Selasa, 24 November 2015

Daun Betik Merawat Demam Denggi

Bismillah,

Benar kah daun betik boleh meningkatkan kiraan platelet ?

Jawapanya adalah POSITIF menurut kajian yang dilakukan oleh Bioassay Unit, Herbal Medicine Research Center, Institute for Medical Research, Malaysia.

Daun betik baru-baru ini diperkenalkan dalam arena rawatan denggi disebabkan kandungan protin kompleks yang tinggi dan keupayaan untuk membantu sumsum tulang meningkatkan penghasilan platelet. 

Menurut kajian keatas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah, jus daun betik yang diberikan selama 3 hari berturut-turut kepada pesakit telah terbukti bermanfaat dalam merawat demam denggi dan meningkatkan bilangan platelet. 

Cara terbaik adalah mengisar 3 helai daun betik bersama 1 cawan air tapis,setelah lumat kemudian ditapis pula untuk mendapatkan jus.Ambil 2 sudu makan setiap enam jam sekali/hari.

Selain itu antioksida yang terdapat di dalam buah-buahan juga membantu untuk meneutralkan radikal bebas dan dengan itu membantu mengatasi penurunan dalam bilangan platelet. 

Buah-buahan seperti strawberi, blueberries,anggur dan sebagainya, didapati kaya dengan anti-oksidan dan mengamalkan dalam kuantiti yang secukupnya juga membantu meningkatkan jumlah platelet.

Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever.

 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23662145

Rabu, 22 Julai 2015

Salah Faham Tentang Asid Folik Dan Kesuburan Wanita



Apabila Dr pakar anda mengesyorkan pengambilan 400mcg asid folik untuk diambil setiap hari,ianya sebenar bertujuan hanya untuk mengelakkan kecacatan tiub saraf tunjang di peringkat awal dan sistem saraf.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan kegagalan otak bayi untuk berkembang secara normal.

Namun kajian pernah membuktikan folik asid hanya berkesan diantara 50-70 peratus bagi kes-kes yang agak biasa seperti spina bifida.

Bagi sesetengah wanita yang keliru menganggap asid folik yang disyorkan oleh klinik pakar boleh membantu kesuburan untuk merancang hamil(TTC)adalah merupakan satu kefahaman yang keliru.

Mengapa saya kata begitu?

Pertama sekali TTC memerlukan semua organ reproduktif wanita berfungsi dengan baik dari keseimbangan,pembinaan laluan dan hormon sehingga mencapai ovulasi dan seterusnya kehamilan.

Asid folik hanya membantu mengurangkan kadar kecacatan (neural tubes) dan tidak membantu fungsi lain yang diperlukan untuk TTC seperti keseimbangan, laluan,hormon dan ovulasi. 

Pengambilan berlebihan asid folik berasaskan kimia ini juga pernah dikaitkan dengan beberapa kajian sebagai amat membimbangkan,namun jika boleh wanita mengamalkan makanan dalam diet yang berasaskan folat,ini sangat-sangat digalakkan.

Makanan berasaskan folat contohnya seperti sayur bayam yang kaya dengan vitamin dan mineral,bukan sahaja membantu mencukupkan folat malahan wanita akan mendapat tambahan nutrisi lain seperti Vit A,Vit C,Vit E dan Vit K, B1,B2,B3,B6,manganese,magnesium,zat besi, kalsium,potassium,serat, phosphorous,zink,protin,cholin,selenium,phosphorus dan panthotenic asid.



Masalah Keputihan Warna Coklat


Dalam kehidupan seharian seorang wanita,adakalanya berlaku pendarahan dari faraj secara tiba-tiba dan merupakan sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.Apa yang merisaukan mereka adalah keganjilan pendarahan tersebut tidak mengikut aturan biasa sewaktu haid  atau nifas.

 Perkara sebegini selalunya menjadi tanda tanya buat diri mereka.Bukan sahaja gadis remaja malahan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga tidak terkecuali dari pendarahan yang tidak mengikut kadar waktu yang tetap serta dianggap ganjil.Pendarahan sememangnya membimbangkan setiap wanita tidak kira usia,status atau bangsa.

Pendarahan dikatakan  ganjil dan paling kerap dialami  oleh wanita lazimnya berwarna coklat terang atau gelap.Bagi membantu wanita memahami keadaan ini ,berikut adalah beberapa punca yang boleh menjadi penyebab keluarnya keputihan berwarna coklat.

Antara punca-punca keputihan warna coklat .


Turun naik hormon
Hormon adalah antara salah satu punca keluarnya keputihan warna coklat apabila seseorang wanita berhenti dari pengambilan pil pencegahan kehamilan.Lazimnya,ini disebabkan oleh perubahan hormon didalam tubuh. Walau bagaimanapun, jika keputihan warna coklat ini berlaku dengan kerap dan ketika itu masih lagi mengamalkan pengambilan pil tersebut, ia boleh menandakan terdapat masalah lain yang mungkin serius.

Kelewatan haid
Selalunya, kelewatan haid juga boleh menyebabkan keluarnya keputihan warna coklat selepas kitaran haid tersebut.Ini adalah disebabkan oleh saki baki lapisan tisu endometrium yang tertinggal dan proses pembersihan darah lama serta tisu daripada rahim. Dalam kebanyakan keadaan, ianya tidak perlu dibimbangkan kecuali jika ianya tidak berhenti dan aliran keluar berambah banyak,maka langkah paling bijak adalah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Pendarahan Implantasi 
Jika keputihan warna coklat di kesan 3 hingga 4 minggu selepas kitaran haid terakhir , terutamanya jika  baru-baru ini telah terlibat dalam hubungan kelamin tanpa perlindungan atau berhenti mengambil pil pencegahan kehamilan, ianya boleh menandakan pendarahan implantasi atau tanda awal kehamilan.

Jangkitan kulat yang berulang 
Bagi mereka yang menganggap jangkitan kulat adalah jangkitan biasa dan tidak memudaratkan,ubahlah persepsi tersebut disebabkan antara keputihan warna coklat juga berpunca dari jangkitan kulat yang berulang-ulang apabila tiada keseimbangan bakteria di dalam tubuh.Lazimnya keputihan warna coklat ini disertai dengan rasa sakit, rasa terbakar,sakit ari-ari dan bau yang tidak menyenangkan.Jangkitan ini boleh dirawat dengan anti fungal atau rawatan alternatif herba yang berkesan dan seimbang.

Penyakit Radang Pelvik (PID) 
Keputihan warna coklat disertai bau yang busuk,sakit abdomen dan sakit ketika hubungan kelamin adalah antara gejala penyakit radang pelvik atau PID yang melibatkan rahim, ovari atau tiub fallopio. Ramai wanita muda mengalami PID disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea, ketuat faraj, chlamydia dan sebagainya.

Vaginosis bakteria 
Jangkitan vaginosis bakteria boleh dirawat dengan bantuan antibiotik atau rawatan alternatif herba.Pesakit biasanya bertindak balas dalam masa hanya beberapa hari rawatan. Jangkitan ini bukan berpunca dari hubungan kelamin tetapi disebabkan oleh sistem imun yang lemah.Pengunaan produk penjagaan dan pH faraj yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca ketidakseimbangan bakteria.

Kanser serviks 
Pendarahan selepas haid yang berlangsung selama lebih tiga kitaran, boleh menjadi sesuatu yang lebih serius daripada keputihan warna coklat yang biasa.Jika mengalami pendarahan atau keputihan warna coklat selepas hubungan kelamin,adalah lebih baik jika dilakukan pemeriksaan di klinik/hospital.

Kerosakan pada bahagian dalaman organ reproduktif
Dalam kes yang serius, keputihan berwarna coklat juga boleh menjadi tanda kepada beberapa jenis kerosakan di bahagian dalaman organ-organ reproduktif.Tentu sekali memerlukan pemeriksaan terperinci. Kemungkinan boleh disebabkan oleh polip, hakisan atau kecederaan pada mulut atau permukaan rahim.Ini boleh menjadi satu keadaan perubatan yang serius yang memerlukan perhatian segera.

Stres yang melampau
Akhir sekali,keluar keputihan warna coklat boleh berpunca dari stres yang melampau menyebabkan gangguan dalam kitaran haid serta gangguan kesuburan.Akibatnya,akan kelihatan kitaran haid yang tidak teratur disertai dengan senggugut yang teruk.Rawatan yang paling efektif adalah dengan membawa perubahan diet dan cara hidup yang lebih “relax” jauh dari tekanan.

Mencari jalan penyelesaian kepada masalah keputihan ?

Cuba link ini  http://perintisherba.blogspot.com/

FEMININE WASH PILIHAN KAMI




Rabu, 24 Jun 2015

Sakit Kepala Yang Teruk Berjaya Diatasi Dengan 5HTP - Kajian Di Portugal

Bismillah,

Berita baik bagi mereka yang selalu mengalami sakit kepala yang teruk aka migrain.Satu kajian yang dilakukan di portugal mendapati 5 HTP berjaya mengatasi masalah yang melibatkan ramai pesakit di seluruh dunia.

Berikut adalah ringkasan kajian yang telah dilakukan yang jelas membawa sinar kepada ramai pesakit migrain yang tegar.
 
Satu percubaan rawak “double-blind” dilaporkan, di mana 78 pesakit kronik sakit kepala telah dirawat dengan L-5-hydroxytryptophan (5-HTP) (n = 43) atau placebo (n = 35) selama 8 minggu , selepas tempoh 2 minggu dan dengan tempoh susulan tambahan 2 minggu. 

Berbanding dengan kumpulan yang dirawat dengan plasebo, tiada perubahan ketara secara statistik dalam jumlah hari dengan sakit kepala atau sakit kepala intensiti dalam kumpulan yang dirawat dengan 5-HTP dalam dos 300 mg setiap hari.

Walaubagaimanapun, terdapat penurunan ketara dalam penggunaan ubat tahan sakit. Setelah 2 minggu menjalani rawatan, terdapat penurunan ketara dalam bilangan hari dengan sakit kepala.
Pendapat subjektif dalam tempoh yang terakhir ini juga memihak kepada 5-HTP

Rujukan:
Department of Pharmacology, Biomedical Institute for the Research of Light and Image, Faculty of Medicine, University of Coimbra, Coimbra, Portugal.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10849040

Ahad, 21 Jun 2015

Minyak Habatussauda Meningkatkan Kualiti Sperma Bagi Lelaki

Bismillah,


Walaupun terdapat ramai lelaki yang mengalami masalah kesuburan yang jelas telah mula merundum di seluruh dunia.

Mungkin ramai juga yang tidak menyedari termasuk umat islam sendiri,bahawa terdapat strategi semula jadi yang telah terbukti untuk membantu mereka meningkatkan bilangan sperma, pergerakan dan morfologinya.

Makanan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu HABATUSSAUDA…..

Buktinya,dalam satu percubaan yang dikawal plasebo “clinical double-blind”, para penyelidik dari Iran Shahid Beheshti University Sains Perubatan telah berjaya membuktikan bahawa minyak dari ubat tradisional timur tengah dengan ketara berjaya meningkatkan kualiti sperma, jumlah dan motiliti.

Para penyelidik telah menguji sejumlah 34 lelaki yang dianggap tidak subur - kerana mereka hanya mempunyai jumlah sperma kurang daripada 20 juta setiap mililiter, atau mempunyai kurang daripada 30% morfologi atau kurang dari 25% -50% motiliti sperma. Keadaan ini juga dikenali sebagai oligoasthenoteratospermia.

Motiliti sperma dalah berkaitan dengan bagaimana pergerakan sperma ke ovum atau telur yang akan disenyawakan. Motiliti rendah bermakna sperma tidak dapat bergerak cukup pantas untuk terus hidup dalam perjalanan untuk menyuburkan telur dan selalunya hanya mempunyai keupayaan untuk menembusi lapisan luar sekitar telur.

Morfologi sperma pula adalah berkaitan dengan bentuk sperma iaitu sperma normal yang akan dinaikkan di kepala dengan ekor tunggal yang sihat. Mempunyai kepala atau ekor berbentuk luar biasa atau ekor berganda didapati sama dengan morfologi rendah.
Mempunyai bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap mililiter dipanggil oligozoospermia sementara di atas paras ini dianggap normal.

Para penyelidik telah menguji pH sperma kerana pH boleh menentukan tahap motiliti sperma dan memberi sperma peluang yang lebih baik untuk menembusi telur.
Para penyelidik telah memberikan pada setiap seorang daripada 34 lelaki tidak subur dengan 2.5 mililiter minyak habatussauda dan plasebo pula diberikan cecair parafin setiap hari.

Selepas dua bulan, penyelidik sekali lagi menguji motiliti, morfologi dan bilangan sperma bagi setiap lelaki. Mereka mendapati bahawa kumpulan yang diberikan minyak habatussauda mempunyai bilangan yang lebih tinggi sperma, motiliti sperma lebih baik dan morfologi sperma serta tahap pH bertambah baik berbanding dengan kumpulan plasebo .

Para penyelidik menyimpulkan:
Bahawa pengambilan harian 5 mililiter minyak habatussauda selama dua bulan meningkatkan kualiti sperma yang tidak normal pada lelaki yang kurang subur tanpa kesan sampingan yang buruk.

Semoga Bermanfaat

Rujukan:
Kolahdooz M, Nasri S, Modarres SZ, Kianbakht S, Huseini HF. Effects of Nigella sativa L. seed oil on abnormal semen quality in infertile men: A randomized, double-blind, placebo-controlled clinical trial. Phytomedicine. 2014 Mar 25. pii: S0944-7113(14)00108-1. doi: 10.1016/j.phymed.2014.02.006.

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑