Sabtu, 10 Januari 2015

Pertembungan Antara Perubatan Islam Dan Perubatan Moden

Bismillah,
Era masyarakat yang bergantung pada perubatan bomoh kampung telah hampir pupus ditelan zaman,apatah lagi sejak akhir-akhir ini banyak kedengaran kes-kes yang melibatkan penipuan,cabul dan rogol dilakukan oleh seseorang yang mengaku bomoh.

Atas sikap dan kesedaran masyarakat kini  turut mengambil langkah merawat berbagai  jenis penyakit menerusi pelbagai kaedah rawatan alternatif selain dari perubatan moden.

Perubatan Islam turut tidak terlepas daripada menjadi salah satu cara rawatan alternatif yang digunakan oleh orang ramai kerana kemampuannya dalam mengubati penyakit.

Maka, tidak hairan pada masa kini, pertambahan pusat rawatan Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan kesan keatas permintaan yang tinggi.

Lahir daripada episod ini telah muncul pula satu pertembungan baru yang perlu dilihat dari sudut dan perspektif perubatan yang lebih luas dan ikhlas daripada hanya membuat perbandingan antara perubatan islam dan perubatan moden.

Artikel ini akan mengupas serba sedikit tentang pertembungan atau persamaan antara dua jenis perubatan yang akhirnya akan menjurus kepada satu tujuan dan destinasi yang sama.

Sebelum itu,mari kita fahami dahulu maksud sebenarnya perubatan islam?

Konsep sebenar perubatan islam adalah dari sumber alquran dan hadis,iaitu dengan menanamkan niat ikhlas untuk menyembuh penyakit dan segalanya akan sembuh dengan izin Allah swt.

Ulama telah membahagikan konsep jampi atau ruqyah kepada berdoa kepada Allah dan yang kedua mendoakan atau menjampikan terhadap bahan-bahan tertentu lalu diberikan kepada pesakit.

Secara umumnya, ulama hadis juga cenderung kepada pendapat bahawa hadis-hadis perubatan yang sahih itu berasaskan wahyu.Ini dapat dilihat dalam banyak kitab-kitab hadis telah didetilkan perkara-perkara ini sehingga dalam Sahih al-Bukhari ada Kitab al-Tibb (Kitab Perubatan). Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi juga berpegang dengan pendapat ini.

Secara umumnya tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan.

Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan.

Namun tetapi masih ada sesetengah tanggapan mengatakan perubatan Islam, tidak mengetepikan teknologi dalam perubatan moden tetapi menyanggah ubat yang diprekripsikan oleh doktor tidak boleh diterima pakai kerana telah dimanipulasikan oleh barat dan tidak mengambil kira kesan sampingan yang timbul.

Apakah benar tanggapan ini?

Mungkin benar dan mungkin juga salah tanggapan ini, selagi setiap sesuatu profesi yang diamanahkan kepada doktor dalam perubatan moden bersandar kepada etika dan keikhlasan sebagaimana perubatan islam disandarkan pada tauhid dan keikhlasan kepada Allah swt .

Justifikasinya,ubat moden perlu melalui pelbagai peringkat kajian sebelum dipasarkan, tidak kira dari negara mana ia dihasilkan.Kebanyakan 'side effect' telah dikaji dan diketahui sebelum setiap jenis ubat ini diedar dan digunakan oleh orang ramai.

Bagi seorang doktor,setiap prekripsi ubat ada rasionalnya dan setiap penolakan pemberian ubat pun ada rasionalnya juga. Sebagai contoh ubat untuk batuk kering (TBC ),apabila kajian mendapati terdapat “minor side effect” kepada hati, berkemungkinan boleh menyebabkan “drug induced hepatitis” namun keadaan ini bersifat sementara,pesakit masih boleh diubati dan sembuh.

Disebabkan itu, sesetengah prosedur ubatan, digalakkan supaya melakukan susulan supaya  doktor boleh “evaluate” semula,samada ubat tersebut berkesan,berlaku penolakan terhadap ubat atau menyebabkan kesan sampingan lain.

Tentunya profesi seorang doktor yang beretika akan pertimbangkan aspek “calculated risk” ubat tersebut dari sudut kebaikan atau keburukannya sebelum mencadangkannya kepada pesakit .

Dari perspektif seorang doktor,ia perlu di lihat dari persoalan hidup dan mati.Apakah kita sanggup melihat begitu sahaja seorang pesakit TBC mati atau lebih parah lagi menjangkiti manusia lain yang tidak berdosa hanya disebabkan  sedikit masalah kesan sampingan pada hati walaupun kebaikannya  mengatasi kesan sampingan yang hanya sedikit.

Penggunaan ubat moden secara beretika akan memberikan kebaikan melebihi dari keburukan,tambahan pula telah ada bukti kukuh data saintifik yang menyokong.

Maka, perubatan moden yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.

Kesimpulannya

Mungkin kisah ini dapat membantu anda membuat analisa keputusan diri yang lebih tepat tentang tajuk artikel ini.

Bertempat didalam sebuah masjid ketika solat jumaat,seorang ustaz yang menjadi khatib pada hari tersebut telah memberikan  khutbah yang agak menarik bunyinya.

"Jika seorang ustaz memang benar mampu berikhtiar menyembuhkan penyakit, baik kita tutup sahaja instituisi perubatan yang ada dan kita gantikan dengan madrasah dan pondok." ditujukan kepada beberapa pengamal perubatan Islam yang tumbuh bagai cendawan tapi pada hakikatnya bertujuan “komersial” (kejadian ini berlaku diluar negara bukan di Malaysia )

Khatib menambah lagi"apabila seorang doktor masuk ke dalam masjid, dia wajib mengikut imam di masjid itu,tetapi apabila seorang ustaz yang sakit masuk ke hospital , dia kenalah ikut 'imam' di hospital tersebut, iaitu doktor disana.

“ilmu Allah ini tersangat luas, tidak mungkin seorang manusia mampu menguasai semuanya. maka dengan itu, setiap manusia ada tugasnya masing-masing".

Semoga Bermanfaat


0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑