Isnin, 29 September 2014

Jangkitan Yis Dari Keputihan Wanita Boleh Membawa Maut

Bismillah,

Sehingga artikel ini ditulis,saya rasa ramai wanita yang masih tidak berapa kisah dan beranggapan bahawa jangkitan yis sebagai perkara biasa dalam hidup mereka.Jangkitan yis atau ramai juga yang menyebutnya sebagai jangkitan kulat dan para ilmuan sains pula menamakannya sebagai candidiasis,pada suatu ketika dahulu dianggap biasa bukan sahaja dari kalangan pesakit wanita namun ramai juga para doktor di klinik atau hospital yang beranggapan yang sama.

Namun kini semua persepsi ini telah berubah,perkara yang selalu dianggap biasa kini telah benar-benar bertukar menjadi luarbiasa sepertimana yang saya suka tuliskan didalam banyak artikel terdahulu. Sudah acap kali saya menyebut tentang jangkitan kulat ini dalam artikel- artikel yang lalu,kali ini saya hanya akan fokuskan kepada pemahaman lebih mendalam tentang candidiasis untuk wanita dan penemuan terkini tentang bahaya kulat ini.

Secara ringkas,candida albicans ini ialah sejenis yis yang biasanya berada di usus , faraj dan kulit. Bagi individu yang sihat, kehadiran candida albicans dianggap sebahagian biasa flora di saluran usus.Dan selagi sistem imun tubuh kita sihat serta berfungsi dengan sempurna,pertumbuhan candida albicans akan dapat dikawal.

Lazimnya kehadiran bakteria baik seperti bifidobacteria bifidum dan Lactobacillus acidophilus di saluran usus memberikan mekanisma kawalan semula jadi dalam menghalang candida albicans dari pembiakan yang menjadi tidak terkawal.

Malangnya , persekitaran bakteria "mesra" ini selalunya dikompromi dengan pelanggaran “pantang” dari aspek penjagaan ditambah pula gangguan hormon ketika hamil,maka berlakulah ketidakseimbangan. Apabila ini berlaku,secara senyap sel-sel yis berpeluang untuk membiak dengan lebih pantas langsung mengambil peluang untuk menjangkiti organ-organ tubuh lain serta tisu.Katakunci disini adalah keseimbangan dan perkara ini telah saya sebut berulang-ulang kali.

Kajian yang banyak dilakukan mendapati,kelewatan merawat dan mengembalikan keseimbangan flora bakteria didalam tubuh, bakal memberi ruang kepada kulat membiak dan berupaya merosakan lapisan mukosa antara aliran darah dan saluran pencernaan.Kerosakan ini boleh memudahkan laluan toksin-toksin yang berbahaya ke dalam aliran darah. Sebaik sahaja masuk di dalam aliran darah, toksin-toksin ini bebas menjelajah keseluruh bahagian tubuh dan menghasilkan sejumlah gejala-gejala buruk dan seterusnya melemahkan sistem imun tubuh.

Menurut Dr. Kontoyiannis seorang profesor dari University of Texas,yang amalan klinikal dan penyelidikannya tertumpu pada diagnosis dan rawatan jangkitan kulat.Candida albicans terbukti menjadi penyebab utama kematian keatas individu yang didapati lemah sistem imun tubuh,lebih-lebih lagi bagi mereka yang menderita penyakit yang menjadikan sistem imun tubuh lemah seperti aids,hiv,kanser.diabetes dan sebagainya.Kulat candida kini menjadi ancaman yang serius kepada manusia,ibarat kata peribahasa melayu”kecil api menjadi kawan,besar ia menjadi lawan”.

Apabila saya ditanya ! Adakah jangkitan kulat boleh membunuh?


Jawapan ikhlas dari saya ialah BERKEMUNGKINAN BOLEH! YE... ,jangkitan kulat benar-benar berpotensi untuk membunuh.seandainya dibiarkan tanpa rawatan dan ia mula memasuki kedalam aliran darah.

Walaupun dahulu ianya disangkakan tidak merbahaya namun perkembangan setakat 2014, semakin bertambah ramai saintis yang semuanya bersetuju bahawa jangkitan kulat candida tidak dapat dielakan 100% buat ketika ini.Namun jika dibiarkan tanpa rawatan akan hanya membawa padah maut yang menanti.

Tindakan pantas apabila mula mengesan simtom keujudan kulat candida(boleh rujuk pada artikel lama) dan hanya dengan mengdiagnosis awal serta merawat untuk mengembalikan kesimbangan bakteria di dalam tubuh dapat membantu mengelakkan pembiakan tidak terkawal kulat candida.

Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑