Isnin, 4 Februari 2013

Kanser Servik-Gejala,Pencegahan Dan Rawatan

gif
Bismillah,
Pada artikel april 2012,saya telah menulis secara ringkas tentang perkara yang amat digeruni oleh wanita diseluruh dunia bertajuk kanser serviks namun  sepanjang  tahun 2012  juga sehingga kini saya masih menerima banyak  email-email soalan daripada mereka yang masih keliru tentang gejala kanser servik serta kaedah-kaedah pencegahan yang sesuai.

Kali ini saya masih ingin menulis atas tajuk yang sama cuma bezanya ialah dengan input yang lebih jelas supaya mudah difahami.Semoga Allah Subhanahu Wata’ala  memberkati dan merahmati kita semua serta dijauhkan daripada musibah penyakit  yang amat misteri abad ini.Walaupun dunia manusia dikurniakan dengan kemajuan dan kehebatan sains moden yang berpaksikan ‘evidence based’ namun kelemahan manusia amat ketara sekali apabila masih gagal mengesan ribuan fenomena baru yang berlaku dalam kehidupan manusia khususnya kesihatan.

Saya mulakan dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 700 wanita di Malaysia maut  akibat kanser serviks pada setiap tahun.Punca sebenarnya juga agak masih menjadi misteri namun dari kajian saintis ,terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ).Terdapat  lebih dari 100 jenis HPV  dan kajian menunjukkan 99.7% daripada kes-kes kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18 sementara  jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.
Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari. Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi tempoh 18 bulan. Diatas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan bagi mengesan sel luarbiasa yang dikenali sebagai ‘dysplasia’  sebelum sel kanser servik  mula membentuk dan mulai dikesan.Realitinya pada masa dan saat ini hanya  ujian pap smear mampu mengesan sel luarbiasa ini dan keputusan rawatan juga akan bergantung kepada jenis sel kanser yang  berjaya dikesan.

Lazimnya kanser servik mengambil masa yang agak lama untuk membentuk dari bermula jangkitan sehingga menjadi prakanser adalah dianggarkan melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks akan mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.

Cara HPV Berjangkit
Cara virus HPV berjangkit  terutamanya  adalah melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-

  • Hubungan seksual bermula di awal remaja
  • Mempunyai pasangan seks yang ramai
  • Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin(STD)
Antara faktor sampingan (co factor)yang menyumbang kepada terjadinya kanser serviks selepas jangkitan HPV berlaku ialah antaranya merokok, kerap hamil, jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah dan jangkitan kelamin

Antara Gejala Yang Perlu Diawasi!
Tidak semua gejala yang  saya sebutkan sebagai gejala yang perlu diawasi  ini memungkinkan kanser serviks disebabkan masih terdapat  lagi ruang untuk gejala yang sama dari jangkitan keputihan biasa seperti trikomonas,bacterial vaginosis (BV) atau candida albican umpamanya yang masih boleh dirawat dengan mudah .Sikap tenang dan  tidak terburu-buru membebankan fikiran dengan sangkaan telah dijangkiti kanser servik sebelum melakukan ujian pap smear hanya akan merugikan diri dan emosi.
Antara tanda dan gejala yang perlu diawasi adalah seperti berikut:
  • Apabila mengalami perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Berlaku perdarahan yang banyak dan yang berpanjangan
  • Berlaku perdarahan di antara 2 haid
  • Terdapat kehadiran darah beku
  • Mengalami perdarahan  selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa melakukan hubungan seksual
  • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau atau bercampur darah
Vaksin Gardasil dan Cervarix
Berita baiknya ialah sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. 
Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. 

Namun, seperkara yang perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear masih perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Antara kaedah /saranan pencegahan
Pada hakikatnya, hanya dengan mengamalkan cara hidup yang sihat sebagaimana yang dituntut didalam Islam mungkin  dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti  kanser serviks.Berikut adalah antara beberapa kaedah /sarananyang boleh diamalkan sebagai agen pencegahan kanser serviks; 
  • Menambahkan ilmu pengetahuan tentang prakanser dan kanser serviks
  • Menjalani ujian saringan pap smear
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat  seperti senaman dan pemakanan seimbang.
  • Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh membantu mencegah kanser
  • Mengelakkan daripada tabiat merokok.
  • Mengamalkan hubungan seks yang sah dan sihat.Jauhkan dari melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan
  • Kaedah pelalian dengan pengambilan vaksin HPV

Perkara asas kepada pencegahan adalah menjauhi amalan-amalan yang tidak sihat dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan agama kerana itulah didalam Islam pencegahan lebih diutamakan  dari rawatan
Kita dituntut untuk berusaha melengkapkan diri dengan ilmu supaya mudah meresap tekanan yang bakal datang bersama simptom-simptom yang agak mengelirukan tentang kanser servik.Namun kita juga dituntut untuk berusaha mengesan kehadiran mikro organisma yang ‘tidak diundang’ ini  dari dalam tubuh.Mahu tidak mahu,suka tidak suka kita cuma ada satu pilihan sahaja untuk mengetahuinya iaitu dengan menjalani saringan PAP SMEAR.

Semoga Bermanfaat

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266

Selasa, 1 Januari 2013

Masalah Faraj Berbau - Punca Dan Rawatan

gif
Bismillah,

Menyingkap kembali dari ribuan soalan-soalan yang dihantar melalui email. sepanjang tahun,majoriti masalah yang dialami oleh wanita merupakan ‘carbon copy’ masalah yang hampir sama.Namun sebagai menutup tirai 2012 ini fokus dan simpati saya ditujukan kepada soalan-soalan wanita yang mengalami masalah ‘faraj berbau’.Ini disebabkan oleh implikasi yang bakal dihadapi jika masalah tidak ditanggani dengan fikiran yang positif serta kaedah yang spesifik atau holistik.

Seperti yang telah saya tuliskan dalam artikel –artikel sepanjang tahun 2012 ,masalah ini mungkin tanpa disedari boleh menimbulkan kerumitan dan implikasinya boleh menghadirkan tekanan dalam kehidupan seseorang wanita selain perasaan rendah diri dan impak terbesar sekali ialah ‘gangguan hubungan seksual’.Soalan yang sering bermain difikiran saya adalah :

”Mengapa wanita perlu membayar harga yang tinggi nilainya bagi masalah yang boleh dielakkan atau mudah dirawat”?.

Seperkara yang harus difahami ialah bukan semua jenis jangkitan mikro organisma itu boleh mengakibatkan barah dan nasihat saya agar wanita supaya jangan terlalu membebankan tekanan kepada diri sendiri tanpa mengetahui simtom yang sebenar sebelum didiagnosis.

Mari lah kita sama-sama menghalusi dan menyerap fakta-fakta tentang masalah ini supaya ianya tidak menjadi pemangkin kepada bebanan difikiran dan tanda tanya kelak apabila ianya datang menjengah..

Bau wanita & Hormon pheromon

Menurut pakar psikoterapi yang juga penulis buku The Unofficial Guide to Dating Again, Dr Tina Tessina,seorang wanita secara semulajdinya akan mengeluarkan bau. Bau tersebut menurutnya terhasil disebabkan oleh rembesan hormon pheromon yang berfungsi menjadikan seorang wanita kelihatan menarik di mata pasangannya.Dalam keadaan normal,bau asal faraj wanita tidak menyengat atau hamis.Keunikan aroma dari faraj seorang wanita pula biasanya dapat dihidu pasangan meskipun baunya tidak menyengat, namun aromanya masih dapat dihidu dengan jelas oleh pasangan.Malah kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Dr Tina Tessina yang mengatakan bahawa bau vagina akan menjadi semakin kuat terhidu apabila dijangkiti mikro organisma keputihan.

Punca faraj berbau yang ‘normal’

Sebagai contoh ,pemakaian panty liner boleh menyebabkan‘faraj berbau’ ini berlaku disebabkan oleh gangguan pengaliran udara di sekitar faraj yang mengaktifkan tindak balas bakteria terutama sekali jika kawasan faraj lembab atau berpeluh.Namun bau tersebut akan berkurangan apabila tindak balas bakteria mula reda.Antara lain ,faraj berbau juga boleh berlaku disebabkan selepas memakan atau meminum jenis-jenis makanan atau minuman yang beraroma kuat seperti durian,petai dsb.

Punca faraj berbau yang ‘abnormal’

Punca-punca abnormal yang perlu diberi perhatian lazimnya apabila wanita mendapati keluar cecair yang berbau dari faraj samada gatal ataupun tidak namun tetap merupakan simptom jangkitan kuman, sama ada pada permukaan faraj atau pintu rahim ataupun dari bahagian organ pelvis yang lebih dalam.

Kumpulan kuman yang sering menyerang ialah bacterial vaginosis dan selalunya rungutan wanita yang mengalami masalah ini adalah keluar cecair atau lendir yang berbau busuk (fishy odour discharge) dan kegatalan yang teruk.Penyebab lain yang mungkin menjadi punca faraj berbau juga adalah disebabkan berlakunya infeksi penyakit menular seksual (STD)seperti chlamydia, herpes genital atau gonorrhea.

Realitinya, hanya terdapat kes-kes yang terpencil melibatkan ‘kanser servik’ dengan hanya bersimtomkan faraj berbau,lazimnya kanser serviks diikuti oleh pendarahan yang banyak antara 2 haid dsb.Ini membuktikan keresahan,kebimbangan dan stres sesetengah wanita apabila mengdiagnosis sendiri faraj berbau sebagai kanser tidak berasas sama sekali.Perkara yang perlu difahami adalah faraj berbau boleh dirawat dengan mudah namun kelewatan merawatnya yang boleh mengakibatkan koplikasi-komplikasi yang tidak di ingini.

Pilihan rawatan untuk masalah faraj berbau

Berita baiknya,hampir kesemua jangkitan ini boleh dirawat samada dengan antibiotik yang spesifik setelah menjalani kaji kuman diklinik atau terapi alternatif yang holistik seperti homeopati,TCM,terapi herba yang telah diguna sejak ratusan tahun.Seperkara yang perlu difahami juga ialah apabila ditahap jangkitan ianya memerlukan rawatan samada yang spesifik atau holistik bagi memastikan jangkitan tidak berulang-ulang.

Dengan hanya pengunaan pembersih peribadi,herba seperti sirih ,manjakani atau suplemen kapsul dan jamu mungkin membantu apabila jangkitan yang ‘’mild’ namun ditahap simtom seperti faraj berbau kekerapan jangkitan berulang amat tinggi.Wanita juga perlu berhati-hati tentang pengunaan pembersih peribadi,ini disebabkan jika ia tidak mengandungi pH yang sesuai hanya akan memburukkan keadaan yang telah sediada.Pastikan setiap pengunaan pembersih perbadi mengandungi asid laktat dan pH3.8-4.2 yang juga sama dengan pH semulajadi di dalam faraj setiap wanita..

Antara Beberapa Tips Yang Baik Jika Di Amalkan

  1. Hindari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan elakkani memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam(panty liner jenis unscented) dan yang mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  7.  Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
  8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.

Telah banyak yang saya tuliskan dalam artikel-artikel sepanjang 2012 tentang punca jangkitan,rawatan dan pencegahan.Selepas ini di harapkan semua wanita supaya jangan menunggu terlalu lama apabila mengalami simtom faraj berbau ini,rawat lah segera ye..Alhamdulillah,semoga ilmu yang bermanfaat dan tips-tips yang berguna ini dapat dipraktikan sesaat tibanya tahun 2013.

Semoga Bermanfaat





FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 


Sumber:

Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila whatsapp (klik sini)0163900266

Ahad, 9 Disember 2012

Jangkitan Kuman Ketika Dalam "Pantang"

gif
Bismillah,

“Postpartum fever “atau demam ketika dalam pantang serta rasa sakit selama berpantang selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman yang berlaku ketika proses kelahiran sama ada kelahiran normal melalui faraj (vaginal delivery) atau secara pembedahan Cesarean. 

Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini adakalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian dari kesan komplikasi proses melahirkan anak. “Postpartum Fever “ merujuk kepada suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi. Demam sebegini biasanya berlaku dalam masa 24 jam selepas wanita selepas bersalin pulang berehat di rumah.

Bagi wanita yang tinggal di kawasan pedalaman yang jauh dari klinik kesihatan, demam semasa dalam pantang ini boleh memudaratkan sehingga boleh membawa maut jika terdapat kelewatan mendapatkan rawatan berbanding mereka yang tinggal dibandar besar yang mudah mendapatkan rawatan segera..


Walaupun proses kelahiran bayi adalah proses fisiologi yang normal, namun kecederaan fizikal masih tetap berlaku dan selalunya akan berlaku koyakan di sepanjang saluran kelahiran bayi, sama ada di pangkal rahim (cervix) atau di faraj terutama apabila bayi yang dilahirkan bersais lebih besar dari yang dijangkakan.


Kebanyakan kes-kes jangkitan kuman hanya dapat dikesan selepas seseorang wanita itu berehat di rumah. Dalam satu kajian yang dilakukan di UK, mendapati 94% dari kes jangkitan kuman ini didiagnosa selepas wanita dibenarkan keluar dari hospital.


Jangkitan Kuman Pada Luka

Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown dan biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka di kemaluan.


Bagi kes-kes cesarean pula luka pembedahan boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan takungan nanah atau abcess. Rasa sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya kemerahan. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah. Rawatan secara dressing perlu dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk dimakan.


Jangkitan Kuman Pada rahim


Majoriti kes-kes jangkitan kuman disebabkan oleh luka pada saluran sistem peranakan, sama ada di dalam rahim, pangkal rahim (cervix), faraj dan kulit sekitarnya.Jangkitan kuman pada lapisan endometrium dalam rahim (endometritis) selalunya menyebabkan sakit di bahagian abdomen dan bahagian ari-ari yang semakin hari semakin kuat. Walaupun ianya jarang berlaku namun masih boleh berlaku apabila terdapat sisa uri yang tertinggal dalam rahim.


Dalam hal ini, selain demam dan sakit di bahagian abdomen ianya juga mengeluarkan darah nifas yang berketul-ketul, berbau busuk serta tidak kering walaupun telah menghampiri tempoh tamat nifas.


Jangkitan Kuman Pada Pundi Air Kencing


Jangkitan kuman pada pundi air kencing juga sering dialami oleh wanita hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.


Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing yang mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, kekerapan membuang air kecil tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih.


Nasihat saya bagi wanita selepas bersalin agar mendapat rehat secukupnya, memperbanyakkan minum air dan menjaga diet pemakanan.Jika terdapat sebarang tanda ketidakselesaan pada tubuh atau rasa demam haruslah segera berjumpa dengan doktor agar punca demam dapat dikesan segera dan diberikan rawatan yang bersesuaian.


Semoga Bermanfaat


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑