Ahad, 9 Februari 2014

Kanser Serviks Sifar

Bismillah,
Semoga semua pengunjung beragama Islam blog ini dirahmati dan dilindungi Allah swt dan sentiasa dibawah pelindunganNya.

Kita baru sahaja sebulan memasuki tahun 2014,masa berlalu begitu pantas dan dalam usaha kita mengejar kejayaan duniawi kita sering terlupa akan haq pencipta yang sering kita abaikan dalam perjalanan hidup yang serba singkat ini.Apa yang saya maksudkan ialah penjagaan bahagian intim dan yang ingin saya sentuh disini adalah masalah yang semakin menghimpit dan membebankan ramai keluarga melayu Islam apabila didiagnos penyakit yang menjadi igauan ngeri setiap wanita di muka bumi ini iaitu KANSER SERVIKS.

Bulan januari 2014 lalu ,saya telah berkesempatan melawat seorang mangsa kekejaman kuman hpv type 16 yang dikatakan sains sebagai salah satu punca penyakit kanser,namun secara realiti ianya belum benar-benar dikenal pasti.Suasana sedih dan sebak sangat melihatkan seorang wanita yang pernah saya kenal sejak puluhan tahun dahulu kini terlantar tdak bermaya,sesekali mengerang kesakitan akibat sel-sel kanser yang tidak pernah kenal belas kasihan yang telah mula menganas dan memamah hingga sampai ke buah pinggang kirinya.SubhanAllah

Yaa Allah beri lah wanita ini kekuatan iman dan ketabahan,kurniakan lah sebanyak-banyak pahala atas penderitaan yang di tanggung dan sembuhkan lah penyakit seandainya takdir ajalnya belum sampai.Aaminnn

Keinsafan yang mendalam membuatkan saya berazam untuk membantu memberikan kesedaran kepada semua wanita Islam supaya dapat melengkapkan diri dengan serba sedikit ilmu pengetahuan tentang KANSER SERVIKS dan fakta-fakta sains.Walaupun saya pernah menulis beberapa artikel dan banyak soalan yang telah saya jawab mengenainya yang diemailkan kepada saya,namun itu masih lagi tidak memadai memandangkan peningkatan kes-kes baru yang sangat ketara akhir-akhir ini.maka saya perlukan kesinambungan usaha untuk teruskan perjuangan.Maka tambahan daripada usaha sediada,saya akan memulakan dalam bulan febuari 2014 ini kempen kanser serviks sifar.Semoga Allah swt mempermudahkan usaha ini dan memberi kejayaan yang belum pernah saya lihat selama ini.InsyaaAllah


Realitinya kita tidak akan dapat mencapai target sifar namun biarkan lah ianya menjadi ayat yang boleh memotivasi minda dan emosi kita.

Sila klik untuk membesarkan gambar

gif


2 ulasan:

Cerita Conteng-Conteng berkata...

Assalammualaikum Dr.
Saya sekarang mengadung dlm 36 minggu..pertayaan saya..adakah normal bg ibu mengandung mengalami faraj yang berair?kadang2 tu terasa basah seluar dalam ...warna agak kekuningan ...perlukah saya buat checkup dlm keadaan ini?

Pro Natural berkata...

Mualaykumsalam,
Agak common bagi wanita yang hamil mengalami masalah candida albican iaitu sejenis kulat yang membiak pantas apabila berlaku 'inbalance' bakteria didalam tubuh.Lazimnya untuk wanita hamil disebabkan oleh masalah perubahan hormon.Beritahu gynae tentang masalah ini ketika check up,Dr akan prekripsikan ubat anti fungal ye..InsyaaAlllah

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑