Isnin, 12 Mei 2014

Vaginosis Bakteria Punca Kehamilan Ektopik

gif
Bismillah,

Vaginosis bakteria (BV) adalah keadaan dimana polimikrob yang disebabkan oleh pertumbuhan atau peningkatan bilangan mikroorganisma komensal anaerobik melebihi bilangan laktobasilus di dalam vagina iaitu mikroorganisma seperti Gardnerella vaginalis, Mobilincus, Mycoplasma hominis, Ureaplasma urealyticum dan Prevotella .Dalam bahasa mudahnya,keadaan ini disebabkan oleh ketidak seimbangan bakteria didalam tubuh.


Simtom Vaginosis Bakteria


Wanita yang mengalami vaginosis bakteria akan menunjukkan simtom seperti discaj homogenus yang nipis berwarna putih kelabu yang didapati pada dinding vagina .Selain itu ciri-ciri seperti bau hanyir hasil daripada tindak balas metabolik bakteria anaerobik adalah didapati lebih ketara selepas pesakit mengalami haid dan selepas melakukan hubungan seks disebabkan pH alkali darah dan semen.


Kadang-kala ianya tidak berbau dan menyerupai lendiran seperti nanah mungkin juga cair seperti susu. Wanita dengan BV juga mungkin terasa pedih semasa membuang air kecil atau gatal-gatal di sekeliling luar faraj, ataupun kedua-duanya sekali. Namun terdapat juga kes-kes yang dilaporkan tidak menunjukan tanda-tanda atau gejala sama sekali.


Antara lain,terdapat beberapa bukti kajian tentang vaginosis bakteria yang mungkin juga boleh menjadi petanda bahawa seseorang wanita itu dijangkiti jangkitan kelamin (STD) seperti virus herpes simplex (HSV), chlamydia dan Gonorrhea


Kajian Vaginosis bakteria


Dalam kajian vaginosis bakteria oleh Aliya Islam et al. (2009), mereka menerangkan secara terperinci tentang kajian mereka menilai kekerapan jangkitan bakteria di kalangan wanita “preterm labour” (PTL) yang mana ia menunjukkan kaitan yang rapat dengan jangkitan bakteria. Akibat jangkitan bakteria pada wanita-wanita ini, ia telah menimbulkan komplikasi ke atas kelahiran bayi seperti penurunan berat badan pada bayi(kurang 5.5 lbs) malahan terdapat juga kes-kes bayi yang mati didalam rahim.


Kajian seumpama,mendapati jangkitan vaginosis bakteria berupaya menjangkiti uterus (rahim) dan tiub fallopio melalui jangkitan radang pelvik (PID). PID boleh menyebabkan ketidaksuburan atau kerosakan pada tiub fallopio dan meningkatkan risiko kehamilan ektopik serta kemandulan. Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa, di mana telur yang disenyawakan tumbuh di luar rahim dan menyebabkan tiub tersebut  pecah.


Vaginosis bakteria turut dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan kuman selepas prosedur pembedahan seperti histerektomi atau pengguguran dan ramai pakar menasihatkan wanita yang dijangkiti supaya merawat telebih dahulu sebelum melakukan prosedur pembedahan.


Punca Vaginosis Bakteria


Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang punca sebenar vaginosis bakteria ini disebabkan ianya masih belum difahami sepenuhnya dan tidak banyak yang diketahui tentang bagaimana seseorang wanita diserang vaginosis bakteria.Setiap wanita boleh dijangkiti tidak kira status bujang ataupun sudah berumahtangga.

Walaupun telah berulang-ulang kali saya menasihati para wanita,namun saya suka mengingatkan sekali lagi supaya wanita lebih peka tentang penjagaan bahagian intim dan ini termasuk pengunaan produk-produk yang tidak bermanfaat dalam memastikan bahaya vaginosis ini tidak membawa musibah yang tidak di inginkan.


Pastikan pengunaan pembersih peribadi khas pH3.8-4.2 yang paling sesuai untuk bahagian initim,amalkan diet berasaskan bakteria baik dan kurangkan pergantungan kepada gula yang diproses.Buang jauh-jauh persepsi keputihan itu biasa sebelum ianya menjadi benar-benar luarbiasa.Bak kata pepatah melayu “sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna”.


Semoga Bermanfaat


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑