Rabu, 18 Disember 2013

Anak Kecil Keputihan - Apa Harus Anda Lakukan

gif
Bismillah,

Baru-baru ini saya mendapat soalan yang saya kira unik juga dari seorang wanita yang memohon supaya saya membantu meleraikan kekusutannya memikirkan masalah yang dialami oleh anak kecilnya.Anak perempuan wanita tersebut baru berusia 4 tahun dan didapati mengalami keputihan seperti juga orang dewasa apabila terdapat cecair kekuningan yang melekat di seluar dalamnya.

Idea untuk menulis tajuk artikel ini juga bertepatan sekali dengan peristiwa tersebut dan semoga ianya dapat membantu ramai lagi golongan ibu-ibu atau bakal ibu untuk memahami keadaan ini seandainya ianya berlaku kepada anak perempuan sendiri ye..yang paling utama sekali saya nasihatkan supaya jangan panik,cuba hadamkan ‘content’ yang akan saya tuliskan dalam artikel ini,InsyaaAllah dapat membantu.

Masalah anak tadi juga sering berlaku pada kanak-kanak lain yang belum baligh tetapi tidak ramai ibubapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan nasihat atau rawatan.Lazimnya,keluar cecair berwarna kuning juga disertai dengan kulit dibibir faraj kemerahan dan gatal.

Antara punca masalah ini mudah berlaku pada kanak-kanak ialah:-

Faktor pertama adalah penjagaan kebersihan dibahagian kemaluan.Kanak-kanak perlu dididik sedari kecil lagi tentang cara yang betul mencuci kemaluan selepas ketandas.Cara yang betul dan perlu dipraktikan juga untuk orang dewasa ialan dengan mencuci kemaluan dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya.Dengan cara ini dapat mengelakkan najis dari dipalit masuk kedalam faraj atau pundi kencing.Mengeringkan kawasan kemaluan selepas mencuci dengan tuala lembut dan sebaik-baiknya dielakan pengunaan sabun yang mengandungi haruman.

Jika perlu mengguna pencuci sekalipun pastikan ianya ada pH3.8 – 4.2 yang diperakui pakar seluruh dunia bagi kegunaan kawasan intim.Untuk seluar dalam pula bagi kanak-kanak yang kerap mengalami alahan atau kegatalan,cuba belikan seluar dalam dari jenis kapas/cotton dan sebaik-baiknya jangan dipakaikan seluar yang terlalu ketat bagi mengelak dari berpeluh dan lembab dikawasan tersebut ye….

Faktor kedua kemungkinan kanak-kanak mengeluarkan cecair kekuningan boleh berpunca dari jangkitan kuman yang selalunya banyak dan disertai oleh bau.Sebagai contoh,kandida boleh menyebabkan seseorang mengalami pengeluaran discaj yang berketul dan gatal. Tetapi bagi kanak-kanak, ianya amat jarang berlaku. Kuman –kuman lain juga boleh menjangkiti kanak-kanak dan ini memerlukan ujian bagi mengdiagnosis keadaan sebenar.

Selain itu,cacing kerawit,benda asing seperti pasir boleh termasuk kedalam kemaluan kanak-kanak semasa bermain-main juga boleh menyebabkan masalah ini.

Dalam banyak kes kanak-kanak yang dibawa oleh Ibubapa mereka keklinik didapati bukan semua berpunca dari kuman tetapi kebanyakkanya disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen.Perlu difahami,terdapat dua peringkat umur dimana seseorang itu akan mengalami kekurangan hormon estrogen iaitu semasa zaman kanak-kanak dan menopos.

Akibatnya kemaluan akan menjadi kering dan lapisan dinding menjadi nipis,sedikit sahaja jangkitan kuman akan menyebabkan cecair kuning dan kadangkala pendarahan. Ibu-Ibu tidak perlu panik atau khuatir disebabkan perkara ini hanya bersifat sementara ye…

Semoga Bermanfaat

Selasa, 3 Disember 2013

Keputihan Ketika Hamil Bahaya Terhadap Bayi

gif
Bismillah,
Soalan yang sering ditanyakan kepada saya melalui email dan saya siarkan semula pencerahan terhadap kemusykilan para pengunjung blog ini.Semoga bermanfaat dan dapat sedikit sebanyak dapat membantu ramai bakal ibu untuk memahami hakikat sebenar masalah yang selalu dikatakan biasa namun tetapi bakal menjadi luarbiasa jika tidak ditanggani dari awal lagi.
 
Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.

Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan yang bakal dibawa terhadap bayi

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro oranisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya.


Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1. Chlamydia

Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks
 
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman HPV

Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea


Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.



Kajian Terkini Tentang Kulat Candida


Kajian yang paling terkini mendapati jenis keputihan yang seringkali menjangkiti wanita yang hamil iaitu kulat candida albican bukan sekedar jangkitan biasa lagi sepertimana ramai wanita fahami tentangya.Menurut saintis yang menjalankan penyelidikan,tentang candida albican,kulat yang cepat membiak apabila berlaku ketidakseimbangan bakteria didalam tubuh wanita boleh menyerap masuk ke dalam tisu dan akhir sekali ke dalam saluran darah.Apabila ini berlaku,ianya bukan sahaja menjadi bahaya tahap biasa malahan boleh membawa maut.

Nasihat saya supaya wanita hamil lebih peka tentang perkara ini dan lakukan lah rawatan secepat mungkin,samada dengan antifungal atau terapi herba alternatif yang didapati juga berkesan dan selamat serta tiada kesan sampingan untuk diguna oleh wanita yang hamil.

Akhir sekali,banyak tulisan dalam artikel-artikel dan nasihat yang telah diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan masalah keputihan .Amatlah bertepatan sekali jika diamati risiko-risiko yang perlu ditanggung seandainya wanita hamil gagal bertindak dengan bijaksana dalam situasi ini.


Mengenal simtom keputihan adalah perkara yang utama,perlu di ketahui oleh semua wanita hamil disebabkan tiada lagi kaedah yang paling sesuai selain empunya diri yang mengesan awal sesuatu jangkitan terhadap diri mereka.Mengenal simtom dan bertindak awal mungkin boleh membantu ibu dan anak yang sedang di kandung daripada menanggung derita emosi dan kecacatan kekal seumur hidup.

Semoga bermanfaat 


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Khamis, 7 November 2013

Masalah Haid Berpanjangan (Menorrhagia)

gif
Bismillah,
Lazimnya keluar darah  ketika  haid yang  normal adalah  sekitar 7 hari namun tetapi berwaspadalah  jika berlaku pendarahan  yang melebihi tempoh  7-15 hari atau sering juga dikatakan sebagai haid berpanjangan. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi jika pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, wajah pucat dan lesu, lebih memburukkan lagi keadaan apabila rutin hidup baik di rumah mahu pun di pejabat juga terjejas apabila terpaksa kerap ke bilik air untuk menukar tuala wanita yang basah dengan darah haid.

Remaja yang menghadapi masalah ini pula akan menjejas pembelajaran di sekolah disebabkan kehilangan darah yang banyak dan berpanjangan, menjadi pucat dan letih sehingga mengganggu focus pembelajaran.Terdapat beberapa kaji selidik yang membuktikan, jika seseorang wanita kehilangan darah lebih dari 80cc setiap bulan akan mengalami masalah anemia(kurang darah).

Dari sudut agama pula, masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan turut membimbangkan, khususnya bagi wanita Islam apabila keraguan timbul untuk melakukan solat dengan sempurna. Walaupun telah dibolehkan bersolat selepas tempoh 15 hari , namun keraguan boleh menjadikan seseorang itu was-was beribadah disebabkan perasaan tidak pasti akan status sebenar darah tersebut.Jika ini berlaku,maka langkah yang terbaik sekali adalah dengan melakukan pemeriksaan untuk mengdiagnosis masalah sebenar  di hospital berhampiran,dikhuatiri ianya adalah apa yang disebut sebagai MENORRHAGIA.

Adapun dalam keadaan normal jumlah darah yang turun semasa haid kebiasaannya adalah 30 cc dalam seminggu. Definisi yang hampir tepat bagi menorrhagia ialah perdarahan yang terlalu banyak  melebihi 80cc dalam seminggu.Ini juga bermaksud jika seseorang wanita itu mengalami pendarahan darah haid yang melebihi 80cc pada setiap kitaran haid boleh diklasifikasi sebagai mengalami simptom menorrhagia. Rawatan untuk masalah menorrhagia bervariasi dan bukan hanya tertumpu kepada satu rawatan sahaja,ianya bergantung kepada punca, umur dan kehendak pesakit.Justeru itu,berbincang dengan doktor ginekologi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dan terbaik amat disarankan.
Menorrhagia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca.Walaupun kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu.Namun terdapat beberapa kaitan simptom yang telah dikenal pasti seperti:
  • Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
  • Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari selaput rahim atau serviks)
  • Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
  • Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
  • Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
  • IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
  • Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
  • Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
  • Sindrom Polycystik ovari (PCOS)
Antara Pilihan Rawatan

Secara protokol,doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk melihat sistem reproduktif wanita yang mengalami masalah berkenaan. Tujuannya adalah untuk meneliti rahim bagi masalah seperti fibroid dan kemungkinan wujudnya cyst dalam ovari.
Bagi wanita yang melebihi usia 40 tahun disyorkan histeroskopi dan D&C (Dilation & Curretage) untuk mencari punca dalam rongga rahim. D&C digunakan bagi mendapatkan sampel dinding rahim bagi tujuan histologi.Apa yang penting, adalah untuk melihat jika wujudnya masalah seperti barah atau kanser rahim. Kaedah paling konservatif pula adalah dengan menggunakan ubatan hormon dan transamine pada setiap bulan.

Antara pilihan pembedahan yang kurang radikal adalah seperti endometrial ablation iaitu dengan memusnahkan lapisan endometrium menggunakan pembedahan krio, laser atau gelombang mikro, serta resection (kaedah yang mana lapisan endometrium dikikis atau dipotong).

Kemuncak rawatan adalah histerektomi (pembuangan rahim). Ini semua adalah beberapa pilihan yang ada dan semua rawatan dijalankan selepas pemeriksaan manakala setiap rawatan adalah bersifat individu.

Antara diet  yang di syorkan
  • Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi untuk mengekalkan tahap hemoglobin yang baik
  • Mengurangkan pengambilan teh, kopi, alkohol, susu, dan produk susu ( hormon)
  • Memakan banyak sayur-sayuran /ulam
  • Kalsium/magnesium untuk menghentikan/mengurangkan kekejangan otot rahim
  • Melakukan senaman ringan  30 minit setiap hari tetapi elakkan sehingga keletihan.
  • Sapukan minyak jarak pada perut untuk mengendurkan otot.
Akhir sekali,nasihat saya kepada wanita supaya lebih perihatin tentang masalah menorrhagia ini dan jangan sekali-kali mengambil mudah atau sambil lewa,pastikan jika terdapat simtom seperti anemia, susah bernafas, tercungap dan letih serta tidak bermaya terutama ketika berjalan, pucat dan selalu merasa pening.Jangan dibiarkan tanpa menjejakkan kaki untuk melawat klinik atau hospital yang berdekatan.

Semoga Bermanfaat 

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI


Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila whatsapp Dr Herba

Isnin, 7 Oktober 2013

Fakta Sains Dan Cara Memilih Feminine Wash

gif
Bismillah,

Wanita Islam perlu menyedari bahawa seiring dengan hukum alam ciptaan Allah swt, kita yang prihatin dan berilmu perlu menerima hakikat bahawa bakteria, kulat,parasit dan kuman adalah sebahagian daripada ciptaan-Nya. Ia berada di mana-mana, termasuk pada bahagian intim yang tidak terlihat oleh pandangan mata kasar.

Setiap wanita Islam diberi amanah dan wajar menyayangi dan menjaga kebersihan tubuh mereka sendiri.Untuk melakukanya pula ,langkah awalan adalah dengan memahami dan peka kepada keperluan tubuh badan.

Fakta sains mendapati bahawa terdapat nilai pH yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh manusia.Kulit dibahagian kepala,muka,kaki dan tangan mempunyai nilai pH yang berbeza antara satu sama lain.Maka kita akan mendapati produk yang berlainan bagi setiap bahagian tubuh.Wanita moden amat peka tentang hal ini dan kita akan mendapati mereka menggunakan pembersih yang berlainan pH bagi setiap bahagian tubuh,muka,kaki dan tangan serta kulit kepala.

Namun apa yang menyedihkan ialah masih terdapat sesetengah wanita yang terlupa tentang satu lagi pembersih yang juga berlainan pH dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.Sesetengah mereka  hanya menggunakan sabun,gel mandian atau mencuci dengan air bersih malahan ada yang tidak mencuci langsung kawasan intim.

Kita tidak akan membeli kasut yang bersais 4 jika kaki bersais 7 bukan? Tentu sekali tidak sebab kita menyedari perbuatan itu hanya akan menyakiti diri sendiri dan juga ianya adalah suatu pembaziran.Begitu juga apabila kita bercadang untuk membeli pembersih peribadi,kita harus memilih hanya yang memiliki pH yang betul.(dalam kontek ini ialah pH 3.8 – 4.2)

Mengenali nilai pH untuk kawasan intim adalah cara yang terbaik untuk melindunginya,jika kita mengabaikan nilai pH yang digunakan bagi membersih kawasan ini hanya akan mengundang masalah iritasi,kegatalan dan jangkitan.

Hakikat yang perlu disedari bahawa kawasan intim yang dicipta oleh Allah swt tersembunyi dan memerlukan  penjagaan yang lebih rapi.Ini disebabkan kawasan intim yang tersembunyi amat sensitif dan mudah terdedah kepada kelembapan dan geselan yang hanya akan meningkatkan kadar iritasi secara tidak langsung pH dibahagian tersebut.
Sabun,gel,shampu dan wangian bersifat alkali hanya akan menyebabkan kemusnahan kepada lapisan kulit dikawasan intim yang secara alami bersifat asidik.Selain itu ianya akan menganggu flora bakteria didalam faraj dan hanya sesuai untuk digunakan dikawasan tubuh yang lain.Kita tidak seharusnya memandang remeh tentang pemilihan pembersih peribadi dan jangan sekali-kali melupakan fakta pH yang sesuai bagi tujuan ini.Wang ringgit bukan menjadi ukuran namun amanah bagi kita menjaga kebersihan dan keseimbangan tubuh badan perlu diutamakan supaya tidak mendatangkan kemudaratan.

Fakta sains mendapati hanya asid laktik yang dikeluarkan oleh bakteria baik didalam faraj menjadi benteng darpada serangan virus.Pengeluaran asid laktik berupaya mengawal naik turun persekitaran faraj bagi mengekalkan pH 3.8-4.2,maka adalah tidak benar sama sekali dakwaan sesetengah pengeluar produk yang tidak mengandungi laktik asid hanya herba,wangian,shampu,sabun,gel dll   dapat mengekalkan pH faraj malahan disebaliknya terdapat bukti saintifik ia hanya akan menjurus kepada ketidakseimbangan dan jangkitan merbahaya seperti barah serviks,aids,herpes dan jangkitan kelamin seperti trikomonas,chlamydia dan gonorrhoea.

Tidak hanya berhenti disitu malahan terdapat banyak sekali dakwaan-dakwaan lain yang sama sekali tidak berasas yang hanya menguntungkan pihak pengeluar produk dan ini amat merugikan wanita selain ianya merbahaya jika tidak dikekalkan pH faraj.Perbuatan menyumbat dengan jari, alatan,ubatan atau jamu tanpa asid laktik hanya akan menganggu pH faraj.Alasan ubat antifungal boleh digunakan secara memasukan kedalam faraj,fakta sebenar ialah antifungal yang dibekalkan klinik mengandungi asid laktik dan selamat diguna.

Saya katakan bahaya disebabkan terdapat beberapa kajian yang dilakukan dinegara barat telah mengesahkan bahawa pH faraj yang meningkat atas sebab pengunaan produk dengan pH yang tidak sesuai hanya akan memudaratkan wanita dan komplikasi yang bakal dihadapi adalah berlakunya ketidakseimbangan bakteria yang akan membuka pintu kepada jangkitan virus bahaya seperti HIV,HPV dan jangkitan kelamin.

Nasihat kepada semua wanita Islam yang dikasihi,setelah memahami fakta-fakta yang saya jelaskan dalam artikel ini,maka mulakanlah perubahan dari hanya fokus kepada penjagaan muka,tangan dan kaki, harus pula diberi tumpuan khas kepada bahagian intim yang amat penting ini dikekalkan persekitaran yang sesuai dan seimbang.Usah lah percaya pada iklan komersial dan mitos-mitos yang jelas tiada sandaran fakta demi amanah,keharmonian rumahtangga dan kesihatan yang baik.Pastikan pembersih peribadi yang dibeli mengandungi asid laktik dan pH 3.8-4.2,InsyaaAllah.

Semoga Bermanfaat





FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:

Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266

Khamis, 3 Oktober 2013

Endometriosis Punca Sukar Hamil?


gif
Bismillah,

Telah banyak saya tulis dalam artikel-artikel yang lalu tentang masalah kesihatan dan penyakit-penyakit pada wanita moden masakini seperti bacterial vaginosis,candida albican, virus, kanser serviks,payudara,UTI,bartholin cyst,abcess dan sebagainya.Kini tiba pula giliran kita menjelajah satu lagi topik yang agak asing bagi sesetengah wanita iaitu masalah penyakit "endometriosis".

Peringatan bagi wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya keguguran yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan dengan penyakit "endometriosis".

Endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Sehingga kini saintis masih belum berhasil mengenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa teori yang baik dan boleh memberikan penjelasan mengapa ia mula terjadi. Antaranya dipercayai bahawa darah haid yang berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid.

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya didapati mandul.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan semakin hari bertambah ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-ulang.

Majoriti kes-kes endometriosis gagal dikesan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor atas sebab kegagalan untuk hamil. Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Berikut adalah antara beberapa tanda dan gejala (Jika ada)
  •     Nyeri luar biasa ketika haid dan semakin lama nyeri akan menjadi semakin kuat
  •     Rasa nyeri pada daerah pinggul dan sekitar tulang ekor
  •     Nyeri dibahagian atas perut
  •     Nyeri ketika berhubungan intim atau setelahnya.
  •     Nyeri ketika pergerakan usus atau membuang air ketika haid
  •     Perdarahan abnormal diantara kitaran haid
  •     Sukar hamil.
  •     Rasa mudah letih dan lelah
  •     Mual, muntah, susah buang air besar, cirit ketika haid
Kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dikesan berada di kawasan tubuh yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, saluran fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ianya juga dikesan berada di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi perkara ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid.Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Seandainya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ianya akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan saluran fallopian akan berjauhan dari ovari dan ketika berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh saluran fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada saluran fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran mudah berlaku.

Antara Wanita Yang Berisiko

Endometriosis kerap berlaku pada wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an dan juga pada wanita yang tidak pernah mempunyai anak. Endometriosis juga memiliki komponen genetik iaitu sekiranya seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu mungkin mengalami endometriosis juga.

Kaedah Pengesanan dan Rawatan

Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal dan jika doktor mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, beliau mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi dijalankan untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis. Jika endometriosis dikesan, doktor akan menentukan sejauh mana endometriosis sudah dan berapa banyak kerosakan yang telah berlaku.

Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya.Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Risiko penyakit ini berulang semula adalah amat tinggi.

Rawatan ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan menghalang endometriosis dari merebak. Rawatan hormon-hormon Progesterone seperti Primulut, Norculut pula boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ianya jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

Semoga Bermanfaat

Ahad, 1 September 2013

Barah Serviks/Aids Bermula pH Faraj Meningkat

gif
Bismillah,

Dalam banyak artikel-artikel saya yang lalu telah banyak saya perkatakan tentang pentingnya pH faraj yang seimbang,namun masih terdapat banyak juga soalan-soalan yang saya terima masih kurang faham tentang perkara ini.Untuk lebih memahami betapa pentingnya pH faraj dan kaitanya dengan jangkitan seperti barah serviks,PID,HIV dll.Dalam artikel ini saya akan cuba menulis pencerahan yang lebih mudah difahami .Semoga bermanfaat.

Satu kajian telah dilakukan terhadap 9,165 wanita berusia 18-97 tahun selama 4 tahun oleh Division of Cancer Epidemiology and Genetics, DHHS, National Cancer Institute, National Institutes of Health yang berpengkalan di Bethesda, Maryland tentang kaitan pH faraj dan virus hpv telah mendapati pH faraj yang meningkat >4.5 adalah tanda aras yang penting bagi jangkitan jenis-jenis hpv termasuk hpv 16 bagi barah serviks.

Keputusan dari kajian ini mengunjurkan keputusan positif bahawa jangkitan virus hpv berpunca dari peningkatan pH faraj dan yang paling ketara berlaku kepada ramai wanita yang berusia 35 kebawah.

Apabila meningkatnya pH faraj dari lazim 3.8-4.2 akan menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dan mengakibatkan jangkitan ‘bacterial vaginosis’ pH 4.5-9 yang akan “membuka pintu’ bagi virus-virus termasuk hpv yang boleh mengakibatkan barah serviks,HIV dsb..Bagi mengukuhkan kajian ini, satu lagi kajian komuniti yang diedarkan oleh O & G online mendapati dua pertiga dari wanita yang dijangkiti BV menggunakan gel pelincir berasaskan petroleum.Ini membuktikan betapa gangguan pada pH faraj adalah pemangkin kepada BV dan seterusnya Hpv(barah serviks) dll

Sementara itu dalam satu lagi survey bertajuk National Health and Nutrition Examination yang dibiayai oleh California HIV/Aids research program dan university of California AIDS Institute mendapati wanita yang dijangkiti BV juga berisiko tinggi akan menular kepada jangkitan-jangkitan yang jauh lebih kronik seperti PID,STD dan HIV. Para penyelidik bimbang jika trend pengunaan produk-produk yang tidak menepati pH faraj berleluasa akan mengundang kepada gangguan ekologi bakteria dan akibatnya adalah penularan kepada jangkitan BV seterusnya yang lain-lain.Laporan center of disease control and prevention di Amerika merekodkan 21.2 juta wanita berusia 14-49 tahun mengalami BV dalam sampel kajian yang diambil dari wanita-wanita secara rambang dari seluruh Negara.

Disini saya ingin merayu kepada para wanita di Malaysia,lebih-lebih lagi wanita-wanita Islam yang saya kasihi sebagai saudara seagama supaya turut sama mementingkan penjagaan pH faraj yang seimbang dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan iklan-iklan dari lambakan produk pembersih peribadi dipasaran selagi tiada bukti jelas ianya mengandungi ‘asid laktik’sama seperti yang dirembis oleh bakteria baik secara alami.Asid laktik akan membantu menstabilkan pH didalam faraj dan pertahanan dari serangan bakteria jahat.
Nasihat saya juga,wanita wajib memastikan hanya pengunaan pembersih peribadi pH 3.8 – 4.2 yang tidak dicampur pewangi,sabun,gel,shampu yang rata-rata pH 7(namun masih ada segelintir pengeluar produk yang tidak mahu mengakui hakikat ini).Walaubagaimanapun masih ada harapan disebabkan masih terdapat beberapa produk antarabangsa dan tempatan yang diformula khas bagi tujuan membantu wanita menjaga kebersihan juga mengembalikan kestabilan pH faraj seperti Lactacyd pH3.5,Sebamed pH 3.8,Intimore pH 3.8 atau di Malaysia PPW Classic-pH 3.8 keluaran Dr Herba yang telah mendapat kelulusan KKM..

Peringatan Ikhlas dari saya,walaupun kita redha akan barah serviks dan HIV adalah ujian dari Allah subhanahu wa ta’ala kepada makhlukNya namun ianya akan membawa kesengsaraan dan kesakitan yang teramat sangat kepada wanita.Rasanya masih belum terlewat lagi untuk wanita berazam mengamalkan keseimbangan pH faraj sebagai agenda kesihatan yang utama dalam hidup kita seharian jauh dari barah dan Aids.



Semoga Bermanfaat



Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑