Sabtu, 19 Julai 2014

Kajian-Jangkitan Kulat Vagina Boleh Membawa Maut

Bismillah,

Topik kali ini agak signifikan dengan soalan-soalan yang selalu ditanyakan melalui email.Ramai wanita beranggapan bahawa jangkitan kulat (candidiasis) tidak merbahaya dan hanya akan menimbulkan sedikit ketidakselesaan sahaja pada kehidupan seharian.Persepsi ini ternyata salah dan seperti yang pernah saya sebutkan dalam banyak artikel-artikel yang lalu.jangkitan biasa akan menjadi luarbiasa jika tidak ditanggani dengan segera.Beberapa kajian yang dilakukan di luar negara termasuk di Universiti Kebangsaan Malaysia membuktikan jangkitan kulat vagina bukan sahaja boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria malahan berupaya memasuki saluran peredaran darah dan boleh mengundang maut.

Info Tentang Jangkitan kulat

Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan yang paling kerap berlaku kepada wanita melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan hanya menimbulkan masalah sekiranya pembiakanya berlebihan dan tidak terkawal.

Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan iritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh juga menyerupai tanda-tanda yang sama.

Faktor Jangkitan Berulang

Jangkitan kulat yang berulang berlaku apabila seorang wanita itu mengalami jangkitan berulang empat kali atau lebih. Jangkitan berulang berlaku pada 5-8% dikalangan wanita yang subur. Ada beberapa faktor risiko berulang seperti :
  • Wanita yang kurang daya tahan
  • Wanita yang menghidap Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Wanita yang mengambil steroid jangka panjang
  • Wanita yang menggunakan kemoterapi
  • Jenis kulat yang ganas
  • Jenis kulat yang kebal kepada anti fungal
Mengenali Lebih Dekat Tentang Candida Albicans

Candida albicans merupakan patogen oportunis yang boleh menyebabkan jangkitan sistemik dan membawa kepada kematian dalam keadaan tertentu.Di Malaysia, candida albicans merupakan spesies candida yang kerap dipencilkan daripada individu yang mengalami jangkitan candida seperti penyakit candidiasis .

Peningkatan bilangan individu yang menderita disebabkan serangan yis oportunis ini telah membuka perhatian umum tentang kepentingan candida albicans sebagai agen yang penting bagi penyakit candidiasis.

Pada kebiasaannya candida albicans hadir sebagai organisma komensal. Namun sekiranya sistem pertahanan tubuh terganggu,candida albicans mampu untuk memasuki ke bahagian tisu yang lebih dalam serta memasuki saluran peredaran darah dan tersebar di dalam tubuh sehingga menyebabkan jangkitan sistemik yang boleh membawa maut. 

Rawatan Dan Kekebalan Kepada Anti Kulat

Pada masa kini, agen antikulat seperti flukonazole, itrakonazole dan amfoterisin B diprekripsikan untuk merawat pesakit yang dijangkiti oleh candida albicans. Walaubagaimanapun, penggunaan agen-agen antikulat tersebut semakin terhad ketika ini disebabkan kemunculan strain-strain klinikal yang rintang terhadapnya. Penggunaan amfoterisin B pula didapati dapat menyebabkan kesan sampingan yang teruk terhadap pesakit seperti hiportemia,hipotensi dan kerosakan ginjal . Disebabkan faktor-faktor inilah, maka penghasilan ubatan atau agen antikulat yang baru sangat diperlukan.

Namun masih terdapat beberapa kaedah rawatan terapi herba yang di amalkan sejak beratus tahun dahulu menunjukkan betapa manusia perlu kembali kepada fitrah alami dalam menanggani masalah penularan kulat yang tidak terkawal.Sembilan puluh peratus dari kes-kes candida ini telah berjaya di atasi dengan kaedah holistik ini.

Semoga bermanfaat 

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑