Rabu, 5 Jun 2013

Jangkitan Pundi Kencing

gif
Bismillah,

Pada suatu ketika dalam kehidupan, ramai dikalangan wanita yang mengalami infeksi atau jangkitan pundi kencing. Dalam kebanyakan kes, ia tidak serius dan pulih dengan rawatan.

Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi kencing. Ianya agak sinonim berlaku pada golongan wanita dan jarang pula berlaku kepada golongan lelaki.

Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka. Walaubagaimanapun, risiko golongan lelaki untuk mendapat cystitis ini juga boleh meningkat apabila meningkatnya usia mereka hingga ke satu tahap berlakunya peningkatan sais kelenjar prostat.

Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis E.coli .Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling kemaluan .

Agak sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.

Realitinya pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan kelamin.

Antaranya wanita yang menggunakan diagfram, iaitu salah satu alat untuk merancang keluarga, juga mudah mendapat jangkitan pada pundi kencing. Ini berlaku mungkin disebabkan alat ini menekan pada pundi kencing dan mengakibatkan pundi kencing tidak mengosong dengan baik. Keadaan ini akan mengakibatkan bakteria membiak dengan cepat pada takungan air kencing atau baki air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

Wanita hamil juga cenderung mendapat jangkitan disebabkan penekanan pada pundi kencing oleh kandungan yang semakin membesar.

Malangnya sehingga ke hari ini ramai sientis masih belum menemukan jawapan yang tepat tentang mengapa golongan wanita lebih berisiko mendapat jangkitan pundi kencing berbanding lelaki. Kesimpulannya, mereka beranggapan bahawa ia berkemungkinan disebabkan wanita mempunyai urethra yang pendek.

Urethra ialah saluran yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing. Laluan yang singkat ini, iaitu lebih kurang satu inci setengah, menyebabkan bakteria mudah untuk masuk semula ke dalam pundi kencing.

  • Berikut adalah antara gejala
  • Kencing dengan kerap
  • Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
  • Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
  • Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
  • Kencing berdarah atau kencing yang berbau
  • Demam sederhana
Gejala lebih serius pula akan berlaku apabila jangkitan telah melintasi pundi kencing.Antaranya adalah:
  • Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
  • Loya dan muntah
  • Sakit di bahagian belakang pinggang
Tips pencegahan yang baik jika diamalkan 
  • Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda 
  • Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  • Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air
  • Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.
  • Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.
  • Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.
  • Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.
  • Tukar tuala wanita dengan kerap semasa haid
  • Elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat
Perlu difahami jangkitan pundi kencing ini jika ditahap yang serius tidak hanya boleh dibiarkan tanpa rawatan yang spesifik atau menanggung risiko ianya menular dan merosakkan buah pinggang.

Semoga bermanfaat 


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 


0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑