoconidia dan mengurangkan kemunculan C. albicans malahan ianya juga dapat menghalang pertumbuhan beberapa kulat patogenik lain.

Satu lagi kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari fakulti farmasi universitas padjadjaran di bandung ,Indonesia juga mendapati sayur kobis (Brassica oleracea var. capitata alba ) bermanfaat dimakan semasa mengalami jangkitan kulat disebabkan terdapat aktiviti anti keputihan dalam sayur kobis tersebut.

Alhamdulillah,sudah jelaskan sekarang?

Maka lain kali,berikan lah nasihat yang benar supaya ianya menjadi ilmu yang bermanfaat dan mudah-mudahan bertukar menjadi saham akihirat…Wallahu’alam

Rujukan:

Antifungal activity of Brassica oleracea var. botrytis fresh aqueous juice.
Istituto di Scienze Tossicologiche Igienistiche e Ambientali, Università di Urbino, Urbino, Italy
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12837360

Pemfaatan kubis (Brassica oleracea var. capitata alba)sebagai kandidat anti keputihan
http://pustaka.unpad.ac.id/…/pustaka_unpad_pemanfaatan_kubi…

Jumaat, 20 Januari 2017

Terapi dengan biji bijan membantu induksi haid bagi wanita oligomenorrhea

Bismillah,

Sesamum indicum popular sebagai minyak bijan (sesame oil) yang amat penting bagi banyak Negara didunia dengan pengeluaran mencecah kira-kira 3.3 metrik tan setiap tahun.
Biji bijan kaya dengan asid lemak tidak tepu dan antioksida dari lignans seperti sesamin, sesamolin dan sesaminol yang juga diklasifikasikan sebagai phytoestrogen.

Walaupun biji bijan atau minyak bijan terkenal dan banyak digunakan dalam rawatan serta masakan tradisional namun fokus hari ini adalah samada biji bijan ini boleh membantu wanita yang mengalami oligomenorrhea.

Satu kajian yang ditemui buat julung kali dilakukan di Negara Iran dan telah diterbitkan dalam shiraz e-medical journal pada jun 2014 pasti membawa sinar baru bagi wanita yang mengalami masalah kelewatan haid atau bagi sesetengah diantara mereka yang merekodkan haid hanya beberapa kali sahaja dalam setahun.

Haid yang normal lazimnya berlaku sekitar 21-35 hari namun bukan semua wanita yang berjaya mengekalkan haid pada paras normal atas pelbagai sebab atau faktor penyakit seperti pcos dsbnya.

Dalam perubatan konvensional, oligomenorrhea ditakrifkan sebagai haid yang lewat melebihi 36 hari sehingga beberapa bulan atau ada juga yang mencecah tahun.Begitu juga wanita yang hanya berjaya haid antara 5-7 kitaran setahun termasuk dalam kategori ini.

Kajian perintis ini telah dijalankan di kalangan 21peserta yang oligomenorrhea berusia antara 20 hingga 40 tahun.Sepuluh diantara mereka adalah pesakit pcos dan ketiadaan haid memang telah difahami sebagai antara gejala pcos.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bijan mempunyai kelebihan yang amat berharga dalam membantu induksi haid tanpa bantuan pil-pil hormon.

Menakjubkan!!!…peratusan pesakit yang berjaya direkodkan adalah 85% dan merupakan satu tindak balas yang baik terhadap rawatan.Sementara itu kadar yang tinggi iaitu 80% dari para peserta kajian yang berjaya mengekalkan rentak dalam kitaran haid akan datang(next cycle) walaupun tanpa rawatan agak menghairankan juga…..

Apapun yang paling penting..tidak terdapat kesan sampingan yang buruk dilaporkan sepanjang kajian namun sebaliknya 2 daripada peserta melaporkan kesan sampingan yang baik dimana senguggut teruk yang mereka alami sebelum ini telah telah hilang lenyap tanpa kesan.

Cara yang dilakukan dalam kajian adalah seperti berikut:

60g serbuk biji bijan dicampur dalam 400ml air minuman dan direbus untuk 4 minit.Kemudian tapis dan campurkan 1 sudu madu kacau dan minum semasa suam.
Lakukan hanya sekali sehari sebelum sarapan selama 7 hari.

Wallahu'alam

Sumber rujukan:

Clinical efficacy of Sesamum indicum L. in oligomenorrhea management.
https://www.cabdirect.org/cabdirect/abstract/20143349317

Sabtu, 12 November 2016

Kaedah Natural “Kitaran Bijian” Untuk Membantu Haid Yang Tidak Teratur

Bismillah,

Masalah haid yang tidak teratur,PMS,senguggut agak kompleks apabila ianya melibatkan masalah keseimbangan hormon.Rata-rata ramai wanita mengalami masalah ini dan terdapat juga antaranya yang telah mula mengalami masalah ini sejak dari zaman gadis lagi.


Keseimbangan hormon dalam kitaran haid

Kitaran pembiakan wanita melibatkan interaksi hormon yang lazimnya menyebabkan perubahan kitaran dalam ovari dan uterus. Setiap kitaran mengambil masa lebih kurang 28 hari untuk dilengkapkan dan ini melibatkan pembangunan dan pelepasan telur dari ovari dan persediaan rahim untuk menerima telur yang disenyawakan. Jika persenyawaan tidak berlaku, lapisan endometrium akan runtuh dan haid bermula.

Ketidakseimbangan antara estrogen dan progesteron

Estrogen dan progesteron adalah dua hormon utama yang mengawal kitaran haid. Tahap estrogen akan meningkat semasa bahagian pertama kitaran sementara tahap progesteron pula akan meningkat diakhir kitaran manakala paras estrogen mula berkurangan secara perlahan-lahan.

Apabila berlaku ketidakseimbangan estrogen dan progesteron di seluruh kitaran,maka ini akan menyumbang kepada gejala PMS, senggugut dan kitaran yang tidak teratur.

Berita baiknya selain dari beberapa kaedah yang pernah saya tulis dalam artikel-artikel yang lalu seperti pengambilan vitex,maca dan beberapa suplimen lain.Terdapat satu lagi kaaedah yang agak berjaya juga pernah diamalkan oleh kebanyakkan wanita.Kaedah ini berfungsi untuk mengawal keseimbangan kedua hormon penting ini dengan cara natural melalui kitaran bijian.

Apa fungsi kitaran bijian dan bagaimana cara melakukannya?

Kitaran bijian berfungsi untuk memberi manfaat kepada kesimbangan dan kesihatan keseluruhan kitaran haid dengan cara menyokong pengeluaran hormon,ikatan dan metabolisma.

Bijian yang berbeza mengandungi pelbagai jenis dan jumlah lignan dan asid lemak.Lignan membantu tubuh untuk mengikat hormon berlebihan,manakala asid lemak membantu dengan pengeluaran hormon.

Gabungan kedua lignan dan asid lemak ini telah dibuktikan dalam banyak kajian,membantu mengimbangi hormon sepanjang keseluruhan kitaran haid.

Cara yang terbaik adalah untuk mengambil flaxseed dan biji labu difasa pertama kitaran haid sementara biji bijan dan biji bunga matahari semasa fasa kedua

Flaxseed dan biji bijan mengandungi tinggi lignan berfungsi untuk menghalang estrogen yang berlebihan.

Biji bunga matahari pula mengandungi tinggi selenium dan trace mineral yang penting untuk detoksifikasi hati

Biji labu tinggi dalam zink yang boleh membantu menyokong pembebasan progesteron
Bersama-sama, bijian ini akan membantu mengimbangi kitaran haid seseorang wanita apabila diambil dalam fasa yang sesuai.

Cadangan untuk kitaran bijian bulanan:

Hari 1-14 : 1 sudu besar setiap satu flaxseed dan biji labu (dikisar) setiap hari(boleh dicampur dalam minuman jus buah-buahan))

Bermula hari ke 15 sehingga haid : 1 sudu besar setiap satu biji bunga matahari dan bijan (dikisar) setiap hari.(boleh di campur dalam minuman jus buah-buahan)

Keputusan terbaik mungkin boleh diperolehi selewat-lewatnya 3 bulan namun jika setelah berusaha dengan konsisten selama jangkamasa 3 bulan tetapi masih belum terdapat perubahan,maka langkah terbaik adalah menjejakkan kaki keklinik/hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan.

Semoga Bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑