Selasa, 4 Julai 2017

Adakah Oreo,Corn Flakes dan Biskut Ritz selamat dimakan?

Bahaya makan oreo,cornflakes
Bismillah,

Glyphosate adalah bahan aktif dari racun rumpai ROUND UP yang didapati ada dalam banyak jenama makanan popular yang diproses seperti OREO,CORN FLAKES dll.

AGAK MENGEJUTKAN!!!

Baru-baru ini,Anresco Laboratories di San Francisco yang merupakan sebuah makmal keselamatan makanan yang berdaftar dengan Foods and Drugs (FDA) telah menjalankan satu kajian untuk melihat tahap keselamatan glyphosate yang boleh didapati dalam makanan popular yang diproses.

Ujian tersebut telah mendedahkan perkara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah makanan yang diproses lebih-lebih lagi dari syarikat/jenama terkenal seperti Keloggs,Nabisco dan General mills berpusat di Amerika syarikat

Kajian sebelum ini mendapati bahawa glyphosate atau sisa glyphosate yang minima 0.05 bahagian per bilion (ppb) boleh menyebabkan kerosakan kepada sekurang-kurangnya 4,000 gen, manakala 10 ppb boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius, seperti kerosakan buah pinggang dan hati.

Sesuatu yang memeranjatkan pihak Anresco, apabila mendapati beberapa jenis/jenama makanan proses yang diuji mempunyai tahap sehingga 1,000 kali ganda.!

Ujian dan analisis yang dilakukan ini sebenarnya telah diusahakan oleh Food democracy now sebuah organisasi sokongan akar umbi yang berpangkalan di Iowa dengan lebih daripada 650,000 ahli.

Food democracy now dalam laporannya telah menggesa siasatan persekutuan keatas kesan pencemaran tinggi glyphosate dan hubungan antara industri dan pengawal selia yang membolehkan toksin ini berakhir di dalam rantaian makanan manusia.

Jika diperhatikan dari senarai jenama makanan popular yang tercemar ini terdapat beberapa nama yang agak sinonim dengan anak-anak kita dan juga diminati ramai dalam masyarakat di Malaysia.

Nama-nama seperti OREO,CORN FLAKES,RITZ emmm..lama dah mereka buat kerja ni!!!

Astaghfirullah….

Sumber:

Alarming Levels of Glyphosate Contamination Found in Popular American Foods
http://www.fooddemocracynow.org/blog/2016/nov/14

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑