Selasa, 15 Disember 2015

FEBREZE Mengandungi 89 bahan Kimia Yang Tidak Ada Di Label

Bismillah,

Febreze antara produk yang agak popular dan berada dikebanyakkan rumah didalam negara Malaysia.Namun selepas membaca kajian ini ,mungkin ramai pembeli produk ini akan berfikir 2 kali sebelum melakukan pembelian di masa akan datang.


Environmental work group ( EWG) adalah sebuah pertubuhan NGO yang berpusat di Amerika Syarikat dan bertindak bagi melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.

Dalam salah satu projek mereka,EWG telah menguji lebih 20 pembersih dan penyegar udara sintetik yang digunakan di sekolah-sekolah di California.

Keputusan yang didapati agak membimbangkan disebabkan mereka berjaya mengesan beratus-ratus bahan kimia bertoksik yang boleh mencemar udara namun tidak disenaraikan oleh pengilang produk.

Antara produk penyegar udara yang di uji termasuk FEBREZE yang di kilangkan oleh Procter & Gamble ( P&G).

Produk ini telah digunakan oleh ramai suri rumah di Malaysia tanpa mengetahui kandungan toksik yang berada didalam formula pembersih FEBREZE

P&G seperti biasa hanya melabelkan 3 bahan sahaja dibotol produk namun ujian yang dilakukan oleh EWG mendapati FEBREZE mengandungi 89 bahan kimia yang tersembunyi didalam formula produk keluaran mereka.

Beberapa bahan juga didapati bertoksik dan karsinogen yang boleh mengundang kanser ke dalam rumah kita.

Antara 89 bahan kimia yang tidak disenaraikan termasuk yang hebat-hebat belaka seperti :

BHT
ACETALDEHYDE
1,3-DICHLORO-2-PROPANOL
METHYL PYRROLIDONE
BUTYLPHENYL METHYLPROPIONAL
ETHYL ACETATE
BENZALDEHYDE
DIETHYLENE GLYCOL MONOETHYL ETHER
ETHYLHEXANOL
HEXYL CINNAMAL


Sumber

http://www.ewg.org/…/greener-s…/school-cleaner-test-results

Selasa, 8 Disember 2015

Pil perancang keluarga meningkatkan 200% strok dan serangan jantung


Bismillah,

Penggunaan pil perancang keluarga adalah antara salah satu kaedah yang paling biasa diamalkan di negara Malaysia.


Pelbagai jenis  ada dijual di farmasi ,pil seperti Mercilon, Marvelon, Postinor, Yasmin, Nordette, Noriday dan lain-lain. 

Terdapat juga Pil Perancang Keluarga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagi golongan ini hanya pil perancang kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill atau Progestin Only Pill) iaitu Pil Perancang yang mengandungi  sejenis hormon Progestogen sahaja.


Setelah sekian lama selesa dengan amalan yang dilakukan selama bertahun-tahun.Pernah kah kita bertanyakan tentang bahan dan keselamatan pil-pil ini...rasanya ramai yang masih tidak tahu ye..

Adakah kaedah perancang keluarga yang diamalkan di Negara ini selamat? 


Jawapannya bukan sahaja mengejutkan malahan menakutkan ye…sila baca dan lakukan lah timbangan yang adil untuk diri sendiri dan keluarga.


Satu meta analisis yang dilakukan oleh  Department of Internal Medicine, Université de Sherbrooke, Endocrine Division, Sherbrooke, Quebec, Canada dalam mengkaji semula semua kajian-kajian yang telah diterbitkan bermula 1980-2002  terhadap risiko yang dikaitkan dengan penggunaan pil perancang  semasa. 


Mereka mendapati risiko untuk serangan jantung  dan strok telah meningkat dua kali ganda berbanding  mereka yang bukan pengguna. 


Sumber:



http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15814774

Sabtu, 5 Disember 2015

Kajian Mendapati Jintan Manis Menghilangkan Senggugut

Bismillah,

Bagi ramai pembaca wanita  yang masih bergelut dengan masalah senggugut yang teruk,mungkin kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu meredakan kesakitan setiap bulan.Mengamalkan diet yang seimbang serta makanan tambahan yang berkaitan boleh membantu mengembalikan semula keseimbangan hormon dan menghilangkan terus masalah senggugut ini.
 
Kajian ini pernah saya upload digroup FB klinik pronatural dan terdapat beberapa  testimoni dari beberapa ahli yang telah mencuba dan berjaya mengatasi "period pain" tanpa pengunaan pain killer.Pain killer tidak digalakkan  atas sebab kesan sampingan yang membimbangkan.
 
Berikut adalah kajian tentang keberkesanan jintan manis untuk membantu meredakan senggugut.

Jintan Manis mengalahkan Pain killer Mefenamic asid untuk Senguggut

Kajian di Kerman, Republik Islam Iran untuk membandingkan keberkesanan jintan manis atau asid mefenamic (sintetik) bagi melegakan kesakitan senguggut.
 
Dua kumpulan kanak-kanak perempuan sekolah menengah (min usia 13 tahun) yang mengalami senguggut dipilih secara rambang untuk menerima  ekstrak jintan manis (n = 55) atau asid mefenamic (n = 55) selama 2 bulan.
 
Dalam kumpulan jintan manis, 80% daripada kanak-kanak perempuan dan dalam kumpulan asid mefenamic, 73% daripada kanak-kanak perempuan menunjukkan kelegaan kesakitan atau pengurangan kesakitan.
 
Manakala 80% dalam kumpulan jintan manis dan hanya 62% dalam kumpulan asid mefenamic tidak lagi diperlukan untuk bercuti  dari sekolah.

Cara menyediakan jintan manis :-

1 sudu teh jintan manis dicampur dalam secawan air panas,tutupkan dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum ditapis dan diminum airnya sahaja. Lakukan 2 -3 kali sehari seminggu sebelum period.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17037712

Semoga Bermanfaat

Rabu, 25 November 2015

Kajian - keputihan dikesan dalam 31.5% keguguran trimester pertama

Bismillah,

Bagi yang suka mengambil sambil lewa tentang masalah penjagaan dari jangkitan keputihan,berikut adalah salah satu dari banyak kajian yang terdapat tentang keguguran trimester pertama yang berpunca dari jangkitan faraj(keputihan).Untuk rekod,ramai wanita berjaya hamil setelah memulakan langkah awal merawat keputihan dan mengimbang semula pH faraj.

Beberapa bukti menunjukkan bahawa jangkitan faraj memainkan peranan utama dalam patogenesis kehilangan awal kehamilan, namun tetapi implikasi dan kelaziman microrganisma dalam etiologi pengguguran spontan semasa trimester pertama kehamilan masih perlu disiasat lanjut.

Dalam kajian ini, penyelidik menganalisis tisu berkaitan dengan persenyawaan dari keguguran semasa trimester pertama (51 keguguran spontan dan 56 sukarela ) di kalangan wanita yang menghadiri “Gynecological Sciences Perinatology and Puericulture Department of "Policlinico Umberto I"

Spesimen telah disiasat dengan kaedah kultur kehadiran yis, gram positif, gram bakteria negatif dan mycoplasma . Dengan prosedur diagnostik molekul, turutan DNA Chlamydia trachomatis, herpes simplex virus, adenovirus, hpv dan polyomaviruses BK dan JC telah cuba dikesan.

Sampel tisu yang diambil dari keguguran spontan adalah didapati positif sekurang-kurangnya satu microrganisma 31.5%. Analisis data menunjukkan berlakunya kedua-dua jangkitan monomicrobial dan polymicrobial.

Department of Public Health Sciences, La Sapienza University, Rome, Italy.Infectious agents in tissues from spontaneous abortions in the first trimester of pregnancy.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14596343


FEMININE WASH PILIHAN KAMI


Selasa, 24 November 2015

Daun Betik Merawat Demam Denggi

Bismillah,

Benar kah daun betik boleh meningkatkan kiraan platelet ?

Jawapanya adalah POSITIF menurut kajian yang dilakukan oleh Bioassay Unit, Herbal Medicine Research Center, Institute for Medical Research, Malaysia.

Daun betik baru-baru ini diperkenalkan dalam arena rawatan denggi disebabkan kandungan protin kompleks yang tinggi dan keupayaan untuk membantu sumsum tulang meningkatkan penghasilan platelet. 

Menurut kajian keatas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah, jus daun betik yang diberikan selama 3 hari berturut-turut kepada pesakit telah terbukti bermanfaat dalam merawat demam denggi dan meningkatkan bilangan platelet. 

Cara terbaik adalah mengisar 3 helai daun betik bersama 1 cawan air tapis,setelah lumat kemudian ditapis pula untuk mendapatkan jus.Ambil 2 sudu makan setiap enam jam sekali/hari.

Selain itu antioksida yang terdapat di dalam buah-buahan juga membantu untuk meneutralkan radikal bebas dan dengan itu membantu mengatasi penurunan dalam bilangan platelet. 

Buah-buahan seperti strawberi, blueberries,anggur dan sebagainya, didapati kaya dengan anti-oksidan dan mengamalkan dalam kuantiti yang secukupnya juga membantu meningkatkan jumlah platelet.

Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever.

 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23662145

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑