Khamis, 6 September 2018

Estrak herba misai kucing boleh merawat penyakit rheumatoid athritis?

Bismillah,

Tanaman herba misai kucing (Orthosiphon stamineus) telah berkurun lama digunakan secara tradisional untuk merawat gout, arthritis, dan keadaan kesihatan lain yang berkaitan dengan keradangan.

Namun beigtu pengunaan herba misai kucing ini hanya berkitar dari pengalaman perubatan tradisional dan belum pernah dibuktikan dalam kajian sains.

Untuk membuktikan samada herba misai kucing ini benar-benar efektif seperti yang digembar-gemburkan sejak lama,maka sekumpulan penyelidik tempatan telah mengambil inisiatif menjalankan kaji selidik keatas potensi herba misai kucing dalam merawat rheumatoid arthritis.Kajian ini akhirnya telah berjaya diterbitkan dalam jurnal antarabangsa BMC Complementary and Alternative Medicine.

Gabungan penyelidik dari EMAN Research and Testing Laboratory, School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia dan Faculty of pharmacy, University Technology Mara (UiTM),Malaysia telah menjalankan penyelidikan menggunakan ekstrak 50 peratus etanol dari herba misai kucing sebagai rawatan untuk rheumatoid athritis.

Mereka juga telah menjalankan penilaian keatas aktiviti anti-arthritik pada ekstrak tersebut menggunakan ujian denaturasi haba in vitro dan model tikus athritis.

Keputusan menunjukkan bahawa rawatan dengan ekstrak etanol misai kucing telah menyebabkan perencatan edema pada kaki model tikus dan meredakan keradangan kronik dengan cara pengantungan pada dos.

Hasil dari imbasan sinar X yang dilakukan pada sendi synovial kaki belakang model tikus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ciri kekuatan dan pemulihan pada tulang tibia-talus daripada luka degenerasi dan osteoporotik.Rawatan ini juga menunjukkan perlindungan yang signifikan terhadap tulang rawan dan tisu lembut.

Penyelidik juga mendapati bahawa ekstrak etanol herba misai kucing mempunyai kesan anti-athritis dan aktiviti antioksidan yang kuat, serta kandungan fenolik dan jumlah kandungan flavonoid yang tinggi.

Kesimpulannya, penyelidik berpuashati dan melaporkan penemuan dari kajian ini serta mencadangkan bahawa ekstrak etanol herba misai kucing didapati bermanfaat untuk mencegah dan merawat rheumatoid athritis serta gangguan keradangan kronik yang berkaitan.

Sumber:

Cat’s whiskers (Orthosiphon stamineus) tea modulates arthritis pathogenesis via the angiogenesis and inflammatory cascade

https://bmccomplementalternmed.biomedcentral.com/…/s12906-0…

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑