Sabtu, 2 Disember 2017

NAC (N-acetyl cysteine) Vs Pil Hormon Untuk kecutkan Endometrioma (Cysts ovari)- siapakah pemenang?

Bismillah,

Benar kah semua endometrioma (cyst ovari) pesakit endometriosis HANYA perlu dibedah?

Kajian berikut yang dijalankan oleh saintis dari Itali berpendapat sebaliknya,sila ikuti petikan dari kajian yang telah dijalankan baru-baru ini.

Kajian yang dijalankan keatas 92  peserta wanita endometriosis dengan endometrioma (cyst ovari).Mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Satu kumpulan menerima terapi pil hormon dan kumpulan lain pula mengambil 600mg NAC tiga kali sehari selama tiga hari berturut-turut selama 3 bulan

MOMENT OF TRUTH…..

Hasilnya agak mengkagumkan dimana wanita yang dirawat dengan NAC telah berjaya mengurangkan diameter endometrioma cysts ovari sebanyak 8.2mm secara purata. 
Sementara wanita yang mengambil pil hormon selama 4 bulan hanya menyaksikan pengurangan diameter 1.6mm sahaja

Penyelidik membuat kesimpulan bahawa NAC berkesan merawat endometrioma(cysts) ovari.Dari segi pengurangan saiz cysts pula mereka juga mendapati NAC lebih berkesan daripada rawatan terapi hormon.

Malahan NAC didapati membantu mengembalikan kesuburan pesakit endometriosis dan ini dilakukan tanpa kesan sampingan yang tidak diingini.

Sumber:

A Promise in the Treatment of Endometriosis: An Observational Cohort Study on Ovarian Endometrioma Reduction by N-Acetylcysteine

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3662115/

Sabtu, 11 November 2017

Makanan Dalam Diet Yang Baik Dan Membantu Bagi Pesakit Endometriosis

Bismillah,

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa.Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan saban hari semakin ramai wanita yang menghidapinya.

Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan ,infertiliti dan keguguran yang mungkin berulang kali.Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah lain seperti pendarahan, gangguan pada salur kencing, kesakitan yang teruk dan lain-lain.  

Walaupun punca endometriosis masih tidak diketahui namun beberapa kajian mendapati dengan cara mengubah gaya hidup dan mengamalkan diet yang sihat membantu mengurangkan gejala dengan ketara dikalangan wanita endometriosis.

Kajian tersebut mendapati mengamalkan sayur-sayuran hijau ,buah-buahan segar serta makanan yang anti inflamasi sepert berikut sangat membantu:-

Sayur saderi,brokoli,buah nenas,minyak kelapa dara,chia seed,flaxseed,kunyit ,halia dan lain-lain.
Makanan yang kaya dengan magnesium juga membantu melegakan rahim dan mengurangkan kesakitan. Ini termasuk biji labu, biji bunga matahari, kacang hitam, badam, pisang, dan bayam.

Sementara makanan yang kaya dengan zat besi juga penting dan membantu menokok semula kehilangan zat besi dalam tubuh hasil daripada pendarahan yang berlebihan.

Sesetengah makanan yang mengandungi tinggi zat besi termasuk hati, daging lembu, bayam, kuning telur dan buah prun.

Selain itu, mengurangkan keradangan juga melegakan sakit sendi dan otot, dan mengawal pengeluaran hormon dengan makanan tambahan yang mengandungi omega-3 seperti flaxseeds, chiaseed, ikan salmon,tuna, sardin, ikan bilis dan ikan kembung didalam diet sangat membantu.

Jika kerap mengalami sembelit yang merupakan sebahagian dari gejala endometriosis.Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti  sayur-sayuran, beras perang, buah prun, kelapa, buah ara, kacang, bendi dan sengkuang membantu mengurangkan sembelit.

Semoga Bermanfaat

Isnin, 16 Oktober 2017

EGCG Kecutkan FIBROID Tanpa Pembedahan Yang Menyakitkan

Ramai wanita apabila mengalami pendarahan yang banyak,haid yang berpanjangan,kesakitan pada pelvik serta sakit belakang pergi menemui klinik pakar untuk melakukan pemeriksaan.Namun majoriti daripada mereka akan membawa pulang berita duka bahawa mereka didapati ada tumor jenis fibroid atau leiomyoma.

Walaupun fibroid lazimnya tidak akan berubah menjadi kanser namun fibroid boleh menyebabkan banyak masalah lain seperti kesakitan yang akut dan kronik pada pelvis, pendarahan faraj yang berlebihan, anemia, ketidaksuburan, keguguran, dan rasa sakit semasa bersama suami.

Kajian mendapati fibroid hanya akan bertambah baik setelah seseorang wanita itu putus haid atau menopos namun sementara menunggu sa’at menopos kesengsaraan hidup dengan fibroid memang sangat mendukacitakan.Kalau lah ada pil magik yang boleh diambil untuk meredakan kesakitan dan mengecutkanya..mahu sahaja diambil tanpa berfikir panjang.

Malangnya, tidak ada rawatan perubatan yang berkesan yang ujud sehingga hari ini.Ramai pakar ginekologi hanya melakukan uterine ablation (pembuangan lapisan rahim) untuk mengurangkan masalah ini 

Namun tetapi prosedur ini tidak membawa hasil yang memberangsangkan tidak berbaloi kesakitan yang ditanggung semasa pembedahan hanya mendapat kelegaan yang bersifat sementara kerana fibroid akan tumbuh semula selang beberapa bulan kemudian.

Dr.Marc S. Micozzi, M.D. , Ph.D,editor jurnal complimentary and alternative medicine,berkata “ramai doktor masih mengambil jalan pintas untuk membuang rahim (histerektomi)”.

“Persoalannya?…adakah masih relevan prosedur yang menyakitkan ini apabila terdapat rawatan alternatif yang lebih selamat,semula jadi, dan berkesan dengan ketara boleh membantu.?”jelasnya lagi.

Soalanya,adakah alternatif lain selain pembedahan?

Jom kita lihat hasil kajian dari rawatan alternatif yang diperkatakan oleh Dr Marc tadi.
Satu kajian bersais  besar membandingkan tahap vitamin D pada wanita yang menghidap fibroid mendapati bahawa wanita yang mempunyai tahap vitamin D 20 ng / mL keatas mempunyai kadar satu pertiga lebih rendah ketumbuhan fibroid. 

Selain itu, penyelidik mendapati bahawa wanita yang terdedah kepada cahaya matahari untuk satu jam sehari mempunyai pengurangan 40 peratus dalam kadar ketumbuhan fibroid.

Bagi mereka yang mempunyai tumor fibroid, pastikan untuk menghabiskan lebih banyak masa dibawah sinaran matahari namun jika masih sukar untuk dilakukan pastikan mengambil suplimen vitamin D3 yang mencukupi.Dos yang disyorkan adalah dari 3000iu-5000iu sehari.

Dos ini pasti akan membantu mengurangkan gejala fibroid dan ianya juga akan membantu melindungi penyakit lain yang boleh memudaratkan seperti osteoporosis, multiple sclerosis, kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kanser.

Selain vitamin D3, setiap wanita yang menghidap tumor fibroid perlu minum 10 cawan atau lebih teh hijau setiap hari atau mengambil suplimen EGCG (estrak teh hijau).

Terdapat banyak kajian mendapati bahawa teh hijau membantu mengawal sistem imun dan bertindak sebagai antioksida. Antara sebab mengapa teh hijau berupaya memberi perlindungan terhadap kanser.

Bukti yang lebih meyakinkan lagi apabila penyelidik dari Mesir menjalankan kajian keatas wanita berusia 19 tahun keatas yang mempunyai sekurang-kurangnya dari fibroid yang sederhana hingga yang besar.

Pada peringkat awal , peserta wanita ini menjalani kajian ultrasound untuk menilai bilangan dan sais tumor mereka. Kemudian, penyelidik secara rawak membahagikan mereka kepada dua kumpulan. 

Kumpulan pertama mengambil 800 mg estrak the hijau setiap hari selama empat bulan. Ekstrak the hijau ini mengandungi 45 peratus epigallocatechin gallate (EGCG), bahan aktif dalam teh hijau sementara kumpulan yang kedua mengambil plasebo setiap hari selama empat bulan.

Selepas 4 bulan, penyelidik telah melakukan ultrasound lain sekali lagi. 

Keputusanya sungguh menakjubkan!

Wanita dalam kumpulan estrak teh hijau mengurangkan saiz fibroid secara purata sebanyak 32.6 peratus sementara kumpulan plasebo meningkat dalam saiz secara purata sebanyak 24.2 peratus.

Kumpulan wanita yang diberikan estrak teh hijau wanita juga mengalami peningkatan yang ketara dalam corak pendarahan haid mereka. Purata kehilangan darah mereka menurun dan terdapat peningkatan bilangan sel darah merah. 

Para penyelidik melaporkan bahawa terdapat hasil yang memberangsangkan dalam dua perkara.

1) Mereka mendapati EGCG menghalang percambahan sel tumor. Dalam erti kata lain, ia menghentikan penyebaran sel-sel tumor. 

2) EGCG mendorong "apoptosis" (kematian sel ) dalam tumor Ini bermakna ianya menyebabkan sel-sel tumor untuk mati dengan sendiri.

Maka dengan keputusan ini,menjelaskan mengapa estrak teh hijau melindungi daripada kanser adalah kerana ianya berupaya menghentikan penyebaran dan pertumbuhan sel-sel kanser.

Dalam kajian tersebut , peserta mengambil suplimen 800 mg ekstrak teh hijau yang mengandungi 45 peratus EGCG untuk mengurangkan fibroid mereka.

Jadi bagaimana cara untuk mengamalkan kedua-dua bahan yang dalam kajian ini?

Jika mahu anda boleh sahaja berjemur selama 1 jam setiap hari dan amalkan minum 10 cawan atau lebih teh hijau setiap hari bagi membantu mengecutkan sais fibroid .

Ini disebabkan setiap cawan hanya mengandungi purata 25-60mg EGCG yang diperlukan bagi mengecutkan sais fibroid dan elak kanser persis dalam kajian.

Atau mengambil jalan yang lebih mudah iaitu amalkan 1 biji 5000iu vitamin D3 dan 2-3 biji 350mg suplimen EGCG setiap hari.

Hakikatnya,suplimen seperti Vitamin D3 dan EGCG agak sukar didapati di Malaysia,jika ada sekalipun selalunya mengguna bahan yang subhah atau meragukan dari sudut halal.Namun bagi mereka yang mahu mendapatkan EGCG & Vit D3 dai kapsul halal,saya cadangkan supaya dapatkan dari admin group hamil cara natural di Facebook atau KLIK SINI 


Sumber rujukan:

1. American Journal of Obstetrics & Gynecology Feb 2013; 208: 137 e 131-113.
2. Epidemiology 2013; 24: 447-453.
3. The Boston Women’s Health Book Collective. Our Bodies, Ourselves: A New Edition For A New Era. New York: Touchstone, 2005.
4. “Treatment of symptomatic uterine fibroids with green tea extract: a pilot randomized controlled clinical study,” Int J Womens Health 2013; 5: 477–486.

Khamis, 5 Oktober 2017

Bahaya Triclosan Dalam Kosmetik,Ubat Gigi dan Sabun anti-bakteria

Bismillah,

Baru-baru ini akhbar Metro Harian bertarikh 4 oktober 2017 telah menyiarkan berita tentang bahan kimia yang banyak diguna sebagai anti-kulat,anti bakteria dalam kebanyakkan produk kosmetik,ubat gigi dan sabun.

Kisah ini sebenarnya cerita yang dah lama tetapi masih ramai pengguna yang tidak perihatin khususnya di Malaysia masih tidak menyedari bahawa mereka sedang membelanjakan wang ringgit hanya untuk mendapatkan sesuatu yang sangat membahayakan diri mereka dan keluarga.

Kami telah menulis artikel ini sejak beberapa tahun lalu dan harapan kami semoga dengan tersiarnya berita gempak ini di akhbar akan memberikan kesedaran yang hakiki buat pengguna di Malaysia khasnya.

Tentang Triclosan

Triclosan (2,4,4'-Trichloro-2'-hydroxy phenyl eter) adalah sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang telah digunakan meluas di Malaysia sejak puluhan tahun lalu. Ia juga merupakan "endocrine disruptor" yang kuat dan karsinogen(antara punca kanser) yang diketahui.

Triclosan adalah salah satu bahan kimia yang boleh membawa lebih banyak keburukkan dari kemanfaatan dan hasil tidak berguna bahan kimia ini hanya boleh membawa “malapetaka besar” kepada pengguna.

Kesatuan Eropah telah memilih untuk mengharamkan penggunaan triclosan pada tahun 2010,begitu juga Minnesota sebuah negeri di amerika syarikat sejak beberapa tahun lalu.
Berita Triclosan diharamkan di EU

http://www.deccanchronicle.com/…/european-union-bans-triclo…

Di Malaysia pula lambakan produk mengandungi triclosan yang di impot dari amerika syarikat dan yang dihasilkan oleh pengusaha kosmetik tempatan masih boleh “tersenyum” mengira keuntungan RM hasil dari penderitaan orang lain.

Berikut adalah link kepada beberapa kajian tambahan yang tentu sekali boleh membuatkan pengguna berfikir 1000 kali sebelum membeli produk yang mengandungi triclosan.

Triclosan dan bisphenol A mengubah fisiologi endometrium manusia dan menjejaskan kesuburan serta kehamilan
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26604029

Pendedahan manusia kepada kimia penganggu endokrin dan kesuburan: Satu kajian kes-kawalan pada pesakit lelaki.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26292060

Semoga Bermanfaat

Jumaat, 15 September 2017

Kajian Mendapati Formula Super Zuyu Rawatan Alternatif Terbaik Untuk Endometriosis

Bismillah,

Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. 

Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain tubuh seorang wanita.

Simptom utama endometriosis adalah sakit teruk berulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait dengan tahap (1 hingga 4) endometriosis.Sesetengan wanita hanya sakit sedikit atau tiada rasa sakit sungguhpun mengalami endometriosis teruk menjejaskan kawasan yang luas atau endometriosis dengan berparut. 

Sebaliknya, wanita mungkin mengalami kesakitan teruk walaupun hanya mengalami endometriosis kecil.

Simptom endometriosis termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Kesakitan, kadang-kala kekejangan haid yang kronik (dysmenorrhea)
  • Sakit kronik (biasanya bahagian bawah belakang dan kawasan pinggul (pelvic), juga bahagian perut ( abdomen)
  • Sakit ketika bersama (dyspareunia)
  • Sakit ketika membuang air besar atau kecil (dysuria)
  • Haid yang banyak dan berpanjangan (menorrhagia)
  • Mual dan muntah-muntah
  • Pra-haid atau antara haid (pendarahan antara tempoh haid)
Endometriosis membuatkan kesukaran untuk hamil dan bekemungkinan  mendorong kepada tiub fallopian tersekat.Tambahan lagi, wanita yang di diagnos dengan endometriosis mungkin mempunyai simptom masalah perut (gastrointestinal).

Memandangkan punca endometriosis masih lagi menjadi igauan semua pakar diseluruh dunia,maka keputusan kajian daripada formula herba alternatif ini boleh dikategorikan sebagai amat baik dan membantu mengurangkan keresahan setiap pesakit endometriosis dalam mengharungi masa-masa yang sukar.

Kecuali bagi mereka yang “gemar” melakukan rawatan yang invasif atau pembedahan(satu-satunya rawatan yang ada di klinik pakar).

Berita baiknya terdapat satu formula herba alternatif yang berasal dari abad ke-19 di Negara China dan telah digunakan secara meluas untuk merawat endometriosis sejak tahun 1983.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa formula super zuyu membantu melegakan dysmenorrhoea, mengecut luka luar rahim, dan menggalakkan kesuburan. Keberkesanan terapeutik purata melebihi 90% sepanjang tempoh 30 tahun yang lalu.

Berikut adalah bukti yang positif dari kajian-kajian dan perbandingan dengan ubatan klinik yang pernah dijalankan :

Satu kajian klinikal menunjukkan bahawa Super Zuyu membantu melegakan dysmenorrhoea (senguggut) lebih berkesan berbanding Mifepristone, dengan kadar keberkesanan 90% sementara 73% dalam kumpulan mifepristone selepas 3 bulan rawatan dengan kumpulan kajian sejumlah 120 pesakit endometriosis.

Keputusan yang sama diperhatikan dengan percubaan klinikal keatas 42 pesakit yang dirawat dengan Super Zuyu selama 6 bulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa 5 daripada 10 pesakit endometriosis dengan masalah kesuburan telah BERJAYA HAMIL dan 25 daripada 42 pesakit endometriosis berjaya mengurangkan kesakitan pelvis mereka .

Satu lagi percubaan menunjukkan bahawa saiz luka endometriotik 'berkurangan dalam kumpulan Super Zuyu berbanding kumpulan Danazol, jumlah kadar efektif masing-masing adalah 95.2% dan 75.0%, sementara 23.6% daripada pesakit BERJAYA HAMIL dalam kumpulan Super Zuyu.

Tambahan kepada amalan dengan Super Zuyu ini, berkemungkinan pesakit berjaya hamil dan tentu sekali ketika itu endometriosis akan berada dalam mode “hibernate” sepanjang 9 bulan 10 hari atau mungkin buat selama-lamanya.

Sebagai umat Islam,kita diwajibkan berusaha untuk mencari rawatan kepada penyakit namun tetapi pastikan mencari keredhaan Allah Subhanahu wata’ala dari formula Super Zuyu versi yang halal sahaja ye…


Semoga bermanfaat

Jika terdapat kemusykilan tentang penyakit endometriosis ini,sila emailkan soalan drsalwahassan55@gmail.com 


Sumber Rujukan:

1) Ma MZ. Xuefu Zhuyu Decoction for treatment of 83 endometriosis patients. Shanghai Journal of Traditional Chinese Medicine. 1993;2:16–17.

2) Zhang SY, Wang YY. Xuefu Zhuyu Decoction for treatment of 36 endometriosis patients. Chinese Journal of Ethnomedicine and Ethnopharmacy. 2011;22:p. 84.

3) Zhang JY. Clinical observation of 79 endometriosis patients treated with Xuefu Zhuyu Decoction. Zhejiang Journal of Traditional Chinese Medicine. 2008;43(8):p. 455.

4) Wang CF. Clinical observation of 60 endometriosis-associated dysmenorrhoea patients treated with Xuefu Zhuyu Decoction. Modern Journal of Integrated Traditional Chinese and Western Medicine. 2007;16(14):1931–1932.

5) Gao AZ. Xuefu Zhuyu Decoction for treatment of 42 endometriosis patients. Guangming Journal of Chinese Medicine. 2012;27(4):717–718.

6)Fang DL. Clinical observation of endometriosis patients treated with Xuefu Zhuyu Decoction. Clinical Journal of Anhui Traditional Chinese Medicine. 2003;15(4):297–298.

Kredit : Group Facebook Hamil Cara Natural

Jumaat, 8 September 2017

Formula Meningkatkan Kesuburan Wanita Dan Membantu Dari Keguguran Berulang

Bismillah,

Kesinambungan dari konsep natural yang diterapkan dalam semua group-group hamil cara natural yang kami kendalikan,kini telah sampai kepada kemuncak yang paling sukar.

Fokus kami kali ini lebih kepada kaedah mengekalkan kehamilan dan keguguran yang seakan menjadi “epidemic” hasil dari gabungan pengunaan pil-pil hormon,ubatan sintetik dan diet yang tidak seimbang selain persekitaran yang didapati telah mengucar kacirkan sistem reproduktif wanita serta membawa bersama kesan sampingan yang amat membimbangkan.

Nasihat kami supaya jangan terlalu cepat berputus asa dari rahmatNya…..

Penemuan terkini tentang satu formula herba yang pernah disyorkan oleh Institute for traditional medicine yang berpengkalan di Portland,Oregon untuk kegunaan semasa hamil mungkin membawa sinar baru bagi mereka yang memerlukan.

Formula klasik Angelica and Peony dengan komposisi enam jenis ramuan herba ini telah disyorkan kerana ia telah digunakan secara meluas di Negara China dan Jepun dan telah dipantau dalam banyak ujian klinikal berskala besar terhadap wanita hamil.

Kajian terhadap haiwan juga telah dilakukan dan ianya didapati tidak menunjukkan kesan teratogenik (kecenderungan untuk menyebabkan kecacatan kelahiran).

Pengalaman dengan formula ini adalah sangat positif. Ia digunakan untuk merawat ketidaksuburan wanita, morning sickness, anemia semasa kehamilan dan untuk mencegah keguguran. Ianya juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan di Jepun.

Berita yang terbaik sekali,hasil dari beberapa penyelidikan di jepun,formula ini bukan hanya berkesan membantu mengekalkan kehamilan malahan ia juga didapati berkesan merawat wanita yang kurang subur dan bermanfaat sekali bagi wanita yang merancang hamil (TTC) diusia yang agak lewat.

Formula hebat ini versi halal boleh didapati di SINI

Kredit :Group FB Hamil Cara Naural

Sabtu, 26 Ogos 2017

4 Tips Hilangkan Keputihan Buat selama-lamanya! Tips No 4 ramai yang tidak tahu

Bismillah,

"Dah puas cuba berbagai rawatan tetapi keputihan masih tidak sembuh?"

Anda guarantee dah pernah dengar ayat ini bukan?


Begitu lah respon yang lazimnya kami terima dari ramai wanita yang terpaksa menghadapi situasi yang rumit ini dan agak sukar untuk difahami.

Sesetengah pula sering terpaksa berulang alik keklinik untuk mendapatkan rawatan…entah tak tahu sampai bila?

“Stress tahap gaban bila suami tegur tentang bau yang kurang enak..rasa macam nak terjun longkang malu sesangat .Nasib baik iman masih utuh dan kuat lagi” keluh salah seorang dari mereka.

Pepatah melayu berkata”yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang” bermaksud tidak hanya boleh berdiamkan diri tanpa usaha.

Hari ini blog klinik keputihan bermurah hati meluangkan sedikit masa untuk memberikan tips yang akan membantu wanita menghilangkan keputihan buat selama-lamanya.

----------------
TIPS No 1 
----------------
Mengenali simtom dari sifat dan warna cecair yang keluar

Realitinya, memang agak sukar bagi wanita untuk mengetahui samada jenis cecair yang keluar dari faraj adalah jenis fisiologi (normal) atau pathologis (abnormal).

Namun melalui pemerhatian yang serius dan mengikuti rapat tips berikut akan membantu anda mengenali simtom untuk memudahkan ambil langkah selanjutnya.

5 antara gejala yang lazim dibawa oleh mikroorganisma dan perlu diberikan perhatian serius:

1)Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi) .
2)Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
3)Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
4)Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
5)Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)

-------------------
TIPS NO 2
-------------------
Berhenti melakukan kesilapan ini!

Kesilapan paling besar ramai wanita adalah mengamalkan pengunaan  Feminine wash yang tidak sesuai untuk kegunaan faraj

Kesilapan yang ramai wanita lakukan adalah dengan membeli dan mengamalkan Feminine wash yang bersabun,banyak buih,bershampu,pewangi,menthol dengan niat untuk membuat faraj sejuk nyaman, berbau harum dan kononnya boleh seimbangkan flora bakteria didalam faraj.

Nyata sekali perbuatan ini adalah satu kekeliruan semata-mata,bagaimana kah kandungan bahan yang beralkali pH melebihi >7 seperti sabun,shampu,menthol, dan wangian boleh seimbangkan flora bakteria sedangkan fakta sains mendapati pH alami didalam faraj adalah sedikit berasidik antara 3.8-4.2.

Pengunaan produk Feminine wash dengan pH yang melebihi >4.2 hanya akan mengundang ketidakseimbangan flora bakteria dan membuka pintu untuk virus merbahaya untuk menyerang seperti HIV,HPV dll.

Jadi bagaimana cara memilih samada Feminine wash ada pH3.8-4.2 atau tidak?

Mudah sahaja baca label produk dan jika formula wash tidak mengandungi asid laktik(lactic acid) bermakna produk tersebut tidak mungkin boleh mengawal pH faraj dan sebaik-baiknya jangan dibeli.

_________
TIPS NO 3
_________
Amalkan tips berikut yang boleh membantu mengelakkan dari jangkitan mikroorganisma

1)Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan

2)Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama

3)Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang

4)Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama

5)Gunakan pengalas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengaliran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.

6)Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing

7)Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.

-----------------
TIPS NO 4
__________
Mengapa blog klinik keputihan memilih Dr Herba sebagai pilihan alternatif

1)Set keputihan Dr Herba adalah satu-satunya produk di Malaysia yang diformulakan bukan sahaja untuk merawat seperti kebanyakan produk dipasaran tetapi dengan fungsi preventif atau melindung dari jangkitan berulang selepas rawatan.

Fungsi preventif adalah solusi yang paling tepat memandangkan setelah dirawat lazimnya keseimbangan bakteria di dalam faraj akan terjejas teruk.Kegagalan mengembalikan kesimbangan hanya mengundang jangkitan berulang semula 1-2 bulan kemudian.

2)Sejak tahun 2008,pengunaan herba yang hebat seperti biji cnidium ditambah nilai dengan pH yang tepat telah menghasilkan kejayaan Dr Herba merawat dan melindungi puluhan ribuan kes-kes jangkitan keputihan yang dibawa oleh bakteria,kulat,parasit dan virus.

3)Serum DH-7 dan PPW Classic pH3.8 telah mendapat kelulusan dari KKM dengan no NOT 151102802K untuk Serum DH-7 dan NOT 151102803K untuk PPW.

4)Keyakinan kami bertambah apabila mendapati bahan utama formula Dr Herba iaitu biji cnidium (osthole) telah melalui 5 kajian saintifik yang di jalankan oleh penyelidik dari university tersohor di dunia seperti university Harvard,University Lublin Poland,University Kinski Jepun dan Chinese University di Hong Kong

Semua kajian klinikal ini telah membuktikan kesahihan dan keberkesanan cnidium(osthole) dalam melawan sel kanser,anti keputihan,anti gatal dan anti alergi.Sesuatu yang tidak mungkin didapati dari formula dipasaran malah ubatan yang diprekripsi diklinik sekalipun.

Formula unik dari Dr Herba ini,bukan sahaja berkesan merawat keputihan,meredakan kegatalan yang kronik dan melindung dari jangkitan berulang malah setiap wanita yang menggunakan formula ini bakal mendapat manfaat yang terpenting untuk kehidupan seharian mereka iaitu pelindungan dari kanser serviks dan kanser ovari yang rata-rata boleh membunuh.

Kami yakin tidak ada satupun formula dalam segmen keputihan di Malaysia dapat menandingi kelebihan yang ada dalam formula Dr Herba.Maka setiap sen yang anda belanjakan untuk herba yang mendapat pengiktirafan dunia sains ini amat berbaloi.

Anda perlu yakin dengan bukti dari "evidence science" Lagi lama tunggu semakin tinggi risikonya ye.

Set keputihan Dr Herba atau Feminine wash boleh didapati di SINI

Sumber rujukan:

5 kajian yang melibatkan herba cnidium (osthole)

1) Kanser Ovari (Kajian Harvard Medical School,Amerika)
Kesan anti-tumor osthole pada sel-sel kanser ovari secara in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

2) Kanser Serviks ( Kajian Medical University of Lublin,Poland)
Osthole menyebabkan sel mati ( apoptosis), merencatkan kemajuan dan pecambahan Sel Kanser
http://ar.iiarjournals.org/content/34/11/6473.full

3) Anti Mikrob(keputihan) ( Kajian The Chinese University of Hong Kong)
Osthole: Kajian terhadap Bioaktiviti,Farmakologi, dan Potensi sebagai Perubatan Alternatif
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/

4) Anti Alergi (Kinki University, Higashiosaka, Osaka, Japan)
Kesan anti-alergi cnuidii monnieri fructus (buah kering Cnidium monnieri) dan komponen utamanya, osthol
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12081154

5) Anti Gatal (Kinki University, Higashiosaka, Osaka, Japan)
Kesan anti gatal Cnidii Monnieri Fructus (biji Cnidium M ).
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11853179

Selasa, 22 Ogos 2017

Daun Dukung Anak Punca Rosak Buah Pinggang Dan Anti Kesuburan?

Bismillah,

Baru-baru ini terdapat satu artikel yang telah diviralkan di facebook dan dikongsi (share) yang mencecah ratusan ribu di facebook tentang DAUN DUKUNG ANAK yang didakwa bermanfaat untuk kesuburan wanita yang ingin merancang hamil dan lelaki yang inginkan tenaga tambahan.

Jom baca fakta dari kajian yang nyata berlawanan dari dakwaan mereka dan buat lah keputusan sendiri

DUKUNG ANAK – Nama Botani : Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Kesan kontraseptif (cegah hamil)

Kesan antifertiliti ekstrak alkohol dari keseluruhan tumbuhan Phyllanthus niruri dengan dos 100 mg / kg berat badan untuk 30 hari secara oral diselidiki dalam kitaran tikus betina dewasa

Keputusan menunjukkan tiada perubahan ketara berat badan serta organ dan tikus yang diberi makan tidak menunjukkan perubahan dalam status metabolisma.

Pasangan tikus tidak berjaya hamil kerana kitaran terjejas disebabkan oleh faktor perubahan dalam hormon dan persekitaran yang mengawal fungsi reproduktif .

Setelah tidak diberi makan estrak dukung anak selama 45 hari,kesuburan tikus betina kembali pulih.Penyelidik berpendapat ekstrak daun dukung anak memperlihatkan kesan kontraseptif yang pasti pada tikus betina (1)

Aktiviti anti-kesuburan pada tikus jantan

Salah satu daripada data saintifik menunjukkan bahawa P. Niruri dalam aktiviti anti-kesuburan dengan mengurangkan tahap fruktosa sperma, kiraan sperma,motiliti sperma dan daya maju pada tikus albino jantan. Ia menunjukkan aktiviti anti kesuburan dengan menurunkan tahap testosteron tikus yang dirawat (2)

Kesan buruk terhadap buah pinggang

Laporan ini memberikan bukti lanjut bahawa penggunaan Phyllanthus amarus mempunyai potensi kesan buruk keatas buah pinggang haiwan.

Keputusan menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang boleh terjejas teruk.Penyelidik menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan produk yang berasaskan Phyllantus amarus.(3)

Sumber rujukan:

1)Ethno-medical and Pharmacological role of PhyllanthusNiruri: A Review
http://www.innpharmacotherapy.com/…/118_113IPPSASep15-044.p…

2)Phyllanthus niruri: A Review on its Ethno Botanical, Phytochemical and Pharmacological Profile
http://jprsolutions.info/…/journal-file-56c5bd6f605841.4727…

3)Effects of Oral Administration of Phyllanthus Amarus Leaf Extract on the Kidneys of Adult Wistar Rats- A Histological Study
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3252221/

Ahad, 30 Julai 2017

Cara alternatif mengawal penyakit asthma bagi kanak-kanak dan dewasa

seranganasthma
Bismillah,

Ramai antara kita tidak mengetahui bahawa penyaki asthma sebenarnya boleh dikawal hanya dengan pengambilan beberapa jenis suplimen berasaskan natural.Maksud kami adalah bahan-bahan yang selamat diambil dalam jangka panjang dan tidak membawa kesan sampingan yang buruk berbanding dengan ubat asthma yang diambil selama ini.

Apapun masih belum terlewat untuk pesakit asthma mengurangkan pergantungan ubat tersebut dengan memilih untuk mengamalkan beberapa tips ini yang diambil dari kajian-kajian yang diiktiraf dunia.

Berikut adalah kajian-kajian yang pernah dijalankan bersama keputusan yang memberangsangkan.

1) Curcumin(komponen aktif kunyit)

Kajian menunjukkan bahawa salah satu komponen aktif dalam kunyit iaitu curcumin, menghalang tindak balas alergi.

Penyelidikan lain menunjukkan bahawa curcumin berfungsi dengan mencegah atau memodulasi keradangan dan tekanan oksidatif pada saluran penafasan.

Dalam satu kajian 77 pesakit dengan asthma bronkus ringan hingga sederhana secara rawak dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima rawatan asthma standard manakala kumpulan lain menerima terapi standard ditambah 500 mg sehari curcumin.

Selepas 30 hari penyelidik membuat kesimpulan bahawa curcumin dengan ketara membantu meningkatkan halangan saluran pernafasan dan mencadangkan bahawa curcumin berkesan dan selamat sebagai terapi untuk rawatan asma bronkial.(1)

2) Magnesium Sulfate

Penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti Brown menguji pengambilan magnesium pada pesakit pediatrik dengan asthma yang sederhana dan kronik.

Tiga puluh pesakit secara rawak dberi samada 40 mg / kg magnesium sulfate atau larutan garam. Hanya dua puluh minit kemudian kumpulan magnesium menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam fungsi paru-paru jangka pendek.

Mengambil magnesium secara oral juga berkesan untuk mengawal asma.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Asthma 55 pesakit secara rawak diberi 340 mg (170 mg dua kali sehari) magnesium atau plasebo. Selepas enam setengah bulan, kumpulan magnesium mendapati reaktiviti bronkus yang lebih baik, dan langkah subjektif yang lebih baik terhadap kawalan asma dan kualiti hidup.

Dalam satu lagi kajian dari Brazil, 37 pesakit menerima fluticasone dihidu (nama jenama Flonase) dua kali sehari dan ubat asthma salbutamol.Sebahagian dari peserta kumpulan mengambil 300 mg sehari magnesium.

Selepas dua bulan reaktiviti bronkus meningkat dengan ketara dalam kumpulan magnesium sahaja. Kumpulan magnesium juga didapati kurang diserang asthma dan pengurangan yang ketara pengambilan ubat asma salbutamol berbanding dengan kumpulan plasebo.(2)

3) Vitamin D

Asthma dikaitkan dengan tahap vitamin D yang rendah. Dalam kajian 483 pesakit asma berusia dibawah 15 tahun dan 483 kawalan yang dipadankan, para penyelidik mendapati bahawa kekurangan vitamin D adalah lebih tinggi pada pesakit asma.(3,4,5)

Kajian terhadap vitamin D mendapati vitamin D dan kekurangannya mempunyai beberapa kesan dalam tubuh yang boleh menjejaskan perkembangan dan serangan astma.

Penyelidik menyimpulkan bahawa vitamin D boleh meningkatkan fungsi paru-paru dan tindak balas terhadap steroid, dan mengurangkan pembentukan semula pada saluran penafasan.(3,4,5)

Dalam satu lagi kajian double blind, perbandingan komparatif, 140 pesakit menerima rawatan standard untuk asthma manakala separuh daripadanya diberikan 1000 mg sehari vitamin D3. Selepas enam bulan penyelidik mendapati bahawa vitamin D3 ketara meningkatkan kualiti hidup untuk pesakit asma.(3,4,5)

4) Vitamin B6

Kajian double blind daripada 76 kanak-kanak asma yang diberi 200 mg harian vitamin B6 (pyridoxine). Selepas lima bulan penyelidik mendapati vitamin B6 membawa peningkatan yang ketara dalam gejala asthma dan pengurangan dalam dos bronkodilator dan kortison.(6)

Semoga bermanfaat

Sumber rujukan:

1)Evaluation of Efficacy of Curcumin as an Add-on therapy in Patients of Bronchial Asthma.

2) Oral magnesium supplementation in asthmatic children: a double-blind randomized placebo-controlled trial.

3) Is high prevalence of vitamin D deficiency evidence for asthma and allergy risks?

4)The immunobiological and clinical role of vitamin D in obstructive lung diseases

5)Effectiveness of vitamin D3 in severe persistent asthmatic patients: A double blind, randomized, clinical study.

6)Pyridoxine treatment of childhood bronchial asthma.

Jumaat, 14 Julai 2017

Ingin tahu punca kehamilan luar rahim (ectopic),keradangan bahagian pelvik dan tiub fallopian tersumbat?

ectopicpregnancy
Bismillah,

Fokus kami hari ini adalah tentang salah satu pembawaan penyakit yang sangat sinonim dengan kegagalan seseorang wanita hamil malahan boleh menyebabkan alat reproduktif yang penting seperti tiub fallopian dibuang dan yang paling merisaukan adalah ia juga boleh menyebabkan kematian.

Kehamilan ektopik adalah kehamilan yang berkembang diluar rahim, lazimnya didalam tiub fallopian. Keadaan ini membahayakan nyawa kerana dapat menyebabkan pecahnya tiub seandainya kehamilan mula berkembang.Chlamydia trachomatis mungkin satu nama yang  asing namun percaya lah setiap wanita wajib mengenalinya.

Apa itu penyakit yang dibawa oleh chlamydia trachomatis?

Chlamydia trachomatis adalah mikroorganisma yang bukan bakteria atau virus tetapi parasit yang suka mendiami di dalam sel-sel faraj pesakit.
Penyakit ini boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut dan tekak. Ia merupakan penyakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran mengandung.

Simtom dan tanda-tanda.

Antaranya lelaki juga boleh mendapat jangkitan chlamydia didalam buah zakar mereka dan di dalam saluran-saluran di mana sperma bergerak dan ini boleh mengakibatkan ketidaksuburan.

Wanita pula boleh mendapat jangkitan chlamydia dalam rahim, ovari, dan tiub fallopian yang akan menjurus kepada masalah radang pelvik (PID),kehamilan ektopik akibat dari tiub tersumbat dan ketidaksuburan.

Antara simtom penyakit ini adalah keluar lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari, pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang serviks . Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa tanda.

Komplikasi

Chlamydia boleh menjadi penyebab penyakit keradangan pelvis dan boleh meningkatkan risiko kehamilan ektopik yang mengancam nyawa.

Pesakit chlamydia juga boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ia meningkatkan risiko keguguran, kematian semasa kelahiran dan kelahiran pramatang.

Sekiranya ia ditularkan dari ibu kepada bayi semasa kelahiran, bayi boleh mendapat jangkitan pada paru-paru atau mata.

Pencegahan

Nasihat kami supaya elakkan komplikasi yang serius seandainya wanita merasakan terdapat simtom atau tanda-tanda jangkitan chlamydia, sila lakukan ujian dan sebaik-baiknya dirawat dengan seberapa segara.

Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesuburan bagi kedua pasangan suami isteri dan boleh meningkatkan risiko mendapat HIV.

Chlamydia lazimnya dapat dikesan melalui ujian air kencing atau ujian swab. Bagi wanita,swab dari serviks sementara untuk lelaki pula urethra atau dubur.

Bagi mereka yang mahu melakukan rawatan cara alternatif, gabungan 2 produk PPW Classic + Serum DH-7 keluaran Dr Herba mampu merawat jangkitan Chlamydia dan ini telah dibuktikan sejak tahun 2008.

Malahan bukti dari kajian antarabangsa juga telah  mengesahkan bahan aktif seperti cnidium monneiri (osthole)yang diformulasi dalam produk Dr Herba sebagai bukan sahaja boleh merawat tetapi melindung dari jangkitan bakteria,virus,parasit dan kulat dari berulang.

Maklumat tentang rawatan alternatif untuk Chlamydia dan jangkitan keputihan lain,sila whatsapp Puan Aliah Drherba Klik sini

Sumber:

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


http://www.nhs.uk/Conditions/Chlamydia/Pages/Complications.aspx

Jumaat, 7 Julai 2017

Biji Buah Betik Bermanfaat Untuk Kesihatan Usus Buan Pinggang & Hati

Manfaat bijibetik
Bismillah,
Buah betik adalah antara salah satu daripada buah-buahan terbaik dengan profil pemakanan yang luar biasa. Betik terkenal sebagai boleh membantu pencernaan dan mengandungi enzim pencernaan yang dipanggil papain.
Kebanyakkan formula untuk kesihatan usus yang dijual dipasaran mengandungi estrak enzim papain bagi membantu pencernaan.

Tetapi ramai antara kita hanya memakan isi buah betik dan membuang biji dari buah ini kerana disangkakan tidak boleh dimakan atau boleh memudaratkan kesihatan usus.Namun sangkaan kita ternyata meleset samasekali!

Tahu kah anda bahawa biji buah betik tersangat bermanfaat untuk kesihatan usus manusia dan organ-organ lain?

Bagi mereka yang tahu akan kemanfaatan biji buah betik ini maka perbuatan tersebut sama sahaja seperti membuang sesuatu yang sangat berharga untuk kesihatan.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Makanan telah melaporkan bahawa biji buah betik yang telah dikeringkan dan dikisar halus berkesan membunuh parasit didalam usus dan ini dilakukan tanpa kesan sampingan.

Penyelidik telah menguji kesan biji buah betik kepada kanak-kanak Nigeria yang mempunyai parasit dalam usus dari sampel najis mereka. Hasilnya, lebih daripada 75% kanak-kanak yang diberikan dos biji buah betik kering bebas parasit selepas tempoh tujuh hari

Sebenarnya,ramai yang tidak tahu bahawa biji buah betik sangat kaya dengan flavonoid,sebatian fenolik, protin, lemak, kalsium, fosforus dan magnesium. Ia juga berfungsi sebagai antioksida, anti-radang, anti-bakteria dan kesan terbaik antiparasit.

Di Universiti Karachi, penyelidik mendapati bahawa biji buah betik sangat berguna untuk membantu menguruskan penyakit buah pinggang dan mencegah kegagalan buah pinggang.

Masyarakat Jepun juga mempercayai bahawa mengambil satu sudu teh biji betik setiap hari boleh mengelakkan hati daripada ditimpa penyakit.

Sementara dalam Perubatan Tradisional Cina, biji buah betik yang menakjubkan ini telah digunakan selama berabad-abad lama untuk meningkatkan fungsi-fungsi utama hati dengan menghapuskan dengan berkesan toksin yang berbahaya.

Di Negara costa rica pula masyarakat disana mengamalkan makan biji buah betik beberapa kali seminggu bagi mengurangkan peluang mendapat demam denggi.

Cara-cara pengambilan biji buah betik untuk masalah usus:-
Campurkan 1 hingga 2 sudu teh serbuk biji buah betik yang telah dikeringkan ke dalam 1 cawan susu panas atau air suam. Minum pada waktu pagi semasa perut kosong selama 3 hari untuk membantu membersihkan jangkitan parasit dari dalam usus.

Wallahu'alam

sumber rujukan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑