Ahad, 25 Januari 2015

Benarkah Vit D Dari Susu Dan Bijiran Berkesan?

sunshine-vitamin
Bismillah,
Terdapat bukti kajian yang semakin meningkat menunjukkan bahawa vitamin D memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit dan mengekalkan kesihatan yang optimum. Terdapat kira-kira 30,000 gen di dalam tubuh dan vitamin D menjejaskan hampir 3,000 daripadanya.

Menurut satu kajian berskala besar, tahap vitamin D yang optimum boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 60%. Mengoptimumkan tahap vitamin D boleh membantu menghalang sekurang-kurangnya 16 jenis kanser yang berbeza, termasuk pankreas, paru-paru, ovari, prostat, dan kanser kulit.

Selain itu terdapat juga beberapa kajian yang membuktikan ketidaksuburan dan gangguan endokrin serta keguguran bayi dikaitkan oleh kekurangan vitamin D didalam tubuh seseorang wanita.

Apa benarkah kenyataan yang mengatakan vitamin D yang ditambah dalam susu dan bijirin berkesan?

Sebenarnya vitamin D yang ditambah dalam susu atau bijiran adalah vitamin sintetik D2 dan bukan sesuatu yang harus diambil untuk kesihatan.

Satu-satunya jenis vitamin D yang sesuai dan diperlukan oleh tubuh menurut kajian adalah vitamin D3, boleh didapati secara semula jadi dalam makanan seperti telur, organ haiwan, lemak binatang, minyak ikan  dan ikan sesuai untuk penambahan.

Berbanding dengan D2(ergocalciferol), vitamin D3 (cholecalciferol) didapati 87% lebih berkesan, dan adalah pilihan sebenar bagi menangani masalah kekurangan tahap vitamin D yang mencukupi.

Contohnya,tiada ujian klinikal sehingga kini menunjukkan dengan pasti bahawa D2 mencegah keretakan tulang tetapi setiap ujian klinikal D3 telah membuktikan ianya berkesan.  Mentelah,vitamin D2 mempunyai hayat simpanan lebih pendek , dan proses metaboliknya mengikat dengan protein membuatnya kurang berkesan.

Banyak kajian juga membuat kesimpulan bahawa vitamin D2 sepatutnya tidak lagi dianggap sebagai zat yang sesuai untuk makanan tambahan (walaupun ia terus dijual sehingga kini).

Seperkara penting untuk diingati ialah  vitamin D perlu diambil bersama vitamin K2 bagi mengelak dari ketoksikan dalam darah. Fungsi vitamin K2 adalah untuk menyalurkan kalsium ke organ tubuh di mana ia diperlukan, seperti tulang dan gigi . Ia juga berfungsi untuk mengawal kalsium dari  menyalurkan kalsium kepada organ yang tidak diperlukan, termasuk tisu lembut dan arteri yang boleh menyebabkan pengerasan arteri dan risiko penyakit strok dan jantung.

Vitamin D yang terbaik adalah dari pendedahan cahaya matahari

Matahari memancarkan dua jenis gelombang panjang pada tempoh yang berbeza dalam sehari( sinar UVA dan UVB). Namun tubuh hanya  memerlukan sinar UVB untuk pengeluaran vitamin D.

Setelah mendapatkan jumlah yang mencukupi dari cahaya matahari, tubuh akan berhenti menghasilkan vitamin D kerana tubuh telah dilengkapi dengan mekanisma kawal selia semulajadi.

Masa yang paling sesuai untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari (UVB) adalah berhampiran” Daylight Saving Time” biasanya sekitar 1ptg. UVB, tidak seperti sinar UVA ,UVB sangat rendah pada waktu pagi dan petang, dan hanya banyak terdapat sekitar 10pg-2ptg.

Dedahkan diri selama beberapa minit kepada cahaya matahari langsung sinar UVB  dan tubuh akan menghasilkan vitamin D3 yang terbaik untuk kesihatan.InsyaaAllah

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑