Selasa, 3 Mei 2016

Kitaran Bijian Membantu Haid Yang Tidak Teratur

Bismillah,

Masalah haid yang tidak teratur,PMS,senguggut agak kompleks apabila ianya melibatkan masalah keseimbangan hormon.Rata-rata ramai wanita mengalami masalah ini dan terdapat juga antaranya yang telah mula mengalami masalah ini sejak dari zaman gadis lagi.

Nasihat saya,perkara utama yang perlu diambil kira dalam merancang kehamilan adalah kitaran haid yang sempurna sebagai tanda awal kembalinya kesuburan seseorang wanita.

Walaupun ianya tidak menjamin seseorang itu akan berjaya hamil namun ianya adalah tanda yang positif bahawa seseorang wanita itu berada dilandasan yang baik untuk mencapai kejayaan merancang hamil.

Keseimbangan hormon dalam kitaran haid

Kitaran pembiakan wanita melibatkan interaksi hormon yang biasanya menyebabkan perubahan kitaran dalam ovari dan uterus. Setiap kitaran mengambil masa lebih kurang 28 hari untuk dilengkapkan dan ini melibatkan pembangunan dan pelepasan telur dari ovari dan persediaan rahim untuk menerima telur yang disenyawakan. Jika persenyawaan tidak berlaku, lapisan endometrium akan runtuh dan haid bermula.

Ketidakseimbangan antara estrogen dan progesteron

Estrogen dan progesteron adalah dua hormon utama yang mengawal kitaran haid. Tahap estrogen akan meningkat semasa bahagian pertama kitaran sementara tahap progesteron pula akan meningkat diakhir kitaran manakala paras estrogen mula berkurangan secara perlahan-lahan.

Apabila berlaku ketidakseimbangan estrogen dan progesteron di seluruh kitaran,maka ini akan menyumbang kepada gejala PMS, senggugut dan kitaran yang tidak teratur.

Berita baiknya selain dari beberapa kaedah yang pernah saya tulis dalam artikel-artikel yang lalu seperti pengambilan vitex,maca dan beberapa suplimen lain.Terdapat satu lagi kaaedah yang agak berjaya juga pernah diamalkan oleh kebanyakkan wanita.Kaedah ini berfungsi untuk mengawal keseimbangan kedua hormon penting ini dengan cara natural melalui kitaran bijian.

Apa fungsi kitaran bijian dan bagaimana cara melakukannya?

Kitaran bijian berfungsi untuk memberi manfaat kepada kesimbangan dan kesihatan keseluruhan kitaran haid dengan cara menyokong pengeluaran hormon,ikatan dan metabolisma.

Bijian yang berbeza mengandungi pelbagai jenis dan jumlah lignan dan asid lemak.Lignan membantu tubuh untuk mengikat hormon berlebihan,manakala asid lemak membantu dengan pengeluaran hormon.

Gabungan kedua lignan dan asid lemak ini telah dibuktikan dalam banyak kajian,membantu mengimbangi hormon sepanjang keseluruhan kitaran haid.

Cara yang terbaik adalah untuk mengambil flaxseed dan biji labu difasa pertama kitaran haid sementara biji bijan dan biji bunga matahari semasa fasa kedua
Flaxseed dan biji bijan mengandungi tinggi lignan berfungsi untuk menghalang estrogen yang berlebihan.

Biji bunga matahari pula mengandungi tinggi selenium dan trace mineral yang penting untuk detoksifikasi hati

Biji labu tinggi dalam zink yang boleh membantu menyokong pembebasan progesteron
Bersama-sama, bijian ini akan membantu mengimbangi kitaran haid seseorang wanita apabila diambil dalam fasa yang sesuai.

Cadangan untuk kitaran bijian bulanan:

Hari 1-14 : 1 sudu besar setiap satu flaxseed dan biji labu (dikisar) setiap hari(boleh dicampur dalam minuman jus buah-buahan))

Bermula hari ke 15 sehingga haid : 1 sudu besar setiap satu biji bunga matahari dan bijan (dikisar) setiap hari.(boleh di campur dalam minuman jus buah-buahan)

Keputusan terbaik mungkin boleh diperolehi selewat-lewatnya 3 bulan namun jika setelah berusaha dengan konsisten selama jangkamasa 3 bulan tetapi masih belum terdapat perubahan,maka langkah terbaik adalah menjejakkan kaki keklinik/hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan kesuburan.


Isnin, 21 Mac 2016

Jangkitan Yis Faraj Menghalang Kehamilan?

Bismillah,

Jangkitan yis faraj adalah jangkitan yang disebabkan oleh pertumbuhan yang terlalu cepat yis, iaitu sejenis kulat.Ianya juga dikenali sebagai vaginitis candida atau kandidiasis vulvovaginal.Jangkitan yis yang paling sering berlaku disebabkan oleh kulat jenis candida albicans.

Adakalanya,jangkitan boleh disebabkan oleh spesies candida lain, termasuk C. glabrata, C. parapsilosis, C. Tropicalis  dan C. krusei.

Menurut satu artikel 2007 dalam jurnal perubatan The Lancet.Tujuh puluh lima peratus wanita akan mengalami jangkitan yis faraj sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka, dan empat puluh hingga lima puluh peratus wanita pula akan mengalami lebih daripada sekali.

Sejak dari dulu lagi,saya tidak pernah bersetuju dengan pendapat ramai pakar tentang keputihan seperti jangkitan kulat candida adalah satu perkara biasa.Lebih-lebih lagi apabila seseorang wanita itu merancang untuk hamil(TTC).

Malahan kedudukan terkini, kajian telah berjaya membuktikan kulat candida bukan sekadar perlu dirawat malah lebih parah dari apa yang saya jangkakan sebelum ini.
Kulat candida kini didapati berpotensi untuk membunuh apabila dibiarkan tanpa rawatan,akan meresap masuk kedalam tisu dan akhirnya saluran darah.

Jangkitan kulat candida yang berulang kali juga boleh menyebabkan flora dalaman faraj menjadi tidak seimbang ,ini menyukarkan untuk sperma mencapai uterus bagi tujuan pensenyawaan.

Walaupun sperma sebenarnya tidak terbunuh oleh kulat candida, tetapi jangkitan kulat didapati boleh mengubah konsistensi mukus servik yang membuatnya keadaan lebih sukar untuk sperma mencapai pembukaan servik.

Walaupun tidak semua wanita akan mengalami masalah ini ,namun terdapat banyak juga kes-kes “unexplained fertility “ berjaya hamil setelah jangkitan kulat candida dirawat dan secara tidak langsung mengembalikan keseimbangan flora didalam faraj.

Semoga Bermanfaat

Selasa, 15 Mac 2016

Tips Elakkan Haid Semasa Menunaikan Ibadah Umrah

Bismillah,

Alhamdulillah,ramai diantara kita yang telah mendapat hidayah dan diberi peluang oleh Allah swt bagi menunaikan ibadah umrah di mekah.

Namun yang selalu menjadi halangan bagi sesetengah wanita adalah perasaan bimbang (walaupun redha) disebabkan oleh period yang irregular atau period berlaku tepat pada hari untuk menunaikan ibadah umrah dan ini boleh menyebabkan "lampu merah" apabila baru sahaja hendak memulakan ibadah yang suci dan yang dinanti-nantikan sepanjang usia.

Sehingga kini ramai wanita yang sanggup menggunakan kaedah menyekat period dengan pil-pil hormon yang jelas telah dibuktikan secara saintifik boleh memudaratkan diri sendiri pada satu hari nanti.

Malahan saya pernah menulis tentang fatwa yang mengharamkan perbuatan menyekat period walaupun dengan tujuan baik.Islam ini agama yang indah dan mudah namun tetap berpegang teguh kepada “Matlamat tidak menghalalkan cara”.

Demi untuk mengelakkan ramai ahli yang hanya bakal merosakkan iman,ibadah dan diri sendiri samada disedari atau tidak,saya cuba untuk memberi jalan alternatif yang diyakini lebih selamat dunia dan akihirat.

Seseorang yang khuatir jika pada hari berangkat ke Jeddah jatuh pada hari yang sepatutnya period atau seseorang yang periodnya irregular atau merasa bimbang period akan turun sebaik sahaja baru hendak menunaikan hajat yang dinanti-nantikan selama ini boleh melakukan seperti berikut.

Beli dan pilih Vit C yang berkualiti tinggi atau jenama yang baik,bagi setiap biji 500mg
2 minggu sebelum bertolak untuk menunaikan umrah ambil 500mg pada setiap jam sehingga 12 jam.Bermakna 500 x 12jam  = 6000mg/hari

Banyak kajian klinikal mendapati pengambilan Vit C dalam dos yang besar untuk jangkamasa yang pendek tidak memudaratkan dan jika ada kesan sampingan sekalipun hanya cirit-birit (perlu kurangkan dos sahaja )

Lakukan selama 6 hari serta jangan lupa berdoa supaya Allah swt membantu mempermudahkan urusan dunia dan akihirat.

Jika diizinkan period akan turun anggaran 1 minggu sebelum bertolak dan ianya tentu dapat meredakan keresahan dan kebimbangan sebelum berangkat ke Mekah dan mudah-mudahan Allah swt menganugerahkan umrah yang mabrur…amiinn

Khamis, 11 Februari 2016

Kekurangan vitamin dan mineral punca meningkat risiko keguguran berulang dan kecacatan.

Bismillah,

Mungkin ramai wanita yang tidak mengetahui fakta punca sebenar tentang risiko dan kejadian keguguran yang berulang dan kecacatan pada bayi.

Bukti-bukti yang diambil dari penyelidikan dan kajian-kajian dari beberapa jurnal sains bertaraf dunia yang disenaraikan ini,menunjukkan betapa KRONIK masalah diet yang seimbang dalam kehidupan wanita,lebih-lebih lagi yang ingin merancang kehamilan.


Sedar atau tidak tanpa memperolehi jumlah vitamin dan mineral yang mencukupi adalah antara punca utama berlakunya kes-kes keguguran semasa kehamilan.Keperluan tubuh untuk menjaga kandungan bayi yang sihat dan sempurna memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi seperti berikut:-.

Biotin:
Kekurangan Biotin dikaitkan dengan ketahanan insulin, yang berlaku dalam keguguran berulang.

Asid folik:
Folat rendah dikaitkan dengan bertambah risiko keguguran sebanyak 47%.Folic mungkin juga mengurangkan risiko down Syndrome.

Magnesium:
Magnesium rendah dikaitkan dengan risiko keguguran bertambah; satu kajian menunjukkan 100% daripada wanita yang tidak subur apabila berjaya memulihkan magnesium dan selenium mereka juga berjaya untuk hamil dan melahirkan anak. Magnesium rendah juga dikaitkan dengan kecacatan kelahiran.

Multivitamin:
Menurunkan risiko keguguran sehingga 57% dalam satu kajian.

Beta karoten:
Didapati rendah dalam wanita dengan keguguran yang berulang.

Vitamin B12:
Didapati rendah dalam wanita dengan keguguran yang berulang.

Vitamin C:
Didapati rendah pada wanita yang kerap keguguran.

Vitamin D:
Kritikal untuk pembangunan fetus; juga merendahkan risiko keguguran dengan penurunan keradangan. 93% daripada wanita-wanita yang tidak subur telah ditemui kurang vitamin D.

Vitamin E:
Didapati berkurangan dalam wanita yang keguguran berulang. Bagaimanapun , tahap tinggi juga dikaitkan dengan keguguran dan pecah air ketuban.

Semoga Bermanfaat

Jumaat, 25 Disember 2015

Pil-pil Kesuburan menyebabkan Kanser ovari ?

Bismillah,

Salah satu daripada sebab peningkatan statistik kanser ovari diseluruh dunia adalah berpunca dari penggunaan meluas pil-pil kesuburan yang merangsang ovari untuk mematangkan folikel.

Semakin lama pil-pil hormon ini digunakan semakin meningkatnya risiko kanser ovari. Satu kajian mendapati bahawa menggunakan pil kesuburan boleh meningkatkan risiko kanser ovari sebanyak tiga kali ganda namun di kalangan wanita yang tidak pernah mengandung risiko jauh lebih tinggi sehingga 27 kali ganda.

Kajian-kajian lain juga telah menunjukkan bahawa wanita yang subur dan wanita yang lewat melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi kanser ovari.

Apa yang boleh diterjemahkan dari keputusan semua kajian-kajian yang pernah dilakukan ini?

Secara jujur ianya membawa maksud pengunaan pil-pil kesuburan boleh membawa musibah risiko kanser ovari bagi pengguna buat pertama kali dan meningkatkan risiko lebih tinggi bagi pengguna yang berulang.Wallahu'alam

Sumber:
Epidemiologic and Genetic Factors Associated with Ovarian Cancer http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2891150/

Ovarian tumors in a cohort of infertile women. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8065405

Human menopausal gonadotropin and the risk of epithelial ovarian cancer. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8557128

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑