Bismillah,
Lazimnya
keluar darah ketika haid yang
normal adalah sekitar 7 hari
namun tetapi berwaspadalah jika berlaku
pendarahan yang melebihi tempoh 7-15 hari atau sering juga dikatakan sebagai
haid berpanjangan. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara
objektif, akan tetapi jika pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup
seseorang wanita itu terjejas, wajah pucat dan lesu, lebih memburukkan lagi
keadaan apabila rutin hidup baik di rumah mahu pun di pejabat juga terjejas
apabila terpaksa kerap ke bilik air untuk menukar tuala wanita yang basah
dengan darah haid.
Remaja
yang menghadapi masalah ini pula akan menjejas pembelajaran di sekolah
disebabkan kehilangan darah yang banyak dan berpanjangan, menjadi pucat dan
letih sehingga mengganggu focus pembelajaran.Terdapat beberapa kaji selidik
yang membuktikan, jika seseorang wanita kehilangan darah lebih dari 80cc setiap
bulan akan mengalami masalah anemia(kurang darah).
Dari
sudut agama pula, masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan turut
membimbangkan, khususnya bagi wanita Islam apabila keraguan timbul untuk
melakukan solat dengan sempurna. Walaupun telah dibolehkan bersolat selepas
tempoh 15 hari , namun keraguan boleh menjadikan seseorang itu was-was
beribadah disebabkan perasaan tidak pasti akan status sebenar darah
tersebut.Jika ini berlaku,maka langkah yang terbaik sekali adalah dengan
melakukan pemeriksaan untuk mengdiagnosis masalah sebenar di hospital berhampiran,dikhuatiri ianya
adalah apa yang disebut sebagai MENORRHAGIA.
Adapun
dalam keadaan normal jumlah darah yang turun semasa haid kebiasaannya adalah 30
cc dalam seminggu. Definisi yang hampir tepat bagi menorrhagia ialah perdarahan
yang terlalu banyak melebihi 80cc dalam seminggu.Ini
juga bermaksud jika seseorang wanita itu mengalami pendarahan darah haid yang
melebihi 80cc pada setiap kitaran haid boleh diklasifikasi sebagai mengalami
simptom menorrhagia. Rawatan untuk masalah menorrhagia bervariasi dan bukan
hanya tertumpu kepada satu rawatan sahaja,ianya bergantung kepada punca, umur
dan kehendak pesakit.Justeru itu,berbincang dengan doktor ginekologi bagi
mendapatkan rawatan yang sesuai dan terbaik amat disarankan.
Menorrhagia
boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca.Walaupun kebanyakkan kes tidak
mempunyai sebab-sebab tertentu.Namun terdapat beberapa kaitan simptom yang
telah dikenal pasti seperti:
- Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
- Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari selaput rahim atau serviks)
- Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
- Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
- Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
- Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
- Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
- Sindrom Polycystik ovari (PCOS)
Antara Pilihan Rawatan
Secara
protokol,doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk melihat sistem
reproduktif wanita yang mengalami masalah berkenaan. Tujuannya adalah untuk
meneliti rahim bagi masalah seperti fibroid dan kemungkinan wujudnya cyst dalam
ovari.
Bagi
wanita yang melebihi usia 40 tahun disyorkan histeroskopi dan D&C (Dilation
& Curretage) untuk mencari punca dalam rongga rahim. D&C digunakan bagi
mendapatkan sampel dinding rahim bagi tujuan histologi.Apa yang penting, adalah
untuk melihat jika wujudnya masalah seperti barah atau kanser rahim. Kaedah
paling konservatif pula adalah dengan menggunakan ubatan hormon dan transamine
pada setiap bulan.
Antara
pilihan pembedahan yang kurang radikal adalah seperti endometrial ablation
iaitu dengan memusnahkan lapisan endometrium menggunakan pembedahan krio, laser
atau gelombang mikro, serta resection (kaedah yang mana lapisan endometrium
dikikis atau dipotong).
Kemuncak
rawatan adalah histerektomi (pembuangan rahim). Ini semua adalah beberapa
pilihan yang ada dan semua rawatan dijalankan selepas pemeriksaan manakala
setiap rawatan adalah bersifat individu.
Antara diet yang di syorkan
- Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi untuk mengekalkan tahap hemoglobin yang baik
- Mengurangkan pengambilan teh, kopi, alkohol, susu, dan produk susu ( hormon)
- Memakan banyak sayur-sayuran /ulam
- Kalsium/magnesium untuk menghentikan/mengurangkan kekejangan otot rahim
- Melakukan senaman ringan 30 minit setiap hari tetapi elakkan sehingga keletihan.
- Sapukan minyak jarak pada perut untuk mengendurkan otot.
Akhir
sekali,nasihat saya kepada wanita supaya lebih perihatin tentang masalah
menorrhagia ini dan jangan sekali-kali mengambil mudah atau sambil lewa,pastikan
jika terdapat simtom seperti anemia, susah bernafas, tercungap dan letih serta
tidak bermaya terutama ketika berjalan, pucat dan selalu merasa pening.Jangan
dibiarkan tanpa menjejakkan kaki untuk melawat klinik atau hospital yang
berdekatan.
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
FEMININE WASH PILIHAN KAMI
Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari
Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan)
Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206
Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/
Maklumat lanjut sila whatsapp Dr Herba
0 ulasan:
Catat Ulasan