Bismillah,
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
Cnidium Moneiri adalah sejenis pokok dari keluarga
lobak. Ia didapati tumbuh di kebanyakan negara seperti China, Korea, Mongolia
dan kini terdapat juga di Oregon, Amerika Syarikat dan juga beberapa kawasan di
Australia.
Antara bahagian yang penting dan banyak digunakan dalam formula perubatan adalah
bijinya. Biji cnidium yang bulat, berwarna kekuningan dan berbau harum
sememangnya herba yang amat bermanafaat terutama sekali untuk wanita yang gerun
akan perkataan barah servik dan yang juga kerap dijangkiti keputihan.
Biji cnidium telah digunakan secara meluas sejak
2000 tahun dahulu untuk membantu mengubati penyakit kegatalan kulit,ruam,ekzema
dan cacing gelang terutama sekali dibahagian alat sulit. Pakar herbalis
perubatan tradisional cina zaman dahulu juga mempreskripsikan biji cnidium yang
dikisar dan dimakan bagi meningkatkan
pengaliran darah ke klitoris wanita atau alat sulit lelaki bagi menghasilkan
kenikmatan dan ketahanan melakukan aktiviti seks.
Kebelakangan ini banyak kajian telah dilakukan oleh
makmal-makmal universiti di negara China, Taiwan, Austalia dan Amerika
Syarikat. Penemuan demi penemuan telah membuktikan pengambilan atau pengunaan
biji cnidium ini amat berkesan bagi melawan sel-sel kanser servik, payu dara,
osteoporosis, asthma dan ia juga besifat anti-histamin, alergi, anti kulat,
anti bakteria serta anti kegatalan. Bahan aktif
“Osthole” yang terdapat pada biji cnidium ternyata memberi kesan yang
amat positif bagi melindungi lelaki dan
wanita dari infeksi.
Kajian yang dilakukan oleh School of Pharmacy,
Shenyang Pharmaceutical University pada 2004 telah mendapati estrak biji
cnidium berpotensi menguatkan tulang begitu juga kajian yang dilakukan di
sebuah universiti di Taiwan telah berhasil menemukan bahan aktif “Osthole” sebagai
anti tumor dan dapat melawan sel-sel kanser.
Sehingga ke hari ini, banyak kajian yang dilakukan
tentang keselamatan biji cnidium menunjukkan ia selamat untuk dimakan atau
disapukan pada kulit dan tidak akan memberi kesan sampingan malah Persatuan Produk
Herba Amerika memberikan cnidium rating tertinggi kelas 1 sebagai herba yang
selamat digunakan.
Perkembangannya di Malaysia pula Dr Herba adalah antara syarikat yang terawal merebut peluang memanfaatkan serta mengkomersialkan
estrak cnidium monneiri sebagai PPW atau pelindung peribadi untuk wanita dari
jangkitan mikro organisma keputihan serta membantu mengawal sel –sel kanser
yang rata-rata amat digeruni oleh wanita seluruh dunia.
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan