Kunyit
oh kunyit kenapa engkau kuning
Macamana
aku tak kuning …saja nak buat manusia pening
Fakta
yang sebelum ini tidak diketahui tentang bahan aktif curcurmin yang boleh
didapati dari kunyit,rata-rata terdapat banyak perkongsian info tentang
kebaikan bahan curcumin ini membantu manusia menyelesaikan berbagai-bagai
masalah dari sekecil-kecil masalah selsema hingga masalah kronik seperi
kanser.Banyak penemuan berguna juga telah didapati dari hasil penyelidikan oleh
saintis hebat seluruh dunia namun jangan terkejut kalau saya katakan mak bidan
dikampung saya dulu telah membuat penemuan ini tanpa bantuan makmal.Bagaimana mak bidan tau? Don't ask me...
Lazimnya
mak bidan akan memberi minum air kunyit walaupun tanpa mengetahui fakta
disebalik bahan aktif curcumin namun apa
yang menakjubkan,seingat saya bukan sahaja wanita dalam pantang selepas bersalin diberi minum
air kunyit kosong malahan mak bidan ni campurkan sedikit lada hitam yang telah ditumbuk halus(zaman ni
dikisar lah yer).
Akhirnya
penemuan ini terbongkar apabila saintis mendapati bahan aktif curcumin yang
didapati dari kunyit tidak bermanfaat KECUALI dicampurkan dengan bahan aktif
piperine yang boleh didapati dari lada hitam.Ini bermaksud apabila seseorang
wanita yang hanya meminum jus air kunyit biasa dengan mengharapkan khasiat
bahan curcumin hanya meminum jus kunyit kosong tanpa khasiat ,namun tetapi jika air kunyit tadi apabila dicampurkan
dengan sedikit lada hitam,bahan aktif piperine dapat membantu “membuka” khasiat
semulajadi curcumin dan boleh memberikan manfaat yang besar seperti yang banyak
disebut tentang curcumin.Bagi ramai yang sudah tersilap boleh betulkan kaedah minum air kunyit ini,masih ada hari esok lagi ye...
Pengambilan
jus kunyit dicampur sedikit lada hitam diyakini dapat membantu mengatasi
masalah kanser awal,apabila curucmin yang aktif berupaya mematikan sel-sel
tumor jauh sebelum ianya menjadi kanser.
Semoga bermanfaat..
Semoga bermanfaat..
Kan
betul apa yang saya kata pasal fakta ini,mak
bidan powerrr!! Masya’Allah
0 ulasan:
Catat Ulasan