Khamis, 5 April 2012

Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

gif
Bismillah,

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak( reproductive age ).Antara salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin( genital wart ).

Ketuat kelamin (Genital Warts)


Jom Kita kenali dulu tentang ketuat kelamin

Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat kelamin merujuk kepada bonjolan daging lembut, lembab dan tidak sakit pada alat kelamin. Ketuat kelamin bewarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur, dan kadangkala pada faraj wanita.

Ketuat ini pada wanita berpotensi berubah menjadi barah, terutamanya barah pangkal rahim.Ketuat kelamin tidak menunjukkan tanda-tanya yang ketara, oleh itu ujian pap smear digalakkan untuk dilakukan secara berkala terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 40an.Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan ketuat kelamin berjangkit kepada bayi yang akan lahir secara normal.Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)


Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

Mengenali lebih dekat Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)


Serviks adalah pangkal rahim dan rahim merupakan bahagian tubuh di mana janin berkembang.Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.Dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks juga boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Tanda-Tanda Barah Pangkal Rahim

  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Perdarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  • Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.
Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Ujian lumuran Pap (Pap Smear)
 
Oleh kerana wanita yang aktif seks berisiko mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini boleh didapati di:-

  1. Pusat Kesihatan Kerajaan
  2. Klinik Perancang Keluarga
  3. Hospital/Klinik Swasta
Antara calon wanita yang perlu menjalani PAP Smear 

  • Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
  • Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
  • Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
Para wanita juga dinasihatkan adalah lebih baik untuk menjalani ujian lumuran Pap ini pada setiap tahun untuk memeriksa sel prabarah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dapat dikesan awal, ia masih boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan anda.

Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.


FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:

Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Dr. Saya berusia 39 tahun, mempunyai 5 orang anak dengan anak kelima berusia 8 tahun. Dr, dalam 2 minggu kebelakangan ini saya mengalami pengeluaran discaj kekuningan dan berbau busuk, tapi saya tidak mengalami gatal-gatal dan tidak rasa sakit. Ini merupakan kali pertama saya mengahadapi masalah sebegini. Saya telah menjalani ujian pap smear Jan 2011, keputusannya normal dan menggunakan IUD.Harap Dr dapat membantu..

Pro Natural berkata...

Mualaikumsalam,
Saringan papsmear dilakukan bagi mengesan sel2 kanser,namun bagi kes2 lain yg dibawa oleh microorganisma seperti kulat,parasit,bakteria atau kuman hanya boleh dilakukan dengan kaedah kaji kuman.Apapun simptom yg anda berikan agak common samada terdapat jangkitan kulat candida atau bacterial vaginosis (BV)ini disebabkan berlaku 'inbalance' bakteria didalam tubuh dan salah satu puncanya juga ialah pengunaan IUD.

Tanpa Nama berkata...

As salam doc..
saya ada masalah berkaitan haid...selepas darah haid saya kering dlm masa lbh kurang 8 hari...tak lama lps tu..dlm masa 2 atau 3 hari kemudian...ade cairan darah kuar...tapi dlm kuantiti yg sedikit..saya ade pegi check...doktor menyatakan ianya perubahan hormon..dan doktor bagi pil hormon utk dimakan selama 3 bulan berturut2...itu 3 thn yg lepas...tapi skang masalah ini kembali menghantui saya. apakah masalah saya sebenarnya ye doc??

Pro Natural berkata...

Salam,
maaf kerana kelewatan menjawab soalan anda,serasanya soalan ini telah dijawab melalui email.Soalan melalui email meningkat dari hari ke hari dan banyak masa dihabiskan menjawab soalan email.Harap dapat bersabar ye..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Pro Natural berkata...

Assalamualikum,
Kebelakangan ini saya terlalu busy dengan tugas dan menjawab soalan yg semakin banyak,harap dapat emailkan soalan2 kealamat email saya ye.. supaya mudah utuk saya akses drsalwa@doktorherba.com

Harap maaf dan Terima Kasih

Pro Natural berkata...

PENGUMUMAN
Assalamualaykum,
Minta maaf pada soalan2 yg belum terjawab lagi disebabkan masa tidak mengizinkan saya terpaksa menjawab banyak soalan2 melalui email sahaja dan membiarkan blog ini untuk artikel2 yg bermanfaat.Kepada ramai pengunjung blog ini yg inginkan jawapan yg lebih cepat sila emailkan kepada saya di email drsalwa@doktorherba.com

InsyaAllah saya akan menjawab dgn kadar yg lebih segera dgn syarat dapat mengenalkan diri,status dan usia bagi memudahkan saya memberi nasihat dan pandangan.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salaam..dr salwa..

saya ade terbace tentang ketuat dalam blog dr...saye rase saye sdg alaminya dan skg saye prenant ank ke-3 minggu ke 23. mase pregnant ank ke-2 tu pun ade gak ketuat cmtu..saye xde buat ape2..smpai bersalin dan saye teringat mase jahit lepas bersalin mcm dr ade usik ketuat tu..cume tak ingat die buat ape..cmne ye dr..saye takut plak..ketuat tu dtg dr saye sndiri atau jangkitan drpd suami ye?..

ape yg perlu sy buat?..klu saye biar sahaja ade ape2 effect ke?..dan saye juga perasan dlm artikel tu kate elak minum susu sdgkan mase pregnant ni elok minum susu..please advice me....sangat berharap pd jawapan dr...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ? Saya berusia 17 -18 tahun .. Ketika saya haid saya ada mengalami darah berwarna kuning kehijauan dan bebau busuk .. Apakah itu biasa atau pun sebalik nya ?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
setiap bulan selepas haid, ada cairan yang yang berwarna putih seperti putih telur keluar dgn banyak dan rasa gatal2 pada kemaluan. adakah ia membahayakan?

Tanpa Nama berkata...

Dr..since 3 bln lps sy ada mslh keputihan dan sometimes gatal...kdg2 terdapat benjolan pd bibir faraj or ari2 sy..benjolon yg merah kdg2 sakit..sy juga mengalami kegataln di celah peha kanan yg sometimes nmpak tompokan putih y gatal..sejak akhir2 ini sy megalami bisul y tak pernh sy dpt

Tanpa Nama berkata...

doc..

saya ada masalah cairan yang berbau, lagi2 sewaktu bersama dengan suami.. ada putih2 seperti oat yang melekat..
selain itu, saya perasan.. setiap kali saya ingim mencuci kemaluan saya (ada memasukkan jari di dalam faraj utk pembersihan) terasa ada benjolan seperti kapur putih dlm kuantiti yg agak banyak juga.. apakah itu doc? utk pengetahuan, saya sudah berkahwin lebih ddari 5 thn tapi masih lagi tiada zuriat.. harap doctor dapat memberi ulasan..

Tanpa Nama berkata...

Dr, saya ada seorang rakan yang berumur 19 tahun tapi beliau dapati ada bonjolan yang tumbuh pada kemaluannya.adakah rakan saya mungkin akan mendapat kanser servik? adakah remaja yang seawal umur rakan saya boleh dijangkiti penyakit ini? saya mahukan kepastian yang sewajarnya dari dr.. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam dr.sya brusia 23 thun dan bru mndrikn rumah tngga,sya ad mngalmi cecair yng kluar besrta dngn darah.,tp darah yg kluar agk sedkt,adkah ini blh mnybbkn kanser dr?

Tanpa Nama berkata...

sy 30 thn..mempunyai seorang anak...baru 2 bulan kebelakangan ini..saye mengalami pendarahan yang keluar tetapi sedikit-sedikit bukan seperti darah haid...darah tu keluar selepas putus haid dalam mase 2 bulan ni...minta pandangan....

Tanpa Nama berkata...

Salam...Doktor...saya mengalami lelehan cecair berbau hanyir semasa bersama..kenapa ye doktor?

Pro Natural berkata...

Wa'alaykumsalam,
Menurut simptom yg biasa ditemui,lelehan cecair berbau selepas seks merupakan tanda jangkitan bacterial vaginosis(BV) dan perlu dirawat supaya tidak menjadi pemangkin kepada jangkitan kuman yg lebih serius.rawatan boleh dilakukan diklinik atau alternatifnya melakukan terapi dengan FVT keluaran Dr Herba http://www.doktorherba.com

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑