Ahad, 8 Februari 2015

Dilema Makanan Sunah Dalam Produk Kesihatan

sunah-nabi
Bismillah,

Sejak akhir-akhir ini tumbuh bagai bintik-bintik merah selepas mengalami alergi kulit, produk-produk makanan sunah untuk kesihatan yang berjenama Islam dan mula membanjiri pasaran di Malaysia.

Perkembangan yang baik, walaupun agak sedikit terlewat dalam mengoptimumkan pengetahuan ilmu pemakanan sunah dalam kehidupan seharian,namun didalam hati tidak pernah menyangsikan kesahihanya dari Alquran dan kitab-kitab hadis yang sahih.

Kesempatan ini telah diambil oleh “pihak di sebelah sana” untuk melakukan kajian demi kajian dengan pengunaan ilmu teknologi terkini bagi mendapatkan kemanfaatan yang tidak ternilai.Perkara ini telah berlaku berabad lamanya dan tidak perlu diperincikan ye…

Berbalik pada soal produk makanan sunah dan bagi pengusaha,stokis atau agen produk yang berasaskan sunah dimohon agar tidak usah meminta saya mengulas tentang produk mereka lagi selepas ini .

Ini disebabkan,banyak salah faham dan fitnah boleh berlaku apabila membicarakan tentang makanan sunah tanpa sandaran ilmu dari Alquran dan hadis, dan perkara sebegini tidak akan menguntungkan Islam sebagai agama yang menitik beratkan tentang kesihatan yang holistik (jasmani dan rohani)

Petikan dari kitab perubatan cara Nabi-Imam Jalaluddin As - Suyuthi

Allah berfirman dalam surah an-naml ayat 23
Dan dia dianugerahi segala sesuatu

Dalam kalimat ini dikatakan Allah merujuk kepada ubat-ubatan,namun hanya Allah dan rasulNya yang mengetahui.Allah tidak memberi pengetahuan ini kepada kita,tetapi Nabi telah mengajarkannya kepada kita.

Hal ini samalah seperti Nabi memberitahu kita sesiapa yang makan tujuh biji kurma ajwa setiap pagi tidak akan sakit atau terkena sihir sepanjang hari itu.

Demikian juga nabi memberitahu kita yang sebelah sayap lalat menjadi racun dan sebelah lagi mengandungi penawar.Wahyu-wahyu ini termasuk dalam mukjizat baginda.

Namun dalam ajaran baginda terselit juga kata-kata nasihat yang perlu dan teramat penting untuk diambil kira ye…

Menurut hadis yang masyur daripada abu hurairah,”sesiapa mengubati dirinya dengan ubat-ubatan yang halal maka dia akan disembuhkan dan sesiapa yang mengubati dirinya dengan ubat-ubatan yang haram maka Allah tidak akan menyembuhkannya.”

Hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh abu daud dan Tirmidzi,apabila Nabi s.a.w ditanya tentang arak samada dibolehkan sebagai ubat dan baginda menjawab,”arak bukanlah ubat.”

Dalam melariskan perniagaan,awasilah dan kaji keberkesanan produk yang dihasilkan benar-benar berkesan sebelum bersumpah keatasnya.

Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar Rasulullah saw bersabda” Awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.”

Jelas sekali,sebagai hamba,saya tidak layak untuk memperkatakan lebih lanjut tentang bagaimana sesesorang pesakit susah hamil itu boleh mendapat zuriat dan kesembuhan dari pengunaan makanan sunah yang dijual dipasaran.

Jika fakta dan kajian sains tidak pernah membuktikan bagaimana campuran makanan sunah boleh membuatkan seseorang wanita susah hamil berjaya hamil contohnya,maka sebaik-baik hamba adalah perlu menginsafi akan kekurangan yang ada dalam dirinya ye..

Cuma nasihat saya kepada pengeluar produk makanan sunah di malaysia,dalam mencari keredaan Allah swt,pastikan tiada campuran yang haram dalam formulasi dan sedaya upaya cuba untuk mengurangkan dakwaan-dakwaan yang panjang berjela-jela tanpa sandaran ilmu yang di tuntut dari Alquran,hadis dan sains moden, disebabkan ianya bukan sahaja memudaratkan ummah malahan akan memakan diri sendiri diakhirat kelak.

Wallahu’alam

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑