Bismillah,
Fokus
kami hari ini adalah tentang salah satu pembawaan penyakit yang sangat sinonim
dengan kegagalan seseorang wanita hamil malahan boleh menyebabkan alat
reproduktif yang penting seperti tiub fallopian dibuang dan yang paling
merisaukan adalah ia juga boleh menyebabkan kematian.
Kehamilan
ektopik adalah kehamilan yang berkembang diluar rahim, lazimnya didalam tiub
fallopian. Keadaan ini membahayakan nyawa kerana dapat menyebabkan pecahnya tiub
seandainya kehamilan mula berkembang.Chlamydia trachomatis mungkin satu nama
yang asing namun percaya lah setiap
wanita wajib mengenalinya.
Apa itu
penyakit yang dibawa oleh chlamydia trachomatis?
Chlamydia
trachomatis adalah mikroorganisma yang bukan bakteria atau virus tetapi parasit
yang suka mendiami di dalam sel-sel faraj pesakit.
Penyakit ini
boleh menjangkiti salur kencing dan pangkal rahim termasuk konjuktiva, mulut
dan tekak. Ia merupakan penyakit kelamin yang boleh membawa kepada kesukaran
mengandung.
Simtom dan
tanda-tanda.
Antaranya lelaki
juga boleh mendapat jangkitan chlamydia didalam buah zakar mereka dan di dalam
saluran-saluran di mana sperma bergerak dan ini boleh mengakibatkan
ketidaksuburan.
Wanita pula
boleh mendapat jangkitan chlamydia dalam rahim, ovari, dan tiub fallopian yang
akan menjurus kepada masalah radang pelvik (PID),kehamilan ektopik akibat dari
tiub tersumbat dan ketidaksuburan.
Antara
simtom penyakit ini adalah keluar lendiran bernanah, sakit bahagian ari-ari,
pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan di antara dua haid dan radang
serviks . Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah wanita tidak mengalami
apa-apa tanda.
Komplikasi
Chlamydia boleh
menjadi penyebab penyakit keradangan pelvis dan boleh meningkatkan risiko
kehamilan ektopik yang mengancam nyawa.
Pesakit
chlamydia juga boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ia meningkatkan risiko
keguguran, kematian semasa kelahiran dan kelahiran pramatang.
Sekiranya ia
ditularkan dari ibu kepada bayi semasa kelahiran, bayi boleh mendapat jangkitan
pada paru-paru atau mata.
Pencegahan
Nasihat kami
supaya elakkan komplikasi yang serius seandainya wanita merasakan terdapat
simtom atau tanda-tanda jangkitan chlamydia, sila lakukan ujian dan
sebaik-baiknya dirawat dengan seberapa segara.
Sekiranya
tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesuburan bagi kedua pasangan suami
isteri dan boleh meningkatkan risiko mendapat HIV.
Chlamydia lazimnya
dapat dikesan melalui ujian air kencing atau ujian swab. Bagi wanita,swab dari
serviks sementara untuk lelaki pula urethra atau dubur.
Bagi mereka
yang mahu melakukan rawatan cara alternatif, gabungan 2 produk PPW Classic + Serum
DH-7 keluaran Dr Herba mampu merawat jangkitan Chlamydia dan ini telah
dibuktikan sejak tahun 2008.
Malahan
bukti dari kajian antarabangsa juga telah
mengesahkan bahan aktif seperti cnidium monneiri (osthole)yang diformulasi dalam produk Dr Herba sebagai bukan
sahaja boleh merawat tetapi melindung dari jangkitan bakteria,virus,parasit dan
kulat dari berulang.
Maklumat
tentang rawatan alternatif untuk Chlamydia dan jangkitan keputihan lain,sila whatsapp Puan
Aliah Drherba Klik sini
Sumber:
Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological
Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/
http://www.nhs.uk/Conditions/Chlamydia/Pages/Complications.aspx
0 ulasan:
Catat Ulasan