Jumaat, 31 Oktober 2014

Promosi Tuala Wanita Paling Tidak Saintifik

Bismillah,

Berhati-hati lah ye…..sejak akhir-akhir ini saya perhatikan terdapat beberapa promosi produk tuala wanita yang melakukan promosi dengan andaian saintifik yang tidak berasas dan tidak dapat diterima oleh akal yang analitikal dan waras.

Dakwaan seperti ancaman toksin,kanser serviks dan sebagainya ternyata adalah taktik perniagaan yang tidak beretika. Ini disebabkan, jika dilihat dari perspektif sains ternyata ianya jauh meleset dari realiti penyakit yang di dakwakannya.

Ramai diantara kita tertipu disebabkan kekurangan informasi atau pengetahuan.Apapun bukan tujuan saya untuk menjatuhkan sesiapa jauh sekali menfitnah.Pada saya jika wanita amnya dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan,mungkin dapat mengelak dari terus menjadi mangsa penipuan.

Pertama sekali dakwaan boleh menghindari kanser serviks merupakan satu pembohongan disiang hari .Ini disebabkan kanser serviks  tiada kaitan sama sekali dengan penggunaan tuala wanita. Biar apa jenama sekali pun ,dakwaan  seperti kanser serviks  boleh dihindari dengan memakai tuala wanita berasaskan kapas atau lain-lain  bahan tidak benar sama sekali.

Jom kita buktikan ! fakta sebenarnya,kanser serviks merupakan sejenis kanser disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus (HPV) dan tidak terdapat penyebab lain yang boleh dikaitkan secara saintifik.

Jika seseorang wanita takut dijangkiti kanser serviks, maka hanya ada satu cara sahaja,iaitu elakkan hubungan kelamin dan yang lebih baik adalah jangan melakukan seks rambang apatah lagi dilakukan pula dengan banyak pasangan.

Selain berdosa besar dan di tegah disisi agama Islam,ianya juga mengundang malapetaka kanser baik untuk lelaki atau wanita. HPV hanya berjangkit melalui hubungan seks sahaja maka dakwaan menggunakan pad herba,kapas atau yang lain-lainya perlu di teliti semula dengan pemikiran yang sewaras-warasnya.

Menurut kenyataan promosi tuala wanita yang sama, di cerita bagaimana dioksin masuk ke dalam rahim, saya tertanya-tanya? Bagaimana agaknya gas toksik boleh terhasil daripada darah haid wanita? Whattt… toksik terhasil dari darah haid…buat lawak ni!

Dakwaan selanjutnya  pula ianya boleh menyebabkan jangkitan? Untuk pengetahuan adik-adik,kakak-kakak,mak cik semua,jangkitan memerlukan adanya virus, bakteria, kulat atau parasit.Makanya jika tidak ada unsur yang saya sebutkan ini,tiada lah jangkitan ye…

Sepanjang karier saya,ini adalah antara promosi produk yang paling TIDAK SAINTIFIK pernah saya temui. Rasanya,tujuan mereka tidak lain daripada mengeluarkan kenyataan supaya wanita merasa bimbang dan takut (scare tactic) pada  sesuatu yang sebenarnya tidak pernah wujud.Untuk apa? Tentu sekali untuk melariskan perniagaan  mereka.

Semoga Bermanfaat

1 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑