Ahad, 18 Disember 2011

Keputihan - Sindrom Derita Dalam Diam

gif
Bismillah,

Statistik dari badan kesihatan sedunia (WHO ) tentang kesihatan reproduksi wanita menunjukkan 75% wanita di dunia mengalami vaginitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka dan 45% pula diantaranya pernah mengalami sebanyak dua kali atau lebih.

Simptom seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, iritasi, nyeri ketika melakukan hubungan intim, sakit pada ari-ari, bau yang tidak menyenangkan dan kadangkala ada pendarahan dari vagina.

Setiap wanita di seluruh dunia pasti pernah mengalami vaginitis walaupun hanya sekali seumur hidupnya. Ironinya, ramai wanita gagal memahami punca keadaan ini berlaku dan mula merasa tertekan, bingung, bercelaru, rasa rendah diri, marah, sebak dan bermacam-macam perasaan serta emosi yang negatif. Sementelahan lagi wanita yang sedang hamil atau remaja yang belum berkahwin dan belum pernah mendapat pendedahan seksual. Mereka cuma memahami keadaan ini sebagai keputihan.

Mengapa Wanita seringkali mengalami masalah ini ?

  1. Antara sebab-sebab perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya keperihatinan atau mungkin terdapat sedikit kekeliruan terhadap satu-satunya organ yang sangat penting untuk wanita
  2. Ramai wanita tidak memahami fungsi organ kewanitaannya sehingga secara khusus tidak memberi perhatian terhadap organ tersebut.
  3. Selalu berperasaan bahawa tidak ada masalah terhadap organ kewanitaannya, membuatkan para wanita kurang menjaga kesihatan organ kewanitaan mereka.
  4. Wanita lebih berminat merawat wajah daripada organ kewanitaannya.
  5. Kurangnya informasi mengenai gejala penyakit yang bakal timbul jika tidak menjaga organ yang satu ini
  6. Tidak peka pada pengunaan ubat-ubatan, kimia, diet dan persekitaran yang kondusif bagi flora bakteria di dalam vagina.
Ketidakperihatinan tentang masalah vaginitis ini jika berterusan akan menyumbang kepada permasalahan yang lebih besar. Sebagai contoh vaginitis yang tidak dirawat boleh mengakibatkan banyak komplikasi lain seperti kelahiran pra matang, barah serviks, rosaknya tiub fallopian, mengandung luar rahim dan sebagainya.

Bagaimana Sindrom ini Bermula

Dibandingkan dengan organ seksual lelaki,kedudukan organ wanita lebih tersembunyi dan sukar untuk diamati oleh yang empunya diri sendiri sehingga memerlukan perhatian yang lebih sedikit dalam penjagaanya.

Jika diambilkira latarbelakang seseorang wanita yang datang dari keluarga masyarakat Melayu Islam, maka tidak hairanlah wanita itu sendiri kurang pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakkan keluarga Melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.

Akibatnya, ramai wanita tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin dengan penjagaanya. Maka secara psikologi terbentuklah satu sindrom baru dalam kehidupan wanita itu sendiri yang menggabungkan penderitaan emosi dan rohani juga digelar sindrom “derita dalam senyap”

Didapati lebih ramai wanita dikalangan yang belum berkahwin menghadapi sindrom ini tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan orang lain atau ibubapa disebabkan perasaan malu dan taboo tadi. Masalah vaginitis ini akan terus membelenggu kehidupan seharian mereka sehinggalah mereka berusaha untuk merawatnya samada dengan cara perubatan moden ataupun perubatan alternatif herba yang banyak terdapat dipasaran.

Semoga Bermanfaat

8 ulasan:

Shafique berkata...

Trimass Dr sebab linkkan saya di blog Dr. Bagus sangat info nie. Saya as husband pon kena amik tawu pasal nie bukan setakat wanita saja. Nie wife pon tengah baca. Syabas atas usaha Dr dari saya dan wife.

Pro Natural berkata...

Terima Kasih kembali,semoga usaha menyampaikan mesej kepada wanita2 Islam kita mendapat sokongan dari masyarakat bloggers

sis zura sabah berkata...

salam puan,saya telah mengalami keputihan sudah hampir 5 tahun,ianya kadang2 hilang begitu saja tapi bila dah menyerang,rasa gatal yg amt sangat dan menyebabkan celah kelengkang melecet teruk dan berbekas hitam dan ini di ikuti bintik2 merah gatal timbul di punggung.adakah program prk boleh juga di sapu di bahagian punggung ? kulit saya juga sensitif terhadap haba dan makanan laut.mohon bantuan puan dalam kadar SEGERA.

Tanpa Nama berkata...

assalam..selepas bersalin sy menghadapi masalah keputihan. walaupun berkali ubat telah di ambil di hospital dan klinik tetapi ia akan datang semula..sejak itu kitaran haid saya juga berubah..kadang2 2-3 bulan sy tidak datang bulan..adakah itu tanda2 penyakit pangkal rahim?

Pro Natural berkata...

PENGUMUMAN
Assalamualaykum,
Minta maaf pada soalan2 yg belum terjawab lagi disebabkan masa tidak mengizinkan saya terpaksa menjawab banyak soalan2 melalui email sahaja dan membiarkan blog ini untuk artikel2 yg bermanfaat.Kepada ramai pengunjung blog ini yg inginkan jawapan yg lebih cepat sila emailkan kepada saya di email drsalwa@doktorherba.com

InsyaAllah saya akan menjawab dgn kadar yg lebih segera dgn syarat dapat mengenalkan diri,status dan usia bagi memudahkan saya memberi nasihat dan pandangan.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam dokter...
Semalam faraj saya mengeluarkan sejenis cecair jernih tp bercampur darah ckit dan bwarna coklat..bebentuk kenyal mcm bertali panjang kene tarik keluar dr faraj tu dokter...ape tu dokter?bahaya x? Risau pulak saya asek memikir...
T.kasih

Tanpa Nama berkata...

dr,sy bru brumah tggal 2 bln.kami duduk brjauhan.pd awal hbungan intim brlaku ok,tp baru2 ini slepas dtg bulan,sy melakukan hbungan dan brasa sakit pd kemaluan wlaupn byk lendiran keluar..selepas beberapa minit,sy dapati trdapat darah keluar..d bhagian pert jg mgalami skit sdikit..sy berasa bingung dan takut
t.kasih

rinna33 berkata...

Asalamualaikum, sy beusia 31 thn dan mempunyai 6 org ank ank. . .pada 2 tahun yg lepas selpas 8 blan melahirkn ank5 sy mula mengambil kaedah merancang dgn mengunakn i.u.d. sebulan sy mengunakan saya sllu rasa sakit dibahagian ari2. pd mggu yg ketiga keluar lelehan yg amat busuk sy sendiri tidak pernah alami bau yg meloyakn dan gatal. . dgn bau yg kurang menyenangkan sy, sy mengambil keputusan berjumpa doktor utk membuka alat tersebut. doktor telah memberi sy pil utk dimsukan kedlm faraj. apabila ubat itu abis. . ia berbau lg. . sy mulai dgn kaedah perangcang yg kedua dgn memakan pil. apabila sy stop mkn pil ia akn berbau lg. . .sy buntu dan x tahu ape yg harus di lakukan. sy terpaksa menukar seluar dlm dgn kerap. bantulah sy. . sy amat takut dan bingung. . .

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑