Bismillah,
Alat sulit wanita merupakan organ reproduksi wanita yang sangat mudah dijangkiti. Ini disebabkan batas antara urethra dengan dubur yang sangat dekat sehinggakan mikro organisma keputihan seperti kulat, bakteria, parasit ataupun virus mudah memasuki melalui liang faraj.Adapun di dalam faraj seseorang wanita terdapat berbagai jenis bakteria dimana 95 % daripadanya adalah jenis lactobacillus dan selebihnya adalah patogen. Dalam keadaan flora semulajadi didalam faraj yang seimbang, bakteria patogen tidak akan mengganggu. Namun apabila keseimbanganya terganggu, contohnya apabila tahap keasidan menurun, pertahanan semulajadi juga akan turut menurun dan ini memberi ruang berlakunya jangkitan.Antara puca timbulnya gangguan boleh disebabkan oleh pengambilan pil pencegah kehamilan, penyakit diabetes mellitus, pengambilan antibiotik dalam dos yang tinggi, darah haid, cairan sperma, menyembur air ke dalam faraj (douching), dan gangguan hormon seperti kehamilan atau menopaus dll.
Perlu
difahami bahawa flora semulajadi alat sulit wanita merupakan lingkaran
kehidupan yang dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu estrogen dan bakteria lactobacillus
atau bakteria baik. Estrogen berfungsi dalam menentukan kadar zat gula sebagai
simpanan tenaga dalam sel tubuh (glikogen). Glikogen merupakan nutrisi dari lactobacillus
yang akan dimetabolismakan untuk pertumbuhan. Sisa metabolisma kemudian akan
menghasilkan asid laktik yang menentukan suasana keasidan di dalam faraj dengan
potential hydrogen (pH) sekitar 3.8 – 4.2. Tahap keasidan ini membolehkan lactobacillus
hidup dengan subur dan bakteria patogen (jahat) akan mati.
Secara alami,faraj
wanita dapat melindungi dirinya daripada jangkitan melalui pH berasid yang
rendah namun apabila keseimbangan ini berubah maka ianya membuka peluang bagi
mikro organisma keputihan menyerang dan boleh mengakibatkan jangkitan pada
faraj.Keadaan ini juga dapat dikesan apabila faraj mula terasa gatal atau
keluarnya lelehan yang telah berubah pada warna atau bau. Perkara yang perlu
diketahui adalah keseimbangan flora semulajadi didalam faraj wanita amat
sensitif pada perubahan persekitaran
terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) faraj.
Apakah normal untuk bakteria berada
didalam faraj?
Faraj mempunyai
dunia kecilnya sendiri dan sesetengah daripada bakteria ini merupakan bakteria ‘penghuni’
tetap dalam faraj. Dalam kebanyakan kes, bakteria dan organisma yang berada
didalam faraj ini mungkin meningkat atau menurun dari masa ke semasa. Terdapat
lebih daripada 30 jenis berlainan dan para wanita tidak perlu risaukan tentang kehadiran
mereka. Sebahagian besar daripadanya dikenali sebagai lactobacilli atau
bakteria yang bermanfaat yang bekerja keras untuk memastikan faraj sentiasa
sihat dengan mengekalkan keasidan pH didalam faraj.
Fakta mengenai bakteria baik :
Lactobacilli
- Bakteria yang paling dominan menetap didalam faraj.
- Ianya membantu faraj agar sihat dengan membebaskan hidrogen peroksida.Hidrogen peroksida ini mengawal perkembangan bakteria lain dan melaluinya, persekitaran yang “normal” dan “seimbang” dapat dikekalkan.
- Lactobacilli juga menghasilkan asid laktik yang menyebabkan pH keasidan faraj.
- Lebih banyak lactobacilli didalam faraj adalah lebih baik disebabkan ia melindungi faraj daripada jangkitan.
Menurut
beberapa kajian tahap pH produk yang sesuai untuk membersihkan faraj ialah
antara 3.8 hingga 4.2. Kebanyakkan sabun atau gel mandi yang terdapat dipasaran
mempunyai tahap pH yang melebihi daripada 7. Ketidaksesuaian ini akan
mengakibatkan gangguan pada flora bakteria semulajadi didalam faraj dan juga boleh
memungkinkan jangkitan berlaku.
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan