Jumaat, 25 Disember 2015

Pil-pil Kesuburan menyebabkan Kanser ovari ?

Bismillah,

Salah satu daripada sebab peningkatan statistik kanser ovari diseluruh dunia adalah berpunca dari penggunaan meluas pil-pil kesuburan yang merangsang ovari untuk mematangkan folikel.

Semakin lama pil-pil hormon ini digunakan semakin meningkatnya risiko kanser ovari. Satu kajian mendapati bahawa menggunakan pil kesuburan boleh meningkatkan risiko kanser ovari sebanyak tiga kali ganda namun di kalangan wanita yang tidak pernah mengandung risiko jauh lebih tinggi sehingga 27 kali ganda.

Kajian-kajian lain juga telah menunjukkan bahawa wanita yang subur dan wanita yang lewat melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi kanser ovari.

Apa yang boleh diterjemahkan dari keputusan semua kajian-kajian yang pernah dilakukan ini?

Secara jujur ianya membawa maksud pengunaan pil-pil kesuburan boleh membawa musibah risiko kanser ovari bagi pengguna buat pertama kali dan meningkatkan risiko lebih tinggi bagi pengguna yang berulang.Wallahu'alam

Sumber:
Epidemiologic and Genetic Factors Associated with Ovarian Cancer http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2891150/

Ovarian tumors in a cohort of infertile women. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8065405

Human menopausal gonadotropin and the risk of epithelial ovarian cancer. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8557128

Selasa, 15 Disember 2015

FEBREZE Mengandungi 89 bahan Kimia Yang Tidak Ada Di Label

Bismillah,

Febreze antara produk yang agak popular dan berada dikebanyakkan rumah didalam negara Malaysia.Namun selepas membaca kajian ini ,mungkin ramai pembeli produk ini akan berfikir 2 kali sebelum melakukan pembelian di masa akan datang.


Environmental work group ( EWG) adalah sebuah pertubuhan NGO yang berpusat di Amerika Syarikat dan bertindak bagi melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.

Dalam salah satu projek mereka,EWG telah menguji lebih 20 pembersih dan penyegar udara sintetik yang digunakan di sekolah-sekolah di California.

Keputusan yang didapati agak membimbangkan disebabkan mereka berjaya mengesan beratus-ratus bahan kimia bertoksik yang boleh mencemar udara namun tidak disenaraikan oleh pengilang produk.

Antara produk penyegar udara yang di uji termasuk FEBREZE yang di kilangkan oleh Procter & Gamble ( P&G).

Produk ini telah digunakan oleh ramai suri rumah di Malaysia tanpa mengetahui kandungan toksik yang berada didalam formula pembersih FEBREZE

P&G seperti biasa hanya melabelkan 3 bahan sahaja dibotol produk namun ujian yang dilakukan oleh EWG mendapati FEBREZE mengandungi 89 bahan kimia yang tersembunyi didalam formula produk keluaran mereka.

Beberapa bahan juga didapati bertoksik dan karsinogen yang boleh mengundang kanser ke dalam rumah kita.

Antara 89 bahan kimia yang tidak disenaraikan termasuk yang hebat-hebat belaka seperti :

BHT
ACETALDEHYDE
1,3-DICHLORO-2-PROPANOL
METHYL PYRROLIDONE
BUTYLPHENYL METHYLPROPIONAL
ETHYL ACETATE
BENZALDEHYDE
DIETHYLENE GLYCOL MONOETHYL ETHER
ETHYLHEXANOL
HEXYL CINNAMAL


Sumber

http://www.ewg.org/…/greener-s…/school-cleaner-test-results

Selasa, 8 Disember 2015

Pil perancang keluarga meningkatkan 200% strok dan serangan jantung


Bismillah,

Penggunaan pil perancang keluarga adalah antara salah satu kaedah yang paling biasa diamalkan di negara Malaysia.


Pelbagai jenis  ada dijual di farmasi ,pil seperti Mercilon, Marvelon, Postinor, Yasmin, Nordette, Noriday dan lain-lain. 

Terdapat juga Pil Perancang Keluarga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagi golongan ini hanya pil perancang kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill atau Progestin Only Pill) iaitu Pil Perancang yang mengandungi  sejenis hormon Progestogen sahaja.


Setelah sekian lama selesa dengan amalan yang dilakukan selama bertahun-tahun.Pernah kah kita bertanyakan tentang bahan dan keselamatan pil-pil ini...rasanya ramai yang masih tidak tahu ye..

Adakah kaedah perancang keluarga yang diamalkan di Negara ini selamat? 


Jawapannya bukan sahaja mengejutkan malahan menakutkan ye…sila baca dan lakukan lah timbangan yang adil untuk diri sendiri dan keluarga.


Satu meta analisis yang dilakukan oleh  Department of Internal Medicine, Université de Sherbrooke, Endocrine Division, Sherbrooke, Quebec, Canada dalam mengkaji semula semua kajian-kajian yang telah diterbitkan bermula 1980-2002  terhadap risiko yang dikaitkan dengan penggunaan pil perancang  semasa. 


Mereka mendapati risiko untuk serangan jantung  dan strok telah meningkat dua kali ganda berbanding  mereka yang bukan pengguna. 


Sumber:



http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15814774

Sabtu, 5 Disember 2015

Kajian Mendapati Jintan Manis Menghilangkan Senggugut

Bismillah,

Bagi ramai pembaca wanita  yang masih bergelut dengan masalah senggugut yang teruk,mungkin kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu meredakan kesakitan setiap bulan.Mengamalkan diet yang seimbang serta makanan tambahan yang berkaitan boleh membantu mengembalikan semula keseimbangan hormon dan menghilangkan terus masalah senggugut ini.
 
Kajian ini pernah saya upload digroup FB klinik pronatural dan terdapat beberapa  testimoni dari beberapa ahli yang telah mencuba dan berjaya mengatasi "period pain" tanpa pengunaan pain killer.Pain killer tidak digalakkan  atas sebab kesan sampingan yang membimbangkan.
 
Berikut adalah kajian tentang keberkesanan jintan manis untuk membantu meredakan senggugut.

Jintan Manis mengalahkan Pain killer Mefenamic asid untuk Senguggut

Kajian di Kerman, Republik Islam Iran untuk membandingkan keberkesanan jintan manis atau asid mefenamic (sintetik) bagi melegakan kesakitan senguggut.
 
Dua kumpulan kanak-kanak perempuan sekolah menengah (min usia 13 tahun) yang mengalami senguggut dipilih secara rambang untuk menerima  ekstrak jintan manis (n = 55) atau asid mefenamic (n = 55) selama 2 bulan.
 
Dalam kumpulan jintan manis, 80% daripada kanak-kanak perempuan dan dalam kumpulan asid mefenamic, 73% daripada kanak-kanak perempuan menunjukkan kelegaan kesakitan atau pengurangan kesakitan.
 
Manakala 80% dalam kumpulan jintan manis dan hanya 62% dalam kumpulan asid mefenamic tidak lagi diperlukan untuk bercuti  dari sekolah.

Cara menyediakan jintan manis :-

1 sudu teh jintan manis dicampur dalam secawan air panas,tutupkan dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum ditapis dan diminum airnya sahaja. Lakukan 2 -3 kali sehari seminggu sebelum period.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17037712

Semoga Bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑