Ahad, 8 Februari 2015

Dilema Makanan Sunah Dalam Produk Kesihatan

sunah-nabi
Bismillah,

Sejak akhir-akhir ini tumbuh bagai bintik-bintik merah selepas mengalami alergi kulit, produk-produk makanan sunah untuk kesihatan yang berjenama Islam dan mula membanjiri pasaran di Malaysia.

Perkembangan yang baik, walaupun agak sedikit terlewat dalam mengoptimumkan pengetahuan ilmu pemakanan sunah dalam kehidupan seharian,namun didalam hati tidak pernah menyangsikan kesahihanya dari Alquran dan kitab-kitab hadis yang sahih.

Kesempatan ini telah diambil oleh “pihak di sebelah sana” untuk melakukan kajian demi kajian dengan pengunaan ilmu teknologi terkini bagi mendapatkan kemanfaatan yang tidak ternilai.Perkara ini telah berlaku berabad lamanya dan tidak perlu diperincikan ye…

Berbalik pada soal produk makanan sunah dan bagi pengusaha,stokis atau agen produk yang berasaskan sunah dimohon agar tidak usah meminta saya mengulas tentang produk mereka lagi selepas ini .

Ini disebabkan,banyak salah faham dan fitnah boleh berlaku apabila membicarakan tentang makanan sunah tanpa sandaran ilmu dari Alquran dan hadis, dan perkara sebegini tidak akan menguntungkan Islam sebagai agama yang menitik beratkan tentang kesihatan yang holistik (jasmani dan rohani)

Petikan dari kitab perubatan cara Nabi-Imam Jalaluddin As - Suyuthi

Allah berfirman dalam surah an-naml ayat 23
Dan dia dianugerahi segala sesuatu

Dalam kalimat ini dikatakan Allah merujuk kepada ubat-ubatan,namun hanya Allah dan rasulNya yang mengetahui.Allah tidak memberi pengetahuan ini kepada kita,tetapi Nabi telah mengajarkannya kepada kita.

Hal ini samalah seperti Nabi memberitahu kita sesiapa yang makan tujuh biji kurma ajwa setiap pagi tidak akan sakit atau terkena sihir sepanjang hari itu.

Demikian juga nabi memberitahu kita yang sebelah sayap lalat menjadi racun dan sebelah lagi mengandungi penawar.Wahyu-wahyu ini termasuk dalam mukjizat baginda.

Namun dalam ajaran baginda terselit juga kata-kata nasihat yang perlu dan teramat penting untuk diambil kira ye…

Menurut hadis yang masyur daripada abu hurairah,”sesiapa mengubati dirinya dengan ubat-ubatan yang halal maka dia akan disembuhkan dan sesiapa yang mengubati dirinya dengan ubat-ubatan yang haram maka Allah tidak akan menyembuhkannya.”

Hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh abu daud dan Tirmidzi,apabila Nabi s.a.w ditanya tentang arak samada dibolehkan sebagai ubat dan baginda menjawab,”arak bukanlah ubat.”

Dalam melariskan perniagaan,awasilah dan kaji keberkesanan produk yang dihasilkan benar-benar berkesan sebelum bersumpah keatasnya.

Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar Rasulullah saw bersabda” Awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.”

Jelas sekali,sebagai hamba,saya tidak layak untuk memperkatakan lebih lanjut tentang bagaimana sesesorang pesakit susah hamil itu boleh mendapat zuriat dan kesembuhan dari pengunaan makanan sunah yang dijual dipasaran.

Jika fakta dan kajian sains tidak pernah membuktikan bagaimana campuran makanan sunah boleh membuatkan seseorang wanita susah hamil berjaya hamil contohnya,maka sebaik-baik hamba adalah perlu menginsafi akan kekurangan yang ada dalam dirinya ye..

Cuma nasihat saya kepada pengeluar produk makanan sunah di malaysia,dalam mencari keredaan Allah swt,pastikan tiada campuran yang haram dalam formulasi dan sedaya upaya cuba untuk mengurangkan dakwaan-dakwaan yang panjang berjela-jela tanpa sandaran ilmu yang di tuntut dari Alquran,hadis dan sains moden, disebabkan ianya bukan sahaja memudaratkan ummah malahan akan memakan diri sendiri diakhirat kelak.

Wallahu’alam

Isnin, 2 Februari 2015

Kelentong Pseudoscience (sains palsu) Membuat Untung

feninine-washBismillah,

Kajian saintifik diseluruh dunia telah lama membuktikan pH faraj secara alami dilindungi bakteria lactobacillus yang mengeluarkan asid laktik ditahap 3.8-4.2 sehinggakan dapat mengawal serangan bakteria pathogen.Ini fakta yang diketahui semua pakar dalam fraternity perubatan dan mungkin juga sesetengah orang awam yang berpengetahuan
.
Saya dapati sesetengah pengeluar produk feminine wash telah mengeluarkan beberapa produk,herba,jamu,gel,pil pessary,masker yang melanggar piawaian penjagaan bahagian intim wanita dan menyebabkan ketidakseimbangan bakteria semulajadi.Perkara ini jika terus berlangsung tanpa disekat hanya akan menambah bilangan pesakit dari jangkitan kulat sehinggkan barah serviks disebabkan semuanya berakar umbi dari ketidakseimbangan bakteria.

Pengunaan bahasa pseudoscience (sains palsu) mungkin boleh menguntungkan perniagaan mereka namun tetapi kebohongan dapat menghilangkan keberkatan.Contoh bahasa pseudoscience yang digunakan untuk melariskan perniagaan mereka.

Herba, flora & tumbuh2an utk mengekalkan pH normal vagina-Tidak benar

FAKTA – Untuk mengekalkan pH normal vagina 3.8-4.2 formula feminine wash perlu ada agen acidity seperti asid laktik atau citric acid bagi menjadikanya sedikit berasid dan mustahil bagi herba,flora dan tunbuhan shj dapat mengekalkan pH normal sedangkan kesemuanya pH 7 >

Tumbuhan istimewa yg digunakan mengandungi bahan berubat antiseptik serta mengencangkan otot vagina-Tidak Benar

FAKTA - Menggunakan antiseptik di dalam vagina boleh mengubah pH faraj (yang mana berasid), dan merosakkan mukosa faraj , malah menyebabkan kerosakan tisu- Dr. Arif N Khan(healthcaremagic.com)

Daun sireh juga mengandungi phenol sejenis antiseptik(membunuh bakteria tetapi hilang keseinbangan pH)

Feminine wash berbau wangi, bau rose yang kuat, dingin dan menyegarkan – Tidak Di galakkan

FAKTA - Pewangi sabun dan gel yang mengandungi bauan harum boleh mengganggu tisu-tisu halus di kawasan kemaluan dan menthol yang bersifat sejuk serta lembab bertentangan dengan kaedah pencegahan yang perlu mengelakkan kelembapan,disebabkan keadaan ini mudah bagi kulat dan bakteria membiak .

Feminime wash tidak seperti produk lain yang hanya sekadar wangi tetapi tidak berubat dan mencegah keputihan-Tidak benar

FAKTA -
Mencegah dan merawat adalah 2 perkara yang berbeza,mencegah WAJIB ada pH balance 3.8-4.2 dan tiada aroma wangian yang boleh menganggu flora bakteria semulajadi sementara merawat juga perlu ada anti bakteria,parasit,kulat dan virus yang kuat serta asid laktik yang akan membantu mengimbang semula bakteria didalam faraj supaya jangkitan tidak berulang kembali.




Semoga Baermanfaat



Ahad, 25 Januari 2015

Benarkah Vit D Dari Susu Dan Bijiran Berkesan?

sunshine-vitamin
Bismillah,
Terdapat bukti kajian yang semakin meningkat menunjukkan bahawa vitamin D memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit dan mengekalkan kesihatan yang optimum. Terdapat kira-kira 30,000 gen di dalam tubuh dan vitamin D menjejaskan hampir 3,000 daripadanya.

Menurut satu kajian berskala besar, tahap vitamin D yang optimum boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 60%. Mengoptimumkan tahap vitamin D boleh membantu menghalang sekurang-kurangnya 16 jenis kanser yang berbeza, termasuk pankreas, paru-paru, ovari, prostat, dan kanser kulit.

Selain itu terdapat juga beberapa kajian yang membuktikan ketidaksuburan dan gangguan endokrin serta keguguran bayi dikaitkan oleh kekurangan vitamin D didalam tubuh seseorang wanita.

Apa benarkah kenyataan yang mengatakan vitamin D yang ditambah dalam susu dan bijirin berkesan?

Sebenarnya vitamin D yang ditambah dalam susu atau bijiran adalah vitamin sintetik D2 dan bukan sesuatu yang harus diambil untuk kesihatan.

Satu-satunya jenis vitamin D yang sesuai dan diperlukan oleh tubuh menurut kajian adalah vitamin D3, boleh didapati secara semula jadi dalam makanan seperti telur, organ haiwan, lemak binatang, minyak ikan  dan ikan sesuai untuk penambahan.

Berbanding dengan D2(ergocalciferol), vitamin D3 (cholecalciferol) didapati 87% lebih berkesan, dan adalah pilihan sebenar bagi menangani masalah kekurangan tahap vitamin D yang mencukupi.

Contohnya,tiada ujian klinikal sehingga kini menunjukkan dengan pasti bahawa D2 mencegah keretakan tulang tetapi setiap ujian klinikal D3 telah membuktikan ianya berkesan.  Mentelah,vitamin D2 mempunyai hayat simpanan lebih pendek , dan proses metaboliknya mengikat dengan protein membuatnya kurang berkesan.

Banyak kajian juga membuat kesimpulan bahawa vitamin D2 sepatutnya tidak lagi dianggap sebagai zat yang sesuai untuk makanan tambahan (walaupun ia terus dijual sehingga kini).

Seperkara penting untuk diingati ialah  vitamin D perlu diambil bersama vitamin K2 bagi mengelak dari ketoksikan dalam darah. Fungsi vitamin K2 adalah untuk menyalurkan kalsium ke organ tubuh di mana ia diperlukan, seperti tulang dan gigi . Ia juga berfungsi untuk mengawal kalsium dari  menyalurkan kalsium kepada organ yang tidak diperlukan, termasuk tisu lembut dan arteri yang boleh menyebabkan pengerasan arteri dan risiko penyakit strok dan jantung.

Vitamin D yang terbaik adalah dari pendedahan cahaya matahari

Matahari memancarkan dua jenis gelombang panjang pada tempoh yang berbeza dalam sehari( sinar UVA dan UVB). Namun tubuh hanya  memerlukan sinar UVB untuk pengeluaran vitamin D.

Setelah mendapatkan jumlah yang mencukupi dari cahaya matahari, tubuh akan berhenti menghasilkan vitamin D kerana tubuh telah dilengkapi dengan mekanisma kawal selia semulajadi.

Masa yang paling sesuai untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari (UVB) adalah berhampiran” Daylight Saving Time” biasanya sekitar 1ptg. UVB, tidak seperti sinar UVA ,UVB sangat rendah pada waktu pagi dan petang, dan hanya banyak terdapat sekitar 10pg-2ptg.

Dedahkan diri selama beberapa minit kepada cahaya matahari langsung sinar UVB  dan tubuh akan menghasilkan vitamin D3 yang terbaik untuk kesihatan.InsyaaAllah

Sabtu, 10 Januari 2015

Pertembungan Antara Perubatan Islam Dan Perubatan Moden

Bismillah,
Era masyarakat yang bergantung pada perubatan bomoh kampung telah hampir pupus ditelan zaman,apatah lagi sejak akhir-akhir ini banyak kedengaran kes-kes yang melibatkan penipuan,cabul dan rogol dilakukan oleh seseorang yang mengaku bomoh.

Atas sikap dan kesedaran masyarakat kini  turut mengambil langkah merawat berbagai  jenis penyakit menerusi pelbagai kaedah rawatan alternatif selain dari perubatan moden.

Perubatan Islam turut tidak terlepas daripada menjadi salah satu cara rawatan alternatif yang digunakan oleh orang ramai kerana kemampuannya dalam mengubati penyakit.

Maka, tidak hairan pada masa kini, pertambahan pusat rawatan Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan kesan keatas permintaan yang tinggi.

Lahir daripada episod ini telah muncul pula satu pertembungan baru yang perlu dilihat dari sudut dan perspektif perubatan yang lebih luas dan ikhlas daripada hanya membuat perbandingan antara perubatan islam dan perubatan moden.

Artikel ini akan mengupas serba sedikit tentang pertembungan atau persamaan antara dua jenis perubatan yang akhirnya akan menjurus kepada satu tujuan dan destinasi yang sama.

Sebelum itu,mari kita fahami dahulu maksud sebenarnya perubatan islam?

Konsep sebenar perubatan islam adalah dari sumber alquran dan hadis,iaitu dengan menanamkan niat ikhlas untuk menyembuh penyakit dan segalanya akan sembuh dengan izin Allah swt.

Ulama telah membahagikan konsep jampi atau ruqyah kepada berdoa kepada Allah dan yang kedua mendoakan atau menjampikan terhadap bahan-bahan tertentu lalu diberikan kepada pesakit.

Secara umumnya, ulama hadis juga cenderung kepada pendapat bahawa hadis-hadis perubatan yang sahih itu berasaskan wahyu.Ini dapat dilihat dalam banyak kitab-kitab hadis telah didetilkan perkara-perkara ini sehingga dalam Sahih al-Bukhari ada Kitab al-Tibb (Kitab Perubatan). Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi juga berpegang dengan pendapat ini.

Secara umumnya tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan.

Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan.

Namun tetapi masih ada sesetengah tanggapan mengatakan perubatan Islam, tidak mengetepikan teknologi dalam perubatan moden tetapi menyanggah ubat yang diprekripsikan oleh doktor tidak boleh diterima pakai kerana telah dimanipulasikan oleh barat dan tidak mengambil kira kesan sampingan yang timbul.

Apakah benar tanggapan ini?

Mungkin benar dan mungkin juga salah tanggapan ini, selagi setiap sesuatu profesi yang diamanahkan kepada doktor dalam perubatan moden bersandar kepada etika dan keikhlasan sebagaimana perubatan islam disandarkan pada tauhid dan keikhlasan kepada Allah swt .

Justifikasinya,ubat moden perlu melalui pelbagai peringkat kajian sebelum dipasarkan, tidak kira dari negara mana ia dihasilkan.Kebanyakan 'side effect' telah dikaji dan diketahui sebelum setiap jenis ubat ini diedar dan digunakan oleh orang ramai.

Bagi seorang doktor,setiap prekripsi ubat ada rasionalnya dan setiap penolakan pemberian ubat pun ada rasionalnya juga. Sebagai contoh ubat untuk batuk kering (TBC ),apabila kajian mendapati terdapat “minor side effect” kepada hati, berkemungkinan boleh menyebabkan “drug induced hepatitis” namun keadaan ini bersifat sementara,pesakit masih boleh diubati dan sembuh.

Disebabkan itu, sesetengah prosedur ubatan, digalakkan supaya melakukan susulan supaya  doktor boleh “evaluate” semula,samada ubat tersebut berkesan,berlaku penolakan terhadap ubat atau menyebabkan kesan sampingan lain.

Tentunya profesi seorang doktor yang beretika akan pertimbangkan aspek “calculated risk” ubat tersebut dari sudut kebaikan atau keburukannya sebelum mencadangkannya kepada pesakit .

Dari perspektif seorang doktor,ia perlu di lihat dari persoalan hidup dan mati.Apakah kita sanggup melihat begitu sahaja seorang pesakit TBC mati atau lebih parah lagi menjangkiti manusia lain yang tidak berdosa hanya disebabkan  sedikit masalah kesan sampingan pada hati walaupun kebaikannya  mengatasi kesan sampingan yang hanya sedikit.

Penggunaan ubat moden secara beretika akan memberikan kebaikan melebihi dari keburukan,tambahan pula telah ada bukti kukuh data saintifik yang menyokong.

Maka, perubatan moden yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.

Kesimpulannya

Mungkin kisah ini dapat membantu anda membuat analisa keputusan diri yang lebih tepat tentang tajuk artikel ini.

Bertempat didalam sebuah masjid ketika solat jumaat,seorang ustaz yang menjadi khatib pada hari tersebut telah memberikan  khutbah yang agak menarik bunyinya.

"Jika seorang ustaz memang benar mampu berikhtiar menyembuhkan penyakit, baik kita tutup sahaja instituisi perubatan yang ada dan kita gantikan dengan madrasah dan pondok." ditujukan kepada beberapa pengamal perubatan Islam yang tumbuh bagai cendawan tapi pada hakikatnya bertujuan “komersial” (kejadian ini berlaku diluar negara bukan di Malaysia )

Khatib menambah lagi"apabila seorang doktor masuk ke dalam masjid, dia wajib mengikut imam di masjid itu,tetapi apabila seorang ustaz yang sakit masuk ke hospital , dia kenalah ikut 'imam' di hospital tersebut, iaitu doktor disana.

“ilmu Allah ini tersangat luas, tidak mungkin seorang manusia mampu menguasai semuanya. maka dengan itu, setiap manusia ada tugasnya masing-masing".

Semoga Bermanfaat


Rabu, 17 Disember 2014

Mycoplasma - Bakteria Punca Kemandulan Dan Bayi Pra Matang

bayi-kurang-matang
Bismillah,

Mungkin beberapa nama bakteria yang bakal saya tulis ini agak asing bagi sesetengah wanita.Namun percaya lah nama-nama ini telah lama berada bersama tubuh wanita sejak dizaman bayi lagi.Kita dituntut untuk hidup di muka bumi ini dengan keserdahanaan dan keseimbangan,apabila kita mula cuai dan lupa tentang 2 perkara ini,maka kita akan mudah terdedah dengan masalah jangkitan bakteria yang boleh menjadikan seseorang itu tidak subur,kemandulan dan penyakit lain yang kronik.

Antara mikro organisma yang terlibat dalam ketidak suburan dan kemandulan wanita terdapat beberapa spesies bakteria seperti berikut:-

  • Chlamydia trachomatis (CT)
  • Ureaplasma urealyticum / Ureaplasma parvum (UU)
  • Mycoplasma hominis (MH)
  • Neisseria gonorrhoeae.
Hari ini saya akan fokuskan artikel ini kepada bakteria mycoplasma hominis (MH) dan keterlibatanya secara langsung dalam masalah kesuburan dan kemandulan wanita yang kadangkala tidak diketahui akan puncanya.Mungkin selepas ini banyak soalan yang selama ini menjadi tanda tanya akan terjawab.

Mycoplasma hominis adalah spesies bakteria dalam genus Mycoplasma. Bersama-sama dengan ureaplasmas, mycoplasmas adalah organisma yang paling kecil pernah dikenali.. Mereka sering hadir dalam faraj wanita, tetapi kadangkala bukan berasal dari flora faraj biasa. Beberapa bukti menunjukkan bahawa M. hominis boleh dikaitkan dengan penyakit keradangan pelvis.Tidak seperti bakteria konvensional, MH tidak mempunyai dinding sel . Oleh itu, mereka tidak terdedah kepada penisilin dan antibiotik lain yang bertindak ke atas struktur ini.


Mereka, bagaimanapun, mudah terdedah kepada pelbagai antibiotik spektrum luas, namun kebanyakan antibiotic hanya menghalang penggandaan mereka dan tidak membunuh . Spesies ini diketahui kerap menjajah saluran kemaluan lelaki dan wanita yang aktif secara seksual.Terdapat bukti kaitan bakteria ini dengan sakit demam pasca keguguran dan selepas bersalin.


Mycoplasma Hominis telah dikaitkan dengan pelbagai keadaan patologi. Yang paling kerap adalah jangkitan kelamin pada wanita tetapi tidak pada lelaki. M. hominis adalah salah satu organisma yang berkembang semasa vaginosis bakteria, yang berkaitan dengan Gardnerella vaginalis dan anaerob, tetapi sumbangannya kepada proses patologi masih tidak diketahui.


Walaubagaimanapun, terdapat bukti imbasan mikroskop elektron yang M. hominis mendorong bengkak patologis dalam tiub fallopio yang menyumbang kepada patogenesis salpingitis punca kehamilan luar rahim dan bukti penyebab kemandulan.
M. hominis bertanggungjawab untuk jangkitan yang berkaitan dengan kehamilan dan terdapat bukti kukuh penglibatanya selepas bersalin atau selepas demam keguguran  secara amnya untuk endometritis.


Mycoplasma ini juga telah ditemui dalam spesimen darah, dan cecair serebrospina bagi bayi yang baru lahir  yang disebabkan oleh jangkitan ketika lahir.
Dalam beberapa kes, jangkitan yang teruk dengan tanda-tanda klinikal dan biologi meningitis telah melihat keberadaan mycoplasma ini,terutamanya di kalangan bayi pra-matang yang dilahirkan oleh ibu yang berisiko tinggi.


Bakteria yang dahulunya banyak membantu kehidupan manusia diatas muka bumi .Kini telah mula menjajah dimana-mana sahaja kekosongan tempat didalam tubuh wanita selagi tiada keseimbangan bakteria didalam tubuh.


Bagi wanita yang merancang kesuburan.kehamilan dan juga yang sedang hamil dirayu supaya memikirkan dengan sewarasnya risiko yang tidak berbaloi jika masih mengamalkan kehidupan seharian tanpa keseimbangan bakteria didalam tubuh.Pesanan saya,amalkan diet yang sihat,imun yang kuat,pH yang sesuai untuk faraj 3.8-4.2 dan jauhkan dari produk-produk yang tidak membawa manfaat.


Semoga Bermanfaat








Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑