Selasa, 17 Julai 2012

Dilema Keputihan dikalangan gadis remaja

gif
Bismillah,

Rata-rata jika diambilkira latarbelakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya.

Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak benar.
Apabila remaja mula berfikiran sedemikian dan mula mengambil sambil lewa tentang gejalanya, hanya akan membawa padah kesan berpanjangan sehingga mereka meningkat dewasa kelak.Realitinya sehingga kini masih terdapat ramai dikalangan remaja yang sedang bergelut dengan masalah keputihan ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.
Saya memohon pada semua remaja supaya belajar mengenali gejala keputihan ini, supaya dapat mengesan awal dan memudahkan untuk mencari rawatan yang sesuai.Jangan di biarkan gejala keputihan tanpa rawatan disebabkan ianya boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini berpunca dari kelewatan merawat sehinggakan mikroorganisma keputihan telah mula menular ke organ-organ berdekatan.

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal

Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.

Keputihan yang abnormal


Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal


Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan


Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.

Jom cuba kia kenali gejala jangkitan mikroorganisma :


1. Kulat Candida atau Monilia


Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis

Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella

Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus

Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asin
g

Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Beberapa tips yang baik jika boleh diamalkan : 


  1. Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pencuci khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengalran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  7. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Sekali lagi saya nasihatkan agar para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan jika dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara.Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma telah merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga kelak dan sewaktu melakukan hubungan kelamin di "malam pertama" berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun setitik punt darah.

Semoga Bermanfaat 




FEMININE WASH PILIHAN KAMI


Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266


15 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih..info yg baik:)
saya pon kadang2 risau sebab keputihan yg agak banyak..sekarang saya berpraktikal,agak letih dan mula pakai pantiliner sebab keputihan agak banyak.

Pro Natural berkata...

Salam,
Semoga mendapat manfaat dari artikel ini ye..apa yg pasti jika terdaapat simptom perlu dirawat segera.

sha berkata...

saya skrg tgh tunggu result keputihan,yg paling saya takut skrg nie tgh ngandung semakin hari rasa tak selesa ,3 kanak lepas saya tidak ada seteruk nie.doktor ada ubat selain pil tuk msalah nie?

Tanpa Nama berkata...

Sy xpati samada sy dijangkiti kuman apa...tp sy hairan sbb selalu keluar cecair warna putih seperti gam dan baunya seperti gam nasi yag keluar dr biji kelentik....serta merasa gatal yg teramat sangt d bahagian sulit....blh dktor tlng sy?

Pro Natural berkata...

Salam,
Untuk soalan kesihatan saya syorkan adik emailkan kepada saya,ini disebabkan saya terpaksa menjawab semua soalan dari email mengikut giliran dan masa yg terluang.Memberikan nama,usia dan status perkahwinan juga dapat membantu saya menjawab dengan lebih tepat ye..

Terima Kasih dan selamat menjalani Ibadah puasa

effin awesome Kiasatina berkata...

dr . kalau stay kt hostel macam mana nk jga ,sbp jadual pack sangat . apa tanda2 yg selaput dara tu dah x ada sekiranya keputihan yg melampau?

Tanpa Nama berkata...

salam
sy berusia 24 tahun dan belum berkahwin...bulan lepas selepas 3 ke 4 hari habis haid, terdapat darah yang keluar dari faraj sy dalam beberapa hari tetapi ia tidak bnyk spt haid..tp pada bulan ini sy habis haid pada 28/8 yg lalu dan sejak 2 hari yg lepas sy dapati keputihan sy mengandungi darah dan ianya tidak berbau. boleh DR. terangkn pd sy apakah masalah yg sedang sy alami sekarang dan bagaimana utk merawatnya?

shida berkata...

salam dr, sy shida, 25 thn,sy sdh brkhwin cuma msih blum dikurniakan anak..,..dr, sy tlh mglmi gjala kpthn ini sdh agak lm....pd mula sy mglmi kpthn abnormal ini sy tlh mndptkn rawatan ubat di farmasi...mmg brkesan..namun 2/3 bln yg lps msalah ini dtg semula...sy tlh mcuba plbgai ubat di frmsi spti co trimoxazole,
comazole dn metronidazole..nmn mslh ini msh ada dn agak truk..keputihan yg sy alami adalah brwrna putih susu dn berketul2 dn sentiasa kluar...kdg2 sy juga mngalami kgatalan pd vagina....dr,bagaimana sy hndak mngatasi masalah keputihan ini?dr,sy juga ingin tahu adakah masalah ini akan menjejaskan sistem peranakan saya/ risiko pada bayi saya kmdian nti.. untuk pgtahuan dr jgk,2 thn lps sy prnh mngalami UTI,kencg bdarah,dan sandy utine...sy dibwh f/up SOPD krna disyaki mgalami batu karang...nmn hsl pemrksaan tiada batu yg ditemui....dn smpai skg sy tidak boleh kurang air krna sy akan mngalami kskitan yg agk truk...dr,adakah betul jika slgi UTI tdk dirawat slgi itu keputihan akan ada...?dr,harap dr dpt m,mbntu sy......tq

Tanpa Nama berkata...

salam d0kt0r.. sy mengalami keputihan luar biasa di mana ia berwarna kuning kehijauan & dlm masa yg sama, kemaluan sy mengalami kegatalan..m0h0n d0kt0r dpt memberi pandangan & cadangan untuk merawatnya..terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam..dr sy berumur 26 thun dan telah berkahwin selama 2 tahun namun masih belum mempunyai anak.saya dapati sejak setahun berkahwin terdapat cairan berwarna putih keluar pada waktu bersama suami dan cairan itu kadang2 berbau.pada waktu biasa tiada lendiran yang keluar.adakah keputihan itu normal dan adakah itu penyebab saya tidak mengandunh lagi?

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang remaja perempuan berumur 16 tahun .Beberapa hari lepas sy mengalami sakit perih di bahagian anus saya dan sakit jika di sentuh. Saya mendapati ada keputihan berupa susu basi dan keju yg basi. Sedikit bau masam.. Sehari lepas itu, celah paha di tepi kemaluan saya menjadi hitam dan seperti ada kulit kekasaran. Saya menggaru lalu kulit saya seperti menipis dan kemerahan. Mulut v saya juga kemerahan. Faraj saya kegatalan dan perih ketika kencing. Terasa panas. Apakah yg telah berlaku pada v saya?

Pro Natural berkata...

Wa'alaykumsalam,
Lazimnya simtom merujuk kepada jangkitan candida albican (candidiasis)iaitu sejenis kulat yg mudah membiak apabila berlaku 'inbalance' bakteria didalam tubuh dan ini paling kerap berlaku pada wanita disebabkan masalah hormon.Selain dari itu faktor kebersihan,pengunaan feminin wash yg bersabun,bershampu bermenthol,pengunaan pad herba atau yang ada bauan(scented) juga menyumbang kepada gangguan flora bakteria semulajadi didalam tubuh dan mengakibatkan pH faraj meningkat.Banyak kajian mendapati ketidakseimbangan dan kelewatan merawat boleh membuka ruang bagi jangkitan virus yang lebih merbahaya.

Adik boleh cuba untuk mengambil langkah mendapatkan keseimbangan semula bakteria didalam tubuh dengan mengamalkan meminum yakult sekurang-kurangnya 3 kali sehari selama 10 hari dan mencuci faraj menggunakan air suam yang dicampur secubit garam,kurangkan pengambilan gula disamping elakkan perkara yang saya sebutkan diatas.Namun jika masih tidak berhasil maka perlu melakukan rawatan antifungal dari Dr diklinik.

Pro Natural berkata...

Assalamualaykum,
kepada yang ingin bertanya soalan boleh ajukan email kepada saya supaya saya dapat memberi keutamaan kepada soalan dengan kadar yang lebih cepat ye...drsalwa@doktorherba.com

papui berkata...

Slm dr.sy berumur 27tahun dan hampir setahun berkhawin dan blm mempunyai anak.sy juga telah mengalami keputihan yg sudah agak lama.keputihan yg seperti susu basi dan gatal yg teramat.sya sudah mendapat rawatan dr klinik dan dari ujian darah sy semuanya normal...tp yg membimbangkan saya adalah ujian pep semar telh dijangkiti kuman.dan mengalami sengugut setiap kali priod.persolaannya adakah sy susah untk mendapatkan zuriat?

Pro Natural berkata...

Wa'alaykumsalam,
Seperti yang saya tulis dalam banyak artikel,jangkitan yang tidak dirawat boleh menyebabkan kemandulan.Dari itu pastikan jika terdapat jangkitan kulat,kuman,parasit atau vbakteria perlu dirawat sesegera mungkin dan jangan biarkan ianya menjadi 'prolong infection' ye....

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑