Sabtu, 25 Oktober 2014

7 Cara Mudah Memahami Kitaran Haid Anda

Bismillah,

Saya simpati dengan ramai wanita yang masih keliru tentang masalah kitaran haid,lebih-lebih lagi remaja.Majoriti soalan-soalan yang saya terima setiap hari juga berkisar pada perkara kitaran haid yang sama.Saya juga susah hati,mungkin ramai yang membaca artikel tentang kitaran haid di blog tetapi ramai juga yang masih keliru kenapa ye? Mungkin terlalu akademik kot ? tak mengapa saya ada satu idea….

Bagi sesetengah wanita yang tidak berapa suka atau faham membaca artikel yang terlalu akademik,saya cuba untuk memudahkan pemahaman anda dengan poin-poin yang cepat di cerna dan mudah di fahami.

7 Cara Mudah Memahami Kitaran Haid Anda 
  1. Ramai yang menyangka bahawa haid yang jarang berlaku adalah disebabkan oleh saluran fallopia yang tersumbat namun sebenarnya masalah ini lebih dikaitkan dengan masalah hormon, bukan struktur laluan haid. 
  2. Kitaran haid yang tidak teratur lazimnya berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur yang secara tidak langsung menjadikan seseorang wanita itu mengalami masalah kesuburan. 
  3. Apabila tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid maka ini bermakna tiada peluang untuk seseorang wanita itu hamil pada pusingan tersebut. 
  4. Haid yang tidak teratur bukan penyebab bertambahnya berat badan seperti anggapan sesetengah wanita. Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus sebenarnya yang menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah obesiti juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari 
  5. Anggapan seperti haid tersumbat boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah satu tanggapan yang tidak berasas. 
  6. Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan yang berlebihan, haid tidak teratur, menandakan paras hormon androgen yang berlebihan (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan.Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan 
  7. Sewaktu proses haid, penghasilan hormon ternyata sangat penting. Hormon ini adalah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu ianya dinamakan hormon estrogen.
Saya akan sambung bab hormon pula selepas ini,mudah-mudahan dengan susunan poin-poin yang lebih mudah di baca,ramai wanita especially remaja mudah mencerna ilmu yang penting ini, selagi mereka masih mengelar diri sebagai permpuan,wanita,mak cik,nenek.....


Semoga Bermanfaat

Jumaat, 24 Oktober 2014

Darah Haid Dan Istihadah - Penerangan Dari Ustaz Azhar Idrus


Bismillah,


Kebelakangan ini terdapat banyak soalan-soalan yang saya terima berkisar tentang bagaimana untuk mengetahui samada darah yang keluar itu adalah benar-benar darah haid atau istihadah(darah penyakit).

Sebagai seorang muslimah,saya kira sudah sampai waktunya untuk mengaplikasikan teknologi video dalam blog ini, supaya pengunjung blog dan mereka yang masih merasa was-was boleh mendapatkan pendapat kedua daripada penceramah yang lebih arif tentang hukum hakam.Saya bukan seorang ustazah,mungkin di atas kekurangan itu,boleh berlaku kesilapan dalam jawapan yang saya berikan tentang hukum.

Walaupun kebanyakkan kemusykilan telah di jawab,namun adalah lebih afdal jika para muslimah mendengar sendiri jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya supaya boleh dijadikan rujukkan di kemudian hari.


Semoga Bermanfaat

Ahad, 19 Oktober 2014

Formula Kulit Muka Lembut Cantik Berseri

Pertama sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr salwa atas undangan sebagai penulis jemputan untuk blog klinik keputihan.Saya menerima undangan ini dengan hati terbuka dan perasaan syukur kehadrat Allah swt. 

Saya juga akan akan cuba melakukan yang terbaik sekedar mana kemampuan dan ilmu yang ada.Semoga pengalaman sebagai penyelidik herba yang pernah saya lakukan bersama pakar -pakar herbologi di dalam dan luar negara membantu.

Formula Khas Melembutkan Kulit Muka


Dari azali lagi,telah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki wajah yang cantik,gebu dan berseri-seri begitu juga impian kami dalam usaha untuk  merealisasikan apa yang setiap wanita hajati sehingga menjadi realiti.Bahan-bahan untu formula ini mudah didapati ,murah dan selamat untuk digunakan berbanding kosmetik yang di jual dipasaran.

Memandangkan ketika ini terdapat berbagai-bagai jenis dan ragam produk kecantikan dipasaran Malaysia.Namun sayangnya, KKM akhir-akhir ini banyak melakukan rampasan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan yang terlarang.Apa yang dibimbangi,kosmetik-kosmetik “haram” ini boleh menyebabkan kerosakkan yang kekal kepada kulit wajah apabila digunakan untuk jangkamasa yang lama.

Saya akan kongsikan rahsia dan formula serta cara yang selamat untuk mendapatkan kulit wajah yang lembut,cantik berseri-seri dan lebih muda dari usia anda sekarang.


Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:-


  1. Pelembab Muka (sunblok tidak kira jenama asalkan yang halal)
  2. Hidrogen perosida (air + oksigen dan boleh dibeli di farmasi)
  3. Telur ayam(ambil putih  sahaja)
  4. Sabun muka yang lembut (tidak kira jenama )
  5. Bebola kapas dan tuala lembut

Bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat skrub muka:

  1. ¼ camca teh gula merah
  2. 1 camca teh cuka epal
  3. 1 camca teh madu
Ketiga-tiga bahan ini dicampurkan dan di kacau sehingga sebati .
 

Cara-caranya :
  1. Pertama sekali bersihkan kulit muka anda dengan sabun muka yang lembut dan sesuai untuk muka,tidak kira jenama apa sekalipun,asalkan yang halal.
  2. Selepas itu sapukan scrub muka yang telah di buat tadi dengan rata,sama caranya sepertimana anda menggunakan skrub muka yang lain.Kemudian cuci muka dengan air bersih.Keringkan muka anda dengan tuala yang lembut.
  3. Ambil bebola kapas dan basahkan sedikit dengan hidrogen peroksida dan sapukan kepada wajah anda. Ini akan mengurangkan bakteria di kulit dan juga boleh menghilangkan tompok hitam.
  4. Kemudian ambil putih telur disapukan pada muka sama sepertimana kita munggunakan masker.Biarkan sehingga 30 minit, ia akan merapatkan dan menegangkan semula kulit muka anda.
  5. Selepas 30 minit ,hilangkan bekas masker putih telur dengan tuala lembut yang sedikit basah.
  6. Untuk hasil yang lebih baik,ikuti dengan pengunaan pelembap muka,sebaik-baiknya yang mengandungi sunblok disebabkan kulit muka mendapat banyak kerosakan dari sinaran uv.
  7. Pada waktu malam sebelum tidur, bersihkan kulit muka anda dengan sabun dan hidrogen peroksida sekali lagi.
  8. Tidur dengan bantal yang lembut dan bersih untuk mengelak dari jangkitan kuman pada muka.
Setelah melakukanya selama 3 hari,jangan terkejut apabila anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar,tiada lagi pori, tompok hitam dan kulit muka akan menjadi selembut sutera.
 

Selamat Mencuba!


Sanusi MJ
http://www.perintisherba.blogspot.com

Jumaat, 17 Oktober 2014

Wanita Menopause Lelaki Juga Andropause

Bismillah,
Lain kali jika wanita mendapati perubahan kelakuan pada suami.Agak dingin,cepat marah atau mudah terasa hati,jangan cepat membebel atau melenting.Baik selidiki dahulu fakta tentang satu sindrom yang baru untuk para suami yang dinamakan andropaus.

Selain mengetahui fakta-fakta tentang sindrom menopaus,wanita yang sudah berkahwin kini perlu menambah satu lagi pengetahuan tentang sindrom yang sama tetapi bukan penambahan pada menopaus sediada,cuma ianya adalah menopaus untuk lelaki pula yang disebut sebagai andropaus.

Andropaus mula dibahaskan dari segi perubatan sejak tahun 1940-an, tetapi tidak diterima oleh fraterniti perubatan pada waktu itu sehinggalah baru baru ini.

Dianggarkan jutaan lelaki dari seluruh dunia dipercayai mengalami sindrom andropaus,dan lazimnya lelaki yang berusia antara 40 hingga 55 tahun.Malahan terdapat juga beberapa kes yang lelaki berusia 30an tahun juga telah menunjukkan gejala andropaus.

Apa sebenarnya yang di maksudkan oleh andropaus ?

Andropaus mungkin adalah satu perkataan yang agak asing  jika dibandingkan dengan menopaus. Sebenarnya,andropaus sama seperti juga menopaus, adalah penurunan tahap hormon seksual disebabkan oleh usia tua.

Namun perbezaanya,tidak seperti menopaus pada wanita (dimana hormon estrogen mengalami penurunan secara tiba – tiba), hormon testosteron pada lelaki menurun secara perlahan sesuai dengan pertambahan usia (proses penuaan). Disebabkan itu gejala-gejala yang timbul pada andropaus tidak begitu ketara berbanding menopaus untuk wanita.

Punca utama andropaus adalah hormon testosteron

Hormon testosteron adalah hormon yang dirembiskan oleh testis, dan bertanggung jawab untuk pertumbuhan seks sekunder ketika lelaki baligh seperti pertumbuhan kumis dan rambut di alat kelamin, dada menjadi lebih bidang, suara yang berubah kasar, dan juga menjaga libido (keinginan seksual), fungsi seksual seperti ereksi dan orgasm pada lelaki dewasa, merangsang otot, tulang, darah, tenaga, fungsi kognitif dan keselesaan secara menyeluruh.

Fakta dan Mitos Tentang Andropaus

Mitos : Viagra dapat mengatasi efek andropaus

Fakta : Viagra tidak dapat membantu sepenuhnya. Viagra hanya berfungsi untuk memperbesarkan pembuluh darah sehingga ereksi dapat bertahan lebih lama, yang menjadi masalah andropaus bukannya penyempitan pembuluh darah tetapi kurangnya hormon testosteron.

Mitos : Kekurangan hormon testosteron hanya disebabkan oleh usia tua

Fakta : Tidak hanya usia tua, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya tahap kekurangan testosteron.Kanser testis beserta dengan kemoterapi dan radioterapi yang digunakan untuk mengubatinya, dapat menurunkan tahap hormon testosteron.Begitu juga dengan gangguan pada kelenjar pituitari dan tiroid.

Mitos : Hormon testosteron hanya menyebabkan gangguan fungsi seksual.

Fakta : Hormon testosteron tidak hanya menyebabkan penurunan fungsi seksual. Sama seperti wanita yang mengalami menopaus dan mengalami berbagai masalah lainnya, andropaus juga menyebabkan gangguan pada fungsi organ lain.

Dalam jangka pendek, penurunan testosteron mungkin tidak berpengaruh namun ketika lelaki berusia 70 hingga 80-an tahun, penurunan ini meningkatkan risiko obesiti, kerapuhan tulang, kehilangan mass otot dan mati pucuk. Tahap testosteron yang sangat rendah juga dapat meningkatkan risiko mautt akibat dari serangan jantung.

Mitos : Hormon yang membantu dalam fungsi seksual hanya testosteron sebagai hormon seks lelaki.

Fakta : Realitinya bukan hanya hormon testosteron yang berfungsi sebagai hormon seksual dalam tubuh lelaki. Terdapat hormon androgen juga walaupun efeknya tidak sebesar hormon testosteron.Harap jangan terkejut pula,sebab hormon estrogen (yang dikenali sebagai hormon wanita) juga didapati dalam tubuh lelaki,namun hanya dalam kadar yang rendah.

Mitos : Terapi penggantian hormon merupakan penyelesaian yang paling tepat untuk semua lelaki

Fakta : Untuk mengubati andropaus, terapi tersebut boleh dipertimbangkan. Tetapi tidak semua orang boleh menggunakannya. Terdapat komplikasi yang membahayakan apabila digunakan oleh lelaki yang menderita kanser prostat, penyakit hati, atau kencing manis.

Mitos : Lelaki tua yang kehilangan nafsu seks bererti sedang mengalami andropaus.

Fakta : Tidak semestinya,banyak faktor lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami penurunan nafsu seks, seperti mengalami jangkitan, obesiti, ubatan, tekanan perasaan, dan lain-lain.

Apa yang perlu difahami adalah gejala awal andropaus bukannya penurunan nafsu seks sahaja, tetapi lebih kepada perubahan suasana hati dan perilaku .Lelaki dengan tahap testosteron yang rendah akan menjadi cepat marah, gugup dan mudah tersinggung.


Semoga Bermanfaat

Rabu, 15 Oktober 2014

Penyakit Sembuh Hanya Dengan Keyakinan Minda

Bismillah,

Hartini adalah seorang pesakit kemurungan yang telah sekian lama berusaha untuk mengubati penyakit yang dihidapi sejak dari zaman gadis lagi.Dalam usaha mencari kesembuhan ,hartini telah banyak menghabiskan masa dan wang termasuk semua simpanan peribadinya.

Sehingga satu hari,hartini merasakan tidak boleh terus menerus berbelanja disebabkan kemampuan kewangan yang semakin terbatas.Rawatan perlu diberhentikan sementara waktu sehingga dapat mengumpul kembali wang yang mencukupi.

Setelah hampir berputus asa,akhirnya hartini mengunjungi saya dirumah atas anjuran seorang sahabat lama.Setelah bercerita dan mengakui atas ketidakmampuanya untuk terus menerus membiayai kos perubatan,hartini merayu saya seikhlasnya membantu dan hanya mampu membayar kos yang jauh lebih rendah.

Sebagai seorang doktor wanita yang berjiwa lembut dan bersikap kemanusiaan,tidak sampai hati membiarkan seorang wanita yang baik dan sopan ini menderita lebih lama lagi hanya disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk meneruskan rawatan lanjut.

Tanpa berfikir panjang,saya bersetuju untuk merawatnya tanpa mengenakan bayaran. Setelah merekodkan sejarah hidup hartini dan semua sejarah perubatannya selama ini, akhirnya saya memutuskan untuk memberinya ubat khusus yang perlu diambil setiap hari sehingga terdapat perubahan atau sembuh.

Seminggu sekali hartini akan mengunjungi saya dirumah untuk dikonsultansi dan menambah lagi stok ubatan. Seperkara yang tidak disedari hartini,sebenarnya saya hanya memberikan prekripsi kapsul yang berisi serbuk gula glukosa.”Ubat” ini sebenarnya tidak mengandungi bahan aktif bagi menyembuh penyakit,ia hanya kapsul biasa yang di isikan dengan serbuk glukosa.

Dalam istilah medik,ubat ini dinamakan plasebo. Dan itulah terapi yang saya berikan pada hartini selama beberapa bulan lamanya.Plasebo sebenarnya adalah “ubat saikologi” yang berfungsi sebagai penambah nilai keyakinan keatas efek harapan untuk sembuh.

Kesembuhan yang hartini nikmati,sebenarnya bukan dari kesan pengambilan ubat,umat Islam wajib percaya kesembuhan hanya dari Allah swt, namun setiap sesuatu usaha perlu penjelasan,rasa yakin,percaya dan optimisnya atas efek ubat itu merupakan satu proses penyembuhan tersendiri.

Setiap kali hartini mengunjungi rumah, saya akan memanggil anak kesayangan yang turut membantunya. Setiapkali anak saya mengunjungi hartini di rumahnya untuk sekedar menghibur dan menjadi teman dikala sepi.Kiriman salam yang di sampaikan oleh anak saya kepadanya menjadi motivasi tersendiri dalam proses mencapai kesembuhan. Alhamdulillah,sehingga kini hartini telah kembali sembuh 100%.

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui cerita tentang efek plasebo ini.Dan untuk menguatkan lagi cerita tentangnya,saya kemukakan satu kajian “double blind test “ yang pernah dilakukan dimana doktor dan pesakit,kedua-duanya tidak mengetahui apakah ubat yang digunakan samada plasebo atau ubat yang sebenarnya.

Efek yang didapati dari sejumlah pesakit-pesakit yang diberikan ubat plasebo kemudian dibandingkan pula dengan pesakit-pesakit yang diberikan ubat yang sebenarnya. Keputusan,ternyata sama, tidak ada perbezaan antara dua kelompok pesakit tadi.

Bagaimana efek plasebo berlaku,biarlah pakar yang kompeten yang menjelaskannya.Kita hanya mengambil pelajaran bahawa keyakinan, fikiran, dan jiwa sangat besar pengaruhnya terhadap zahir dan batin manusia.Tentunya hasil dari kebijaksanaan pencipta yang maha agung.

Sekarang baru faham kenapa kita selalu disuruh untuk berfikiran positif dan menghindari pemikiran yang negatif.Ini disebabkan ternyata hubungan antara fikiran yang negatif dan kemungkinan datangnya penyakit tersangat rapat.

Dalam bukunya yang berjudul “self healing”, Louis Proto menjelaskan bahwa kekuatan atau kelemahan sistem kekebalan tubuh kita pada akhirnya dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan, kita rasakan, kita katakan dan kita lakukan.

Banyak kajian mendapati bagaimana pesakit yang menderita penyakit kronik yang berfikiran positif lebih besar kemungkinan untuk sembuh berbanding pesakit yang berfikiran negatif.
Keyakinan, fikiran dan jiwa yang positif akan menghasilkan sesuatu yang positif. Optimism adalah kekuatan terpendam yang boleh muncul menembusi dunia realiti.

Sebenarnya ada kekuatan yang besar dimiliki oleh jiwa kita untuk terapi-terapi kesihatan ataupun melakukan perkara-perkara yang luar biasa.Contohnya,ada diantara kita yang pernah melompat pagar,jika diukur dengan ukuran biasa agak terlalu tinggi,bila waktunya? ketika dikejar oleh anjing yang garang.

Realitinya,walaupun efek plasebo berkesan merawat beberapa jenis keadaan penyakit.Namun ilmu perubatan moden masih tetap diperlukan bagi merawat penyakit-penyakit lain yang bertahap serius atau mungkin yang memerlukan pembedahan untuk pulih.

Semoga bermanfaat

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑