Bismillah,
Menyingkap kembali dari ribuan soalan-soalan yang dihantar melalui email. sepanjang tahun,majoriti masalah yang dialami oleh wanita merupakan ‘carbon copy’ masalah yang hampir sama.Namun sebagai menutup tirai 2012 ini fokus dan simpati saya ditujukan kepada soalan-soalan wanita yang mengalami masalah ‘faraj berbau’.Ini disebabkan oleh implikasi yang bakal dihadapi jika masalah tidak ditanggani dengan fikiran yang positif serta kaedah yang spesifik atau holistik.
Seperti yang telah saya tuliskan dalam artikel –artikel sepanjang tahun 2012 ,masalah ini mungkin tanpa disedari boleh menimbulkan kerumitan dan implikasinya boleh menghadirkan tekanan dalam kehidupan seseorang wanita selain perasaan rendah diri dan impak terbesar sekali ialah ‘gangguan hubungan seksual’.Soalan yang sering bermain difikiran saya adalah :
”Mengapa wanita perlu membayar harga yang tinggi nilainya bagi masalah yang boleh dielakkan atau mudah dirawat”?.
Seperkara yang harus difahami ialah bukan semua jenis jangkitan mikro organisma itu boleh mengakibatkan barah dan nasihat saya agar wanita supaya jangan terlalu membebankan tekanan kepada diri sendiri tanpa mengetahui simtom yang sebenar sebelum didiagnosis.
Mari lah kita sama-sama menghalusi dan menyerap fakta-fakta tentang masalah ini supaya ianya tidak menjadi pemangkin kepada bebanan difikiran dan tanda tanya kelak apabila ianya datang menjengah..
Bau wanita & Hormon pheromon
Menurut pakar psikoterapi yang juga penulis buku The Unofficial Guide to Dating Again, Dr Tina Tessina,seorang wanita secara semulajdinya akan mengeluarkan bau. Bau tersebut menurutnya terhasil disebabkan oleh rembesan hormon pheromon yang berfungsi menjadikan seorang wanita kelihatan menarik di mata pasangannya.Dalam keadaan normal,bau asal faraj wanita tidak menyengat atau hamis.Keunikan aroma dari faraj seorang wanita pula biasanya dapat dihidu pasangan meskipun baunya tidak menyengat, namun aromanya masih dapat dihidu dengan jelas oleh pasangan.Malah kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Dr Tina Tessina yang mengatakan bahawa bau vagina akan menjadi semakin kuat terhidu apabila dijangkiti mikro organisma keputihan.
Punca faraj berbau yang ‘normal’
Sebagai contoh ,pemakaian panty liner boleh menyebabkan‘faraj berbau’ ini berlaku disebabkan oleh gangguan pengaliran udara di sekitar faraj yang mengaktifkan tindak balas bakteria terutama sekali jika kawasan faraj lembab atau berpeluh.Namun bau tersebut akan berkurangan apabila tindak balas bakteria mula reda.Antara lain ,faraj berbau juga boleh berlaku disebabkan selepas memakan atau meminum jenis-jenis makanan atau minuman yang beraroma kuat seperti durian,petai dsb.
Punca faraj berbau yang ‘abnormal’
Punca-punca abnormal yang perlu diberi perhatian lazimnya apabila wanita mendapati keluar cecair yang berbau dari faraj samada gatal ataupun tidak namun tetap merupakan simptom jangkitan kuman, sama ada pada permukaan faraj atau pintu rahim ataupun dari bahagian organ pelvis yang lebih dalam.
Kumpulan kuman yang sering menyerang ialah bacterial vaginosis dan selalunya rungutan wanita yang mengalami masalah ini adalah keluar cecair atau lendir yang berbau busuk (fishy odour discharge) dan kegatalan yang teruk.Penyebab lain yang mungkin menjadi punca faraj berbau juga adalah disebabkan berlakunya infeksi penyakit menular seksual (STD)seperti chlamydia, herpes genital atau gonorrhea.
Realitinya, hanya terdapat kes-kes yang terpencil melibatkan ‘kanser servik’ dengan hanya bersimtomkan faraj berbau,lazimnya kanser serviks diikuti oleh pendarahan yang banyak antara 2 haid dsb.Ini membuktikan keresahan,kebimbangan dan stres sesetengah wanita apabila mengdiagnosis sendiri faraj berbau sebagai kanser tidak berasas sama sekali.Perkara yang perlu difahami adalah faraj berbau boleh dirawat dengan mudah namun kelewatan merawatnya yang boleh mengakibatkan koplikasi-komplikasi yang tidak di ingini.
Pilihan rawatan untuk masalah faraj berbau
Berita baiknya,hampir kesemua jangkitan ini boleh dirawat samada dengan antibiotik yang spesifik setelah menjalani kaji kuman diklinik atau terapi alternatif yang holistik seperti homeopati,TCM,terapi herba yang telah diguna sejak ratusan tahun.Seperkara yang perlu difahami juga ialah apabila ditahap jangkitan ianya memerlukan rawatan samada yang spesifik atau holistik bagi memastikan jangkitan tidak berulang-ulang.
Dengan hanya pengunaan pembersih peribadi,herba seperti sirih ,manjakani atau suplemen kapsul dan jamu mungkin membantu apabila jangkitan yang ‘’mild’ namun ditahap simtom seperti faraj berbau kekerapan jangkitan berulang amat tinggi.Wanita juga perlu berhati-hati tentang pengunaan pembersih peribadi,ini disebabkan jika ia tidak mengandungi pH yang sesuai hanya akan memburukkan keadaan yang telah sediada.Pastikan setiap pengunaan pembersih perbadi mengandungi asid laktat dan pH3.8-4.2 yang juga sama dengan pH semulajadi di dalam faraj setiap wanita..
Antara Beberapa Tips Yang Baik Jika Di Amalkan
- Hindari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
- Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
- Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan elakkani memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
- Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
- Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
- Gunakan alas seluar dalam(panty liner jenis unscented) dan yang mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
- Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
- Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.
Telah banyak yang saya tuliskan dalam artikel-artikel sepanjang 2012 tentang punca jangkitan,rawatan dan pencegahan.Selepas ini di harapkan semua wanita supaya jangan menunggu terlalu lama apabila mengalami simtom faraj berbau ini,rawat lah segera ye..Alhamdulillah,semoga ilmu yang bermanfaat dan tips-tips yang berguna ini dapat dipraktikan sesaat tibanya tahun 2013.
Semoga Bermanfaat
FEMININE WASH PILIHAN KAMI
Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari
Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan)
Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206
Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/
Maklumat lanjut sila whatsapp (klik sini)0163900266
3 ulasan:
salam doktor...saya mempunyai masalah keputihan selama dua minggu..skrg saya mahu mendapatkan rawatan di klinik..adakah klinik biasa blh membantu saya atau saya perlu pergi ke klinik sakit puan?
Salam doc. Sy bru berumo 21 tahun. Sblm nie sy pernah terlanjur. Selepas itu sy dapati keputihan sy semakin byk. Dan sedikit sebanyak mengganggu rutin harian sy sewaktu bekerja. Keputihan yg sy mksudkn keluar dlm bentuk ketulan. Dan ada kalanye sy terpakse keluar knnye menggunankn jari. Kerana ketulan itu terkumpul di dlm faraj dalam keadaan yg byk. Sy segan hendak mencerita kn kepada doc. Sy ade jugak pergi ke klinik mendapat rawatan. Tp tidak menceritakn pekara sebenar kerana malu di sebabkn sy belum berkhawin. sy terpakse pergi ke klinik setiap 2bln di sebabkn keputihan itu datang lagi. Sy sgt bimbang. Sy harap doc boleh menjawab soalan sy.
salam doktor, sy ada menghantar email tp tidak berjaya. Assalam Doktor, saya sedang hamil 15+ minggu , anak ketiga. Masalah saya ialah selepas anak kedua, saya mula mengalami keputihan dan gatal di bahagian vagina. saya mengambil produk berasaskan herba (jamu susuk dara) - feminie wash utk masalah saya. saya dapati masalah ini makin ketara dan menurut agen itu, ini adalah tindakbalas normal bagi proses pembersihan keputihan. keputihan saya seperti ketulan susu . sekarang pencuci vagina tersebut telah habis dan saya masih mengalami keputihan tersebut.
untuk pengetahuan doktor, setiap hari pulang dr kerja, saya akan mengesat vagina dan mendapati setiap hari keputihan itu ada dan tidak menunjukkan inya akan hilang. baru baru ini apabila bersama suami, keputihan tersebut keluar berketul2 dan menakutkan saya kerana ianya tak pernah berlaku sebelum ni.
adakah tindakan mengesat vagina setiap hari menambah keputihan itu?
apa yg boleh saya lakukan ? adakah keputihan ini membahayakan bayi dlm kandungan saya?
Catat Ulasan