Selasa, 18 Mac 2014

Kanser Serviks Dikalangan Remaja

gif
Bismillah,

Setiap wanita berisiko dijangkiti human papilloma virus (HPV) tidak mengira usia atau pola hidupnya.Penyebaran human papilloma virus (HPV) ini lah antara penyebab kanser serviks, kanser pembunuh kedua yang paling digeruni kaum Hawa selepas kanser payudara.

Realitinya virus HPV boleh berada didalam tubuh tanpa disedari sehingga jangkitan telah menjadi parah.HPV jenis 16 dan 18 merupakan punca bagi hampir 70 peratus kes kanser serviks, kanser vulva dan kanser faraj sementara HPV 6 dan 11 menyebabkan kira-kira 90 peratus ketuat alat sulit

Ramai dikalangan remaja moden beranggapan bahawa melakukan hubungan seks tidak mengapa asalkan tidak hamil atau selagi tidak diketahui Ibubapa mereka.Walhal perlakuan itu bukan sahaja ditegah oleh agama malahan boleh meningkatkan risiko timbunan virus HPV yang bakal memusnahkan kehidupan mereka di masa akan datang.

Secara jujur,risiko kanser serviks adalah  jauh lebih tinggi apabila aktiviti seks bebas dilakukan oleh remaja dibawah usia 20 tahun.Ini disebabkan dalam usia yang muda pangkal rahim masih terlalu rapuh dan pembentukan sel-sel rahim masih belum ditahap sempurna.Keadaan ini boleh mengakibatkan pangkal rahim yang tidak berupaya untuk membendung serangan HPV. Di burukan pula apabila masalah keputihan seperti bacterial vaginosis atau STD (berbau) yang tidak dirawat menjadikan kekebalan sistem pertahanan tubuh yang sangat lemah.

Lazimnya,perubahan prakanser dan peringkat awal kanser serviks tidak menyebabkan rasa sakit mahupun menampakkan simtom namun dalam banyak kes hanya akan disedari apabila telah parah. Antara simtom yang kerap dialami(jika ada) antaranya adalah seperti berlaku perdarahan yang banyak atau sukar membuang air kecil. Selain itu keputihan yang bercampur darah,rasa nyeri pada panggul juga perlu diawasi. HPV boleh menular keorgan-organ selain rahim, seperti panggul, ginjal, hati, malahan otak.

Antara lain, kanser serviks juga boleh berlaku akibat kekerapan hamil dan bersalin, kebiasaan merokok aktif dan pasif, menderita sexually transmitted deseases (STD) atau jangkitan kelamin serta faktor genetik (keturunan).

Kaedah Pencegahan

Terdapat dua kaedah pencegahan yang boleh dilakukan oleh remaja bagi mencegah kanser serviks. Pertama, dengan mengambil vaksin anti-HPV atau Gardasil keluaran MSD bagi remaja di Malaysia yang juga telah diluluskan oleh 40 buah negara.Vaksin ini diyakini efektif dan merupakan kaedah melindung yang boleh dilakukan dari usia seawall 9 sehingga 55 tahun.Remaja yang sudah baligh atau didatangi haid disarankan mengambil vaksin ini bagi perlindungan dari kanser serviks.

Pencegahan yang kedua adalah dengan ujian lumuran pap(papsmear) bagi mengesan awal perubahan serviks sebelum ia berkembang menjadi kanser,ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat kanser serviks dengan banyaknya sejak ia mula digunakan secara meluas pada dekad 1950-an.Namun ianya hanya sesuai untuk wanita yang telah melakukan hubungan seksual olehkerana ujian ini mengguna alat yang boleh menembusi selaput dara. 

Mencegah lebih baik daripada Mengubati

Untuk menjaga dan merawat kebersihan kawasan intim, remaja biasanya menggunakan pembersih peribadi atau tuala wanita ketika haid,untuk itu penggunaan produk yang dikitar semula dan beraroma wangian untuk tuala wanita serta bersabun,shampu,bermentol untuk pembersih peribadi  sangat tidak digalakkan.

Nasihat saya kepada remaja, pastikan setiap produk yang ingin digunakan khas untuk kawasan intim perlu memiliki komposisi bahan yang mengandungi keseimbangan pH antara 3.8-4.2. Fungsinya adalah untuk menjaga kadar keasaman kawasan intim disebabkan tanpa keseimbangan pH boleh merosakkan organisma pertahanan yang sedia ada.

Langkah selanjutnya yang juga penting adalah pengambilan makanan segar, yang mengandung banyak zat gizi. Berikut adalah beberapa zat gizi yang boleh membantu mencegah kanser termasuk juga kanser serviks.
  •  Betakaroten- melindungi organ dalam tubuh dari keracunan yang boleh memicu sel kanser.
  • Vitamin B6- sangat penting untuk menjaga sistem imunisasi dalam tubuh dan melindungi sistem pernafasan dari jangkitan  dan pencemaran.
  • Vitamin C - baik untuk pencegahan dan pemulihan.
  • Vitamin B- mencegah kanser serviks. 
  •  Vitamin E- sumber utama antioksida bagi melindung dari radikal bebas pemicu kanser.
Pada ketika ini, masih tiada ubat antivirus yang boleh merawat jangkitan HPV.Satu-satunya cara yang saya anggap paling berkesan untuk mencegah jangkitan HPV adalah dengan mengelakkan sebarang sentuhan alat sulit secara seksual dengan seseorang yang mempunyai virus ini. Selain itu remaja juga perlu bersikap lebih proaktif dalam usaha mengambil langkah untuk melindungi diri mereka daripada penyakit ini.

Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑