Rabu, 1 Oktober 2014

Silap Teknik Mencuci Dubur Derita Kegatalan Kemaluan

Bismillah,

Hari ini cara saya menulis agak berlainan dan santai sedikit ,apatah lagi setelah berhasil menyiapkan beberapa kerja – kerja yang agak rumit namun tetapi teramatlah penting untuk saya dan keluarga.

Harapan saya,semoga pembaca artikel-artikel di blog ini,mendapat kemanfaatan ilmu yang Allah swt kurniakan kepada kita dan apabila dikongsikan pula mendapat pahala taqwa, ibadah,zikir dan jihad sebagaimana nasihat imam al ghazali dalam salah satu daripada kitab-kitab terulungnya.Berkata imam al ghazali”menuntut ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ulang ilmu adalah zikir dan mencari ilmu adalah jihad”.InsyaaAllah

Panjang muqadimmah saya kali ini,jom kita berbalik pada tajuk artikel.Kali ini saya hanya ingin menyampaikan satu kisah benar tentang kesilapan teknik penjagaan dan kebersihan kemaluan wanita yang boleh membawa padah dan penderitaan yang tidak tertanggung iaitu menderita kegatalan kemaluan,lebih-lebih lagi di waktu malam.

Ini adalah kisah benar yang dialami oleh seorang wanita yang berada dalam zaman moden ini.Kisah ini berlaku pada seorang wanita berusia dalam lingkungan empat puluhan dan bekerja sebagai seorang pendidik.Beliau telah datang berjumpa saya untuk mendapatkan nasihat secara peribadi.Aduannya adalah tentang kegatalan kemaluan yang telah dideritai sejak berahun-tahun lamanya dan telah puas berusaha mendapatkan rawatan dari klinik,hospital serta ubat-ubat tradisional.Agak unik dan hairan juga saya akan cerita guru yang satu ini.Apa kah sebenarnya berlaku keatas wanita tersebut sehinggakan telah “lali” dari semua jenis ubatan,moden atau tradisional.Tanpa berfikir panjang saya mengesyorkan padanya antara feminine wash anti gatal yang terkenal paling kuat dalam menghentikan kegatalan bagi membantu atasi masalah beliau.

Ringkasnya,satu minggu berlalu dan guru tersebut datang berjumpa saya sekali lagi.Saya bertanyakan perihal masalah kegatalan yang dideritai dan menurut beliau walaupun feminine wash yang saya syorkan itu mujarab sebagai anti gatal namun kegatalan tetap akan berulang semula selepas beberapa jam.

Terkedu saya dengan jawapan yang diberi namun simpati saya terhadapnya telah memberikan saya satu kekuatan baru untuk melakukan penyiasatan terperinci sehingga ke akar umbi tentang masalah kegatalan ini.Seperti biasa melalui bahan-bahan pembacaan, ilmu penjagaan wanita,internet dan rakan-rakan seperjuangan ,saya masih tidak mendapat sebarang maklumat yang tepat tentang masalah ini KECUALI tinggal satu sahaja lagi perkara yang saya amat ragui namun tetapi agak berat juga untuk saya tanyakan pada wanita ini berdasarkan latarbelakangnya sebagai seorang pendidik.Saya berfikir agak mustahil wanita ini tidak mengetahui cara yang betul di usia selewat ini.

Suatu hari dengan kuasa Allah swt dan dengan izinNya,saya nekad menelepon wanita tersebut kerana ingin menanyakan satu sahaja soalan yang telah menghantui saya sejak beberapa hari ini dan saya memintanya berterus terang dan tidak perlu merasa malu.Nak tahu soalan apa yang saya tanya?

BAGAIMANA CARA AWAK MENCUCI DUBUR SELEPAS MEMBUANG AIR BESAR?

Rasanya,tidak perlulah dijawap soalan ini namun kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dari sekecil-kecil kesilapan hinggalah yang besar.Sejak daripada hari itu,wanita tersebut tidak mengalami masalah kegatalan faraj lagi setelah mula menyedari walaupun kesilapan yang kecil dilakukan namun tetapi besar impaknya dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah,penjelasan dan iktibar dari kisah ini adalah supaya saya membetulkan kelemahan diri dan tidak membuat persepsi sendiri tentang sesuatu aspek kehidupan manusia.Dan untuk wanita lain khasnya,kisah ini mengajar supaya jangan mengambil mudah penjagaan dan kebersihan serta harus melakukanya dengan betul supaya tidak menanggung derita yang sia-sia.

Sekali lagi saya ingin memperingatkan wanita(mungkin ramai yang lupa),cara yang betul membersihkan dubur atau kemaluan adalah dari depan ke belakang bagi mengelakkan bakteria atau cacing kerawit (boleh rujuk artikel terdahulu)daripada berpindah masuk kelubang faraj atau saluran kencing dan boleh mengakibatkan jangkitan yang disertai kegatalan yang teramat sangat di kemaluan.Jangan lupa dan jangan tersilap teknik lagi ye……..

Semoga Bermanfaat






0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑