Selasa, 29 Januari 2019

Daun serai meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan membantu sembuhkan penyakit anemia?

Bismillah,

Batang serai sangat popular bagi masyarakat melayu dan banyak digunakan dalam resipi masakan nusantara.Batang serai yang selalunya dititik akan dimasukkan dalam masakan sebagai penambah aroma dan penyedap rasa.

Namun tetapi setelah batangnya diambil DAUN SERAI pula dibuang begitu sahaja kerana sering dianggap tidak berguna.Mungkin ramai wanita yang tidak mengetahui fakta bahawa daun serai yang selalunya dibuang itu lah mengandungi bahan-bahan aktif yang SANGAT BERMANFAAT.Lebih-lebih lagi bagi tujuan untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan membantu penyakit anemia.

Buktinya,satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Medicinal Food mendapati bahawa minum teh daun serai (Cymbopogon citratus) dapat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan ini boleh dijadikan sebagai rawatan natural yang berkesan untuk anemia.

Anemia adalah satu keadaan di mana tahap sel darah merah yang sepatutnya normal menjadi terlalu rendah.Ini berpotensi membahayakan kesihatan kerana sel darah merah mengandungi hemoglobin, yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen ke seluruh tisu dalam tubuh.Keadaan ini boleh mencetuskan komplikasi kesihatan, seperti keletihan dan tekanan pada organ-organ tubuh yang lain.

Dalam kajian ini, penyelidik dari University of Uyo dan University of Calabar di Nigeria telah berjaya menemukan bukti bahawa kesan minum teh serai pada indeks hematologi manusia.

Untuk menjalankan kajian , penyelidik telah mendaftar sejumlah 105 peserta yang berusia antara 18 hingga 35 tahun untuk mengambil bahagian.

Para peserta secara rawak dibahagikan kepada tiga kumpulan, dengan kelompok 1, 2, dan 3 menerima dua, empat atau lapan gram (g) serbuk daun serai yang dilarutkan dalam 150 mililiter (ml) air selama 30 hari.

Keputusan menunjukkan bahawa daun serai mengandungi tanin, saponin, alkaloid, flavonoid, makronutrien, dan mikronutrien. Teh daun serai yang diminum oleh semua peserta didapati boleh meningkatkan jumlah volum sel (PCV) yang merupakan peratusan sel darah merah yang terdapat di dalam darah. Penyerapan daun serai juga meningkatkan paras hemoglobin dan paras darah merah.

Maka dengan keputusan ini,penyelidik telah berjaya membuktikan bahawa amalan meminum teh daun serai boleh meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, yang dikaitkan dengan kandungan tinggi antioksida dalam ekstrak tersebut.

Kesimpulanya,penyelidik telah melaporkan bahawa kesan dari amalan meminum teh serai dapat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan boleh digunakan sebagai rawatan untuk anemia.

Sumber:
Bioactive Natural Constituents from Lemongrass Tea and Erythropoiesis Boosting Effects: Potential Use in Prevention and Treatment of Anemia

https://www.liebertpub.com/doi/abs/10.1089/jmf.2013.0184

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑