Sabtu, 20 September 2014

Awas ! Kanser Kulit Menanti Orang Yang Berkulit Cerah

Bismillah,

Fakta yang ganjil tetapi benar,kajian mendapati kanser kulit kebanyakan berlaku kepada orang yang berkulit cerah dan jarang berlaku pada yang berkulit gelap atau hitam.Untuk menambah keunikan fakta ini,paling banyak berlaku kepada mereka yang berkulit cerah dan berasal dari negara yg berada di garisan khatulistiwa.Selain itu faktor genetik turut  menyumbang kepada peningkatan statistik kanser kulit diseluruh dunia.

Kanser kulit merupakan ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh sel yang tidak normal. Terdapat pelbagai jenis kanser kulit yang berasal dari sel-sel lapisan kulit yang berlainan. Terdapat tiga jenis barah kulit yang utama iaitu, sel karcinoma basal, sel karcinoma skuamus dan yang paling bahaya hingga boleh membawa maut adalah  melanoma.

Bagi memudahkan pengunjung blog ini saya uploadkan gambar-gambar  yang mungkin dapat membantu mengenal pasti  antara tanda yang abnormal  supaya dapat membantu pengesanan awal yang mungkin boleh menyelamatkan jiwa.Apapun kaedah yang paling tepat untuk diagnosa kanser kulit ialah dengan gabungan simtom klinikal dan biopsy,namun pengesanan awal tetap sama penting ye….

Jenis  tahi lalat tidak membahayakan




Berbentuk simerikal dengan warna yang seragam,rata dan biasanya dalam sais yang  kecil.
Apa yang perlu diperhatikan- Biasa telah mula ada sejak dizaman kanak-kanak lagi namun perlu melakukan pemeriksaan rutin setiap bulan bagi memastikan perubahan seperti bertukar warna,bentuk,rasa  gatal,berubah sais atau pendarahan yang boleh dikategorikan sebagai simtom awal atau pra kanser.

Melanoma



Seakan-akan tahi lalat tetapi berbeza dari segi bentuk atau  asimetrikal,mengandungi  dua atau tiga warna seperti  perang,merah,putih atau biru yang menutupi sebahagian warna hitam.Melanoma boleh berlaku kepada tahi lalat yang sediada atau mungkin juga yang baru tumbuh.

Apa yang perlu diketahui -  Melanoma ialah kanser  kulit yang paling serius disebabkan ianya boleh merebak kepada bahagian tubuh lain.Walaubagaimanapun masih boleh diubati jika ianya dapat dikesan awal. 

Disebabkan melanoma tumbuh dan merebak dengan cepat kepada organ berdekatan seperti kelenjar limpa dan organ dalaman, pesakit perlu melalui proses staging dengan CT scan dan biopsi kelenjar limpa. Jika didapati kanser tidak merebak, ketumbuhan ini boleh dibedah dengan sepenuhnya .

 Keratosis aktinik

 


Seperti benjolan kecil, berkerak ,bersisik atau seperti  tompok yang berwarna sawo matang, merah samar, atau merah.Biasanya  mempunyai  tekstur yang kasar dan kadangkala terasa gatal.

Apa yang perlu diketahui-Keratosis aktinik adalah ketumbuhan-ketumbuhan prakanser yang biasanya tumbuh di wajah muka, bibir, telinga, kulit kepala, leher, lengan bawah , dan di belakang tangan.Lazimnya ia tidak bertukar menjadi kanser namun adalah lebih baik untuk membuangnya.

Sel Karsinoma basal



Warna kemerah-merahan adakalanya merah menyala serta berkilat atau seperti kudis yang berdarah,.Berpotensi untuk berlaku berulang-ulang kali.

Apa yang perlu diketahui - Tidak seperti melanoma,sel karsinoma basal  tidak tumbuh keatas tahi lalat yang telah sediada. Sebaliknya, ia terbentuk dari kulit yang rosak akibat sinar matahari dan UV. Basal cell carcinoma boleh dirawat dengan cara pembedahan dan tidak membahayakan atau mengancam nyawa.

Sel Karsinoma skuamus



Berbentuk tidak sekata, tebal, kasar mengerutu, seakan-akan kutil, terdapat bahagian yang merah bersisik  atau seperti kudis terbuka yang  berdarah.

Apa yang perlu diketahui- Sel karsinoma skuamus tidak tumbuh bersama tahi lalat yang telah sediada dan kerap tumbuh  di muka, bibir sebelah bawah, leher, lengan, kulit kepala, di belakang tangan dan telinga pada orang dengan berkulit cerah. 

Untuk sel karsinoma skuamus, pembedahan boleh dijalankan jika ketumbuhan boleh dibedah sepenuhnya atau alternatif lain seperti rawatan radioterapi.

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko kanser kulit
  • Cuba elakan terdedah kepada pancaran matahari pada waktu kadar UV yang tinggi dari pukul 9 pagi hingga 3 petang
  • Berlengan panjang serta memakai topi bila melakukan aktitiviti di bawah pancaran matahari
  • Guna Krim  seperti topical sunscreen  yang dapat menhalang pancaran UVA dan UVB sebaik-baiknya satu jam sebelum terdedah kepada pancaran matahari

.Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑