Rabu, 9 April 2014

Masalah Pendarahan Selepas Habis Haid

gif
Bismillah,
Suatu perkara yang agak merungsingkan bagi wanita apabila tempuh haid telah berakhir namun masih lagi terdapat cecair yang keluar dari faraj untuk beberapa hari. Adakalanya berwarna merah kecoklatan dan keluar bersama  cecair seperti air kencing, kadang kala pula ianya keluar bersama-sama dengan lendir serta beberapa titis darah dan selalunya dalam kuantiti yang sedikit namun sudah cukup merisaukan.Biasanya perkara ini hanya akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka.

Saya juga menerima banyak soalan “carbon copy” yang sama dan untuk itu,dalam kesempatan ini biarlah kita “refresh” kembali tentang masalah ini dan membawa wanita memahami semula seawal proses kitaran haid,masalah-masalah yang bakal timbul dan komplikasi yang juga bakal dihadapi seandainya tidak mendapatkan rujukan yang betul.

Proses Kitaran haid
Kedua-dua ovari yang berkedudukan di kiri dan kanan rahim secara alami berfungsi untuk mengeluarkan dua jenis hormon yang penting untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron.Hormon-hormon ini pula apabila digandingkan berfungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim untuk menghadapi kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur. Lazimnya,ovulasi akan berlaku antara 12 sehingga 14 hari sebelum datang kitaran haid yang berikutnya.

Hasil dari benih yang telah berjaya dikeluarkan akan melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau gagal) berlaku bersama sperma. Sekiranya persenyawaan gagal berlaku, paras hormon akan jatuh dan ini akan memberikan isyarat kepada dinding dalaman rahim supaya digugurkan sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran haid berlangsung selama 28 sehingga 35 hari adalah dikira normal.

Antara Sebab-sebab pendarahan selepas haid
Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan yang keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita itu berakhir. Pendarahan haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir untuk memulakan proses reproduktif yang baru.Walau bagaimanapun pendarahan selepas haid membuatkan wanita merasa bimbang, dan selalunya berfikir kemungkinan terdapat sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh badan mereka.

Dalam banyak kes,pendarahan berlaku selepas tempuh haid adalah disebabkan oleh lebihan tisu atau darah haid yang tidak dikeluarkan secara sempurna, maka saki bakinya akan  dikeluarkan dalam masa tempuh seminggu atau dua minggu selepas haid berakhir.Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahim  yang secara normal akan keluar sebagai darah haid apabila sampai waktu haid.

Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas faktor-faktor lain, seperti perubahan hormon secara tiba-tiba,pertambahan berat badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau telah mula mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar ovari.

Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan tiroid juga boleh menjadi punca untuk perkara ini berlaku.Pengambilan ubat atau suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat tersebut secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan perkara yang sama.Bagi remaja pula,situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil akibat dari kelenjar ovari yang masih belum matang.

Antara lain, pendarahan selepas haid ini juga berkemungkinan disebabkan  oleh kehadiran ketumbuhan fibroid didalam rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak terlalu merbahaya, ianya patut dibuang segera sebelum  membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.

Akhir sekali,nasihat saya kepada wanita,jika situasi ini tidak berlaku pada setiap bulan dan darah yang keluar hanya dalam kuantiti yang sedikit,maka tiada apa yang perlu dirisaukan namun tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan dan siasatan yang lebih teliti harus dijalankan oleh pakar.

Semoga Bermanfaat
FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 


Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑